Saturday, August 17, 2013

Buka Puasa 2013 : Fullhouse, Setia City Mall

Layan gambar gambar berbuka puasa di Fullhouse, Setia City Mall, Shah Alam.

Aku rasa Fullhouse ni tempat makan yang di angkat dari drama. Aku tak tau la, rasa je sebab macam setting filem je.

Buku Menu

Ada budak berangan nak naik kereta Mini. Siap tulis situ, once broken considered sold. Mati la kalau jahanam, aku kena beli kereta ni. ( padahal keta memang dah jahanam )

Tak de plan pun nak makan di sini pada awalnya, dah pegi shopping raya cari barang then nampak kedai ni, tanya tanya, kebetulan ada set Ramadhan jugak.

So reserved je terus.


Set Ramadhan

Setting dalam kedai

Masa ni time buat reservation so tak de orang lagi

Yang kelakarnya, waitress ni, amoi la. Dia cakap kat aku.

"Encik.. kita ada buffet Ramahan, Encik boleh pilih set Ramahan yang Encik suka.... bla bla bla"

Banyak la kau punya Ramahan. Kau ingat apa? Sesi beramah tamah?

Memula aku ingat dia cakap laju, rupa rupanya memang dia sebut Ramadhan jadi Ramahan. D tak bunyik !

Lepas reserved untuk 4 orang then kami gi sambung bershoppingan. Lewat jam 7 malam bergerak semula ke sini tengok orang dah ramai. Tapi meja dah tersedia so duduk je la menunggu waktu berbuka.

Entrance

'Ramahan Special'

Memang Fullhouse

Set dia ada 1 main course, dessert dengan air lah. Harga ikut apa yang kita order based on dalam set Ramadhan yang ada tu.

Kami 4 orang tapi lahap punya pasal, order 5 set ! Huhuhu.

Melantak tak ingat.

So makanan pun sampai.

Appertizer ke dessert ni, tapi yang ni datang dulu

Air minuman yang pelbagai. Aku je 2 air. Hero tak nak air ni, order lagi 100 plus untuk dia

Chicken Chop untuk Papa

Curry Laksa untuk OR. Dia kata sedap.

Nasik Lemak untuk Hero. Ada telur goreng etc, tapi semua dia tak nak, so masuk pinggan aku.

Seafood Marinara. Aku jugak yang abiskan !

Beef Carbonara. Anak Dara aku suka benor ni, nasi dia tak nak. Italian macam Papa dia !  Hero tukang ngecek.

Lepas makan, hisap rokok lebih kurang, then kami sambung dengan dessert.

Actually dessert ni tak de dalam set Ramadhan, so aku saja je order. Konon konon celebrate birthday OR, so nak makan kek. 

Datang 3 jenis desserts ni. OK jugak lah.

Sapa yang tukang abiskan? Aku dengan Hero ! Hero part aiskerim tu, aku part brownies dengan cake yang menggemukkan tu.

Yang menariknya ada Creme Brulee. Tapi tak boleh lawan Italianese lah

Kenyang !

Itu lah menu berbuka. Nak kata sedap sangat, kira OK lah. Tak de la kebabooo. tapi boleh di cuba. Semua tu harga makan adalah RM 151. Kenyang Alhamdulillah.

Yang jadi lawak tak boleh blah, masa nak bayar, aku dok borak dengan OR lepas mintak bil. Waitress yang sama Si Ramahan tu datang bawak bil. Aku pun bukak wallet, letak Debit Card dalam tempat bil tu, then aku nampak minah tu tak bergerak gerak.

Aku pandang dia, dia pandang aku. Kelip kelip.

"You dont accept Visa?"

Aku tanya dia.

"Yes we do"
"OK. Then.."
"Tapi Encik......"

Eh.. apahal minah ni.

Then dia tunjuk kat aku, aku tengok, sebenarnya aku bukan bagi dia Debit Card. Tapi aku bagi dia MyKad aku.

Kah kah kah. Patut la dia tetiba blank !

Selamat berkunjung ke rumah rumah terbuka... makan tu ingat ingat sikit orang Afrika yang kebuluran tu...

* gelek gelek tepi tiang sambil nyanyi lagu Arab...


4 comments :

  1. hahaha ngecek tu gapo? hahah kasik mykad??? dah overrated dh full house ni. tp konsep dia agak menarik. mknn je kureng ummph skit.

    ReplyDelete
  2. HF : overated ke? aku tak pernah dgr pun, ni pun kebetulan jer. anyway ok jer makanan dia...

    or mungkin menu di bulan RAMAHAN je kot..

    Ngecek tu adalah ngecak... ( aci mintak sikit )

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...patut la blur minah 'ramahan' tu yg ko kasik mykad ko apsal...bg la mykid anak ko lg best wakakakaka....

    ReplyDelete
  4. kalau bagi kad nikah lagi haru kot..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...