Pages

Wednesday, October 19, 2016

03 - Trip Viva Hitalia - Tamang Tamadung Islang

Salah satu destinasi menarik yang menjadi kunjungan wajib bagi mereka yang tiba di Kuala Terengganu ini adalah Taman Tamadun Islam.

Malangnya............... aku sendiri pun tak pernah datang !

* lari terjun sungai tak tahan menanggung malu...

Selamat Datang ke Taman Tamadun Islam

Eh. Aku pernah datang sekali ! Tapi tak pernah masuk pun. Setakat berkeliaran je dulu sekali masa pegi Masjid Kristal ni.

* muncul semula dari permukaan sungai dengan wajah sedikit berseri...

Gerbang utama masuk ke kawasan Taman Tamadun Islam KT ni

Jong Jong inai mak ipong rajawali....

Kunjungan kali ni, aku sebenarnya pegi rumah makcik aku jap kat area ni, then alang alang tu, pegi skodeng jap ambik gambar dari jarak dekat. Tapi tak sempat jugak nak masuk dalam.

Memang masih belum rezeki !

Pintu masuk ke kompleks TTI ni

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah.

Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Objektif penubuhan taman ini dikatakan sebagai satu destinasi pelancongan bertemakan pendidikan dan edutainment, mengetengahkan personaliti, barisan pejuang pejuang Islam, ahli sains, teknologi dalam taman tamadun Islam serta sebagai pusat penyebaran ilmu.

Sebab tak masuk, usha gambar gambar di persekitaran jer.

Bangunan Pusat Konvensyen

Close up


Pusat Komersial


Kubah

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia. 

Antara replika yang sempat aku sedut walaupun tak dapat masuk.

The great Mosque of Muhammad Ali Pasha atau Alabaster Mosque di Cairo


Masjidil Aqsa, Jerusalem


Masjidil Haram Mekah

Terdapat kira-kira 21 buah monumen dibangunkan didalam taman tema ini mengikut skala 1:8 daripada saiz asal.

Di sesetengah monumen terdapat kemudahan tayangan video bagi memberi maklumat secara intraktif kepada para pengunjung.

Antara monumen yang terdapat di sini adalah Masjid Abu Nasr Pasra dari Afganistan, Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi, Masjidil Haram dari Arab Saudi, Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei, Masjid Xian dari China, Taj Mahal dari India, Masjid Kuddus Mina dari Indonesia, Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran, Masjid Besar Samara dari Iraq, Masjid Negara dari Malaysia, Masjid Mohamed Ali dari Mesir, Masjid Besar Agadez dari Nigeria, Masjid Badashi dari Pakistan, Kubah As Sakhra dari Palestina, Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Rusia, Masjid Al Hambra dari Spanyol, Masjid Alepo Citadel dari Syria, Masjid Pusat Petani dari Thailand, Masjid Qairawan dari Tunisia, Tugu Kompleks Suleyman dari Turki, dan Menara Kalyan dari Uzbekistan.

Ia merupakan taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam, mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh benua.

So kalau nak melawat banyak tempat di seluruh dunia tanpa perlu mengembara, boleh la datang ke sini !



Tiada kata harus kulafazkan
Untuk menyatakan cintaku padamu
Hembusan rindu antara benua
Ternyata syahdu membelai

Aku jua sepertimu kasih
Merindumu sepanjang hayatku
Sabarlah menanti hadirku

Walau berjauhan... walau kesunyian
Kutetap menantimu hingga akhir nanti
Itulah sumpah kita yang terpatri
Tak mungkinkan terlerai selamanya

Tiada kata harus kulafazkan
Asyiknya debar cintaku padamu
Riak asmara yang mengusap hati
Ternyata hebatnya cinta...

Menariknya, pengunjung yang memasuki Taman Tamadun ini akan diberi satu buku kecil yang dipanggil sebagai pasport yang mengandungi maklumat ringkas setiap monumen yang ada didalam taman tema ini. Nanti bila dah masuk, pasport anda akan dicop sebagai tanda lawatan.

Kemudahan seperti trem,basikal dan buggy sedia untuk disewa bagi memudahkan perjalanan anda di taman ini untuk mengunjungi kawasan kompleks TTI di Pulau Wan Man ini. Tandas awam juga di sediakan didalam taman tema ini untuk kemudahan pengunjung.

Pembinaannya diatas tanah seluar 33 hektar dan menelan belanja RM249.3 juta. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 03 Februari 2008.

Taman Monumen Islam, cruise dan pusat konvensyen antara daya tarikan, begitu juga dengan pusat komersial komersial yang lain.  Kalau lapar dan dahaga, boleh singgah di cafe taman ini untuk membeli makanan dan minuman seterusnya ke kedai cenderahati bagi membeli buah tangan tanda kenang kenangan.

Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Tel: +609-627 8888
Fax: +609-630 9020

Untuk maklumat, sila rujuk website : TTI Kuala Terengganu
Facebook :  Taman Tamadun Islam

Untuk tiket, operations hours dan bayaran masuk sila rujuk sini : Harga & Waktu Operasi

Berdekatan dengan Taman Tamadun Islam ini terletaknya sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal yang turut berdiri megah di situ.

Masjid Kristal

Projek pembinaan TTI melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab memantau projek tersebut.

Layan gambar di kawasan persekitaran Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu ni.

Tebing Sungai Terengganu

Pengkalan Tok Ku Paloh

Sungai Terengganu


Boleh di sewa untuk bergerak di sekitar kawasan kompleks TTI

Bahan asas pembinaan TTI secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan.

Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.

Pengunjung juga boleh menyusuri Sungai Terengganu dengan menaiki perahu yang tersedia ada di tepi tebing sungai di kawasan kompleks ni. Nescaya memberikan pengalaman yang menarik dan tersendiri kalau datang sini !

Apa apa pun, layan sikit lagi gegambar Taman Tamadun Islam ni dari arah Pulau Dayong.







Selamat mengunjungi Taman Tamadun Islam.

bersambung.....

6 comments:

  1. Pembetulang. Tu bukang Masjidil Aqsa tp Dome of Rock

    ReplyDelete
  2. Meng;

    Memang teruja nak ke sini ... kena masuk dalam wishlist ler ... !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah kalau balik malaysia nanti jangan lupa dtg terengganu...

      i siap sedia jadi mascot utk menceriakan perjalanan encik ghaz nanti. hiks

      Delete