Saturday, October 8, 2016

Jom Makan : Murni Discovery, Seksyen 7, Shah Alam

Satu hari yang indah kami keluar pegi mencari makanan untuk sesi jamu malam !

Tak tau nak makan kat mana berkira kira akhirnya kami ke Shah Alam. End up kami sepakat nak try makan di Murni di Seksyen 7, Shah Alam ni.

Berbekalkan bantuan Waze.. tempat ini berjaya kami temui

Cawangan Murni, Seksyen 7, Shah Alam

Kedai dia hujung sekali.. berdekatan dengan kuil Hindu

Kena masuk area shop lot sampai ke hujung jalan. Restoran Murni ni terletak paling hujung. Kalau nampak kuil Hindu tu memang confirm betul. Dan tak jauh dari situ pun nampak limpahan lampu lampa dari ICT tu.. kira memang dah sampai tempat yang di tujui ni !

Cari parking agak pedih jugak time malam sebab orang memang bertempek tempek kat area ni melepak tanpa pedoman !

Dah parking boleh cari seat. 

oleh duduk di dalam atau cari je meja kosong di bahagian luar di depan atau bersebelahan kedai ni

Warning awal awal tempat ni memang selalu ramai orang ! Lagi lagi berdekatan dengan area students melepak.

Nak cari seat agak mencabar. Nak dapat seat pun mencabar jugak. Dah duduk, nak tunggu waiter datang pun sama mencabar.

Pendek kata, siap sedia fizikal dan mental untuk sesi cabaran emosi dan minda !

Dah lama kami duduk, panggil waiter 44 kali, dia orang lalu lalang buat bodo je. Last sekali baru kami di layan.

Usha buku menu nya dulu.

Aneka makanan tersedia untuk diorder

Orderlah mengikut selera tekak masing masing

Nama makanan pun macam mencabar minda. Baik refer pada gambar je sebab nama tak berapa mencerminkan rupa

Selain daripada makanan, minuman juga ada nama nama tersendiri. Sikit lagi menu minuman ni macam nak penuh dengan nama nama saintifik

Bagi yang dah biasa berkunjung ke mana mana cawangan Murni ni pasti dah familiar dengan aneka makanan dia orang yang pelik pelik. Murni menyediakan makanan ala Western dan Fushion Asean.

Bajet bajet nak ambik tau pasal Murni Discovery ni.

Murni Discovery has built a diverse portfolio of varied concepts, ranging from multi-location upscale destinations to single neighbourhood favourites.

Today, Murni Discovery is operating in 6 different locations, with many more future branches in the works.

You will discover that we offer the perfect mix comprising from familiar local favourites to new and exciting dishes originating from the cultural flavours of Malay, Chinese, Indian, Western and Italian cuisines. We guarantee hand-selected quality and absolute freshness of our ingredients.

Whether you’re in the mood for comfort of local food variety or the elegance of fine dining, you’ll definitely find something to suit for every occasion.

Dah sampai ni nak berlama lama pun tak best juga. Unless muda mudi memang datang nak melepak dan berbual mesra kira port ni memang tepat mengena. Kalau yang family tu datang makan cepat cepat je la order dan dengan pantas melangkah pulang !

Otak otak di sediakan di atas meja bagi yang mahu merasa

Sebab dia orang pun dah terbiasa dengan pelanggan yang ramai, sebaik mungkin mereka cuba menyediakan makanan dalam jangkamasa yang pantas.

Tak lama lepas tu satu persatu makanan kami tiba !

Princess beriya tengok menu. Pastu nak maggie dengan sausage. Makannya tak macam mana lagi lagi portion kat sini memang tahap dewa dewa punya. Sudahnya tak berhabisan.

OR punya Oglio Olio. Dia kata tak sedap mana. Aku rasa jugak la.. So So jer.

Ni Hero punya. Mee dengan Chicken Chop. Makan tak abis. Maybe portion besar or maybe dia kenyang. Tak mungkin anak aku tu kata tak sedap sebab bagi dia semua makanan adalah menginzalkan belaka.

