Monday, August 19, 2013

Trip Mabuhay 05 : Boracay - Journey

Sapa nak pegi Boracay angkat tangan ???

No ! No ! No !

Bukan aku nak bagi tiket free. Tapi aku nak bagitau, kalau sebelum ni orang cakap, sangat la hassle sebenarnya nak sampai ke Boracay ni. Jadi jawapannya adalah.

YA !

* berlalu ke belakang pentas, kesat peluh dan muncul semula di tengah tengah stage

Sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !!!

Jangan pengsan lagi. Belum abis cakap lagi ni.

Usah gusar dan gelisah. Packing je baju mandi dan bikini masing masing dan teruskan hasrat hendak ke Boracay ini tanpa kerisauan. Aku dah pegi, aku dah balik so aku boleh bagitau, memang agak hassle, tapi sebenarnya tak de la payah mana. Hassle dari segi kena naik flight pastu naik flight lain, pastu naik bas dan macam macam lagi. Tapi sebenarnya tak de la seteruk yang di kata.

Hah. Sapa yang pengsan tadi tu? Bangun balik. Betulkan tudung tu semula. Dah komot. Yang tak pakai tudung tu, cepat betulkan rambut yang dah bersepah tu.

Sebelum aku pegi Boracay dulu, aku tak berapa tau sangat pasal Boracay ni. Aku cuma tahu Bora Bora jer. Puiii.

Tapi tu Restaurant Bora Bora Ombak je pun sebenarnya yang dekat Ampang tu. Nak pegi Bora Bora tu macam tak de la plan sangat, setakat nak borak borak pasang niat boleh lah. Tapi Boracay ni, aku pernah la dengar cuma tak sangka sebenarnya terletak di Filipina.

Bodo tak geography aku?

So since dekat aku memang memasang angan angan nak pegi ke sini. Tak salah pun memasang angan angan kan Raja Ema?

* tetiba...

Apa apa pun sebutan yang betul untuk Boracay adalah BORA KAI tengok mulut aku ni... BORA KAI...

Bukan BORA KAY... Ada faham adik manis, abang masam?

Masa ada sales tiket AA Ph, tengok ada promo, masa tu lah aku baca sikit sikit then terus je beli tiket. Pastu yang lain lain datang kendian. Nak beli topi besar nak posing tepi pantai, baju mandi strip harimau belang.. tu semua dah nak pegi pun boleh cari. Yang penting dapatkan tiket dulu.

Tapi awal awal tu aku tak cari lagi cemana nak sampai Boracay ni kecuali kena naik connecting flight dari Clark to Kalibo. Sampai Kalibo nanti aku fikir kendian.

Seminggu sebelum pegi tu baru la aku start meriki riki apa yang patut. Baru la menambah info dan ilmu di dada ni.

Bidang tak dada iols?

* tunjuk dada ada huruf S besar besar.

S untuk seksi !!!

OK lah. Di pendekkan cerita. 

Sebaik saja sampai ke Clark Airport semula lepas abis pegi Pinatubo, dah tidur bawah pokok, pastu masuk dalam boarding room tu sempat tidur lagi. ( siap aku baring atas kerusi !!! ). Mesti berdengkur ria jugak tu. Tapi tak de orang bertempiaran lari, so kira OK lah.

Flight aku dari Clark ke Kalibo adalah pukul 6.30 petang ! Sebenarnya pukul 4.30 tapi macam biasalah, retime ! So aku risau jugak lah. Sampai Kalibo dah nak malam pastu nak naik bas lagi 2 jam. Pukul berapa nak sampai Boracay ni? Aku budget pukul 10 malam. Mati la kalau susah nak dapat transport. Main gamble je ni.

Sekarang ni Air Asia PH cuma ada 1 je penerbangan dalam satu hari dari  Clark ke Kalibo. Tapi timing dia alternate ikut hari. Sila rujuk website Air Asia. Dia orang ni suka suka je tukar schedule pun.

