Saturday, August 10, 2013

Buka Puasa 2013 : Uncle Lim's, Subang Parade

OK. Ni aku nak cerita pasal buka puasa kat luar sambil bershoppingan raya.

Ni masa pegi Subang Parade hari tu. Sebab last minit banyak tempat dah penuh. Yang lain dah banyak reserved. Kena pegi kedai yang walk in je. Nasib la ada Uncle Lim's ni. Time kami pegi awal lagi so tak berapa penuh. Dah try tanya Kelantan Delights, tapi mahal sangat buffet dia, tak lalu lah.

Book tempat siap siap di Uncle Lim's.


Kiranya ini lah pertama kalinya aku berbuka puasa di luar sepanjang tahun 2013 ni. Ada je jemputan tapi aku selalu malas nak pegi kecuali event office atau pun benda benda yang terpaksa pegi. Lebih suka berbuka kat rumah. Senang nak kilas kilas kain pelikat kalau perut tetiba membusung secara mendadak.

Yang menariknya, kat Uncle Lim's ni ada set Ramadhan berharga RM13.90. 

Dalam 1 set tu ada 1 air untuk di pilih ( sirap atau sirap bandung), 1 main set ( mee kari atau nasi lemak atau makanan lain dalam menu biasa dia orang ) dan pilihan antara bubur kacang atau bubur pulut hitam.

Berbaloi baloi jugak la.

Jom la layan makanan je.

Aku rasa karipap Uncle Lim's ni lagi sedap pada karipap IKEA

Roti Bakar. Enak. Ke sebab aku lapar?

Nasik Lemak dengan Rendang Ayam. Sedap

Nasik Lemak jugak untuk Hero

Mee Kari untuk OR. Ni dah kena cilok dek budak kecik Anak Dara aku yang tak puasa tu. OR kata sedap Mee Kari dia. Aku jamah jugak. Memang sedap.

Air bandung dan sirap selasih

Bubur pulut hitam. Aku lupa nak jamah. Sebab kenyang sangat

Bubur kacang. Tapi macam kurang santan. OR je yang makan. Kurma juga di sediakan

Selain tu, OR teringin nak makan Japanese food. 

Ada Sakae Sushi depan tu. Dia yang beli. Aku tak jamah pun.

Lagi tak nak jamah lepas aku tau dia beli sushi belut !

Sementara tunggu berbuka aku gi beli buah buah kat MBO kat bawah tu. Buah Naga dan Tembikai. Beli jugak mata kucing dengan anggur tapi budak tak puasa dah abiskan dulu.

Overall, kalau kebetulan di Subang Parade aku rasa makanan kat Uncle Lim's ni patut di cuba.  

Selain daripada sedap, harga pun berpatutan. Tak bulan puasa pun boleh pegi try.

Oh. Uncle Lim's terletak di Ground Floor, Subang Parade. Lebih senang masuk ikut Cofee Beans tu dekat dengan Giordano. Dek kerana kenyang dan kesedapan, sampai aku terlupa aku nak pegi World of Sport nak usha selipar Teva !

Lepas makan terus mood kembali riang ! Hahahaha.

4 comments :

  1. Asam laksa dia pun not bad.
    Slamat hari raya Meng!
    Dok balik Italy ker taung ni?

    ReplyDelete
  2. thanks AM....

    nanti aku try laksa tu pulop..

    italy.. of chos lah... hahaha. mung raya mana? greece?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...