He Ho !
Ini penceritaan pengalaman penggembaraan dan perjalanan aku ke Cambodia !
Banyak tak P????
Hiks.
Tajuk penggembaraan ini adalah Khmer-Ruk (Kemaruk) Cambodia. Kenapa kemaruk? Jawapannya, saja saja. Tak de motip khusus. Aku suka suka je nak bagi tajuk macam tu.
Aci?
Apa apa pun. Aku nak kasi tau, Cambodia ni memang jadi aku punya salah satu destinasi yang dah lama aku plan. Tahun lepas lagi. Lepas aku beli tiket then aku war war kan pada GBS. Macam biasalah terbuka kalau mereka nak ikut.
Dan BW telah berjaya memujuk IH turut serta. So kami memang plan dan menunggu masa la untuk sama sama bertiga merayau ke bumi Angkor ini.
Apa yang menarik sampai aku kemaruk nak ke Cambodia ni?
Well.
Dulu kecik kecik, ada orang datang jual kain dari rumah ke rumah. Mak aku kata tu orang Kemboja ! Masa tu aku pun tak tau Kemboja tu apa. Bunga Kemboja tahu lah. Dan bila dah besar ada lah tahu dan baca serta tengok gambar maka aku terpanggil untuk menjelajah ke Cambodia untuk melihat sendiri apa yang ada di sana.
Masa beli tiket aku dah decide, beli tiket dari KL ke Phnom Penh dan cari cara ke Siem Reap dan balik ke KL melalui Siem Riep.
Lihat peta.
Tapi !
Last minit, IH terpaksa menarik diri sebab dia ada hal di pejabat dan tak boleh nak ambik cuti Jumaat tu. Aku dah cakap dengan BW kalau IH tak pegi, aku pun macam berat hati nak pegi. BW pun kata tak pe lah, dia pun tak pegi lah.
So burn tiket begitu saja. Ya lah. Cas cas orang kaya kononnya duit itu adalah air yang mengalir.
Then aku fikir balik. Kalau aku tak pegi ni, bila lagi nak pegi? Plus aku dapat harga yang agak murah untuk tiket flight ni, bila lagi aku boleh dapat harga yang sama. Nak kena bergaduh gaduh di website Air Asia dulu. Tu pun belum tentu dapat.
Bila IH kata tak jadi nak pegi, aku pun mellow kejap. Aku cakap dengan OR, dia kata pegi je lah.
"Tak pe ke saya pegi dengan BW?"
"Alah. Awak kenal dia lagi lama pada awak kenal saya. Tapi tidur bilik asing asing kan?"
Begitu soalan cepu perak !
Memang kita orang dah book 2 bilik di setiap lokasi. IH dan confirmkan bilik bilik tu. Ambik 2 bilik then aku dengan IH duduk sebilik, BW boleh la pose pose sorang diri di bilik dia tu.
Tapi bilik bilik ni boleh di book macam tu je. Tak payah bayar lagi, so kira OK lah jugak.
Jadinya..
Pada hari Jumaat yang hening subuh subuh shafiee hari tu, aku dengan BW pun sepakat. Kami akan pergi juga ke Cambodia ini tanpa IH !. Malam sebelum berangkat tu IH confirm yang dia memang tak boleh nak ikut.
Then malam tu aku telefon BW suruh dia bersiap aku akan ambik dia jam 4 pagi ke LCCT !. Flight kami pukul 6.45 pagi !
Flight bersiap sedia membawa kami terbang
Subuh subuh tu, OR dah kejut aku. Then aku baru la gigih nak bersiap siap. Dan aku dah call adik aku suruh dia yang hantar ke airport sebab aku nak bagi kereta aku kat dia suruh hantar bengkel. Ikutkan OR dia yang nak hantar aku, tapi banyak hal pulak nanti. Tak pe la, suruh dia rehat je.
Sebab aku agak lewat, aku suruh adik aku pegi ambik BW terus then baru datang ambik aku langsung ke airport.
Pukul 5 pagi dia orang tiba dan kami terus membelah pagi hari yang masih gelap menuju ke LCCT. Gigih tak?
Aku pun dah siap BBM Kuman dan IG bagitau aku dah nak ke airport. Haram tak balas. Tapi mesti dia orang gelakkan aku gigih bangkit awal pagi. Kalau pegi opis tak de la bangun seawal macam ni sekali.
Dia orang penting untuk cover aku hari Jumaat ni sebab aku mengular tahap max !
Sampai sampai di LCCT aku dengan BW singgah solat subuh dulu pastu baru masuk boarding hall. Nak masuk tu baru dapat tahu, boarding dia kat belah lain. Bukan kat tempat Internationall biasa tu tapi sebelah Domestik. Kena patah balik.
Tapi semuanya OK, tak lama lepas tu kami berdua dah pun berada dalam pesawat menuju Phnom Penh !
Ayuh lihat gambar gambar capapan di pagi hari.
Matahari baru mula memuncul diri
Zas !! Sinar mentari oh Malaysia
Aku nampak puncak gunung tu, tapi tak sure gunung apa. Rasanya Gunung Tahan atau apa apa gunung di banjaran Titiwangsa tu
Arrival/Departure Card. Sebab aku ada secretary, BW yang uruskan semua. Aku pose pose je kat seat melayan perasaan
Makan time ! Ni makanan BW. Pasta apa benda ntah dia makan siap ada gambar muka muka orang. Aku rasa ni kids' menu
Hah ! Ini menu orang tua yang kelaparan. Nasik Lemak Pak Nasir. Sekarang agak kurang ummmph. Tak macam dulu.
