Heh !
Meh sini aku nak melaporkan.
Hari tu start cuti sekolah memula aku ingat nak balik kampung. Dah cakap dengan OR apa semua, tup tup bila aku call Mak aku, Mak aku cakap.
"Jangan balik ! Mak busy dengan concert, roadshow sana sini dan juga acara bertemu peminat. Tidak bermasa untuk beramah tamah dengan anak beranak mahupun saudara saudari cikebum cikeboom!"
Hahahaha.
Tak de lah. Mak aku cakap dia nak datang KL minggu depan, so tak payah la aku balik. Tunggu je Mak aku buat kemunculan secara grand di kota ni dan nanti aku boleh merafak sembah.
Jadi. Aku pun buntu tak tau nak buat apa masa cuti kelmarin. Bila fikir fikir pulak, cuti sekolah tak jadi nak balik kampung jadi aku bawak la Hero jalan jalan. Dia pun dah start menuntut lepas dapat result exam hari tu. Aku dah cakap kalau bawah 4 A aku tak bagi hadiah. Atas 5 A baru dapat. Taruhan aku menyebelahi dia jadi memula kena betulkan PSP dia yang rosak then bawak dia jalan jalan.
Janji terpaksa di tepati lagi.
Tapi nak gi mana? Last minit booking semua tempat macam dah penuh. Tapi berkat ada taik lalat di kaki, pandai je la aku merangka mana nak bawak mereka.
Ayuh ! Jom ikut lari ke hutan, belok ke pantai.
Memula kami masuk hutan !
Tak de la hutan mana. Cuma singgah di Taman Rekreasi Ulu Bendul dan lepak lepak di sini. OR bawak makanan jadi kami picnic sambil sambil Hero dan Anak Dara aku tu sibuk mandi manda. Suka benor jumpa air.
Kami lalu ikut jalan Kuala Pilah - Tanjung Ipoh. Pekan yang masih mempunyai bangunan bangunan lama
Dah macam road trip. Jalan je then menyinggah sesuka hati. For the first time, aku singgah tengok Muzium Istana Seri Menanti di Kuala Pilah tu
Sempat masuk sekejap. Nasib di buka walaupun hari cuti umum
Usha apa yang patut
Cuaca tak berapa mengancam
Singgah di Masjid Di Raja Seri Menanti
Pastu singgah minum Coconut Shake
Melintasi pekan Kuala Pilah
Serting
Tetiba sampai New Zealand !
Lalu jalan yang agak misty dan sunyi
Akhirnya singgah di Kuala Rompin. Sebenarnya cari klinik sebab Hero start demam
Solat maghrib di sini
Tapi sebenarnya kami ke destinasi percutian di Pantai Lanjut ( gambar ni ambik time balik dah )
Chalet
Agak damai
Tapi lautnya budak budak tak boleh nak mandi manda. Kecewa dia orang. Tapi Hero demam makin teruk.
Cubaan untuk berehat dan tenang tenangkan fikiran adalah gagal
Percutian yang akhirnya karam di lautan sepi
Sepi tapi tak sunyi sebab tetiba aku busy sampai masuk jamban pun bawak hp
Suasana aman damai tak ramai orang tapi gelora di hati tiada yang tahu
Tempat yang tak berapa inzal mana
Percutian yang tak berapa menginzalkan bagi kami semua
Percutian di cut short !
Walaupun di himpit kekecewaan, tetap singgah makan Udang Galah besar gila di Rompin
Kami pulang ke KL secepat mungkin
Dalam remang remang senja kami tiba di KL semula
Begitu lah berakhirnya percutian yang tak berapa memberangsangkan ni.
Hero demam. Teruk jugak la. So dia terjelepuk lepas makan ubat. Batuk dan selsema. OR pulak di serang batuk batuk. Aku je la layan Anak Dara aku tu. Tak seronok bercuti kalau semua tak sihat dan tak happy.
Lebih haru lagi, atas tuntutan kerja, end up, terpaksa balik KL dengan kadar segera. Percutian telah di cut short. Ada major problem kat site. Aku di panggil balik dengan serta merta.
Maka, begitu la percutian yang tak di sangka sangka tapi berakhir dengan nak kata sia sia tak la jugak tapi memang tak boleh di panggil cuti lah.
