Tak sah kalau ke Kuala Terengganu dan tak singgah di Masjid Kristal yang mungkin menjadi salah satu masjid yang tercantik di dunia ini.
Masjid Kristal ini terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Masjid Kristal ini terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Masjid Kristal yang terapung di atas Sungai Terengganu
Menjadi daya penarik pelbagai pihak kerana struktur binaannya yang unik.
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Selain menjadi persinggahan pelancong yang beragama Islam untuk beribadat.
Masjid Kristal yang boleh memuatkan lebih 1500 jemaah ini dibangun selama 2 tahun dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal pada tarikh 8 Februari 2008.
Layan gegambar di perkarangan kawasan Masjid Kristal.
Kawasan masuk ke masjid dari tempat parking
Kubah kristal yang menjadi tarikan keindahan masjid ini
Antara kemudahan di masjid ini
Laluan ke dewan solat utama
Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.
Ruang legar kawasan masjid. Menara yang juga disaluti kristal
Dari segi arkitektur dan senibinanya, Masjid Kristal Kuala Terengganu ini menampilkan keunikan tersendiri dengan keseluruhan masjid dibangun dengan kaca, batu bata, dan juga kristal.
Ia mengadaptasi gaya contemporary Islam dengan adunan rekabentuk Moor serta binaan gothic.
Ia mengadaptasi gaya contemporary Islam dengan adunan rekabentuk Moor serta binaan gothic.
Pintu laluan
Dah sampai, jangan lupa masuk dan usha kawasan dalam masjid ni pulak.
Ruang dewan solat utama
Keseluruhan dalam kawasan dewan solat
Mimbar dan mihrab masjid
Bahagian belakang dewan solat
Bahagian dewan solat wanita di belakang
Kubah utama
Kubah kaca
Ruang dalam
Masjid ini turut dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat yang canggih dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik menjadikannya sebagai sebuah masjid pintar pertama di Terengganu.
Pada setiap hari minggu atau musim cuti persekolahan, Masjid Kristal telah menjadi satu destinasi wajib untuk di kunjungi lebih lebih lagi para photographer yang databg untuk merakam panorama dan suasana masjid yang kelihatan sungguh cantik terutamanya pada waktu senja dan menjelang malam.
Tidak syak lagi, Masjid Kristal menjadi tumpuan pengunjung
Dan pastinya Masjid Kristal ini telah banyak berbudi kepada negeri Terengganu dalam meningkatkan jumlah pelancong ke negeri ini serta menjadi salah satu kebanggaan rakyat Terengganu ini sendiri.
Sepasang kaki melangkah
Meniti usia
Hari yang berlalu pergi
Takkan kembali
Seiring dengan masa aku dewasa
Dan kini kufahami ertinya budi
Ku sedar kau sejak dulu
Menatangiku
Tak pernah diriku ini
Engkau kasari
Terisi tiap waktu permintaanku
Diriku kebanjiran kasih dan sayang
Walau tak kuucapkan
Walau tak kupamirkan
Di hatiku selalu menghargaimu
Tunggulah tiba waktu
Di saat tika perlu
Ku pasti akan berada di sampingmu
Akulah embun...akulah hujan
Pada ketika kau hangat kegersangan
Semakin kumengenali ertinya budi
Semakin kau kusanjungi di dalam hati
Sedaya upayaku akan ku cuba
Membahagiakan mu setiap masa
Masjid Kristal
Cantik. menarik dan membanggakan.................
Jangang lupe solat sunat tahiyyatul masjid seround.
ReplyDeletehari tu dok dang.. sebab org dok bersih kawasang.
Deleteinsha allah next time
Aziang Mazwang Sapuang... masih suara bebudak lagi...
ReplyDeletemok mok orang doh lening... kau minat dia ke? nanti aku kirim salam
DeleteMeng;
ReplyDeleteCantik masjid nih ... tapi ianya kaca ker kristal?
Hahhahahaa
Memang cantik Terengganu !
rasanya kaca dan kristal...
Deletemalam malam lagi cantik. berkemilau cahaya.
Cantik masjid..belum dpt pergi lg.
ReplyDeleteinsya allah. satu hari nanti sampai la tu
Delete