Friday, December 11, 2015

Xplorasi Goa : 05 - Dona Paula Beach

Aku tak tau la apa salahnya tapi aku memang tak jumpa restoran yang Pakcik Yaakob tu bagitau. Ntah ntah dia kencing aku ? 

Maybe dia dengki sebab aku tak beli apa apa kat kedai dia?

Tu tuduhan melulu !

Yang pasti aku makin merana dek kerana panas cuaca dan juga kelaparan. Perut rasa mencucuk cucuk. Roti breakfast pagi tadi memang tak cukup !

Maklum la baby dalam perut asyik mintak makanan jer...

Salah sebuah bangunan lama di Panaji

Sudah menemui jalan buntu, aku akur. Aku fikir, elok je la aku terus ke Miramar Beach je, mesti kat sana ada kedai kedai makan tepi laut? Boleh aku bersantai santai sambil menghirup udara segar?

Berangan macam tu boleh buat perut kenyang dan bertahan !

Elok aku kembali ke jalan besar, aku nampak beberapa bas lalu. Aku tengok ada signage kat depan bas tu tulis ke Dona Paula melalui Miramar !

Hah..... sedang elok.

Aku terus je naik bas tu.

Dalam bas menuju ke Miramar

Tambang bas adalah INR 10. Sebenarnya aku pun tak pasti berapa ringgit, tapi aku tau tempatnya tak jauh, so aku just bagi je banyak tu. Konduktor bas tu ambik dan tak bagi refund apa apa so aku assume banyak tu lah kot. Tak pe lah.. Bukan mahal mana pun. 60 sen jer.

Duduk dalam bas melangut, ntah cemana aku termiss nak turun kat Miramar Beach !

Miramar Beach

Ada roundabout besar tepi jalan, aku tengok macam elok je sempat snappy. Rupanya tu la Miramar Beach. Bas laju lak tu bergerak, bila aku sedar macam dah agak jauh so aku fikir, aku ke Dona Paula dulu dan balik nanti aku singgah di Miramar Beach.

Plan asal aku, nak singgah Miramar Beach dulu lepak lepak then aku nak tengok sunset di Dona Paula. Sekarang ni dah terbalik. Harap harap nanti kat Miramar pun boleh layan sunset !

Perjalanan dari Panaji ke Dona Paula

Sepanjang perjalanan lepas tu aku lebih berhati hati. Kena pandai pandai baca sign ke apa sebab konduktor tu bukan nak bagitau aku pun kalau dah sampai.

Nasib baik, ada mamat belakang aku yang dok borak dengan wife dia cakap English so aku macam capangkan telinga dengar dia orang borak. Rupanya dia orang pun nak pegi ke Dona Paula tapi bukan ke arah jetty yang aku nak pegi.

Tak lama lepas tu dia orang siap siap nak turun, dan aku tanya dia orang memang confirm dah sampai.

So bas berhentikan aku tepi jalan.

Roundabout di persimpangan Dona Paula.

Turun dari bas tu baru aku tanya dia cemana nak ke jetty Dona Paula tu dan dia yang tunjukkan arah.

Dari simpang tu kena jalan ke dalam sikit, laluan turun bukit ke arah pantai.

Laluan ke jetty Dona Paula

Ada la dekat 10 minit menapak, akhirnya aku sampai kat tepi laut. Ada macam bot bot nelayan dan jugak kawasan tambak yang dibangunkan di sekitar kawasan tersebut

Misi aku cuma satu. Nak cari tempat makan dulu. 

Usha usha kawasan tu, nampak macam ada satu restaurant dan orang jual jual.

Tapi sangkaan aku meleset sebab restaurant tu adalah bar yang jual minuman minuman keras jer.

Kecewa pakcik !

Sudahnya, akur je la. Aku jalan je dalam panas terik matahari tu ke arah jetty. Nampak macam ramai orang lalu lalang ke arah sana. Nak usha jugak kot belah sana ada kedai makan ke apa.

Jalan ke arah jetty

Dan sangkaan aku meleset !

Tak de kedai makan. Yang ada macam kedai jual cenderamata sepanjang jalan tapi semuanya dah tutup. Maybe di buka waktu lain. 

Pasrah. Kawasan tu pulak lapang, bertambah la cair otak aku tengah tengah panas tu.

Jetty di Dona Paula ni

Dan bertentangan dengan jetty tu ada bukit dan kawasan view point yang nak kena panjat. Fuh.. panas betul cuaca. Tapi orang pun ramai jugak.