Nasib badan lah nak buat cemana?
Balik KL terus settlekan keje di site sampai tak balik balik rumah. Berkampung kat site. So balik bercuti yang tak berapa nak dapat rehat, aku mereng semula untuk selesaikan isu isu yang berlaku.
Balik KL terus settlekan keje di site sampai tak balik balik rumah. Berkampung kat site. So balik bercuti yang tak berapa nak dapat rehat, aku mereng semula untuk selesaikan isu isu yang berlaku.
Now kena fikir cuti lain sebab aku perlukan rehat secukupnya................ !
* membayangkan ikan duyung berwajah Maya Karin berenang renang ke tepian
Alhamdulillah, isu isu keje tu semua dah selesai, cuma sedikit sebanyak menganggu aktiviti percutian musim sekolah kali ini.
* membayangkan ikan duyung berwajah Maya Karin berenang renang ke tepian
Alhamdulillah, isu isu keje tu semua dah selesai, cuma sedikit sebanyak menganggu aktiviti percutian musim sekolah kali ini.
Nanti aku update details tempat tempat yang menarik dan menolak yang kami pegi dan sempat singgah sepanjang meniti perjalanan sempena cuti sekolah ini.
Tunggu.............................. ( janji mulut manis jub*r masam )
* lari menyorok belakang tiang
p/s Hattan berasal dari Seri Menanti.
Tunggu.............................. ( janji mulut manis jub*r masam )
* lari menyorok belakang tiang
p/s Hattan berasal dari Seri Menanti.
Jiwaku kehausan rindukan pertemuan..pertemuan..
Setelah kau ku tinggalkan
Ku diburu sesalan
Dosa-dosa silam ku pohon keampunan...keampunan
Ingin menyusur kembali
Jalan yang kita lewati
Ingin daku ulangi
Bersama kasih
Tapi sayangnya hatimu terkunci
Tiada ruang lagi untukku memberi
Sayangnya kehadiran ini
Inginnya sekali tak lagi bererti
Apa yang dah mimpi
(tak lagi bererti tak seindah mimpi)
Ingin ku sendirian
Meniti perjalanan
Ku hadapi kenangan
Dalam kesyahduan kesyahduan
Coconut shake tu sgt mengancam..*drooling*
ReplyDeletejauh berpusing ko....sampai rompin. Serting tu nama dulu skang dh lain..apa ke nama dia lupe lak aku padahal baru minggu lepas gi hahaha..aku pon nak ambek gambo mercu tanda zaaba tu tp x jadi sebb ada cable nampak x cantik plak hehehe...
ReplyDeletekuat tol ko makan seafood yekk...setiap n3 makan sure seafood x tinggal...bukan setakat ghout tp kolesterol pon bertambah2 laaa...hahahaha
ReplyDeletePercutian dengan anak demam adalah confirm tak inzal.HB, Serting dan Jempol adalah tempat yang sama..
ye NR, dulu ada nama bandar baru serting tp dh tukar nama cuma apa nama dia skang dh lupe...
ReplyDeletebandar serting skang dikenali hj alias err elias err apatah..hehehe
ReplyDeletemeng,
ReplyDeleteaku suke pantai die...nmpk tenang...lama sgt tak lepak-lepak tepi pantai...rindunya...
N : nampak mengancam.. tapi biasa biasa je.. ke sebab aku jarang minum coconut shake tak tau pun rasa dia sebenarnya cemana.
ReplyDeleteHB : aku memang suka seafood. selalu gak la makan. tapi ada niat nak kurangkan tapi tiap tiap minggu OR akan masak udang ketam.. so kalau aku sakit, dia la kena jaga.
NR & HB : Serting tu nama dia Bandar Seri Jempol kah?
HB : Buku Zaaba tu memang banyak cable2.. susah nak ambik gambo
DATT : susah apa. Nak sgt pantai, naik je lrt...
.
,
,
,
,
,
Pantai Dalam !!!
Hiks.
Pantai Lanjut tu OK tapi macam tak ramai orang dan tempat tu macam ala ala jer. resort pun dah buruk
Dh nama pun pantai lanjut...dh lanjut usia la gamaknya...sbb tu semua dh uzur hahahaha...
ReplyDelete