Pages

Saturday, October 22, 2016

06 - Trip Viva Hitalia - Primula Beach Hotel - Room

Kalau balik kampung pastu tido hotel memang kena keji dengan ahli keluarga dan sanak saudara. Tapi sebab ni kira trip atas sebab kerja dan memang dapat penginapan, so aku excuse.

Mencari penginapan di Kuala Terengganu agak mencabar sebab tak banyak choice. Ada banyak hotel dan penginapan juga sebenarnya tapi yang aku terasa nak stay tu macam tak de. 

Sebab choice untuk aku tak banyak, maka aku pilih mana yang aku rasa dekat di hati. Tempat yang boleh mengimbau kenangan dengan diri sendiri.

Maka dengan itu, aku pilih untuk menginap di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Primula Beach Hotel Kuala Terengganu yang terletak di Pantai Batu Buruk

Terletak di pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hotel 4-bintang ini direka dengan gabungan pengaruh Timur dan Barat dan menawarkan suasana yang berhadapan pantai.

Menawarkan 245 buah bilik dengan gaya moden, siap dengan balkoni tersendiri menghadap Laut China Selatan yang indah. Dengan kemudahan rekreasi dan tempat istirehat, penginapan ini menjadi pilihan keluarga dan juga pelawat korporat yang datang bertandang ke Kuala Terengganu ini.

Memang hotel ni bagi aku dah lama. Lama gila gila kot so aku memang expect facilities dan bangunan hotel yang dah run down. Tapi apa yang aku suka dengan hotel ni adalah lokasinya. Selain daripada dekat dengan tempat aku nak buat kerja, view dia jugak antara yang paling menarik di bandar KT ni.

Cerita banyak tak guna. Layan dulu kawasan lobby.

Entrance ke lobby

Lobby

Perabut pun macam outdated jer

Tapi masih bersih dan terjaga

Meja reception yang terlindung di balik tiang. Macam kelakar jer

Welcome drink yang tak berapa hebat mana

Work in progress

Urusan check in semua agak pantas jugak sebab opis aku dah booking siap siap dah. Aku check in pun agak awal sebab aku plan nak mandi manda dulu sebelum keluar balik untuk pegi memulakan tugas yang sepatutnya.

Dah dapat kunci, layan bilik pulak.

Pass key

Room

Deluxe Room

Size standard for 4 star hotel

Furnisher yang agak lama juga

Tapi bersih dan selesa

TV Channel walaupun aku tak sempat nak bukak TV pun. Memang tidur semata mata je

Catalogues

Kertas dan pen

Arah kiblat

Toilet

Amenities

Bilik memang biasa biasa je. Tak de apa yang nak di banggakan. Cuma size agak OK dan bersih. Perlu direfurbished untuk terus bersaing dengan untuk maintain keselesaan pelawat.

Rasanya dalam process refurbished jugak ni sebab ada keja keja baikpulih sedang di jalankan.

Yang penting, bilik bersih lah dan tidur pun lena je. Tak de apa apa gangguan.

Now layan sedikit view dari bilik.

Bangunan depan. Ada parking area kat in between ni

Pandangan dari balkoni mengadap Laut China Selatan

Ke bawah. Nampak pool

Pulau Kapas dari kejauhan

Hospital Kuala Terengganu 

Angin sepoi sepoi bahasa

Pantai Batu Buruk

View yang mengasyikkan

Ini bukan la kali pertama aku stay hotel ni, tapi kunjungan kali ke 2 ni rasanya much better sebab yang pertama dulu aku dapat bilik mengadap bandar KT.

Apa apa pun, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu ni boleh di jadikan option untuk penginapan kalau yang mahu bertandang dan mencari tempat bermalam. Cuma jangan expect hotel yang chic dan trendy sebab memang hotel ni sejak aku kecik lagi.

So jangan put high expectation, takut nanti rasa tertipu. Tapi bagi aku, setakat bermalam semalam dua... ini lah pilihan paling menarik yang ada di KT ni dengan view mengadap laut seperti ini.



Usahlah kau menudingkan
Kesilapan ini dariku
Sedangkan hatimu
Tiada kejernihan asli

Kau bagai embun pagi
Saljumu sementara
Yang pastikan hilang
Bila panas mengundang

Apa erti kejujuran
Andai untuk disendakan
Mamadai luka yang kau guriskan
Masih terasa kepedihannya...
Sesungguhnya jendela hatiku
Telah terkunci terhadapmu

Biarlah cinta yang bermukim
Digemala hatiku
Dan tak mungkin kembali padamu
Menjalin asmara yang palsu

Untuk apa menanti
Rindumu tak berbunga
Kasih dan sayangmu
Terbiar di celahan rantingmu

Untuk apa menanti
Rindumu tak berbunga
Kasih dan sayangmu
Terbiar di celahan rantingmu

bersambung.....

2 comments: