Sampai di crater Mt Pinatubo aku, aku pusing pusing kejap sambil borak borak dengan beberapa Guide yang ada.
Dia orang cerita, dulu ada sorang pelancong German berenang sampai ke sana dan patah balik. Berjaya !!! Tapi lepas tu tak de yang berani dah nak mencuba.
Sebenarnya tasik ini terkepung, tapi untuk mengalirkan air dan menurunkan takat air tu, dia orang pecahkan satu kawasan dinding gunung ni bagi air mengalir. Tapi tempat tu di belah lain. Tak nampak pun daripada tempat yang aku lepak ni.
Cuma tempat ni je yang boleh di jejaki oleh pelancong dan cuma jalan tadi satu je yang ada. Belah belah lain adalah batu batan.
Gunung Pinatubo ini di katakan akan meletus setiap 500 tahun. Sewaktu kejadian terakhir dulu, tak banyak nyawa terkorban sebab dia orang dah dapat warning. Tapi kerosakan harta benda adalah tinggi sampai tentera Amerika terpaksa menutup Clark Field sebagai US Army Military Base kerana kemusnahan dan keadaan yang tidak selamat lagi.
Itu yang Clark Airport sepi buat sekian lama sebelum di buka semula untuk commercial flight mendarat di situ.
Itu yang Clark Airport sepi buat sekian lama sebelum di buka semula untuk commercial flight mendarat di situ.
Layan view yang tenang dan damai kejap di kawasan ni.
Awan berarak mendung. Bayangkan kecubung gunung ni yang telah hilang sewaktu ianya meletus dulu.... besar tak besar.. eh tau tak kecubung tu apa???
Sambil sambil aku lepak lepak ambik gambar, dia orang sibuk pasangkan tent.
Aku punya pakej ni je yang ada tent, siap dengan makan dan sebagainya, jadi tak risau sangat sebab kejap lagi perut aku akan terisi !
"Yahooooooooooo"
Ops ! Sekali lagi.
Tak leh tarik high pitch nanti tanah runtuh !
Khemah di pasang. Yang ni khemah untuk Minah Salleh dengan anak anak dia. Belah sana tu dia pasang khemah untuk aku.
Tenang dan damai. Mamat ni mesti tak puas hati tak boleh berenang.
Air yang hijau
Macam nak hujan
Nampak bukit yang berumput hijau tu? Tu la asalnya kami daki dan turun dengan anak anak tangga tadi. Terpongeh jugak la nak naik balik semula nanti.
Sementara tunggu dia orang pasangkan khemah untuk aku, aku pusing pusing ambik gambar.
Tak boleh nak ke mana mana pun. Area tu je.
Ada pendaki pendaki lain, dia orang tak ambik pakej macam aku, so dia orang lepak lepak je la tepi tepi ni. Makanan pun tak de.
Tunggu tunggu, maka khemah pun siap sedia dan makanan pun di hidangkan !!!
* tak leh menjerit nanti tanah runtuh !
Gembira dalam hati je. Yes ! Yes ! Yes !
Aku duduk dalam tent
Masa ni nak hujan, jadi tak panas sangat. So kalau hari panas memang kena ada tent kalau tak, rentung la duduk atas Mt Pinatubo ni. Ada satu bangsal di sediakan kat kawasan atas sikit. Ada jugak orang jual minuman dan harga boleh tahan la mahal.
Aku lepak dalam khemah sebab makanan dah siap. Heh !
Masa aku booking trip ni, ada dia tanya makanan apa aku nak. So aku cakap je la aku nak Muslim Food.
Tengok tengok !
Nasik dan sayur ! Terpaksa la aku jadi vegetarian !
Kalau nak kata, makanan ni memang lah tak hebat langsung. Nasik semata mata pastu sayur campur. Tu je. Tak de perasa apa apa pun. Tapi sebab aku memang lapar gila, aku bedal je. Kau mampoo makan sayur semata mata?
Makan dengan lahap sambil menyaksikan view Crater Pinatubo.
Masa ni aku rasa kalau ada sos cili Mc D tu pun sedap jugak rasanya.... apatah lagi kalau ada serunding. Tapi tak pe lah. tu je rezeki yang ada. Aku makan ni memang memilih tapi tak cerewet. Dan aku boleh habiskan nasik tu.... bravo ! brava ! bravia !
Masa ni aku rasa kalau ada sos cili Mc D tu pun sedap jugak rasanya.... apatah lagi kalau ada serunding. Tapi tak pe lah. tu je rezeki yang ada. Aku makan ni memang memilih tapi tak cerewet. Dan aku boleh habiskan nasik tu.... bravo ! brava ! bravia !
