Tuesday, January 22, 2019

TAMARA Residence, Putrajaya

Mencari penginapan untuk percutian ad hoc macam ni agak mencabar jugak. Nak lepak hotel ahli jemaah pun ramai. 

Aku jarang survey homestay sebab kadang leceh kalau nak berurusan lagi lagi dan tak selesa. Tapi masa riki riki, terjumpa homestay ni dan aku rasa boleh di cuba.

Tamara Residence

Lokasinya di Precint 8 bersebelahan dengan Ayer@8.

Homestaynya adalah condo style dengan 3 bilik dan 2 bilik air. 

Sebenarnya aku pernah berminat nak beli unit kat sini lama dulu, tapi tak de rezeki. Tetap menyimpan cita cita, tak dapat duduk dulu, menumpang rumah orang lain pun aci je. Saja ambik feel.

Urusan nak check in rumah ni memang mudah. Host tunggu pada waktu yang di janjikan dan dia pass kunci. 

Unit dia siap ada parking khas betul betul depan lif. Parking tambahan pun ada

Unit di tingkat 16

Tuan rumah agak friendly dan helpful. Dia bagitau pasal security, facilities etc. Tak borak banyak tapi aku rasa selesa berurusan dengan dia.

Usha kediaman penginapan kami di sini.

Ruang tamu

Balcony

Sofa

Dining area

Dapure

Ada wet kitchen and laundry area

Master bedroom

Deco

Second room

3rd room

Bathroom

Unit ni memang luas dan cukup selesa. Bersih dan terjaga rapi. Semua kelengkapan mencukupi. Memang boleh menampung jumlah jemaah yang ramai berbanding duduk hotel kang berhimpit himpit. Paling penting selesa.

Lagi tambah menarik ada balcony dan view yang cantik.







Facilities pun boleh di guna pakai di kawasan residence ni.

Pool

Playground

Nak makan pun senang, Ayer@8 kat sebelah tu jer.

Pendek kata memang menarik unit ni. Dan sebab mak aku suka sangat duk sini, dia mintak extra tambah lagi satu malam. Nasib baik ada kekosongan siap bagi diskaun lagi.

Nasib budak budak cuti sekolah. Cuma aku lah kena ulang alik ke opis dari sini. Baju keje tak bawak siap gi beli baju baru lagi.


Aku bukan nak promo lelebih, tapi aku memang puas hati dan rasanya tak salah untuk berkongsi. Bagi yang mencari penginapan di Putrajaya, boleh consider option ni. 

Promenade Suite Putrajaya (by MESRA)
C Block, Tamara Residence,
Jalan Temoleh P8 / 4,
Precinct 8,
62250 Putrajaya, Malaysia

Boleh direct call En Izat. 017 3132 590.

Sebab view dia kejam lawa, layan skit lagi sampai lebam.










Retina mata terasa inzal secara luarbiasa.

4 comments :

  1. Dulu kalo pi ayer8, lalu dpn umah semid dpn dia tu aku selalu ckp kat kwn2 aku mtk2 laaaa jodoh aku tgh sign s&p umah ni. hahaha suka gila aku rumah tu sbb cun gilaa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...