Raya belum abis lagi kan?
So soalan cepu perak. Apakah makanan tradisi keluarga anda setiap kali hari raya?
Apa?? Red Velvet? Puiiii !
Kalau aku sah sah lah di Italy nuh makan Lasagna.
Tapi tahun ni berbeza sikit, tak beza mana pun sebenarnya. Sebab satu satunya menu wajib setiap kali menjelang raya yang mesti ada adalah Ketupat Pallas ! or Ketupat Palas !!
Double LL tu nampak macam gempak sikit dok?
Ketupat palas ni memang sedap di makan. Terutamanya kalau kena dengan rendang ayam. Kalau Makcik Mona, specialty nya adalah Rendang Ayam Chef Wan ! Mak aku cakap, resepi tu dia tiru dari Chef Wan masak kat TV. Dah sejak bertahun lamanya, kiranya ini la makanan wajib ada atas meja setiap kali raya.
Tapi !
Nak membuat ni bukan la perkara yang mudah. Dan bukan calang calang orang yang pandai nak buat especially bab nak pulas daunnya dan menjadikannya bentuk seperti yang dingini. Makcik Mona memang terror dan aku rasa ini diwarisi daripada Arwah Nenek aku dulu lah. Makcik aku sorang lagi pun pandai tapi tahun ni dia dah tak de so mak aku je la yang meneruskan tradisi ini.
Macam tahun tahun dulu, ada jugak orang kampung yang tempah. Pernah sekali mak aku konon la nak berniaga, sampai demam demam buat ketupat nak siapkan tempahan. Malam raya pun tidur tepi besen ketupat. Pastu hari raya demam demam. Start dari tu kita orang memang tak bagi mak aku ambik ambik order ni. Buat untuk family sudah. Tak kaya pun kalau nak jual ketupat palas ni.
Begitu la gigihnya mak aku dulu demi orang orang kampung di Roma tu. Patut cerita mak aku tidur sebelah besen ketupat tu boleh bikin iklan Petronas. Storyboard lagi gempak dari cerita jahit tu.
Anyway aku rasa iklan Petronas tahun ni tak best. Sorry ^^
By the way, lepas kes mak aku demam demam di pagi raya dek kerana ketupat palas ni, kami semua sepakat dan siap sound orang sekitar Roma...
"Tiada tempahan ketupat palas tahun ni dan tahun tahun akan datang... mak kami busy nak bermake up untuk tampak lebih anggun di pagi raya... nak makan, datang je rumah kami di pagi raya.... sapa cepat dia dapat !!!!"
Begitu la gigihnya mak aku dulu demi orang orang kampung di Roma tu. Patut cerita mak aku tidur sebelah besen ketupat tu boleh bikin iklan Petronas. Storyboard lagi gempak dari cerita jahit tu.
By the way, lepas kes mak aku demam demam di pagi raya dek kerana ketupat palas ni, kami semua sepakat dan siap sound orang sekitar Roma...
"Tiada tempahan ketupat palas tahun ni dan tahun tahun akan datang... mak kami busy nak bermake up untuk tampak lebih anggun di pagi raya... nak makan, datang je rumah kami di pagi raya.... sapa cepat dia dapat !!!!"
* tala hailer seluruh Rome.
Dan ketupat palas Makcik Mona memang glamer sentero Roma ( Rome = Rumah ). Kawan kawan aku pun ada yang pagi pagi raya memang setiap tahun datang ke rumah semata mata nak makan ketupat palas Makcik Mona bersama Rendang Ayam Chef Wan nya. Dan orang kampung ada je datang merayu time time nak raya tu mintak jugak nak suruh mak aku buat.
"No ! No ! No !!!"
* kunci pintu rumah rapat rapat
"No ! No ! No !!!"
* kunci pintu rumah rapat rapat
Jadi !
Ayuh, hari ni, aku nak tunjuk cemana cara nak membuat ketupat palas ni. Based on aku interview mak aku hari tu ( since aku tak de keje )
Bahan bahannya kena ada beras pulut. Pastu kena ada daun palas. Kasut Pallas tak boleh !! Santan pun kena ada.
Eh. Apa lagi ha? Aku pun lupa. Tengok ni je lah.
Pulut hendak la di tanak
Macam ni
Sementara tu sediakan santan. 2 kilo beras bersamaan dengan 2 bijik kelapa. Taruk garam sikit kacau kacau dan tunggu hingga pulut tadi masak
Bila pulut dah masak, masukkan dalam besen kaler biru macam ni. Besen kaler lain pun boleh.
Curah santan tadi tu dan gaul gaulkan mereka supaya berdua bersatu
Pastu biorkan hingga sejuk dan bersedia untuk sesi bungkus membungkus.
Bila dah malam dan rasa tenang sikit. Ambik port depan TV tengok rancangan Sampaikan Salam Aidilfitri atau citer apa apa je lah. Sediakan daun palas yang telah di lurut dan di bentuk kepada bentuk ketupat palas ni.
Ambik beras pulut tadi dan masukkan dalam mulut. Makan sambil tengok TV. Kalau tengok cerita sedih malam raya, kesat air mata dan jangan bagi airmata menitis jatuh dalam besen biru tadi !! Faham?
Abis separuh rancangan TV, tengok dalam besen, pulut pun tinggal separuh sebab dah kena makan. Jangan risau ! Sebab makan pulut tu macam tu saja pun dah sedap. Percaya lah.