Flight dari LCCT ke Clark pun ada 1 flight je sehari.

* pitam.

Mesti sektor tak berapa laku. Masa aku pegi tu ada pagi dan petang. Clark ke Kalibo pun ada 2 flight sehari. 

Tapi tak mengapa. Jangan risau. Tengok gambar dulu.

Clark Airport. Domestic Flight ada pintu kecik belah kanan

Selepas berhempas pulas tidur time tunggu nak boarding, akhirnya flight ready jugak.

Dah maghrib. Tak leh nak layan apa. Tau aku layan apa? Layan mata ! Sambung tido lagi dalam flight.... !

OK. Ni part penting.

Penerbangan dari Clark ke Kalibo mengambil masa 1 jam. Dari Kalibo tu, nak pegi ke Boracay pulak adalah lagi 2 jam perjalanan dengan menaiki bas ke port Cataclan.

Pastu dari Cataclan tu la baru naik ferry ke Boracay. Tapi dekat je. 15 minit. Dan dari jetty Boracay tu baru boleh ke tempat penginapan masing masing.

Ha... Leceh tak?

Masa aku pegi, aku memang gamble je lah. Tak de booking apa apa cuma aku ada baca dekat airport Kalibo tu ada banyak tourist agent yang sediakan transport ke Boracay, so nanti aku cari je la kat airport tu. Kalau nak senang booking la online siap siap.

Tapi !

Dalam flight Air Asia Clark ke Kalibo ni, ada jual tiket perjalanan dari Airport Kalibo terus ke Hotel !!

Nampak?? Mudah tu.

Nanti adalah stewardess muka cun rambut rosak goda goda nak jual tiket ni. 

Flight crew tu akan tanya lah kot berminat. So kalau tak de apa apa arrangement, aku rasa OK je beli yang ni. Harga dia 450 Peso. (RM30) dari Kalibo Airport sampai ke hotel !! Tak payah nak fikir fikir dah. Termasuk sekali environmental tax dan apa lancau tax la nak kena bayar. Apparently, nanti kat jetty tu kena bayar port tax apa semua sendiri. Leceh nak beratur lagi. So better ambik yang all inclusive.

Tapi kalau tak nak, ada tiket murah sikit tapi dia tak cover hantar sampai penginapan, tak de port tax apa semua tu. Murah berapa ler sangat. Senang cerita, untuk ketenangan jiwa yang abadi. Beli je la tiket door to door terus sampai ke hotel nanti.

Senang kan?

So dah beli tiket, turun flight tu, jalan la dengan bergaya. Lagak macam orang kaya nak gi bercuti ke pulau idaman ramai. Sebaik saja keluar dari balai ketibaan, akan nampak ada banyak kaunter kaunter yang jual tiket tiket macam tu. Ada macam macam tour agents. Ni yang aku cakap kalau last resort, boleh je beli kat situ. Tapi kena berebut ler.

Lepas keluar dari airport tu, cari la papan tanda orang tulis Southwest !

Ini la tour agent yang menyediakan transport dari Kalibo ke Boracay yang dijual oleh flight AA Ph tadi tu. Lapor diri nanti dia orang bawak pegi ke bas. Tak jauh pun jalan kaki. Tepi airport tu je. 

Aku sampai Kalibo hari tu malam, tapi banyak lagi gerai gerai jualan kat airport. Dan tourist agent kat sini pun memang ramai.  Tapi dia orang ni ramai bila ada flight sampai je. Mesti dah hafal semua schedule.

Bas ke Boracay !

Tiket yang di beri tu biasanya ada number seat sekali. Aku dapat seat paling depan.

Naik naik bas tau apa jadi?

Aku terlelap lagi. Gila la. Apa kena pun tak tau. Sungguh sungguh tidur ni sampai kepala terhoyong hayang macam orang tengah ratib. Dah la duduk depan. Bukak bukak mata tengok papan tanda, macam jauh lagi.

Pejam semula. Sambung meratib terhangguk hangguk kepala atas bawah.