Dona Paula

Mesti ada orang tertanya tanya, apa yang menariknya Dona Paula ni? Hanya sekadar jetty jer?

Sebenarnya tempat ni ada sejarahnya yang tersendiri.....

* muzik !

Tempat ini dinamakan sempena nama Paula Amaral Antonio de Souto Maior, seorang tokoh sejarah dalam Bahasa Portugis di India. Beliau merupakan anak perempuan kepada Viceroy Portugis Jaffnapatnam dan tinggal di Sri Lanka. 

Paula dan keluarganya tiba di Goa pada tahun 1644 dan berkahwin dengan seorang Fidalgo (golongan bangsawan) dari Sepanyol pada 1656 yang bernama Dom Antonio Souto Maior. 

Mereka adalah keluarga yang sangat kaya dan memiliki harta Mereka adalah keluarga yang sangat kaya, dan seluruh harta di Goa ini namun beliau meninggal dunia pada 16 Disember 1682.

Dona Paula adalah seorang yang sangat pemurah dan suka bersedekah dan banyak membantu penduduk kampung serta menjaga kebaijikan mereka. Di atas kebaikkan beliau itu, penduduk kampung telah menamakan tempat ini sebagai Dona Paula. Sebelum itu, tempat ini di namakan sebagai Oddavell.

Menarik tak cerita ni?

Macam tak berapa sangat je kan?

Tetapi kebaikan Dona Paula ini sentiasa di kenang orang sepanjang zaman. Menurut cerita rakyat di sini selepas kematian beliau dan dikebumikan di sebuah gereja kecil bersebelahan dengan kediaman Gabenor Goa. Sering kali ketika bulan mengambang dengan cahaya terang, kelibat Dona Paula di katakan muncul dengan memakai kalung mutiara.

Jadi, Dona Paula ini menjadi tarikan pelancong kerana ramai orang yang datang untuk melihat kelibat Dona Paula ni.

Sebuah gereja di atas bukit dan juga kediaman Gebenor Goa yang di katakan tempat munculnya Dona Paula.

"Hai Dona Paula. Kenapa la kau tak jual goreng pisang ke, apam balik ke? Kalau tak boleh la aku beli. Aku ni lapar !!!"

Begitu aku lebih excited kalau jumpa orang jual makanan daripada nak tengok kelibat Dona Paula ni.

Tapi aku sempat la panjat bukit kecik tu. 

Warga tempatan mendaki bukit untuk melihat kawasan rumah Dona Paula

Di atas puncak bukit. Panas sungguh.

Nampak jety dan Arabian Sea dari atas

Rumah Dona Paula yang boleh di lihat dari atas bukit

Gereja kecil Dona Paula

Tapi sebenarnya cerita Dona Paula tadi tu tak habis di situ.

Terdapat satu lagi version cerita bagaimana Dona Paula wujud dan mendapat nama di sini.

Version yang satu lagi tu berbunyi begini.

Dona Paula beach was named after the Portuguese Viceroy’s daughter Dona Paula de Menezes.

This young, innocent girl fell in love with a local Goan fisherman. Of course, this match was unacceptable to the Viceroy who forbade his daughter Dona Paula to ever see her young lover again.

Distraught with love and sorrow, Dona Paula could not bear a life without her young Goan lover and threw herself off a cliff into the unforgiving Arabian Sea.

Left with nothing but his daughter’s memory, the Portuguese Viceroy named the area Dona Paula, as an eternal tribute to his stubbornness and forbidden romance & love.

Today, there is a black stone statue of the young Dona Paula and her Goan lover on a rocky promontory jutting into the sea with a sweeping view of the Marmagoa Port in the background.

So cerita mana satu yang nak di percaya?

Bagi menguatkan cerita ke dua, konon kisah cinta tragis Dona Paula ni, terdapat satu statue di sini yang menjadi simbolik perkasihan mereka berdua. 

Statue of Dona Paula dengan kekasihnya...

Sebuah kisah cinta yang terhalang !



Ibu pilihkan saja
Walau nanti aku tak bahagia
Bukankah aku layak memilih, walaupun salah

Pernah saling menyinta, tapi ibu tak suka
Dia datang ke rumah, tak kau tegur dan sapa
Suka-suka... ibu marah-marah
Suka-suka... ibu buang muka
Ibu... untuk siapa aku mengikat cinta

Kalau dulu ibu menderita
Itu salah ayah yang berbagi cinta
Janganlah ibu samakan saja
Walau hitam rambut kita tak berbeda

Wku hanya ingin sejujurnya
Jangan kau paksa walaupun aku pasrah
Aku. bukan boneka yg tak punya cinta

Kalau sudah suratan cinta
Jangan pernah engkau kecewa
Kadang memang kita boneka yg selalu terpaksa

Lereng berbatu tempat kononnya Dona Paula terjun tiruk lalu mati....

