Pages

Thursday, October 20, 2016

04 - Trip Viva Hitalia - Sejid Kristal, Kuale Tranung

Tak sah kalau ke Kuala Terengganu dan tak singgah di Masjid Kristal yang mungkin menjadi salah satu masjid yang tercantik di dunia ini.

Masjid Kristal ini terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. 

Masjid Kristal yang terapung di atas Sungai Terengganu

Menjadi daya penarik pelbagai pihak kerana struktur binaannya yang unik.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Selain menjadi persinggahan pelancong yang beragama Islam untuk beribadat.

Masjid Kristal yang boleh memuatkan lebih 1500 jemaah ini dibangun selama 2 tahun dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal pada tarikh 8 Februari 2008.

Layan gegambar di perkarangan kawasan Masjid Kristal.

Kawasan masuk ke masjid dari tempat parking

Kubah kristal yang menjadi tarikan keindahan masjid ini

Antara kemudahan di masjid ini

Laluan ke dewan solat utama

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. 

Ruang legar kawasan masjid. Menara yang juga disaluti kristal

Kawasan istirehat di perkarangan


Pemandangan ke arah Taman Tamadun Islam


Pulau Duyong di seberang


Jambatan Sultan Mahmod dan Sungai Terengganu yang mengalir

Dari segi arkitektur dan senibinanya, Masjid Kristal Kuala Terengganu ini menampilkan keunikan tersendiri dengan keseluruhan masjid dibangun dengan kaca, batu bata, dan juga kristal. 

Ia mengadaptasi gaya contemporary Islam dengan adunan rekabentuk Moor serta binaan gothic.

Pintu laluan

Senireka Masjid Kristal


Masjid terapung ke 2 di bina di Terengganu

Dah sampai, jangan lupa masuk dan usha kawasan dalam masjid ni pulak.

Ruang dewan solat utama

Keseluruhan dalam kawasan dewan solat

Mimbar dan mihrab masjid

Bahagian belakang dewan solat

Bahagian dewan solat wanita di belakang

Kubah utama

Kubah kaca

Ruang dalam

Masjid ini turut dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat yang canggih dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik menjadikannya sebagai sebuah masjid pintar pertama di Terengganu.




Pada setiap hari minggu atau musim cuti persekolahan, Masjid Kristal telah menjadi satu destinasi wajib untuk di kunjungi lebih lebih lagi para photographer yang databg untuk merakam panorama dan suasana masjid yang kelihatan sungguh cantik terutamanya pada waktu senja dan menjelang malam.

Tidak syak lagi, Masjid Kristal menjadi tumpuan pengunjung

Dan pastinya Masjid Kristal ini telah banyak berbudi kepada negeri Terengganu dalam meningkatkan jumlah pelancong ke negeri ini serta menjadi salah satu kebanggaan rakyat Terengganu ini sendiri.



Sepasang kaki melangkah
Meniti usia
Hari yang berlalu pergi
Takkan kembali
Seiring dengan masa aku dewasa
Dan kini kufahami ertinya budi

Ku sedar kau sejak dulu
Menatangiku
Tak pernah diriku ini
Engkau kasari
Terisi tiap waktu permintaanku
Diriku kebanjiran kasih dan sayang

Walau tak kuucapkan
Walau tak kupamirkan
Di hatiku selalu menghargaimu
Tunggulah tiba waktu
Di saat tika perlu
Ku pasti akan berada di sampingmu
Akulah embun...akulah hujan
Pada ketika kau hangat kegersangan

Semakin kumengenali ertinya budi
Semakin kau kusanjungi di dalam hati
Sedaya upayaku akan ku cuba
Membahagiakan mu setiap masa

Masjid Kristal

Cantik. menarik dan membanggakan.................

bersambung........

8 comments:

  1. Jangang lupe solat sunat tahiyyatul masjid seround.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu dok dang.. sebab org dok bersih kawasang.

      insha allah next time

      Delete
  2. Aziang Mazwang Sapuang... masih suara bebudak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mok mok orang doh lening... kau minat dia ke? nanti aku kirim salam

      Delete
  3. Meng;

    Cantik masjid nih ... tapi ianya kaca ker kristal?

    Hahhahahaa

    Memang cantik Terengganu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kaca dan kristal...

      malam malam lagi cantik. berkemilau cahaya.

      Delete