Saturday, December 19, 2015

Xplorasi Goa : 12 - Panjim - Margao - Palolem Beach

Bangkit pagi pagi di hari ke 4 di Goa. Hari terakhir aku untuk trip ni.

Hari ni aku kena check out dari hostel ni dan malam nanti aku akan ambik flight balik ke KL.

Pagi tu mandi dan bersiap siap aku terus berkemas. Hari ni misi aku adalah untuk jelajah ke pantai pantai di sebelah South Goa. Aku tak de itinerary yang khusus. Plan aku cuma macam tu, tapi memandangkan semalam aku agak kecewa dengan pantai pantai yang aku pegi di North Goa so aku fikir, tak payah la aku nak pegi ke semua pantai yang ada.

Aku kena pilih few beach je dan cukup la kot untuk cover bahagian selatan Goa ni.

Panjim Inn. Kat sini la aku nak usha makan malam semalam tapi tak jadi sebab dia serve pork

Ni salah satu hostel lain yang ada di area Old Quarter ni. Boleh check tempat ni, nampak macam menarik. Ada satu lagi opposite dia Alfonso pun nampak macam OK jugak hostelnya.

Dah packing, aku terus keluar dari bangunan hostel aku ke bangunan lobby.

Macam biasa, asal aku duduk je, aci ni siap siap la nak mop lantai dan bersih kawasan.

Breakfast untuk hari terakhir. Memula macam nak makan Dosa tapi dah banyak sangat dosa tak jadi la. Ambik western breakfast jer

Sambil sambil breakfast kat hostel pagi tu, aku dok online mencari informasi dan tempat yang aku nak pegi di hari terakhir ni.

Memula macam nak cover semua beach di South Goa, tapi fikir fikir, payah jugak aku nak bergerak dari satu pantai ke pantai yang lain. 

Dan aku ada jugak terbaca pasal Palolem Beach yang menjadi salah satu pantai tarikan di Goa ni. Teringin jugak nak pegi, tapi tempat dia agak jauh. Baca punya baca. Study punya study, akhirnya aku buat keputusan !

Confirm aku akan ke Palolem Beach hari ni, dan dengan masa yang ada aku akan pegi ke pantai pantai di South Goa yang sempat sebelum aku ke airport malam nanti !

Pastikan jadi !

Dah abis check out hostel dan bye bye kat semua orang termasuk makcik kek wat dan budak Jepun yang tak baik baik selsema tu aku pun melangkah dengan beg ke bus station. Nasib la beg aku memang ringan betul trip kali ni, so tak terasa sangat bebanan yang aku pikul.

Lalu depan area sekolah

Teksi teksi sedia menanti. Teringin jugak aku nak naik teksi ni.. tapi tak sempat lagi

Jalan menyusuri tepi sungai di bahagian Old Quarter

Cross jambatan biru ni

Jalan jalan area bandar baru Panjim ni

Suasana di bandar Panaji menuju ke bus station

Sampai kat bus station Kadamba

Kalau ikutkan inilah route aku untuk hari ni ke Palolem Beach.

Dari Panjim naik bas ke Margao then tukar bas untuk ke Palolem Beach.

Kalau ikutkan masa dan jarak perjalanan, aku tak boleh buang masa. 

Setakat pegi pun untuk tengok kawasan je, tak boleh spend masa lama lama. Tapi keinginan memuncak nak pegi jugak ke Palolem so aku usahalah sampai jaya !

Sampai kat bus station, tanya orang kat mana nak ambik bas ke Margao !

Nasib baik ada pakcik tu bagitau, dia kata kena pegi ke arah hujung sekali dalam bangunan terminal utama ni.

Bangunan terminal utama Kadamba Bus Station, Panjim

Dan pegi ke hujung sekali, ada kaunter tiket khas ke Margao sahaja. 

Beli tiket di sini. Bus dari Panjim ke Margao ni kiranya bas express. Tak de berhenti kat mana mana. Harga tambang adalah INR 40 ( RM 2.60). Tak mahal mana.

Dah beli tiket tu terus je naik bas yang dah sedia menanti di situ.

Bagusnya naik bas express ni walaupun tak de rupa express mana tapi seat dia cukup cukup. Maksudnya dia tak jual tiket lebih. Ngam ngam semua dapat seat. Tapi seat dia macam biasa lah.. kecik jer. Lagi kalau badan gajah atau bawak beg besar.. payah sikit lah.