Tapi demi menyambut hari raya aidilfitri dan memastikan ada ketupat ni di atas meja, mula la membungkus !
Ini adalah daun palas. Kalau kat kampung aku ada orang tolong carikan, sekarang pun ada je orang jual. Sebelum jadi macam ni, daun ni di bersihkan dulu, di lurut dan di buat bentuk. Ada kerja kerja belakang tabir jugak la yang perlu di lakukan. Dulu dulu aku kena bab bab nak melurut tu lah pastu aku skip bab lain sehingga la bab ngappppp !
Haaa. Ni dah di bungkus. Cara nak bungkus memang tricky la. Hanya yang pandai je yang boleh buat. Aku dah bertahun try memang tak jadi. Kadang kadang yang segitiga jadi buah dadu. Paling tak menarik, dia jadi ala ala macam buah dada. Sudahnya aku give up !
Nampak? Muncung yang panjang tu nanti di potong la sebelum di kukus semula
Kukus sekali lagi di pagi pagi esoknya.
Pastu di goreng di buat hidangan !
Lagi menarik jika di makan panas panas dengan rendang chef wan yang belah kanan tu. Yummeh.
So cemana nak buat rendang tu?
Sabar ! Sabar ! Aku dah mintak resipi dari Makcik Mona ni.
Sediakan bahan bahan berikut. Oh. Bahan penting, ayam di lupa jangan
Bahan bahan tu ambik belakang rumah je. Serai apa semua tu.
Lepas tu tau apa jadi?
Jiran aku hantar durian, pastu budak budak nak makan durian. So aku kena kopek durian. Aku ni kopek durian reti la sikit sikit walaupun durian tu sendiri aku tak berapa suka.
So aku lupa dah nak snap pasal Rendang Chef Wan ni.
Jadi...
Bersambung tahun depan la yek. Tak sempat resipi di perturunkan tahun ni...
Durian yang menjadi punca resepi tak siap
Apa apa pun, sekian.
Akhir kata, semoga makanan tradisi ini kekal diwarisi zaman berzaman.
Aku cuma reti makan saja. ! Mak aku siap bagi bekal bawak balik KL dan OR siap buat rendang Chef Two ( sebab dia tak reti buat Rendang chef One ). Tetap, kenikmatan ketupat palas tidak hilang dan bila makan tu rasa macam nak shuffle shuffle dengan kasut Pallas !
Dulu masa sekolah sapa pakai kasut Pallas kira phenomenal la... tapi kalau pakai BM 2000 lagi EPIC !!
haha...faveret aku gak pagi raya. ketupat palas n redang. :)
ReplyDeletekena goreng jg ke?
ReplyDeletebelum dapat lagi merasa ketupat palas raya tahun ni..huhu..
Ye...aku mmg x tahu masak cuma tahu makan...bangga dgn diri sendiri hehehehe
ReplyDeleteAku tau makan...nom nom nom...
ReplyDeletebaru pegang pen nak salin resepi
ReplyDeletetetiba kuar gambo durian
apakah???
(baling pen...tanda tak puas ati tak dpt mkn durian itu)...
hehe
salam aidilfitri supermeng!!!
Supermeng,
ReplyDeletePenah dengar x ketupat palas ni ada jantan and betina? Aku x tau betul ke x, sebab dari dulu sampai sekarang, MAK aku x bagi balut ketupat ni sebab asik jadi betina je..
Penah try bubuh kacang soya or jagung or Pulut hitam or pulut susu?
Kesukaan aku adalah (tgk mulut muncung aku).. Pulut SUSU..
sekian pasal ketupat palas.. (ntah la,aku x tau tetibe excited lebih cite pasal ketupat nih.. kekkke)
Arwah nenek aku kat Greece bila membungkus tu mesti tarik daun palas tu guna ibu jari kaki
ReplyDeletekuang hajor tetiba gambar durian! hahahaha!
ReplyDeleteraya tahun ni aku tak sentuh lgsg ketupat, lemang, rendang. tatau nape...hish!
aku ingatkan ketupat ni letak beras mcm ketupat biasa tu, rupanya kena tanak dulu ek pulut tu, then rebus balik...oooo...
AR : utk kita org Italy ni,. benda tu adalah wajib !
ReplyDeleteNohas : Kalau goreng lagi rangup dan sedapp...
SM & HB : Kita seropaaaa
Anash : resipi bersambung lain tahun. hahahaha. selamat hari raya . tq !
ReplyDeleteTasya : Kalau jenis letak jagung apa semua tu style org greece mcm tu. aku x minat sgt sebab dah jadi manis tak sedap nak makan dgn rendang..
AM : yup.. aku pun pernah tengok cam tu.. tu kalau tangan dah sakit ler kot.
Biq :.. diet kah di hari raya?? hahahaa
diet la sangat...sekupang je turun 6kilo...aku? tetap dgn berat yg samaaaaaa pfft!
ReplyDeleteTetiba ternampak entry ketupat palas ni..dah raya haji pun..hihi..tapi memang makanan feberet famili bila balik kg..mak buat..sedap makan ngan rendang daging..siap bawak bekal balik KL..hihi.
ReplyDeleteBiq : Cemana skupang boleh kurus mendadak..
ReplyDelete* jeles ni
Ciku : yo lah.. faveret semua org kan.. tapi nak buat tak reti...
tumpang makan je la..
Goreng guna minyak x
ReplyDeletemesti la goreng pakai minyak. kalau pakai air jadi rebus la
Delete