Monday, October 7, 2019

HUA HIN 05 : Day 01 - TAMARIND Market | CICADA Market | BLUPORT Mall

Tak sah kalau ke Thailand dan tak usha Night Markets nya. Pasar malam di Thai memang meriah, di Hua Hin sendiri tak kurang hebatnya.

Ada beberapa Night Markets di Hua Hin yang boleh dikunjungi samaada nak cari makan, souvenir mahupun just tengok tengok gelagat manusia.

Selepas beransur dari Takiab Beach, kami berpatah balik ke arah town dan singgah di Tamarind Market. Masa ke pantai tadi dah lalu tapi macam baru nak buka je. Kali ni dah menjelang petang, baru nampak lagi meriah.





Terletak di tepi jalan besar, Tamarind Market lebih fokus pada jualan makanan dan hidangan dari gerai gerai yang diusahakan oleh penjual tempatan.

Rambang mata tengok makanan !

Ada jugak orang nyanyi nyanyi menghiburkan pengunjung yang datang.


















Masa pusing pusing tu ternampak ada gerai Roti dan Teh Tarik. Riki riki sikit dan kami order lalu ambik pot di meja untuk sesi melantak.

Dapat roti pisang di negara orang, rasa excited nak makan tu ada lain macam skit !!!






Perut kenyang, hati jadi girang.

Tamarind Market ni dibuka pada hari minggu sahaja ya !

Dan tak jauh dari Tamarind Market, terletaknya Cicada Market. Sebelah sebelah je.


Tak jugak jauh berbeza dari Tamarind Market, tapi di Cicada ni banyak fokus on handmade crafts and arts, independent designer T-shirts and clothes, and more.  Gerai makan pun ada tapi kena beli kupon.

Kawasan dia pun lebih luas. Ada jugak amphitheater dan ada artis buat persembahan ketika hujung minggu.






















Aku just pusing pusing je. Tak beli apa apa. Tak makan apa apa. Dia orang bertiga ntah ke mana hilangnya. Biasa lah awek awek ni kalau bershoppingan. Kalau boleh selagi apa semua benda yang ada nak di belek.

Memang port yang cun untuk mencari souvenir kat Cicada ni. Open pun during weekend sahajork !

Aku kejap je tawaf dah abis. Pastu tunggu dia orang sampai barai !



Dah gelap baru muncul masing masing dengan habuan dia tangan.

Keletihan dah setengah hari merayap sekitar Hua Hin hari ni. Masa untuk beransur pulang ke penginapan. Esok masih ada rangka perjalanan yang perlu ditempuh.


Merempit balik ke G Hua Hin Resort, singgah jak kat BluPort Mall. Tepi jalan je. Ni kira mall paling gempak kat Hua Hin.

Tak de terasa nak masuk atau usha lagi nak beli beli barang. 

Aku lepak kat luar je ler.






Letih gak bawak moto lama lama sebab tak biasa. Time travel ni ler baru nak merempit. Pinggang pun sakit.

Sebelum balik kami sepakat nak pegi tapau nasi kat restaurant halal dekat town Hua Hin. Nama kedai dia Cha Chak Bang Nara, Hua Hin. Lokasinya sebelah TH Beach Hotel, opposite ada Asira Hotel.






Kedainya menyediakan menu makanan ala ala Tomyam dan goreng goreng. Ada satu geng Melayu duduk lepak makan kat meja. Kami bungkus je tapau balik hotel.

Portion banyak. Rasa pun sedap.

Lama gak la menunggu. Drama dengan motosikal sekali lagi berlaku. Nak start engine tak hidup hidup. Berpeluh peluh dah anak buah aku. Ingat tak de minyak ke apa.. Rupa rupanya, stand skuter tak angkat abis, engine skuter memang tak akan boleh di hidupkan.

Hahahaha. Cuak takut apa apa rosak. Pakcik dia dah lah bongok bab bab perempitan neh. 

Malam tu jugak kami pulangkan skuter dan ambik balik deposit.



Pegi beli air jap kat convenience store dekat mall sebelah hotel then naik bilik makan bungkusan nasi yang di tapau. Share share tak abis pun. Masing masing dah habis battery dan keletihan.





Masing masing melabuhkan tirai di hari pertama perjalanan di Hua Hin ni dengan acara tarik selimut dan tidur tanpa kesedaran......

Esok nak persiapkan diri nak travel ke Greece dan Morocco so kena mendapatkan rehat yang secukupnya takut jetlag nanti.

Ececece........

bersambung..................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...