Pages

Friday, October 21, 2016

05 - Trip Viva Hitalia - Muziung Negeri Tranung

Diakui ramai sebagai muzium terbesar di rantau Asia Tenggara, Kompleks Muzium Negeri Terengganu menempatkan artifak dan hasil seni yang merupakan warisan berusia beberapa kurun lamanya.

Dan aku sendiri tak pernah sampai ke Muzium Negeri Terengganu ni !

* mintak ampun pada semua rakyat Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu

Bukan tak mahu tapi tak sempat ! Singgah ni pun sebab makcik aku ajak makan tengahari rumah dia.

Padahal dekat sangat dengan rumah makcik aku. Selalu buat tak ambik pedulik je lalu kawasan ni tanpa menyedari di Muzium Negeri Terengganu mempunyai keunikannya yang tersediri, bukan sahaja dari segi saiz atau keluasan muzium yang di katakan terbesar di Asia Tenggara tetapi didalamnya memuatkan pelbagai tinggalan sejarah bumi Terengganu terutama sekali Batu Bersurat yang sememangnya sudah diketahui umum tentang nilai sejarah yang ada padanya.

Pintu gerbang utama masuk ke kawasan muzium

Terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini kelihatan hebat dari segi seni binanya, berdasarkan reka bentuk istana lama Terengganu. Jarak perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ke Muzium Negeri Terengganu ialah 6 Km. Muzium Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996 (2 Zulhijjah 1416).

Ia terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 buah rumah tradisional dan taman botani serta herba.

Muzium utama

Muzium Utama dibina di atas 16 kaki bajang konkrit dengan galeri yang mempamerkan tekstil dan teknik menenun, senjata tradisional, seni kraf, sejarah, alat kebesaran diraja, alam semula jadi, pembangunan petroleum, seni Islam, seni generasi baru dan kontemporari.

4 blok bangunan yang lain bersambung, untuk mewakili keluarga besar. Di pintu masuk utama bagi kompleks utama, dipamerkan Batu Bersurat Terengganu asli yang terkenal.

Objektif rupabentuk adalah lebih menjurus kepada cita-cita untuk mewujudkan sebuah bangunan yang dapat menggambarkan senibina melayu tempatan. 

Bangunan ini juga direkabentuk untuk memberikan gambaran seakan-akan ia berdiri di atas tiang dengan ruang masuk melalui tangga yang terangkat seperti rumah tradisional di kampung-kampung.

 Bahan serta ukiran kayu yang diselitkan bertujuan untuk menambahkan aspek keaslian serta estatiknya. 

Rangkaian bangunan yang bersambung ini mengambarkan aspek kekeluargaan, ia menampakkan suasana akrab dan rapat di antara ahli keluarga.

Jambatan perhubungan di antara blok utama dengan blok yang lain menggambarkan bahawa hubungan di antara ibubapa dan anak serta ahli keluarga sentiasa terjalin dengan erat. 

Ditubuhkan pada tahun 1976, idea penubuhan muzium ini bermula dengan sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Pada Julai 1992, Batu Bersurat telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri Terengganu dari Muzium Negara. Pada bulan April 1994, segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke ‘rumah baru' iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini.

Konsep rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah. 

Bangunan utama

Dewan utama pameran

Pemandangan dari pintu masuk utama

Kaunter tiket

Bayaran masuk ke Muzium Negeri Terengganu ini ialah RM5.00 bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak. 

Tiket masuk

Aku beli jugak tiket konon konon nak masuk. Tapi bila di bagitau tak leh bawak kamera terus rasa hilang semangat.

Tak syok la masuk tak leh nak ambik gambar. Beg pun tak boleh bawak masuk. Ada locker disediakan dekat pintu masuk muzium.

Aku masuk kejap tapi dalam tu rasa macam suram suram semacam je. Dah la pencahayaan macam tak berapa menyerlah. Sudahnya aku keluar semula. Hajat nak tengok Batu Bersurat tak kesampaian. Lagipun pekerja muzium macam tak membantu. Aku sendiri jadi tak tau mana nak tuju. Dah la memang tak boleh berlama lama sebab aku memang plan nak singgah sekejap jer.