Khemah kami !
Lepas perut agak kenyang tu, aku lepak lepak dalam khemah.
Hari pun mendung dan nak hujan. Kami di beri masa sejam di sini, jadi macam dah tak de apa nak buat, aku pun........ berlunjur dan betul betulkan urat !
Tau apa jadi???
Aku tertido !!
Tau apa jadi lagi?
Aku rasa aku berdengkur !!!
Hahahaha. Mesti orang sekeliling bertempiaran lari sebab ingat bunyi gunung berapi nak meletus lagi.
Ada aku kesah?
Tak de. Aku penat ni. Jangan kacau. Aku baby ! Aku memerlukan tidur yang cukup demi kecantikan wajah dan kelangsingan tubuh !
* muntah keluar carrot.
Aku terlelap dalam setengah jam kot. Tetiba riuh rendah, rupanya hujan dah nak turun dengan lebat !! Terus Guide aku cakap suruh kemas kemas sebab nak turun sebelum hujan makin lebat. Takut batu batu nanti jatuh dan menutup jalan pulak.
Then aku keluar, dia orang kemas tent tu balik semula dan terus bergerak balik. Sedih kan, lepak tak lama dah nak kena turun balik semula !
Tak puas aku bersenggama dengan alam sekitar di sini. Dah la nak sampai punya la payah, duduk tak panas bontot dah kena turun semula sebab hujan dah turun.
* pasrah atas riba Erra Fazira
Tak puas aku bersenggama dengan alam sekitar di sini. Dah la nak sampai punya la payah, duduk tak panas bontot dah kena turun semula sebab hujan dah turun.
* pasrah atas riba Erra Fazira
On the way tu hujan turun mencurah curah. Nasib baik ada pondok jadi semua berkumpul kat situ. Yang tak de tent tu pun semua dari tadi melepak kat situ.
Tapi ada satu aktiviti lagi sebenarnya. Part of this trip, sebagai salah satu projek pemuliharaan dan konservasi , guide siap bawakkan sebatang pokok untuk di tanam oleh aku. Ya. aku lah. Acara tanam tanam pokok bagi menunjukkan yang kita ni sayangkan alam semulajadi !
Dia orang siap bawak pokok. Dan dalam hujan tu, aku di suruh tanam pokok ! Pokok tu di beri nama
SUPERMENG MALAYA !!!
SUPERMENG MALAYA !!!
Tapi anak Minah Salleh tu dia excited jugak la nak tanamkan, so aku suruh dia yang tanam dalam hujan lebat tu bagi pihak aku. ( sebab abang dia dah tanamkan pokok yang emak dia punya )
"Pandai pandai la kau menjaga diri wahai pokok. Selamatkan diri dan dara mu kalau Pinatubo meletus lagi"
Hujan turun dengan lebat lepas tu. Lebat gila.
Aku dah cuak, buat apa apa jadi, aku tak lepas balik ke airport karang naya. Memang terlepas flight ke Kalibo.
Aku dah cuak, buat apa apa jadi, aku tak lepas balik ke airport karang naya. Memang terlepas flight ke Kalibo.
Kami tersadai di situ agak lama. Tapi lepas tu rasa macam nak jalan je turun sebab takut hujan makin lebat. Nanti lagi susah nak berjalan sebab air akan bawak batu batu tadi dan silap silap jalan semua tertutup dek batu.
Lagi haru kalau memang aku tak leh nak balik ke airport dan catch flight pukul 6 petang nanti !
Hujan yang turun dengan lebat mencurah membasahi bumi
Sama lebatnya dengan airmata aku yang mengalir lesu kesyahduan..... ( sebab tak cukup tido )
Aku dengan Guide aku jalan je turun. Guide aku budak nama Dex tu memang bagus la. Tak abis abis dia bagi aku plastik suruh cover camera. Dah la aku tak de baju hujan. Beriya dia bagi plastik nak cover diri aku lagi. Tapi aku OK je mandi hujan, cuma takut camera basah je ler.
Time turun ni kena hati hati sebab jalan licin.
Sudirman - Antara Hujan dan Airmata
Time turun ni kena hati hati sebab jalan licin.
Slow slow sampai balik ke pondok trekking yang 30 minit tu, then hujan berhenti. Dan dan tu langit menjadi biru semula !
Argh. Stress. Tadik aku ambik gambar langit gelap semacam je.
Tu la namanya tak de rezeki lagi. Tapi tak pe lah. Aku pun dah selamat sampai dan jejakkan kaki.
