Tuesday, September 30, 2014

Jom Makan : River View, Pasir Penambang

Makan seafood di Kuala Selangor.

Hari tu terasa nak makan ketam ketaman jadi lokasi makan ketam yang enak pastinya di River View, Pasir Penambang di Kuala Selangor. Lepas abis lepak di Pantai Remis tu memula macam nak makan kat Pantai Jeram jer tapi memikirkan servis yang maha lembab kat situ dan tengok waze jalan ke Pasir Penambang tak jem, jadi kami decide ke River View je sebab tau ketam ketam gedik lagi inzal menanti di sana !

Ketam. Mu tunggu aku datang !

Sign resto dia.... macam dah berubah dari last aku pegi dulu

Macam biasa.. masa sampai tak ramai. Bila duduk je pastu berduyooon tiba... * sekali lagi tolak Banos jatuh sungai

Dalam resto....

Ambik buku menu

Order apa yang patut...

Ketam yang menjadi idaman

Tu resto sebelah. Ada jugak orang memancing di jeti tepi resto

Bawang putih dengan cili... kalau makan abis ni mesti terjungkit dalam jamban berjam jam

Ini bot orang pegi tengok kunang kunang

Salah satu sebab aku suka tempat ni adalah makanan dia cepat ! Tak lama menanti.. akhirnya makanan pun sampai.

Nasi goreng Cina.... tapi orang Melayu pun suka makan.

Minuman sensasi..... tembikai dengan cincau dan laichi

Ketam pertama tiba. Ini Ketam Dengan Telur Masin.... rasanya agak kering. Kureng sikit

Mantou.. Enak. kalau di Italy orang cakap rasa dia macam Kayu Keramat

Ketam kedua muncul. Masakan yang menjadi favourite di sini. Milk Crab. Memang asyik !

Udang sebagai sampingan jer... Tak sedap mana

Sotong goreng tepung. OK laaa

Sayur bean apa benda ntah. Asparagus kot.. tapi bukan Mr Bean. Sedap dan rangup

Langsai.... Nampak tu tetiba ada Laila. Lala tu anak dara aku nak, tapi sampai lambat sebab order kendian, nak ambik gambar tangan comot. Dah selesai baru masuk dalam ini gambar.

Ini adalah kunjungan ke 3 kot rasanya aku ke tempat ni. Still.. Milk Crab adalah hidangan paling lazat untuk ketam seantero dunia yang aku pernah makan. Yang lain lain tu biasa biasa je dah. Kureng skit masa ni.

So, kalau nak makan Milk Crab... boleh datang sini lagi. Kalau nak makan seafood hat lain lain..... boleh pegi riki kedai kat lain pulak.

Alhamdulillah. Kenyang.

Cost pemakanan.. RM 168 which aku rasa murah gak considering ketam adalah 2 jenis.

Balik dengan perut kembung dan mata yang redup kerinduan pada katil dan bantal. Driving kena waspada sebab laluan yang gelap tanpa lampu jalan sampai lah masuk highway LATAR.

Sekian laporan saya.

Monday, September 29, 2014

Jom Santai : Pantai Remis, Jeram

Satu hari minggu tu aku rasa bosan duk rumah. Aku ni bukan rajin sangat keluar kalau tak de ke mana mana.

Ya ke?

Hahahaha.

Sebab bosan sangat terasa nak gi merayap. Aku cakap kat OR.

"Jom Yang, petang ni kita gi tengok sunset"

Dia OK jer...

Bersiap siaga lepas makan tengahari pukul 4 petang ( sebab tidur seharian ).... Dah kerah budak budak mandi dan bersiap.

"Kita nak gi mana Papa?"
"Kita nak gi jalan jalan"
"Terima kasih Papa bawak adik gi jalan jalan"

Ayat meracun kalbu. Padahal tak pegi pun lagi.... Dia seronok je kalau bab berjalan ni.

Lepas Asar baru bergerak dengan semangat kerajinan yang luar biasa. Destinasi kami adalah ke Pantai Remis, Jeram di Kuala Selangor.

Jumpa pakcik ni tepi jalan tengah tanam serai.... Bagus pakcik rajin petang petang berbakti kepada tanah.. bukan macam aku ni...

Sampai di Pantai Remis. Parking agak payah sebab ramai orang juga...

Ya.. gambar atas ada monyet melintas. Ni rupa mereka tatkala posing.... Ada banyak jugak monyet di sini. Tapi macam dia tak kacau sangat.

Ada part kelakar.

Hero ketakutan tengok monyet dan monyet ni dok pandang dia. Dia berdiri sebelah aku takut takut monyet serang dia.

Tetiba.. aku bagi bom seketul. Terkentut. Terus dia terkejut.

"Papa !!!"

Hahahahaha. Tak macho la terkejut bunyi kentut. Lagi tak macho bunyi kentut macam alihkan perabot ! 

Sunset yang belum begitu menjadi

Orang agak ramai bersantai di tepi pantai. Belah sana tu macam lagi ramai sebab ada pasar malam... Malas nak gi usha

Layang layang terbang melayang. 



I can see the sky
The birds are flying
Clouds are moving by
My heart is light
The moon will be my witness tonight
In my dreams I see myself fly

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki
Kan ku cari langit
Terbang, terbang tinggi awan biru menanti
Bersama pelangi

Always thought that I could be on my own
But you make me feel alive and I don’t feel alone
The moon will be my witness tonight
Coz in my dreams you and I were both fly

Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki
Kan ku cari langit
Terbang, terbang tinggi awan biru menanti
Bersama pelangi
Terbang, terbang tinggi walau tanah di kaki
Kan ku cari langit
Terbang, terbang tinggi awan biru menanti
Bersama pelangi

I can see the sky
The birds are flying

Menanti mentari terbenam

Ada yang main layang layang...Budak budak pun sibuk nak main layang layang, tapi layang layang dia orang dalam kereta satu lagi. Aku malas nak beli dah. Main pasir je sudah.

