Monday, January 14, 2019

JELAJAH 2 NUSA | Itinerary & Expenses : Part 01 - NUSA TENGGARA TIMUR (Flores & Labuan Bajo)

Aku kongsi itinerary dan expenses untuk trip ke Flores di Nusa Tenggara Timur di kepulauan selatan Indonesia.

Highlight dah keluar di sini : JELAJAH 2 NUSA - Highlight

Nusa Tenggara Timur (NTT) merupakan sebuah provinsi paling selatan di Indonesia. Salah satu kawasan kepulauan yang terdapat di sini dikenali sebagai Pulau Flores.

Pulau Flores, dari bahasa Portugis yang bererti "bunga" berada di dalam Provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Pulau Flores termasuk dalam gugusan Kepulauan Sunda Kecil dengan luas wilayah sekitar 14,300 km².

Flores terletak di timur pulau Sumbawa dan Komodo, dan di barat Pulau Lomblen dan Kepulauan Alor. Di tenggaranya adalah pulau Timor. Di selatan, di seberang selat Sumba, adalah pulau Sumba dan di utara, di seberang Laut Flores adalah Sulawesi.

Flores memiliki beberapa gunung berapi aktif dan tidur, termasuk Egon, Ilimuda, Lereboleng, dan Lewotobi dan bandar terbesarnya adalah Labuan Bajo.


Kepulauan Flores

Peta

Menyebut pasal Nusa Tenggara Timur ni ada satu tarikan utama di kepualaun Flores yang menjadikannya salah satu destinasi tarikan pelancongan Indonesia adalah Komodo Dragon.

Kacak tak kami?

Binatang yang tak hensem dan tak kacak tapi punya tarikannya yang tersendiri iaitu Biawak Komodo atau Komodo Dragon menghuni di kepulauan Rinca dan Komodo Island di Laut Flores. Saiznya yang besar menjadi faktor utama ramai yang datang untuk melihat kehidupan dan habitat mereka di sini.

Untuk sampai ke pulau Komodo dan melihat sendiri mereka mereka ni, kita kena terbang dan mendarat di airport terdekatnya iaitu di Komodo Airport di Labuan Bajo. Tiada direct flight dari KL ke LBJ, tapi boleh fly dari KL ke Jakarta, Bali atau Lombok dulu sebelum ambik flite lain untuk ke Labuan Bajo.

Boleh juga naik ferry dari Lombok.

Refer cara cara perjalanan ke sini :  Labuan_Bajo

Macam kami hari tu ambik flight dari KL ke Bali

Singgah di Bali dulu kecak kecak dance.

Aku memang teringin nak ke Flores ni. Bukan so much nak jenguk biawak biawak gergasi tu tapi more kepada melihat keindahan alamnya. Kebetulan ada cuti panjang hujung tahum 2018 dan tengok macam tak de plan, so aku usulkan pada bebudak GBS dan mereka bersetuju !

Dan sebab trip ni agak spontan jugak jadi tiket flight agak mahal untuk sector Bali - Labuan Bajo. Sebaiknya rancang awal dan beli tiket awal awal. Kami sempat menginap satu malam di Bali sebelum ambik flight pagi esoknya ke Labuan Bajo.

Gila kau, hotel tu bagi honeymoon suite kat aku dengan IH. Berpandangan mata kita orang tak boleh menerima kenyataan.

Hotel tu dekat dengan airport bersebelahan dengan Krishna. Sempat pegi Krishna pukul 3 pagi. Dia bukak 24 jam kan. Memang relaks je tak de orang tapi kami je yang malas nak shopping lagi.

Bahana dapat honeymoon suite, kami terlajak tidur !!! BW bilik lain dia dah kejut tapi sebab lupa diri.... bangun je terus bergegas ke airport. Nasib baik tak terlepas flite.

Lari laaaaaa hai kuda ku !!!! Lari lah ayoh lari....

Kami ambik Garuda Airlines untuk sector Bali - Labuan Bajo. Ada flight murah tapi Lion Air... Fikir 2 kali masa nak booking tu. Tak pe la bayar mahal skit.