Dari situ, kami menapak turun ikut laluan kami datang tadi. Time turun ni OK sikit la sebab tak mendaki. Ikut kaki jer lah. Sambil sambil tu aku dok borak dengan Minah Salleh tu. Anak anak dia excited jalan kaki. Dah la kecik kecik baru. Sorang 5 tahun sorang 7 tahun. Dan dia orang dah sampai puncak Pinatubo dengan jalan kaki !!!!
So aku tak boleh nak bangga apa apa.
* nanges sedu sedan.
Laluan turun
Minah salleh tu, anak dia ( sorang lagi dah ke depan ) dan guide mereka
Tak sampai 15 minit kami menuruni Gunung Pinatubo ni, tiba tiba.................
Jeep datang !!!
Yes ! Yes ! Yes !!
Menjerit sekuat hati. Lantak la tanah nak runtuh sekalipun, Yang penting 4X4 yang banyak banyak tersangkut kat bawah tadi akhirnya lepas naik ! So drebar drebar tu semua bawak la 4x4 masing masing naik menuju puncak !
Menjerit sekuat hati. Lantak la tanah nak runtuh sekalipun, Yang penting 4X4 yang banyak banyak tersangkut kat bawah tadi akhirnya lepas naik ! So drebar drebar tu semua bawak la 4x4 masing masing naik menuju puncak !
Haaa..
"Yahoooooo....... !!!!!"
"Yahoooooo....... !!!!!"
Tak perlu nak jalan kaki lagi.
Tapi turun tak de la penat mana pun, cuma aku pun agak terkejar kejar masa sebab takut tak lepas sampai ke airport !
4x4 menuruni Gunung Pinatubo. Nampak tak betapa kecik nya 4x4 tu semua...
Sampai kawasan memula tersadai tadi. Apparently dia orang bertungkus lumus alih kan batu batu tu bagi buka laluan
On the way balik tu aku tak sedar apa. Mengantuk gila.... tak puas tidur dalam khemah tadi.
Tak cukup tidur di Pinatubo, aku tidur pulak dalam 4x4 tu. Sedar sedar dah sampai ke jalan tar semula. Punya la mengantuk, jalan melambung lambung pun aku boleh tidur.
Hebat daya tidur aku. Hahahaa.
Nampak kuning tengah jalan tu? Tu adalah padi. Dia orang selamba je jemur. Memang benda ni biasa dan tak de sesapa pun marah. Kereta siap elak lagi.
Tanah perkuburan mangsa Pinatubo
Akhirnya, kami sampai semula ke office di Talac tu.
Dia orang bagi masa untuk mandi apa semua tapi aku malas nak mandi. Bersih bersihkan diri pastu mintak drebar tu hantar ke airport. Mamat Guide tu dah di turunkan masa di local office, sempat la aku bagi dia tips sebab dia baik hati jaga aku walaupun tak de la jaga mana.
Dari office di Tarlac, drebar bernama Hirryan tu baik hati hantar aku terus ke Airport Clark. Adalah dalam 30 km jugak. Time tu pukul 4 petang. Sempat aku ajak dia singgah kat Mc D beli aiskerim sebab cuaca panas gila !
Sampai airport, masih awal. Tak tau nak buat apa dan tak tau nak lepak kat mana. Aku cari port lawa kat tepi parking.
Nampak pokok ni best je. Tau apa aku buat? No No No. Bukan bercucuk tanam......
Nampak pokok ni best je. Tau apa aku buat? No No No. Bukan bercucuk tanam......
Tempat kejadian
Dan di bawah pokok ni aku tertido lagi. Siap terlelap. Siap meleleh leleh air liur basi. Sempat sedut dua tiga round saki baki air liur bakal menetes ke bumi. Slurpppppppppppppppppp.
Kau mampu????
Aku sandar beg pastu aku bersandar kat batang pokok tu. Memula duduk pokok belah sana tapi ada kerengga. Pindah pokok sebelah ni pulak.
Kau mampu????
Aku sandar beg pastu aku bersandar kat batang pokok tu. Memula duduk pokok belah sana tapi ada kerengga. Pindah pokok sebelah ni pulak.
Orang lalu lalang tengok je. Ada pak guard mundar mandir tengok aku. Mesti dia kata aku gila. Eh. Lantak la. Macam ni la namanya travel. Kena flexible. Tak boleh nak berkira sangat. Ada hari hari kita tidur atas tilam King Koil. Ada hari hari berFasha Sandar pada pokok pun jalan.....
Tapi kena hati hati la jugak. Lagi pun aku memang mengantuk gila.
Aku rasa aku lena kat pokok tu tak sedar diri agak lama.
