Kalau pegi jalan jalan nak tak nak mesti nak shopping eh walaupun beli FM jer.
Nanti kat bahagian dalam tu ada banyak kedai kedai macam ni. Agak sempit tapi boleh la nak membeli belah di sini.
D Talipapa ni bukak pukul 8 kot, tutup pukul 10 malam. Better pegi siang hari.
Ni aku bagitau kat mana nak shopping di Boracay !
Boracay ni pesat membangun dah. Kalau tengok memang tak rasa macam dekat Phillippines dah. Sebab pulau ni macam dah terlebih maju.
Tak de lah macam Bali sebab pulau ni kecik je. Tak jugak macam Phuket yang lebih happening tapi Boracay ada vibe nya yang tersendiri.
Kalau ke Boracay, ada 2 tempat je nak shopping. Tempat ni memang khas lah banyak kedai kedai yang menjual cenderamata, hasil tangan tempatan, makanan dan macam macam. Kalau ke Boracay sila jangan miss la tempat tempat ni.
Tapi !
Di Boat Station 2 tu sendiri memang banyak kedai kedai tepi jalan. Macam macam yang di jual. Pendek kata, nak cari tak susah tapi nak dapat harga yang memuaskan tu agak payah.
Ini kedai kedai yang aku jumpa di area Boat Station 2.
Kedai Lonely Planet ada few kat Boracay ni. Satu aku jumpa di D Mall dan satu lagi dekat area White Beach kat Boat Station 2. May be sebab jadi tumpuan pelancong. Kat sini boleh beli baju baju dia dan baju kat sini kualiti lebih baik daripada yang kat tempat lain. Harga mahal sikit.
Fridge Magnet !! Survey dulu harga. Jangan beli lagi
Ini baju t shirt diving. Terberkenan jugak aku walaupun sebenarnya tak reti nak diving
Kalau ke Boracay, jangan lupa ke D Talipapa !
Kawasan ni adalah kawasan pusat jualan oleh warga tempatan yang sememangnya menjual macam macam benda. Dari baju, cenderamata, makanan, pasar basah dan macam macam. Apa pun yang nak di cari, biasanya memang ada kat sini kecuali mak dan ayah kita !
Tempat ni sebenarnya agak tersorok dan terletak di kawasan Boat Station 3. Tapi kalau tanya orang boleh je nampak. Dari Main Street tu kalau nampak sign ni, hah, kira betul la tu.
Welcome to D Talipapa
Cenderamata
Baju bajan
Pakaian
FM !
Gelang juga. AC kalau jual gelang dia kat sini sure tak laku
Ni siput siput dan kerang kerangan buat tirai
Kalau masuk di area D Talipapa ni, tempat pertama yang di jumpai adalah gerai gerai makan. Pastu akan jumpa pasar basah yang menjual ikan, dan benda benda seafood. Macam aku bagitau pasal food tu, kat sini la tempat kita boleh beli seafood tu dan pegi ke gerai untuk suruh mereka masak.
Last resort la kalau tak jumpa makanan kat tempat lain dan agak kebulur.
Tapi D Talipapa ni memang murah sikit jika di bandingkan dengan D Mall atau kawasan lain. Biasanya dia orang dah letak diskaun siap siap tapi tak salah kalau nak bargain lagi. Ikut nasib lah.
Nanti kat bahagian dalam tu ada banyak kedai kedai macam ni. Agak sempit tapi boleh la nak membeli belah di sini.
D Talipapa ni bukak pukul 8 kot, tutup pukul 10 malam. Better pegi siang hari.
Pilih jangan tak pilih
Kedai kedai souvenir
FM ! Rata rata kat sini FM yang seramik tu di jual dengan harga 150 Peso untuk 2 ketul. Melilau dah aku cari memang macam tu la harga dia. Tapi !! Sila pegi ke kedai no 74 yang ada kedai makan muslim tu, pakcik tu bagi 50 Peso je seketul ! ( Dalam RM3.50). Kat situ la paling murah aku jumpa dan sila borong dengan hati yang gembira.
Benda benda lain yang di jual
Di sini t shirt I love pun ada di jual dengan murah. Tapi... kualiti memang out. Kain nipis. Aku nasihatkan kalau nak beli baju t shirt macam ni, cari kat Lonely Planet ataupun kedai nama Islander. Kain OK harga range dalam RM20 sehelai. Tapi confirm kain sedap pakai. Yang ni nipis nipis kainnya
Kalau nak feeling feeling Ratu Elizabeth jangan lupa beli topi
Beg juga ada
Hah. Kalau tak de pakaian mandi, boleh je beli kat sini. Boleh tawar lah ni. Yang original pun dia orang ada jual tapi harga beza la sikit
Tanglung? Ke apa ni
OK. Masa aku kat D Talipapa ni, lepas makan dan beli FM kat kedai pakcik muslim no 74 tu, nanti opposite kedai tu, aku lupa nombor kedai berapa. Rasanya nombor 118. Brader kedai tu dia pandai cakap Melayu !
So dia pesan kat aku, kalau sesapa pegi, datang la kedai dia, boleh dapat murah murah.
Memang agak murah. Aku beli baju kat situ dia bagi harga 180 Peso. Kalau kat lain memang semuanya 250 Peso.
Jadi, D Talipapa ni la tempat paling best untuk shopping di Boracay ni. Tapi ada lagi satu tempat yang lebih hype sikit iaitu D Mall !
D Mall ni adalah market street yang terletak di tengah tengah Boat Station 2. Kalau lalu tu mesti nampak sign lah. Kat sini ada banyak bank, kedai kedai, restaurant dan macam macam la. Pendek kata memang meriah carey 24 jam kat sini.
Kedai kedai dia agak standard dan harga pun agak mahal sikit.
