Friday, August 2, 2013

Masterchoi Seleburiti Ramadhan 2013 : JLO : Mee Goreng Champak2

Assalamualaikum semua hadek2 sekelian.. 

ini akak J.LO membuat kemuncholan dengan memberikan recipe yang tidak asing lagi dikalangan rakyat jelata apa lagi golongan pon!!! Senang sangat ni nak buat, tak thrill langsung!!!

hakak dan ayam kfc

Tp sbb hakak buntu nak masak apa ni, dah akhir2 ramadhon ni makin lemau dah nak memikirkan masak apa! Hokey, tanpa melengahkan masa lagi, hakak sertakan recipe mee goreng yang bertajuk MEE GORENG CHAMPAK2, gittewwww…

Bahan-bahannya :-

1 bungkus mee kuning
Selabu bawang besau
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kering (blend)
Satu biji buah tomato (belasah la potong lagu mana pon!)
Udang basah
Fishball
Sayur pak choy
Setengah cawan ayaq asam jawa
Kicap manis/ kicap masin
Telor goreng hancoq (goreng asing)
Tauhu goreng (goreng asing, untuk hiasan sajorkkk)
Daun sup dan daun bawang
Garam

Chara2nya :-

Tumbuk bawang besau dan bawang putih ditumis sampai naik bau dan masukkan cili kering yang telah diblend.. bila cili dah masak betul untuk mengelakkan sakit perot, masukkan udang dan fishball dan buah tomato tersebut diatas.

Sesudah itu, korang masukkan sayur pak choy dan juga kicap manis dan kicap masin, agak2 la byk mana… lepas tu masukkan watak utama iaitu mee kuning.. gaul sebati dan korang boleh la champak telo goreng hancoq tu tadi, hakak meme sengaja goreng asing, sbb nakkan tekstur telo goreng tu ketul2 (dapnyaaaa)… kemudian masukkan ayaq asam jawa untuk membuatkan mee kuning basah dan masam2 gittew.. takyah dah pikir nak potong2 asam limau… mee dah balance rasa masam, masin dan manis… korang jgn lupa champakkan garam.. tak perlu byk sbb mee kuning dah sedia ada garam dan kicap masin tu sendiri dah masin.. eh! perlu ke hakak cakap ni?! Hahaha

Last sekali, hiaskan la mee goreng ni tadi ngan daun sup dan daun bawang jugak tauhu goreng… siap dahhhhh… simple eh?! tp ada aku kesah?!! Ni versi hakak la nih…

Nota kaki - cam binatang2 yang korang nak masukkan dlm mee ni tadi, buleh je tukau soton, ayam, daging… buleh je, takde masaelah… mee korang kan, sokati korang lahhh…. sayur tu mmg hakak prefer pak choy, mudah dan sedap dr sebok nak buang ekor taugeh adalah malasss !!!!






Upacara masukkan ayaq asam


Tadaaaa.. siap sudahhhh…

Ni akak sertakan VC hakak buat concert dulu! Hebak masa ni!!! Sekarang ni hakak dah tak buleh nak nari sambil nyanyi gitu dahhh, somputtttt… mongah!!! Skrg ni jgnkan nak menyanyi nak bercakap pon dah somput, camne?!!! Tunggu nanti lepas kelahiran anak dlm perot ni, hakak akan membuat kemuncholan dan kembali beraksi!!! Yeeeehahhhhhhhh..

Ok sekian saja hadek2, hakak ambil kesempatan di bulan mulia ni untuk hulur sepuloh jari mohon kemaafan sekiranya ada kesalahan bahasa dan perilaku yang tidak disenangi kalian.. Selamat menjalani ibadah di 10 mlm terakhir ramadhan dan semoga kita semua bergumbira pada Aidilfitri yang bakal menjelang… ameen ya rabb.. tetiba, J.LO insap!!!



6 comments :

  1. errr....masak xyah pakai minyak masak ke?? hehehe

    tp mmg menggiurkan air lioq aku la pepagi bute ni...lapaq teruihhh.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. JLO .. jaga body, masak tak payah pakai minyak kot... hahahaha

    ReplyDelete
  3. ooooooo bahan rahsia nyer ialah asam jawa la ekkkkkkk! aku tak penah letak yg tu...nanti bila2 nak cuba lah!

    ReplyDelete
  4. HB,

    mcm mane nak tumis klu xde minyak...mesti la letak minyak tmbh2 nk masak cili xmo sakit perut kt JLO...

    smlm aku masak asam tumis rebus jer...simple tp sedap...cewah..belajar dgn makcik aku hr tu...

    ReplyDelete
  5. Mcm ni rupanya mee goreng campak2..wahhh...kalah chef mcm ni...campak je terus jadi.eeee terliur dh nih..balik nanti nk campak jugak lah

    ReplyDelete
  6. Biq : JLO kata air asam jawa nak kasik effek merembes kat bibir time melantak...

    DATT : Nanti aku jemput ko memasak tahun depan..

    JM : org pandai masak main champak2 pun jadi. kalau mcm aku ni, silap champak terus demam jadi nya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...