Aku still nak cerita version aku.

Dona Paula bukak gerai, jual nasi lemak, donut dan air batu campur dan aku boleh lepak lepak minum dan mengisi perut !!

Tapi tidak mungkin begitu jadinya. 

Masa kat atas bukit tu, panas punya pasal, aku siap duduk bawah pokok kecik je berteduh. Memang panas kaw kaw. Tak tau la cemana orang locals ni boleh bertahan dengan sari nya dengan baju dan kain dan boleh berjalan lagi time time cam ni.

Aku dah rasa dehyrated gila. Dah boleh sampai ke tahap nak pengsan sebab panas !

Satu lagi fakta tentang Dona Paula ni, tempat ini menjadi lokasi banyak pengambaran filem dan salah satunya adalah Hindi Movie bertajuk Ek Duuje Ke Liye terbitan tahun 1981.

Filem ini juga lah yang menaikkan populariti Dona Paula menjadi salah satu tarikan pelancongan di Goa.

Usha sini : Ek_Duuje_Ke_Liye

Laluan bawah dari arah aku datang tadi. Bumbung biru tu kedai kedai cenderamata yang belum di buka

Kawasan Dona Paula yang terkenal sebagai kawasan elite di Goa ni

Salah satu menara tinjau kepunyaan Jabatan Maritime

Dah abis berteduh kejap kat tengah bukit tu bawah pokok kecik, aku pun turun. Boleh pulak ada Aci Aci dua tiga orang tumpang berteduh di bawah pokok yang sama. Dia orang dah la ramai, nak tak nak terpaksa la aku yang mengalah.

Tau pun panas tapi selamba je conqueer tempat aku.

Turun dari bukit tu aku patah balik ke jalan keluar. Nampak ada gerai kat bawah restoran tadi jual samosa. Aku beli samosa je dengan beli air masak. Nampak orang jual air kelapa, aku singgah minum air kelapa kat situ.

Boleh pulak tengah tengah minum tu, budak air kelapa tu panggil aku.

"Bayya......" 

Pastu sambung cakap bahasa dia.

Motip kau bayya kan aku? Tau la aku dah rentung !

* hempas buah kelapa ke tanah tanda kekecewaan.

Rupanya dia nak tanya aku, ada duit pecah ke tidak.  Aku just geleng kepala je lah.

Makan samosa 2 bijik, minum air kelapa baru aku rasa OK sikit. At least perut dah berhenti daripada bergelora. Betahan la buat seketika waktu sampai aku jumpa kedai makan untuk mengisi ruang kosong sepenuh penuhnya.

Masa jalan nak keluar ke simpang tu, jalan dia macam mendaki sikit, tiba tiba aku rasa tak sedap. Tiap kali aku melangkah, belakang betis aku tertarik macam nak cramp !

Orang Italy kata,.... 'Setok Karung' !

Ah sudah.. Mula mula aku jalan slow slow jugak. Tapi lama lama urat tu tertarik rasa nak mengelupar kejap. Ah.. jangan la cramp. Mati aku kat sini nanti !!..

Dua tiga kali aku terpaksa berhenti tepi jalan. Duduk dan regang regangkan kaki. Buat buat tengok kamera, buat buat minum air sebab ada orang lalu lalang macam sibuk memandang.

"Korang pandang padang aku kenapa? Tak pernah tengok orang kaki cramp? Ni tandanya selalu bersenam ! Tau tak?"

Perlahan perlahan akhirnya aku sampai semula di simpang jalan.

Ada bas menanti dari sini balik ke Panaji.

Achi ni menunjukkan skill Goa Next Top Model beliau.... Kau ada?

Tak lama menunggu, bas pun bergerak meninggalkan Dona Paula. 

Abis la sesi lawatan aku ke sini. Nak kata wajib pegi, tak jugak. Nak kata tak wajib... hmm mana tau dapat tengok kelibat Dona Paula kat situ... untung untung dia bagi harta karun dia ker !

Berangan !

Dari Dona Paula balik ke Panaji

Dalam bas balik ke Panaji.

Tambang bas adalah INR 10 jugak. Nampak tak palang palang kayu belakang drebar bas tu? Aku telah melakukan kekejian bilamana aku telah terpegang palang tu dan palang tu patah !