Akhirnya, lebih kurang 2 jam jugak lah. Ting ! Bukak mata, bas pun berhenti di jetty pelabuhan Cataclan.

Welcome

Nampak tu, terminal fee ticket, environmental fee, kalau tak beli siap siap kena bayar jugak kat sini. Satu hal nak beratur.

Ini bas nya. Sangat selesa

Sampai kat jetty Cataclan tu nanti dia orang usher la masuk dalam bangunan jetty ni. Dengan tiket yang ada, baru lah boleh naik ferry ke Boracay.

This way.... this way !!

Pasangan kekasih dua sejoli. ( mat salleh dengan minah belah kanan sekali ) Aku nak gossip ni jap lagi. Abaikan pakcik baju merah tengah tengah tu.

Tak lama menunggu, ferry dah bersiap siaga. 

OK. Perjalanan ferry ni cuma 15 minit. Actually dekat je. Boleh nampak Boracay ni dari jetty Cataclan tu. Cuma tak de jambatan la. Plus, apa guna ke pulau kalau tak naik bot. Kan? Tak best la tak rasa angin bayu memukul mukul ke muka time atas bot.

Lepas turun dari ferry ni, nanti akan ada orang orang baju oren ni menunggu.

Siapa kah mereka? Anda kenal mereka?

Tak pe. Kalau tak kenal pun, buat buat la kenal sebab dia orang ni adalah pekerja Southwest ni. Dia orang ni la yang arrange semua benda, dari start turun flight kat Kalibo tu sampai la lepas turun dari Jetty ni, dia orang menunggu. Then kami di bahagikan kepada beberapa van tu untuk di hantar ke penginapan masing masing.

Time ni la pasangan merpati dua sejoli tadi tu naik van sama dengan aku. Memula aku ingat gf dia tu bisu. Sebab time orang ramai tunggu ferry dia beratur depan aku, haram tak bunyi suara. Bila bf dia tanya dia dok main angguk angguk je. Dah la rangka macam dinosaur. Solek boleh tahan. Bau wangi macam bau bedak Nyonya. Tapi masa dalam van nak ke hotel ni la tetiba dia bukak suara bila bf dia tanya.

Ropa ropanya...

"Baru balik Bang Mid...."

Sekali suara kasar daaaa. 

Minah minah Cina yang sekali dalam van tu tetiba je bergosip sesama sendiri cakap Cina. Tetiba je bunyi riuh macam kelawar.

"Motip korang bergossip tak hajak abang????"

Hahahaha. Walaupun aku tak tau apa dia orang cakap tapi aku rasa aku faham. Dia orang cakap.

"Sheols tu jantan hokeyyyyy !!!"

Hahahaha. 

* mati la

Tapi tu lah. Bau Bedak Nyonya yang Mak aku sibuk pakai dulu dulu ! Dah. Abis gossip. Mintak ampun.... Gi naik atas check balik gambar tadi tu untuk kepastian.... Hahahaha. Actually gambar atas tu aku nak ambik Welcome to Aklan tu tetiba dia orang letak beg situ. Terus termasuk dalam ini gambar. Nasib aku tak delete so ada la bukti pelakon tambahan kat situ. Hahaha.

For info. Aklan adalalah nama province di mana Boracay dan Cataclan ini berada. Yang menariknya Cataclan ini sendiri terletak di mukim yang bernama Malay !!!! Tapi tak de kena mengena dengan nama Melayu ke Malaya ke apa... 

Sambung balik pasal Southwest tadi tu. Kiranya dia orang memang hantar sampai hotel. Siap berhentikan van, pastu salah sorang staff dia akan turun, angkatkan beg dan carikan hotel yang aku nak stay tu. Sebab hotel hotel di Boracay ni tak teratur. Dekat dekat dan laluan pun macam lalu celah Bedah jer. Kalau dia orang tak antor memang agak payah jugak lah nak cari. Lagi la malam malam buta ni.

So hebat tak ?

Bukan hebat Bedah yang ada Celah tu. Hebat tak Southwest ni punya servis? Anyway rasanya yang lain lain pun sama jugak kot.

Tu la namanya customer servis uols.. ! Nak menjaga hati pelanggan. Dengan itu. Aku berbesar hati untuk recommend tour agency Southwest ni kalau sesiapa mahu ke Boracay.

Jadi. Abis lah. Dah sampai hotel masing masing.

Now cerita nak balik pulak. 

Once dah sampai Boracay. Lepas berehat rehat, mandi dan hilangkan bau badan selepas travel jauh jauh ni, pegi la ke pejabat Southwest untuk beli tiket balik pulak.

Ya lah. Takkan nak datang tapi tak fikir pasal nak balik? Kena balik sebab peminat peminat menunggu di kampung halaman asmara. 3 hari 2 malam di Boracay dah cukup untuk aku tengok apa yang aku nak tengok.

Sebenarnya ada banyak je tour tour yang sediakan transport ni tapi sebab aku amat gembira dengan servis Southwest, jadi nak balik pun aku nak guna perkhidmatan mereka.

Di Boracay dekat Main Street tengah tengah tu, di antara kawasan D Talipapa dengan D Mall ada hospital. Depan hospital tu lah pejabat Southwest ini.

Tepi jalan je. Senang nak cari. Kalau malas jalan, naik je tricycle. Rasanya kedudukan dia dekat Boat Station 2 tapi dah nak dekat dekat dengan Boat Station 3, belah main road bukan belah pantai. Senang cerita, betul betul depan hospital.

Tada...

Ni benda pertama aku buat esoknya lepas sampai di Boracay. Sebab takut nanti penuh nak balik. Silap silap tak de transport nak balik, miss flight pulok. So beli transfer yang sama lah, dia akan hantar terus ke Kalibo Airport. Harga pun sama. Tapi... depends on flight time, dia orang akan pick up kat hotel kita 4 hour before flight time dari Kalibo.

Jadi pepandai la budget masa.

Aku fast forward. Time nak balik, orang Southwest ni janji nak pick up aku kat hotel pukul 11. Tapi pukul 10.30 dia dah sampai. Gila awal. Aku baru nak mandi dan berdandan. Terus dia blah dulu then nanti dia datang ambik semula. Ambik pun jalan kaki je padahal sebab van dia orang bukan boleh masuk area area White Beach belah pantai tu.

Tapi again, tu la namanya services yang bagus.

OK. Lepas dia orang datang ambik kat hotel, then naik van terus ke jetty Cagban Port (Boracay) semula sebelum ambik ferry ke Cataclan dan bas ke Kalibo Airport.

Jetty ferry di Boracay. Nama dia jety GABAN !

Jetty di Boracay

"Cepat jalan.... kiri... kiri " Abang baju oren bagi arahan suruh naik bangka yang depan sana tu

Ni dari jetty Boracay. Belah sana tu la Cataclan. dekat je kan?

Bangka Southwest yang membawa penumpang pulang ke Cataclan

Kalau transfer tu malam biasanya dia orang tak bawak naik bangka macam ni. Naik ferry sebab ada kes bangka terbalik di sini, so kalau siang dia angkut pakai bangka, kalau malam baru naik ferry.

Dalam bangka. 

Bye Bye Boracay... Ini dari Cataclan.. belah sana tu la Boracay ! See? Dekat je kan? Kalau pandai, berenang pun boleh....... mati

Jetty Cataclan

Ambik bas yang menunggu di port ni. Ingat ! Cari abang abang baju oren !!!

Ada kaunter dia dan bas pun ada nombor nombor dia. 

Bas dari sini pegi ke 2 airport. Cataclan Airport dan jugak Kalibo Airport. So jangan tersilap naik bas, nanti meraung silap airport ! Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. * tetiba

OK. Mesti ada suara suara parau tak berapa nak merdu bertanya.