Flight dari Bali - LBJ lebih kurang 1 jam setengah sebab flite ATR


Akhirnya berjaya mendarat di Lapangan Terbang Komodo, Labuan Bajo.

Welcome to Labuan Bajo !

Untuk melawat Pulau Komodo dan pulau pulau lain di Flores ni, ada pakej pakej tertentu yang boleh di pilih. Tapi yang biasanya ditawarkan di sini adalah paket Live on Boat. Ada options 3H2M atau 4H2M yang mana kita duduk je dalam bot dan di bawa belayar selama tempoh tersebut dan singgah di beberapa pulau yang menjadi tarikan wisata di Flores ni.

Harga pakej ni tertakluk pada jenis bot, tempoh pelayaran, jenis bilik dan jumlah orang yang turut serta untuk belayar.

Basically jenis bot tu ada yang biasa, bot VIP, bot private, open trip dan macam macam lagi. Dalam pakej ni biasanya termasuk penginapan selama dalam bot, makanan serta keperluan aktiviti tak termasuk entrance fee untuk ke Komodo National Park. Sedia ingat, entrance fee ni berbeza kalau kita local atau foreigners. 

Standard bot yang di gunakan untuk belayar di Kepulauan Flores ni

Ni jenis VIP dan mewah

Jenis yang lain

Untuk trip kami, aku mencari cari pakej yang sesuai dengan tarikh yang kami sepatutnya berada di Flores ni. Riki punya riki, adalah open trip ni yang mana kami bertiga join dengan orang lain untuk penuhkan 1 trip pelayaran.1 trip open macam ni jumlah orang dalam satu satu boat boleh jadi 10 orang atau max 16 orang. Tengok kapal. Lagi ramai lagi murah. Tapi maybe kurang selesa skit lah.

Open trip ni biasanya over the weekend, Jumaat - Ahad jadi boleh pilih tarikh yang sesuai dengan plan masing masing.

Kami ambik pakej live on boat yang max 10 orang. So kami bertiga plus 7 yang lain dan ada 4 orang crew. Drebar boat, tukang masak, guide dan sorang lagi.


Harga pakej : 

IDR 2.500.000 / Orang (Bunk bed)
IDR 7.000.000 / Cabin (Master Bed)

Price Include :
- Pick up service from Airport / Hotel
- Boat Cabin with AirCond (live on Board)
- Daily breakfast, lunch and dinner
- Speed boat / sekoci
- Handuk
- Snorkeling gear
- Mineral water during trip
- Lokal Guide
- Snack, coffe, & tea during trip
- Life jacket
- Documentation (mirroles, drone, underwater)

Exclude :
- Flight ticket to labuan bajo
- Hotel di Labuan Bajo
- Entrance Ticket Komodo National Park

Benda benda alah di atas tu kira untuk pakej yang kami ambik ( rasanya standard untuk open trip yang lain ) kecuali jumlah orang tu bebeza ikut kapal.









Personally aku rasa bot ni cukup selesa. Bilik pun ada aircond. 10 orang atas bot tu tak de lah crowded benar. Toilet apa semua OK ada air tawar. Yang paling penting makanan sentiasa ada untuk orang orang macam aku yang jenis nak membaham je nih. Sedap sedap lak tu. Dengan harga pakej macam tu aku rasa berbaloi. Cuma berani tak berani lah nak duduk dan bermalam dalam bot ni. Tapi bot bot ni bergerak slow slow je dan sepanjang trip kami memang smooth kecuali semasa di Pulau Padar !

Now perihal itinerary yang biasanya ada dalam lawatan di Flores ni. Yang aku ni itinerary untuk 3 hari 2 malam.

Pelayaranku.. bermula lagi....

HARI PERTAMA

Hari pertama trip dalam bot tapi hari ke 2 keseluruhan trip.

Perjalanan akan bermula dari Labuan Bajo dan start belayar ke laut lepas. Biasanya bot akan start belayar waktu pagi. Macam kami hari tu, sebaik landing di airport, terus pick up datang ambik dan di bawa ke pelabuan. Kira kami yang melewatkan trip hari tu so sampai bot terus bot bergerak untuk mula belayar menuju ke destinasi pertama, Pulau Kelor.