Sebabnya, masa aku bukak mata, aku dengar dan nampak ada kapal terbang panaskan enjin tepi pagar depan tempat aku tidur ni. Pastu, aku sedar balik kapal terbang tu dah tak de !!!! Gila. Kalau Pinatubo tadi meletus pun aku tak sedar gamaknya.
Punya la tidur lena sampai tak sedar kapal terbang tu dah tak de. Nasib tak terlajak tido dan kena tinggal flight. Meraung aku kat situ jugak nanti.
Agak agak dah bosan kat situ, aku masuk untuk boarding domestic flight ke Kalibo menuju ke Boracay.
Tapi !!
Waktu menunggu sebelum boarding dalam airport tu, aku siap ambik port terlelap lagi ! Siap berbaring atas kerusi. Berdengkur some more. Hahahaha
Waktu menunggu sebelum boarding dalam airport tu, aku siap ambik port terlelap lagi ! Siap berbaring atas kerusi. Berdengkur some more. Hahahaha
Betul betul terasa penat dan mengantuk mata. Ni semua angkara Sang Pinatubo.
Huhuhu........ tapi abang kan baby. Baby kena mendapatkan tidur yang cukup. Kalau tak nanti baby amok ! Berani orang nak pandang pandang aku? Aku fire dulu dia orang dengan kuasa kesatria aku nanti.
Dalam hati dah dapat bayangkan, desiran ombak, angin berpuput lembut, bayu menerpa lembut ke wajah dengan angin sepoi sepoi bahasa Tagalog.
Oh. Boracay.... kini aku datang !!!!!
Dalam hati dah dapat bayangkan, desiran ombak, angin berpuput lembut, bayu menerpa lembut ke wajah dengan angin sepoi sepoi bahasa Tagalog.
Oh. Boracay.... kini aku datang !!!!!
bersambung............
Amende kecubung?
ReplyDeleteKlu buah kecubung tau la...
AM : cone !
ReplyDeletekalaulah ada telur goreng makan skali dengan nasik tu tentu enakkk! sayur je. sayur sungguh. hahaha.
ReplyDeleteya Allahhhhh tak penah aku baca satu entry yg penuh dgn tidooooo jer hahaha!
ReplyDeleteapa anjing tu buat depan khemah? tagih makanan kah? comel nyer. haha!
uih gigih gak la diorang ubah batu2 tu ek...kalo la tetiba meletus...haihhhh nauzubillah!
yg ko tido bwh pokok tu nape? apsal tak masuk je dlm epot terus?
HF : tu la.... pemayur jadinya aku hari tu...
ReplyDeleteBiq : bijak soalan tu..
sebab nya................
kalau dah masuk terminal, dah tak boleh hisap rokok !
* pose pose cucuk bintang sambil kebil kebil mata....
anjing tu saja je dok situ.. dia tak kacau pung...
btw....
ReplyDeleteaktiviti tidur berlarutan sampai ke boracay..
kah kah kah....
adoi,
ReplyDeletelama2 tgk gmbr kt atas tu rasa scary plk..
ko kene sawan tdo kot kt sane..sengal giler...nsb boleh sedar...bt nye terlepas flt, xpasal2..
kalau otw ke bromo pon dorang ada letak jagung tgh jalan...siap lalu atas jagung tu selamberr...
ReplyDeletememang nampak kepenatan ko hahahaha...pantang ada ruang pasti ko tido...
masa ko tido bawah pokok xde ke anjing berkeliaran? mana tau air lir ko anjing tu jilat ke? hehehe...
DATT : btol. masa pegi nampak semua lawa.. tapi bila fikir balik, buatnya tanah runtuh, buatnya itu, buatnya ini... stuck situ terus mampsssss..
ReplyDeletedah ler jauh nak balik... signal phone pun tak der.. tawakal je ler..
HB : memang penat gilosh... tak de anjing lak kat airport tu. cuma org lalu lalang dengan pandangan...
"WTF mamat ni tidur kat pokok ni?? gelandangan kah?"
kecubung...kucupan..ishh..pesal lebih kurang je nih
ReplyDeletekalau tempat mcm ni food mcm tu pun sedap tau..mkn pulak time lapar..nekmat
hujan pulak?..tak pe yg penting dh selamat ambik pic yg awesome tu..
Napa la x bwk kari ayam dlm tin ke... Sardin ke, hehehe.... Tp okla tu jd vegetarian
ReplyDeleteJM : sama je. dua dua bermuncung... hahahah
ReplyDeleteHujan lebat. Nasib la time dah sampai.
PM : aku travel tak gemar sgt bawak makanan... tapi ada gak bawak maggie.. cuma malas.. rela menahan perut ( salah satu cara utk diet jugak )...