Cataclan ada airport, tapi kenapa kita kena naik flight ke Kalibo? Tidakkah membuang masa 2 jam tu?

Baik lah.

Sebelum tu, soalan macam tu sila tanya Tony Fernandes sebab apa dia orang tak nak landing dekat Cataclan. Tapi jawapan logik aku rasanya lah.

Cataclan ni airport kecik. Airbus 320 tu tak leh landing kat airport tu. Flight flight macam focker atau ATR tu je yang boleh pun. So semua flight yang besar besar kena landing dekat airport Kalibo. Lagi haru commercial flight mahal dan banyak yang chartered sahajork. Kau mampo naik chartered flight?

Apa apa pun, Kalibo Airport tu airport International tau. Jangan buat main !!! Tapi nak boarding kena bukak kasut !!

AWAS kalau kaki busuk dan bercagu !

Perjalanan dalam bas dari Cataclan ke Kalibo. Damai je

Bas akan berhenti kejap untuk sesapa nak kencing dan merokok ( aku lah tu )

View sepanjang perjalanan agak awesome. 

Dah sampai airport Kalibo. Airport dia tengah renovation. 

Aku kiranya sampai awal jugak la. Tak tau nak buat apa melepak kat luar airport tu. Ada few kedai kedai, tapi tak jumpa kedai yang boleh di percayai nak makan. Jadi aku beli mango shake saja * kemaruk *

Kalau terpaksa bermalam di Kalibo pun, ada banyak hotel berdekatan dengan kawasan airport ni.

Cakap pasal airport tax. Airport tax dari Clark ke Kalibo PHP 150 seorang, Kalibo ke Clark PHP 40 sorang dan dari Clark ke LCCT PHP 600 setiap sorang. 

Take off !

Pemandangan dari udara

Ada tasik besar tu... tasik apa pun tak tau

Tapi paling best, aku nampak Manila dari udara. Gila la besar dan padat....

Dah sampai Angeles City

Nak landing

Sampai balik semula di Clark Airport

Esok ambik flight balik KL pulak.

Sebenarnya aku pun tak faham dengan timing Air Asia ni. Masa aku sampai dari Kalibo tu dalam pukul 4.20 petang. Ada je flight dari Clark ke LCCT petang tu. Tapi pukul 4.30 petang.

Tak senonoh betul. Aku memula nak ambik flight tu balik terus ke KL, tapi bila fikir fikir balik, macam tak berani la nak gamble. Buat flight dari Kalibo tu delay? Dah aku terlepas flight ke KL. Bukan dia orang nak tunggu pun. Pastu nak disembark lagi ambik masa.... Kalau bawak beg 2-3 pikul, dah lama nak tunggu baggage claim, tup tup kena tinggal flight.

Tak cerdik betul. Dah tau connecting flight tu ada, bagi la masa yang cukup.

* begitu aku marah sapa pun tak tau ni

Tapi logik akalnya, flight Clark ke Kalibo dan Clark ke LCCT adalah daripada company yang berbeza. 1 tu AA Philippines dan satu lagi adalah Air Asia.

Jadi. Aku tak boleh balik KL lagi the same day. Memang aku spare sehari lagi, esoknya baru ambik flight balik ke KL !

Maka nya. Tu la perjalanan pegi dan balik dari LCCT/Clark Airport ke Boracay. Tak perlu risau. Tapi apa apa pun, sila pastikan timing flight dan connecting flight tu mencukupi dan selamat. Biar tersadai sehari daripada kena tinggal terus.

Tetapi.

Mungkin perjalanan dari Clark ke Kalibo ni boleh di skip sekiranya ambik flight dari LCCT terus ke Manila  then dari Manila ambik flight ke Kalibo...Boleh jugak dari Manila tu ambik ferry ke Cataclan. Feeling feeling Titanic macam Biqque. Lagi mencabar lagu tu.

Air Asia pun dah ada share dengan Zest Airways, salah satu syarikat penerbangan di Philippines. So under Zest Airways  ni boleh ambik flight terus dari LCCT ke Manila, then beli tiket Zest Airways je ke Kalibo jugak.

Sama jugak, boleh skip pegi Clark tapi still kena ambik flight ke Kalibo..

Apa apa pun, even dari Clark ke Kalibo pun, walau nampak hassle, tapi sebenarnya manageable. Dont worry, kita kan nak gi Boracay. Salah satu pulau tercantik di dunia ni. Pastinya keletihan terubat bila melihat keindahan pulau tu sendiri nanti.

Jadi apa yang menarik di Boracay ni? Nanti aku sambung.............

"Selamat Datang ke Boracay !!!"

* pose pose duta Tourism Boracay sambil main ukulele.

bersambung.............

11 comments :

  1. Meng, Macam best je. Takut menyumpah pulak bila mula mendaki ke puncak Gunung. Berbakul-bakul sumpah karang. Baik bertaubat awal-awal. Betul tak?

    ReplyDelete
  2. hahaha...aku memang scroll balik atas nak kepastian... auwww!!!

    jangan ngan kasut!! stokin ngan tali pinggang pon kena buka cam aku kena dulu...hehehehe seb bek x suruh bukak seluar!!

    ReplyDelete
  3. #untungla org lain dah bleh pilih cara apa yg diorang nak buat utk ke boracay, samada naik flight or ferry kan? both memberikan experience yg berbeza dan menarik, dan aku stuju dgn ko yg mana nampak hassle mcm tah pape tapi sebenarnya manageable. tak rock ar tak terkujat and terkulat2 menukar transport kan? hahaha!

    ooo baru aku tau malam dia tak guna bangka, guna ferry. baru nak puji punya gempak la boat ko, aku ni naik bangka je pi blk hahaha! mmg aku kena beratur utk beli semua tiga tiket tu, sambil nganga2 sbb tak sangka sampai tiga fee ko kena haaa! tapi takpe, boracay cantik, aku puas hati sbb diorang jaga bagus, tak kotor langsung!

    dan aku pun agak nak marah dgn timing flight yg tah pape tu, sekupang pun tak beli tiket yg time dia nyaris2 bleh terlepas, so terpaksa tido smlm tu yg buat cam rugi masa kan? kena shoutout kat pakcik tony ni...

    sbb HB scroll atas balik, terpaksa aku pun scroll balik ke atas gara2 nk tgk minah suara garau tu hahaha! shemale sgt! kihkih! walking dictionary kah?

    ReplyDelete
  4. MKL : ok je. penat naik gunung.. pastu dpt rest di boracay...

    HB : suka ko ek?? ramai dowh set set ni kat sana.. kdg kdg boleh tersilap pandang sebab seksi mengalahkan awek sebenar....

    Biq : ada hati nak revisit boracay????

    ReplyDelete
  5. meng,

    aku tertarik dgn bas n boat utk ke boracay tu...klu harga rm30 aku rase worth it n dorg atur utk semua...

    mmg hassle..aku punye flight ke manila pun retime..so terpaksa tukar schedule jgk ni..

    ReplyDelete
  6. hehehe...masa aku kat chiang mai ritu pon ada set2 ni siap wat open show lagik nynayi secara miming dan menari...hahaha aku ada video dia kalau ko suka nak tgk nnt aku ada masa aku upload kat utube hehehe...

    ReplyDelete
  7. wahhhh DATT nak gi ke sana gak ke??? nak ikuttttttttttttttt...hahaha

    ReplyDelete
  8. HB,

    xtaulah jadi ke tak...flt asyik retime jek...klu ade rejeki, aku pg..klu x...dok diam2 study utk exam kt sini..

    ReplyDelete
  9. ahhh citer bab exam...next week aku ada presentation research proposal...bulan 9 final exam...pheww.. minggu ni kena wat preparation utk next week presentation...

    ReplyDelete
  10. pegi lagi? huh baik aku pi tempat lain dulu...

    hahahahaha!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...