Di Muzium Negeri Terengganu ini terdapat beberapa gallery pameran termasuk lah : 

* Galeri Tekstil
* Galeri DiRaja
* Galeri Kraf
* Galeri Senjata
* Galeri Sejarah
* Galeri Petroleum
* Galeri Islam
* Galeri Ilmu Kejadian
* Galeri Pelayaran & Perdagangan
* Galeri Perikanan & Taman Laut ,

So kiranya aku tak melawat belah dalam pun muzium ni. Lagi pun tak de banyak masa sebab kalau nampak pada size bangunan mau boleh abis berjam jam kalau masuk ke keseluruhan komplek muzium ni.

Kesenian ukiran pemeleh dan dinding panel kayu yang berukir. 

Kolam

Susun atur ruang yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati sistem laluan  dan mereka boleh bergerak dari satu blok ke satu blok yang lain dalam keadaan yang berbeza.

Semasa berada di dalam bangunan, pengunjung akan menikmati suasana yang agak ‘mekanikal’ manakala semasa berada di jambatan penghubung, pengunjung menikmati suasana luaran yang begitu ‘natural’ dan nyaman. 

Tanda arah ke kawasan kawasan lain di kompleks muzium ini

Meriam

Dinding muzium dengan ukiran

Bahagian hadapan Muzium Negeri Terengganu

Bahagian sisi

Pameran kenderaan Sultan Terengganu

Kawasan parking dan istirehat di sediakan

Kafe muzium yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman  dan tempat lepak setelah penat melawat kawasan

MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Bukit Losong, 20566 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
Tel: .09-632.1200 | Faks: 09-626 6164

Latitude : 5.31982421875
Longitude : 103.1032485961914

Waktu operasi Muzium Negeri Terengganu : 

Hari Sabtu hingga Khamis - bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Hari Jumaat - bermula jam 9.00 pagi - 12.00 tengahari & dibuka semula pada jam 3.00 petang - 5.00 petang
Hari Kelepasan Am - bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha - ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

Lawatan singkat aku ke sini memang tak boleh nak justify apa yang ada di sini sebenarnya. Kompleks yang besar ini sudah pastinya dapat memberi lebih daripada apa yang aku boleh share di sini. 

So sebaiknya, ada masa sila pegi dan lawati sendiri.

Selamat menerokai muzium negeri. Tempat di mana sejarah dan pembangunan negeri Terenganu kekal terpamer rapi.



Kulerai segala yang terkusut
Kusimpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku

Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
Engkau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu

Cintaku rinduku bukannya yang terkusut
Ku ikat ku belai dan kusimpul.. oohh...

Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari...oohh...
Setinggi mana engkau membawa diri akan aku daki...oohh...
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi akan ku selami

Biar terbukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi

bersambung.....

14 comments:

  1. Kamera xleh? Hmm, aku dulu abih snap photo semua brg pameran guna hp... Syyyhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kata tok leh pukul gambo. by right kamera ke hp ke semua tok leh.

      malas la nak ambik nusuk nusuk.

      Delete
  2. dah macam entry sireh pulang ke gagang gamaknya trip viva hitalia nih..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. of choss......

      sebelum di keji sebab melupakan kg halaman sendiri.

      hidup KT !!!

      Delete
  3. hHAHHA. kesian nya takleh bawak kamera. sedih je. apa pun seni pada bangunan sangat lawa. memang macam zaman dulu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bawak kamera. tapi tak leh ambik gambar.... saja la tu dia nak suruh org lain pegi sendiri.

      Delete
  4. Meng;

    Cantiknya rumah rumah nih !!!! Tapi sayang, tak leh nak tau apa yang ada di dalam yaaa !!!

    Apa rasionalnya tak leh nak bawak kamera?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu saiz istana lah. bukan rumah dah.. besar besar semuanya. tapi memang lawa sebab ada gaya tradisi terengganu.

      tak leh bawak kamera sebab dia takut org ambik gambar kot.. ntah...

      Delete
  5. ekong molek doh? dulu gi panah sungguh ekong mapuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu mapuh ekong gok.... pakat panah kelongggggggggggg ah dalang tu..

      hari tu rasanya ekon ok

      Delete
  6. tempat detim.. hahahhaha.. mampu detim kat muzium.. hahhahaha..tp MJ masuk free..naik lak lif staff.. kehkehkeh :-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. motip detim di muzium? baik deting di library....

      orang detim nuh.... a and dabba !

      Delete