Dan tak lupa untuk aku. Mee Raja Seafood ! Pernah makan satu ketika dulu kat Murni SS2. Dah lama tak rasa kali ni cuba cuba membuka selera.

Malangnya Mee Raja ni pedas gila !!

Sebagai warga Hitaly yang tidak berapa padu melawan kepedasan, aku kencundang selepas beberapa suapan.

Pedasnya tak tertahan !

Princess nak air apa benda ntah. Muak la air ni macam shake nestum jer. Minum pun tak abis.

Dan ni mocktail yang nama pelik pelik tu. I miss you Baby.. Kiss Me & Go To The Hell.. Hahahah yang last tu aku saja bagi nama. Aku lupa nama sebenarnya.

Selesaikan sesi makan malam dengan budak budak membaham brownies dan ice cream ni.

Apa yang aku boleh rumuskan mengenai Restoran Murni Discovery ni adalah seperti berikut.

1. Expect orang ramai gila ! Ramai golongan muda mudi yang berborak macam nak pecah speaker dan tak mempedulikan orang kiri kanan mereka.
2. Food agak variety dan macam macam aneka menu boleh di nikmati.
3. Service agak OK la cuma kadang kadang slow jugak dek kerana orang berduyoooon tiba !
4. Ambiance tepi jalanan... Konsep open macam mamak juga. Boleh dengar bunyi deruan kenderaan. Port best untuk melepak dan lupa diri sampai pagi.
5. Makanan so so jer. Tak de la menginzalkan mana dan banyak ke arah tak sedap !. Tapi since menu banyak boleh cuba makan macam macam mengikut selera.

Dan yang paling menarik. Harga dia tak mahal mana aku pun dah lupa tapi memang tak mahal la kalau tengok portion tu macam mampu-lantak lagi !

Overall.. Murni Discovery ni lebih kepada port melepak daripada port menjamu selera !

Sila pastikan apa yang nak di makan sebab kalau tak.. membazirnya tak berhabisan !

Murni Discovery (Shah Alam)  
Jalan Plumbum Ac 7/Ac,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Phone: +60 18-386 3385
Hours : 12PM–2AM

Website untuk mendapatkan maklumat 6 outlets mereka dengan waktu operation hours berserta menu dan informasi lain refer : Murni Discovery

Untuk usha komen komen pelanggan di FB page mereka : Murni Discovery Shah Alam

Dan untuk berhibur... layan lagu ni.... !



Tak pernah ku menyangka
Percintaan kita hanyalah seketika
Janjimu semua hanya mainan kata
Kau pergi dan ada yang lain

Betapa teganya dirimu mendustai aku
Kau mungkir janji cintamu
Bertahan mempertahankan kamu
Kini ku sedari
Kau tidak pantas untuk aku tangisi

Saat ku diam tanpa kata
Pasti ku cuba untuk melupakan dirimu
Percintaan yang kita bina hancur semua
Bisakah ku terus melangkah

Betapa teganya dirimu mendustai aku
Kau mungkir janji cintamu
Bertahan mempertahankan kamu
Kini ku sedari
Kau tidak pantas untuk aku tangisi

Bagaimana pun jua kau dan aku terpisah
Mungkin inilah yang terbaik untuk kita
Tidak pun aku pinta ini semuanya

Betapa teganya dirimu mendustai aku
Kau mungkir janji cintamu
Bertahan mempertahankan kamu
Kini ku sedari
Kau tidak pantas untukku

Betapa tegarnya dirimu mendustai aku
Kau mungkir janji cintamu
Bertahan mempertahankan kamu
Kini ku sedari
Baru ku sedari
Kau tidak pantas untuk aku tangisi

4 comments :

  1. Ni pun xjauh dr rumah. Tp xnah teringin nk gi...

    ReplyDelete
  2. restoran murni nie mmg tmpat port paling layan...portion dier mmg byk...biasanya kalau pergi berempat order 2 main dish...2 lite dish...air pun cenggitu...roti jepun dier best...roti nan pun best...spaggeti carbonara ok laa..yg lain xtauu..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti selalu pegi ni.. heheh thanks for sharing. nanti kalau pegi buleh try roti jepun... ( makan sambil pakai selipar jepun )

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...