01. KELOR ISLAND

Di sini bot berlabuh dan kami semua turun untuk mendaki bukit bagi melihat panorama sekitar Pulau Kelor dan kepulauan Flores ni. 









02. MENJERITE ISLAND

Habis mendaki di Pulau Kelor, naik bot semula untuk lunch. Kemudian bergerak ke Pulau Menjerite untuk snorkelling. Time ni kami bertiga terbongkang tidur langsung tak mempedulikan hal hal duniawi. Ngantuk sangat masing masing.





03. RINCA ISLAND

Habis dia orang mandi dan snorkelling di Pulau Manjerite, bot bergerak lagi menyusuri lautan Flores menuju ke Rinca Island.

Di Rinca Island ni lah kami dapat melihat sendiri Komodo Dragon yang menghuni di sini. Ada 2 ports untuk tengok Komodo ni, Rinca dan Komodo Island. Tak pasti kenapa tour ni bawak ke pulau Rinca ni, kami ikut kan je. Nak tengok Komodo pun acah acah berani. Cuak jugak sebenarnya. 

Oh kena bayar entrance fee IDR 350,000 untuk foreigner.







Kami tak lama di Rinca sebab nak kejar sunset. Perjalanan memburu sunset ke pulau seterusnya, Pulau Kalong.

04. KALONG ISLAND  

Di Pulau Kalong kami menunggu sunset dan seterusnya melihat segerombolan besar keluang keluar mencari makan. 







Bot berlabuh dan kami bermalam di kawasan teluk di Pulau Kalong tersebut.

Semasa bot berlabuh masing masing pun tidur. Aku terjaga jam 2 pagi. Hisap rokok dan buat kopi. Pastu dalam kul 4 nak lelap semula dengar engine bot mengaum dan bot bergerak meninggalkan kawasan teluk di Pulau Kelong tu. Masa perjalanan tu memang rasa bot di badai ombak besar. Melambung lambung lagi lagi aku duduk dalam bilik di bahagian bawah. Memang mengucap panjang gak tetiba ribut melanda. Tapi sebab ngantuk sangat, kena aircond lak, aku terlelap jugak.

HARI KEDUA

Sedar sedar kena kejut suruh bangun.



Rupa rupanya bot dah berlabuh di Pulau Padar.

01. PADAR ISLAND

Padar Island adalah salah satu tarikan di Flores. Orang datang sini sebab nak tengok view dari atas yang nampak 3 teluk tu. Bengong kejap rasa bangun bangun je terus di suruh mendaki !






Start mendaki jam 6 pagi sebab nak elak panas matahari. Kena panjat tangga lebih kurang 600 anak tangga. Tapi view kat atas memang stunning !

02. PINK BEACH

Selesai di Pulau Padar kami bergerak ke Pink Beach untuk snorkelling dan mandi manda. Sekali lagi bot di badai ombak yang kuat.




03. TAKA MAKASAR

Kemudian makan tengahari sebelum bot belayar ke Taka Makasar. Area ni area sand bank boleh godek godek main air.




04. MANTA POINT

Destinasi terakhir untuk hari ke 2 ni adalah ke Manta Point di mana port snorkelling. Katanya kalau bernasib baik boleh tengok banyak ikan pari. Aku tak turun tapi IH dengan BW kata dia orang bermain main dengan penyu. ( di sebut sebagai kura kura di Indo). Kami stay di kawasan ni sampai sunset dan bot terus berlabuh untuk bermalam.

Sepatutnya kami tengok sunset di Gili Lawa tapi since pulau tu dah terbakar jadi tak boleh pegi dah.




HARI KETIGA

Hari ke tiga kami ke Kanawa Island. Sepatutnya singgah di Siaba Island tapi one of ahli jemaah nak kena kejar flite dia tengahari. So terus ke Kanawa je.

01. KANAWA ISLAND

Kanawa Island ni port santai, snorkelling sebelum kami balik ke Labuan Bajo. Semasa di Kanawa ni kami dapat berita sebuah bot tenggelam di Pulau Padar dan 2 orang di hilang.