Memula tu aku naik bas dah hampir penuh so aku tak dapat window seat. Aku duduk sebelah mamat ni, dia punya kaki siap duduk terkangkang dengan begnya, aku nak masuk pun tak boleh. Pastu langsung tak de courtesy nak bergerak ke dalam sikit.

Sudahnya aku tak jadi duduk situ, aku duduk kat seat belakang yang available. Ada couple mat salleh 2 orang duduk sebelah aku. Sempat la borak borak kosong dengan dia orang. Dia orang cuma mahu ke Margao jer.

Dalam bas dari Panjim menuju ke Margao

Perjalanan dari Panjim ke Margao mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan di hidangkan dengan pemandangan kampung kampung jer. 

Menarik jugak tapi aku tak leh nak snappy sebab aku duduk belah dalam. Ramai je yang tidur sepanjang jalan dan ada jugak yang melayan perasaan sendiri.

Sedar sedar, kami dah pun sampai ke pekan Margao, bandar ke dua terbesar di Goa yang terletak di South Goa.

Sememangnya kalau nak ke pantai pantai dan kawasan sebelah South Goa, kebanyakkan bas hanya bergerak dari Margao saja, jadi kalau berada di Panjim atau Vasco De Gama, kena pegi ke station Margao dulu sebelum ambik bas ke tempat tempat lain.

Nasib aku agak baik masa tu. Sebaik saja bas sampai di station bus Margao, aku turun dan sempat hisap rokok sebatang. Dekat station bas tu ada terminal dan banyak bas menanti, dan bila aku check je terus ternampak bas ke Palolem Beach.

Bas dari Margao ke Palolem Beach

Musykil jugak aku sebenarnya sebab dari pembacaan aku tu, tak de bas dari Margao terus ke Palolem Beach. Kena singgah di Canacona dulu sebelum ambik bas lain atau pun teksi ke Palolem. Tapi dari Canacona tu dah tak jauh, lebih kurang 3 KM jer. Tambang adalah sebanyak INR 40 (RM 2.60)

Sebab dah nampak bas ni, aku terus je la duduk dalam bas tu.  Aku orang pertama naik so aku boleh pilih seat yang aku nak. Duduk window seat. Kondisi bas tak berapa bagus, tapi OK lah. Ruang tak besar tapi boleh lah. Tak de aircond tapi duduk tepi tingkap aku rasa shud be OK jugak kot.

Syukur je lah. Yang penting aku boleh sampai ke tempat yang aku nak tuju.

Perjalanan dari Margao menuju ke Palolem Beach memakan masa lebih daripada sejam. Lama jugak lah. Bosan pun ada. Ada sikit la rasa menyesal sebab aku tak expect sejauh tu. Jalan pulak agak jem dan bas berhenti banyak kali untuk turun dan ambik penumpang. 

Dah dekat tengahari aku masih berada di perjalanan ke Palolem yang letaknya lebih kurang 45 KM dari Margao !

Bangunan lama di Margao

Bus siap berhenti isi minyak

Perjalanan ke Palolem Beach

Orang jual sayur tepi jalan

Dalam perjalanan

Bas yang aku naik tu memang singgah di Canacona. Station bas dia kecik je. Ada orang turun kat situ then drebar tu terus je memandu ke Palolem Beach. 

Tak lama lepas tu kami tiba di Palolem Beach. Dah tak ramai orang dalam bas time tu. Sampai je turun lah. 

Welcome to Palolem Beach ! Yeah berjaya jugak aku redah.

Simpang jalan tempat bas berhenti

Ada kedai jual jualan. Aku check FM mahal la pulak. Dah menyesal tak beli kat Old Goa hari tu. Dah tawar pun still tak dapat INR 50 macam kat sana. Rata rata dia letak INR 100 seketul. Malas aku nak beli !

Dari simpang tempat bas berhenti kena menapak sampai ke hujung sana ke arah pantai

Kedai jual heena

Sepanjang jalan tu ada kedai kedai jual cenderamata, restaurant, ada drebar drebar teksi yang tak henti henti bertanya dan ada jugak mamat mamat yang akan datang menerpa.

"Hi Sir.. you need a room?"
"No thanks"

Jawapan malas layan !

Memang aku tak perlukan bilik pun, aku datang kejap je ni pun nak usha usha kawasan.

Jalan sampai ke hujung akan jumpa pintu gerbang ni.