Adik ni berharapan dapat mandi laut agaknya. Air tak cantik mana.... macam keruh juga

Adik ni pulak.. kalau dapat pasir.. memang alpa terus...

Kasih sang Ayah...

Dari samudera sepi..............

Sunset

Petang yang hening

Terasa damai di jiwa

Matahari ku....

Siang bakal berganti malam

Snappy !

Ada kedai makan kat situ. Tapi orang macam ramai gila. Tak de la kami nak check dia jual apa. Tapi macam ada kerang bakar...

Monyet bergayutan di cable letrik

Sepetang di Pantai Remis

Mentari yang pudar

Cahaya suci

Usai menakluk waktu

Hilang

Abang abang Adesh yang sampai lewat.. Matahari dah tak der...

Keta sapa ntah ni. Tumpang snap jer.. Hero suka sebab dia tau tu watak game apabenda ntah..

Sepetang di Pantai Remis.

Tak de apa aktiviti yang boleh di buat sangat. Hanya sekadar duduk dan menikmati waktu berlalu.............

Perut pun lapar. Krok krek krek.......

Sunday, September 28, 2014

Jom Makan : Trumpet @ Ara Damansara

Makan lagi !!

* mati lah gemok

Kali ni nak pekena Thai food lagi ! Aku yang kemaruk. Batin menjerit jerit nak makan tomyam hari tu so aku kerah semua belaka untuk makan Thai Food. Nasib baik OR memahami jeritan batinku... ( padahal dia malas nak masak kan ).  Kalau tak nescaya kempunan tido kain pelikat terselak ke atas tutup muka. Bawah cover dengan piring Astro.

Cari cari yang berdekatan macam tak berapa nak jumpa. Teringat E-San Thai Kitchen  kat Ara Damansara yang aku pernah try satu ketika dulu, tapi bila riki riki terjumpa lak kedai ni.

Namanya Trumpet !

* tolak Kassim Selamat dengan seksefonnya jatuh atas riba Chombi.

Jadi dah jumpa, kena la terjah. Sebab dia tutup pukul 10.30 pm so kena bergegas, takut tak sempat.

Pusing pusing keliling, maka jumpa la kedainya yang terletak di kawasan Oasis Square tu.

Ada gambar gajah main trumpet. Pandai ke?

Kedai dia tak susah nak cari. Masuk dalam compound Oasis Square tu buat satu pusingan maka nanti nampak la dia sebelah dengan kedai mamak. Aku lupa nama kedai mamak tu apa. Tapi kedai dia mengadap ke arah Citta Mall.

Entrance kedai

Ada seat belah luar

Dan ada belah dalam. Kami memilih duduk kat luar. Senang aku nak hisap rokok.

Lagipun kat luar tu ada buai ni. Maka, adalah yang tak nak makan dan nak main buai jer

Princess aku tu, kalau mood dia tak nak makan memang dia tak nak langsung. Kalau paksa paksa kang ada lah keluar dialog dia.

"Adik tak nak makan. Adik kenyang"
"Makan sikit je"
"Ala.. nanti adik muntah cemana?"

Macam macam alasan.

"Adik tak boleh makan. Adik pening kepala"

Tu lagi alasan tak leh blah. Sama jugak kalau alasan tak nak berjalan dan suruh dukung. Pendek kata, kalau dia tak nak makan tak boleh la nak paksa. Biarkan je dia main apa yang dia nak. Hujung hujung nanti dia mintak nak menetek jerr..

Ops....

Usha dulu menu nya..

Selection agak banyak.. nama pelik pelik tapi ada translation

Banyak pilihan... 

Yang macam ni pun ada. Set set 'Yang'... ada pelbagai. Apa benda ntah aku pun lupa..

Kedai dia tak besar mana tapi cukup selesa. Pekerja dia OK la. Sebab hari tu tak ramai orang, maka cepat jugak servis dia. Tapi bila aku cakap Melayu dia cakap omputih. Bila aku cakap omputih, dia balas cakap Melayu. Hahahaha

Minuman pembasah tekak

OR order Noodles Tomyam. Dia kata sedap !

Tomyam Campuran yang aku nanti nanti kan... sedap walau nampak tak menarik. Cuma.. banyak ikan ikanan.. aku kurang gemar

Chicken P0ndan... sesedap rasa

Menu makanan

Ada udang dalam tomyam

Sebagai penutup dan mencuci mulut serta tahik gigi.....

Dig in !!! Memula aku tak tau nama apa. Kaler merah pun tak tau apa...dia kata namanya Red Ruby, tapi apa benda ruby tu? Sejenis motosikal? penunu bunsen? atau selak pintu? OK. Aku dah tau jawapan dia. Itu adalah chestnut. Di letak bersama nangka dalam kuah santan. Sedap juga

Halal food

Perut pun dah kenyang. Customer pun semua dah blah

Sekali sekala mencari kelainan.. aku recommend

Cuma harga agak pricey sebab dia tak de small plate. Medium dengan large jer.. Tapi kalau makan ramai ramai OK la kot boleh kongsi.

Kalau kebetulan berada di kawasan ni, sila cekidaut ! Not the best tomyam I have tasted but certainly sedap jugak lah !

* burping sambil gelek gelek gajah kekenyangan

"Mari lah bergoyang.............."


Alhamdulillah, jeritan batinku nak makan tomyam akhirnya tercapai di Trumpet Cafe - Bangkok Street Eats ! 

Trumpet tak der, kita layan Abang Osman Jailani main saksofon jer....



Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada…

Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...