Santai di Kanawa kami belayar pulang ke dermaga di Labuan Bajo. Tamat sudah pelayaran di sini. Masa di pelabuhan, kebetulan pasukan penyelamat dan petugas sedang menunggu mangsa mangsa yang terlibat dengan tragedi bot karam di Pulau Padar. Dikhabarkan masa tu 2 masih hilang dan tidak di ketemukan. The rest berjaya di selamatkan tapi trauma dan ada yang meraung raung kat jetty tu. Semestinya tak boleh nak menerima benda benda macam ni berlaku.



Kembali ke Labuan Bajo maka tamat aktiviti pakej, tapi kami ada semalaman di sini sebelum flight balik ke Bali hari esoknya. Jadi masa yang ada kami pusing pusing di Labuan Bajo je. Kami sewa motosikal IDR 70.000 sehari.

Sempat layan sunset di Ayana Labuan Bajo.







Overall, trip Flores ni memang menarik. Pakej Live on Boat tu pun menarik dan cukup lengkap. Tapi aku tak nak share agant yang aku ambik pakej ni sebab ada benda jugak yang aku tak puas hati. Please take note, agent (yang banyak kat fb tu) bukan lah operator boat. Sebaiknya cari direct pakej dengan operator sendiri dan elakkan agent agent yang kadang kadang offer lain pastu lain jadinya.

Sebaiknya kalau nak datang ke sini, rancang dulu jadual dan tengok cuaca yang sesuai. Jangan sampai datang musim hujan dan ombak besar mungkin menghalang lawatan ke Pulau Padar.

Jangan lupa try kopi Flores. Nikmat !

Sambung nanti Part 02 : Nusa Penida, aku share expenses sekali.

bersambung............

23 comments :

  1. berbaloi ko pergi sana Meng...view superb habis...nanti next trip, consider aku join geng GBS ko ye...aku tak banyak kerenah punya woranggg.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kaki selfie ke tidak? aku org selfie2 ni aku tinggal.

      Delete
    2. so kira tak jadi la ni???

      * baling beg TUMI dalam laut

      Delete
    3. Hahaha geram betul.. kalau kena jenis kaki selfie Ni, setiap langkah ja mesti Ada ja pose dia.. 😅😅

      Delete
    4. tinggal kan jerrr. biar dia naik grab

      Delete
  2. tapi kalau abam Meng share nama agent tu maybe kami boleh elakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe lah. tgk nasib jugak kot. yang penting set the expectation right. tanya dulu betul betul apa included dan apa yang tidak

      Delete
  3. mmg tak de la dlm wishlist ke sini.
    baca entry nih pun dah bole bayangkan.

    me with 'sakit lutut', 'low blood pressure' mabuk laut...ok ok

    tayah nak ikut trip gini.

    sudah..(hahahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni orang hitaly takut naik bot.
      kak anash kena naik sampan 100 kali menyeberang sungai KT baru tak mabuk.

      Delete
    2. akak bukan org hitaly..yg hitaly tu Meng.
      akak hengland..cristalpalace (gitu..ahahha #petir kilat menyambung)


      klu naik kete seberang jln 100 kali..aci tak? dah lebih 100 kali dah nih

      Delete
    3. hahahah akak warga hitaly angkat. kena biasakan diri.. kang nanti nak jadi duta.....

      Delete
  4. Replies
    1. cepat pegi sebelum biawak biawak ni pupus dan tak sexy lagi utk di lawati

      Delete
  5. Thanks abg meng utk infonya. Sy slalu sgt studi kt blog ni time buat itinerari 🙈. Kalau time blaja sy rajin cmni kn bagus haha. Mohon dihalalkan ya segala info

    ReplyDelete
  6. Menariknya. Boleh share info tntg pakej? Company mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg menawarkan pakej ni kalau cari at facebook...

      some are

      https://www.facebook.com/javanationtrip/
      https://www.facebook.com/labuanbajos/

      but i personally recommend

      https://www.facebook.com/Lepirate/

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. wow, best siot, wish list ni. ada tak itinerary untuk raja empat?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...