Boleh je kalau nak usha usha di sini.
Beli lah
Ukulele
Kedai Lonely Planet
Pen untuk kawan kawan? 5 batang 100 Peso !
Selain tu, check jugak ada satu kedai Boracay Tourist Center. Terletak di tepi pantai Boat Station 2. Kedai ni aircond sikit tapi barang barang dia banyak yang discount. Aku beli jugak kat sini sebab kualiti dia much better dari baju baju di D Talipapa tadi tu
Satu yang perlu di ketahui. Duit RM tidak di terima di kebanyakkan money changer di sini. Jadi sila bawak USD atau pun matawang lain. Kalau ada pun, sure dia orang ambik murah. Rugi wooo.
Jangan lupa kalau shopping di Boracay, try Dried Mango. Kena try walaupun aku tak de la suka sangat sebab rasa macam tak best je. Aku lebih suka mangga betul. Jadi, Mango shake adalah recommended !
Mango shake adalah kena try di Boracay ni. Anyway kalau terlepas nak beli kat Boracay ni, jangan risau. Dekat airport Kalibo tu ada banyak jual barang barang Boracay jugak. Harga pun tak jauh beza.
OK. Tu je la bab shopping. Selamat bershoppingan !
bersambung............
Kalau bab-bab travelling, tempat yang mesti dikunjungi adalah souvenirs shop. Beli keychains, fridge magnets, T-shirt ataupun tote bag dengan nama kawasan dan negara yang ditulis. Hehehe. Suka saya beg dia yang berwarna-warni!
ReplyDeletewowwww bab ni yang JM paling suka, soping!!!! Dpt cuci mata dh cukup klau x beli pun tp xkan missed FM. Cantik2 FM tu cam nk borong je semua then klau rm3.50 kira murah la tu
ReplyDeleteGigih betul jam 6 pg bangun baca blog, udah le tu JM moh g solat :-)
perghhh...skang ni susah aku nak jadi pengomen pertama hahaha...
ReplyDeletekalau aku beli topi ratu elizabeth tu boleh ke Meng? nak gak fefeeling jadik kerabat diraja hehehe..
Aku kalau gi travel mesti beli t-shirt tulis nama tempat tu dan FM!! wajib pada aku...yg lain tu tgk bajet hahaha...
bang... bak selai FM...
ReplyDeleteDD : biasa la.. pompuan kalau travel banyak benda nak di beli.. kalau kami yg lelaki ni pandang sepi je....
ReplyDeleteJM : nak beli FM banyak banyak tu jadi berat.. ukulele pun x terbeli. aku kagum biqque boleh beli tu...
HB : t shirt murah tapi jenis kain nipis nipis tu,. nak pakai pun mcm tak lalu jer.. yang kain elok skit agak mahal la jugak.
JG : boleh. kau email aku alamat ko nanti aku antar...
Nak selai jugak...
ReplyDeleteFJ nnt akan pergi jauh wahai abg meng.. sob sob.. hehe.
holaa tanah ratu./. gituhh keke
And HB, wheres my laos FM???
ReplyDeleteckp jah nak bg... sob sob.. hehe...
Gimme email address plis I'll email my email add.. hahahaha.,.. paham dok? byk sgt ayat email dlm nih.
bc blog ko celup2 jer..byk plk org mntk tlg pagi2 ni..
ReplyDeleteaku klu pg satu tmpt tu wajib beli fm..klu ade budget lbh sikit nk jgk angkut baju I LOVE..dh jadi hobi baru plk skrg...
uih jenuh aku ikat dlm beg plastik, patu ikat kat tepi beg hahaha! gigih la beli kalo rega nyer rm15 jer! hahaha...
ReplyDeleteFJ kena bagi alamat. rasanya 1-2 tu ada lagi balance FM boracay ni.. ( kena check dulu )
ReplyDeleteOh.. nak gi jalan jauh tu bila?
Syok laa FJ pose pose pakai peplum tepi gondola
DATT : aku pun FM je la. tu pun skrg ni mcm malas nak beli FM. beli FM utk kawan kawan je. beli utk diri sendiri, sudahnya duduk dlm plastik jugak... dah x muat peti sejuk
FJ...ni ada lg FM laos ni masih simpan..tunggu FJ bg alamat sampai x sudah hehehe...
ReplyDeleteOlawei...terbaek le information pasal shopping cenderamata ni...sukaaaaa!
ReplyDeleteOk both abg meng and HB sila check ur email...
ReplyDeleteehehe... Thankssssss yeay dpt FM ;p
meng, ko kalo tak muat peti sejuk tu, ko antar kat peti sejuk rumah aku...alamat masih sama *larikkkkkk*
ReplyDeleteFJ : dah check, thenfks. tapi kena tunggu dulu la, takkan nak bagi seketul je kot... sabar na
ReplyDeleteBiq : tak muat peti sejuk tu satu.. magnet asyik tertanggal pun ya jugak... plus nanti ada.. ''recakce' ( resaksa ) suka kutil...
ZN : suka membeli tapi ongkosnya kena ada..... kalau x pandang sepi jer le..
ReplyDeleteaku nyer FM banyak gak yg tertanggal, tak gam2 lagi...recakce aku kucing aku la kiki hahaha! dia sondol2 sampai tercabut, sbb FM aku mmg dari atas sampai bawah peti es tu...
ReplyDeleteBiq : kalau sampai ke bawah tu mesti la recakce ko tu tarik tarik.. recakce aku tu suka kutil2.. pastu blah... tak de rasa bersalah
ReplyDeletehahahaha comel recakce ko tu! macam aqilah (anak si chawanna) abis la dia buat main FM tu...merata2 alam dah! sedih mak tgk...
ReplyDelete