Wednesday, October 31, 2012

XV : Dejavu Di Sydney - Goodbye Sydney

Pagi hari ke empat, hari terakhir di Sydney aku bangkit agak awal.

As much as aku suka Sydney, tapi perasaan rindu nak balik ke Tanah air membuak buak. Aku suka travel, tapi aku tak suka travel lama lama. Almaklumlah, ada orang merindu di rumah. Aku pun rindu jugak. 

Dah siap mandi dan kemas kemas beg, aku terus turun ke lobby. Flight pukul 11 pagi tapi aku keluar dari hostel pukul 9. Dah bagitau kat hostel aku nak ambik pick up ke airport. Bayarannya AUD12. 

OK lah tu. Tak payah aku nak pening pening kepala dah.

Sementara tunggu pick up datang, lepak kat luar hisap rokok dalam cuaca sejuk sejuk pagi. Rokok terakhir !!!!

* cium kotak rokok 14 kali.




Then pick up datang ambik di hostel. Terus di bawa ke Sydney Airport semula. Perjalanan lebih kurang setengah jam je.

Sampai airport aku terus ke kaunter untuk check in. Nasib baik dah buka. So semua urusan selesai. Aku memang ambik luggage masa balik, so beg aku check in sekali.

Dah tak de apa nak buat, tapi lapar rokok. Last sekali aku keluar dari airport dan buat muka tak malu mintak dengan mamat Korea ke Jepun.

"Encik, tolong la bagi saya rokok sebatang, kalau tak saya baring tengah tengah landasan !"

* mati la cakap Melayu.

Ntah rokok cap apa pun aku tak tau. Tak pe lah. Janji berasap. Yang penting muka tebal 20 inci. Tak pe. Bukan jumpa lagi pun orang tu. Hiks.

Lepas tu aku rasa macam dah tak de apa apa, aku terus je boarding. Urusan immigration semua tak de masalah. Dan macam biasa, aku pegi merayau dulu kat Duty Free Shop.

Hisap rokok buat kali terakhir di Sydney

Duty Free Shop


Habiskan duit duit kecik yang ada. Masih ada duit yang berbaki, tak pe la aku bawak balik je. Mana tau akan datang akan ke Australia lagi, boleh la guna. Tak pun duit tu aku boleh tukar time aku travel ke mana mana.

Tunggu flight bersedia untuk berlepas. 

Pesawat Air Asia X dah bersedia nak bawa aku pulang ke Kay Ell.. Kay Ell....

Fleets


Nampak A380 Singapore Airlines. Bukan 1 tapi ada 2!


Pesawat bergerak menuju ke landasan untuk take off


Aku dah bagitau kan runway Sydney Airport ni atas air


Take off. Airport Sydney dari udara


Nampak Harbour Bridge dan Sydney Opera dari udara


Close up


Penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam.

Flight tak penuh, so aku memang biasa ambik seat belakang sekali. Trick dia, kalau fly, assign seat sendiri dan ambik seat belakang. Kalau flight tak penuh, confirm tak de orang kat sebelah. So boleh dapat 3 seat sorang diri. Boleh jugak tidur dan berbaring baring tanpa gangguan.

Tapi ada budak budak kecik menangis la macam biasa. 


Muka bumi Australia. Macam orang nak menari pun ada

Layan scenery 

Tak sure gunung apa, tapi di kepulauan Indonesia

Macam volcano je

Akhirnya sampai di tanah air sendiri

Landing time

Hari pun dah senja

Aku sampai tunggu adik aku datang ambik sebab OR ada hal. Lambat pulak tu dia sampai. Dekat 2 jam aku menunggu. Tapi tak pe lah. Dah hari bekerja semua orang masih di pejabat dan baru balik keje.

Tapi lega, akhirnya selamat juga pulang ke Malaysia.


Overall trip, puas hati. Cuaca OK. Aku dapat pegi semua tempat yang aku nak pegi. Aku dapat tengok apa yang aku nak tengok. Cuma penat berjalan je la tapi tu biasa lah. Tak kisah pun.

Perbelanjaan aku macam biasa, tak de la banyak mana rasanya. Tak sampai pun RM1500 aku habis untuk 4 hari di Sydney. Campur flight tiket lagi RM600. Tu pun banyak abis sebab shopping. Kalau sightseeing atau berkeliaran jalan jalan rasanya tak banyak abis. Well, travel ni bagi aku ikut kemampuan masing masing. Ikat perut kan tak berdaya saing payah jugak dah sakit sakit pulak di tempat orang. Nak lavish tak tentu pasal kang, kau jalan pun pakai selipar Jepun. Jadi.. ikut la mana mana. Nak selamat, spare je la RM2000.

OK dah.

Selamat tinggal Sydney dan bumi Australia. Terima kasih atas sentuhan listrikmu. Aku terasa sangat seksi.

* pengsan

Mungkin ianya akan terulang lagi ................... bukan sekadar dejavu dan mimpi.

* nak kena jual bulu ketiak, bau asing. Ada sapa nak beli?



Bisakah aku bertanya padamu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai dejavu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya sentuhanmu

TAMAT

11 comments :

  1. kalau aku jadik mamat japan/korea tu aku xbg rokok aku bg pelempang kat abg meng.. ngepow je beli sendirik...

    *pang amekowww.. sebatang 2hengget tau..

    ReplyDelete
  2. Yeay..habis dah sydney... Tunggu yg lain pula... Baca blog org rasa mcm kite pun dah sampai sana.... Thanks! Next year nak g Mui Ne sebab teruja tgk sand dunes yg supermeng pergi! Kalo tak baca blog ni tak tau pasal Mui Ne tuh! btw, masa g osaka hari tuh, bile g satu2 tempat yg supermeng dah pegi, mesti saya ckp dgn hubby.. " eh, ni lah yg supermeng oegi tuh... Kat sini lah yg supermeng itu, supermeng ini... " haha..
    Thanks again. Esok flite kami ke jogja-solo-semarang..
    Pasal supermeng gak lah nak g dieng tuh!

    ReplyDelete
  3. JG : kau kenapa tak bertoleransi di negara orang?? sila amalkan prinsip rukun negara. dah. bak sini satu karton rokok !

    John : welcome.

    AL : have fun di Dieng dan tasik berwarna ( hopefully cuaca bagus ).. jgn lupa kirim salam nyai loro kidul

    ReplyDelete
  4. Gunung bromo ke.. mcm cantik je gunung tu... huhuh...

    welcome back to malaysia! gittew

    abg meng bila pi kpop tu?

    ReplyDelete
  5. bukan bromo la..

    bergomo gomo kot..

    gi kpop... next !

    ReplyDelete
  6. sakittttttt hati mak nok tgk gambar sydney bridge ko dari udara. rasa macam nak terjun tiruk jer dari opis ni!

    glad to know that u enjoyed ur trip. well, i can clearly see that from ur collections...obviously cantik2! haih, #untungla ada perasaan best kat sydney. tu yg best if iti kita berjalan lancar kan? but sape la kita nak question sgt tentang keseronokan atau ketidakseronokan sesuatu tempat tu KECUALI kita sendri yg experience sendri...*pukul2 dada sekupang*

    bermadah helah plak mak esah ni!

    ReplyDelete
  7. mak esah dah jadi ziana zain.

    kau tumbuk2 dada sekupang, kang sekupang pegi urut dada noreen noor.

    how?

    ReplyDelete
  8. Kekeke... suka baca conversation biqque ngn supermeng malaya ni.. hahahahaha lawaks...

    lebih kurang macam kalo iols duk dengar johara pagi2 gi opis... begitu lah kiranya!

    ReplyDelete
  9. dada noreen noor? errr...terpaksa mak esah tumbuk2 dada abg malek noor gitew...

    fida, terpaksa la meng buat rambut kembang mcm johan.

    meng, sila pegi salun terdekat cepat. kang takde amoi nak urut2 dada ko yg SASA tuuuuu...

    ReplyDelete
  10. SASA? bukan SASAU atau SAH SAH TAK SASA

    * nanges sambil tumbuk dada sendiri.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...