Penanda arah tibanya di Palolem Beach

Palolem Beach merupakan sebuah perkampungan nelayan di selatan Goa yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Kalau nak baca info pasal Palolem Beach, sila refer sini : Palolem Beach, Goa.

Dah sampai tu aku terus je snappy snappy apa yang patut.

Bot nelayan di Palolem

Bar restaurant

Pantai Palolem

Air pasang so pantai dia agak pendek dan dekat dengan ombak laut.  Lawa tu tak sangat tapi pantai dia agak memanjang dan banyak pokok pokok kelapa di pesisiran. Dan macam biasa anjing adalah bersepah sepah !

Cuaca pun boleh tahan panas

Polalem Beach

Melepak

Aku just berjalan je tepi pantai tu menuju ke belah belah bawah sikit. Pantai dia kecik sangat kalau berjalan pun air laut kena kaki. Tu pun jenuh nak elak.

Ada few kedai kedai makan kat tepi tepi tu. Ada resort resort yang masih belum siap. Ada jugak orang orang tengah picnic tengahari buta tu dan tak lupa juga yang bersantai dan berjalan jalanan.

Aku rasa masa aku pegi ni kiranya bukan musim ramai pelancong so tak ramai sangat orang kat sini. Kedai kedai makan pun macam sendu je. 

Tapi pantai kat sini pun sama macam pantai pantai semalam, tak de tempat nak lepak lepak kecuali menumpang bawah pokok di dalam kawasan milik orang.

Tengah berjalan tu tetiba aku terserempak................ !

Aku rasa mabuk kot. Berguling guling tengah tengah panas atas pasir. Kesian pun ada jugak tapi orang pandang buat tak tau jer

Penghujung pantai Palolem Beach

Sebelah ke arah utara

Kiranya Palolem Beach ni tak de menarik sangat bagi aku.

Tapi maybe sebab air pasang kot dan waktu aku sampai tu pun tengahari buta. Memang kurang orang kat tepi pantai ni. Maybe petang petang sikit tempat ni baru la menarik dan menjadi tumpuan orang awam.

Aku just menyusuri dari tengah ke selatan then patah balik ke belah utara. Usha usha kawasan.

Ada banyak jelly fish kot. Tapi tengok ada je orang mandi

Kawasan nelayan

Ada yang baru pulang bawa tangkapan

Salah satu restoran tepi pantai.

Memula aku fikir nak lepak makan kat situ je sambil lepak lepak menghirup udara segar, tapi kedai dia macam tak de orang.

Puas aku tunggu dan berdiri kat pintu tapi tak de orang datang layan. Mana ntah pegi semua orang. Sudahnya aku lepak lepak je tepi pantai tu layan perasaan.

Jauh aku datang... view tak memberangsangkan

Layan gambar gambar lain di Palolem Beach.

Pantai

Aktiviti

Nelayan

Ombak laut

Buih buih lautan

Terdampar

Lepak lebih kurang, time untuk bergerak.

Tak de benda apa pun yang aku boleh buat lagi dah kat sini.

Sedikit rasa macam tak berbaloi aku ke sini. Mungkin waktu tengahari memang tak sesuai ke pantai seperti ni. Matahari terik dan pandangan pun kurang menarik !

Tapi dah nama pun dah sampai. Redah je lah. Janji semangat aku tetap masih ada untuk bergerak ke destinasi seterusnya.



Kau yang dulu pernah berjanji 
Untuk setia menyayangi 
Hingga ke hari terakhir ku percaya

Ku dengan setia mencintai
Hingga ku gembokkan hati dari yang lain
Tetapi kau mendusta

Kau merobek hatiku
Kau mencabut nyawaku
Kau bunuh semua harapanku

Ku dengan setia mencintai
Hingga ku gembokkan hati dari yang lain
Tetapi kau mendusta

Kau merobek hatiku
Kau mencabut nyawaku
Kau bunuh semua harapanku

Ku dalam kegelapan
Ku hanyut kehilangan
Kau biarkan sajaku pergi

bersambung..............

6 comments :

  1. Meng

    Aci tu ada hati kot, kau je jual mahal hahaha

    ReplyDelete
  2. ntah dah balik umah ke belum yg terdampar mabuk tu..
    boleh selamba tapir je golek...mmg kental kulit diorg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya bangun bangun terus gi keje kot.. hahaha...

      Delete
  3. Replies
    1. Maybe dari malam kot sampai ke pagi.. sampai ke tengahari. Ntah bila dia nak bangun tak tau la

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...