Bukan satu tapi dua !!! Naik sekali nak turun pun patah lagi. Opsss I did it again.

Adoi.... Nasib tak kena ganti.

Drebar tu pandang je tak puas hati. Aku pulak dengan gigih konon konon nak pasangkan semula padahal dah patah dua. Nasib konduktor bas tu nak cepat, dia halau je aku turun terus.

* turun bas pekup muka sebab kemaluan

Dari Dona Paula ke Panaji, aku berhenti di Miramar Beach. Kali ni aku pasti aku berhenti di tempat yang betul.

Miramar Beach

Masa sampai kat Miramar Beach ni, lagi la aku rasa berpinar mata. Panas berderohong macam tu tapi still ada orang kat tepi pantai !!

Dia orang ni memang kalis dengan cuaca panas kot

Aku la yang tak sanggup berpanasan macam tu. So aku cari kawasan berpokok sikut dan lepak kat situ

Ada banyak pokok pokok cemara yang masih muda.. Tapi boleh la setakat nak melindungi aku dari panas terik matahari

Anjing ni pun lepak je. Tak nak kena panas

Aku just lepak je tengok kawasan. Tak tau nak ke mana., Tak tau nak buat apa. Takkan nak balik hostel. Hari masih awal lagi. Aku nak tunggu sunset !

Tengok cuaca panas macam ni, macam ada sunset. Tapi dari kejauhan nampak macam awan gemawan bakal mendatangkan hujan.

Sebab kebosanan, aku dok layan Ipod jer. Hiburkan hati yang lara. Tengah korek korek dalam crumpler tetiba aku jumpa ni.

Salonpas Gel yang aku beli masa kat SaPa Vietnam dulu tu.

Apa lagi... kaki tadi nyaris nyaris nak cramp. Aku pun bukak rumah urut dan urut diri sendiri kat situ.

Merinding jugak panas kaki aku jadinya. 

Tengah aku melayan perasan sendiri. Tetiba ada sorang mamat datang mendekati. Dia cakap Tamil so aku geleng kepala tanda tak faham. Last sekali dia bagi aku katalog.

Mamat ni

Brochure KFC !!

Ya.. Kentucky Fried Chicken !

Aku pun musykil, ada delivery KFC ke kat pantai ni? 

Ah.... sedang elok time time aku tengah kelaparan... tengok menu macam menarik. Peha peha ayam diperagakan dengan begitu seksi bersalut tepung keemasan !

Riang ria terus perut aku minta simpati untuk beli. Aku tanya mamat tu, dia kata aku boleh order, nanti dia hantar kat tempat aku duduk tu.

Wah. Menarik ! Macam santapan raja raja,.. makanan di bawa dan di hidangkan di depan mata.... 

Tempting untuk mencuba.

* peha peha ayam keemasan tampak lebih mengiurkan dalam ruang imaginasi

Tapi............................ ?

bersambung.....

15 comments :

  1. sambil dok memikirkan mana satu cerita sebenar Dona Paula, tersembur air milo baca bab terbagi patah palang2 bas tu..supermeng betoi !!
    abang meng, saya rasa yang pertama tu cerita asal dona paula, yang kedua versi remake filem hindustan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. aku pun rasa mcm tu. tapi aku tetap nak versi aku. dona paula bukak gerai donut !

      Delete
    2. palang tu macam dah rapuh sebenarnya... siap boleh terpatah dua lak tu. hakssss

      Delete
  2. palang patah tu mmg win... sado sgt ko menggggg :D

    ReplyDelete
  3. Abang semenjak dah dua 3 kali pi india ni kan nak Tanya sikit la...

    Ada tak bau2 yg kurang menyenangkan sepanjang kat sana.. bau keti ke contohnya.. hahaha bukan apa haritu p buat visa, teaserrrr je baru dah bau mcm tu. sobs..


    Wish me luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya india ni so big... and lain area berbeza keadaannya... kalau belah golden triangle tu memang kotor skit. tapi belah goa ni nampak berjenis2 semuanya.. bersih dan kurang bau keti.

      so certain area in india ada yang ok... dont worry lah.

      anyway. enjoy kashmir !!

      Delete
  4. nama canggih tu...Donna Karan New York ops Dona Paula ...hehehe......part aksi Goa Next Top Model tu memang top...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kalau bagi peti sejuk pun silap silap dia buleh junjung !

      Delete
  5. Berat mung, Meng, settok kkarong sebab dehydrated la tu, mo'or!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...