Mentari mula menyinar. Perjalanan agak smooth
Menghampiri Phnom Penh, cuaca mula mendung dan berawan
Kelihatan bentuk muka bumi Cambodia dari udara
Approaching Phnom Penh International Airport
Dah landing dah. Welcome to Kingdom of Cambodia
Hah !
Sampai dah. Kejap je. Perjalanan memakan masa selama 1 jam 50 minit.
Semua urusan imigrasi dan kastam berjalan lancar. Tak de apa apa masalah. Sebab kali pertama dia capture fingerprints tapi tu semua normal procedure. Kaunter dia pun banyak so tak de la jemmed.
Airport dia kecik je. Cuma ada 2 arrival hall tak silap aku, dan tak de la busy sangat.
Keluar dari airport BW tukar duit Khmer Riel sebab hari tu dia silap pegi tukar duit Dong Vietnam. Sewel ini orang. Berangan nak pegi Vietnam ler tu. BW tukar dalam RM100 lepas tu aku ni pulak tak yakin, so aku pegi tukar lagi USD50.
Tau berapa tebal duit dia aku dapat??
Penuh wallet !
Menyesal.
Tapi sebenarnya, kalau ke Cambodia ni tak payah tukar duit Khmer Riel tu sebab segala urusan dalam US Dollar ! Duit Riel tu di guna pakai untuk sen sen je sebab tak de USD yang kecil dari USD1. Kalau orang tempatan mungkin pakai la tapi urusan urusan semua dalam USD. Duit Riel tu sendiri macam tak de value sebenarnya di Cambodia ini.
So aku dengan BW bergerak keluar la lepas tu dengan wallet yang tebal. Macam orang kaya kaya je.
"Tuk Tuk? Where do you wanna go Sir?"
Tu adalah kata kata aluan yang akan kita dengar lepas keluar dari pintu airport.
Dan menjadi aku, macam biasa. Buat muka ketat dan tak pandang. Aku nyalakan rokok dulu dan hisap rokok !
Tu lebih penting.
BW kena kental jiwa jugak. Buat tak layan.
Then lepas tu baru la kami keluar ke kawasan parking. Lebih ramai warga warga Tuk Tuk ni menanti.
Aku sebenarnya tak de strategy apa pun. Plan aku cuma tunggu dan lihat. Aku suka nak tengok dulu cara dia orang approach then aku reject reject dulu. Lepas tenang sikit baru la aku start nego.
Airport Phnom Penh ni kecik je dan terletak tak jauh dari bandar Phnom Penh.
Kalau naik tuk tuk biasanya harga USD5 satu trip !
Tapi. Hari masih pagi waktu tu, kalau nak pegi hotel belum tentu dapat check in. So aku pun nego dengan satu mamat Tuk Tuk ni.....
"You bring me to this, this, this, and here bla bla bla.............. How much?"
Aku dah bagitau dia semua tempat yang aku nak dia bawak satu hari ni.
Dia tekan hp dia dan tunjuk kat aku.
USD60 !
"No way !"
Kami bergerak dan blah.
"Sir !"
Tekan tekan lagi.....
USD40 !
"No"
"How much? How much?"
Dia pulak tanya aku.
"USD15 !"
"No. More.. More"
"It is OK"
Aku mula nak blah.
"Sir... USD20?"
Aku berhenti. Mintak map dengan BW dan semua kertas yang aku dah suruh dia print. Hah sebab tu bagus ada secretary, aku main mintak je, nanti BW akan keluarkan satu persatu. Kalau mintak pintu suka hati Doremon pun dia ada agaknya.
"You bring us to Killing Field, Museum, Russian Market, and back to Hotel and all places around town. I give you USD20 !"
Terus dia terdiam. Dia mintak tambah duit. Aku tambah lagi tempat. Nak atau tidak???
Berat hati gak la dia nak setuju, then aku mula nak jalan then dia redha je lah.
Hiks.
So settle perbelanjaan transport untuk hari ni, ke mana saja aku mahu pegi di kota ini dengan harga USD20 !
Kalau nak tau, price Tuk Tuk dari airport ke bandar dalam USD5. Then dari hotel ke Killing Field dalam USD10-USD15. Then around town satu trip dalam USD2. So kira lah budget sendiri. Tapi lebih mudah kalau deal siap siap macam ni, so tak payah nak fikir lagi.
Ayuh !
Lokasi pertama kita di Phnom Penh ini adalah... Killing Field.
"What is your name?"
Aku tanya mamat Tuk Tuk tu.
"Uun !!"
"OK...."
Ya. Kena berkenalan dulu sebab nanti senang nak beramas mesra.
aku dengan BW dan di atas Tuk Tuk menuju Killing Field
Persekitaran dari airport ke Killing Field
Sempat isi minyak dulu
Sampah sarap !
Gerai tepi jalan
Warga Cambodia memulakan hari
Perjalanan dari airport ke Killing Field mengambil masa lebih kurang 40 minit jugak la.
Jalan agak sibuk sebab pagi. Paling tak tahan. Kawasan kelihatan kotor. Debu tok sah cerita lah. Memang kena pakai shades atau penutup muka. Habuk berterbangan.
Semuanya tak indah di pandang.
Jalan pun agak bumpy, macam terodok rodok bontot aku bila Tuk Tuk langgar lubang.
Tapi misi kami di pagi hari ini adalah satu. Melawat Killing Field yang menjadi tempat penuh cerita, penuh duka dan air mata.
Apa ada di Killing Field????
bersambung..........................
sila abeskan cerita ko cepat2 bro, kang boleh aku buat rujukan. kekeke.
ReplyDeleteaku ni dari dulu bajet ko ni seorang muda remaja, tapi hakikatnya? *pengsan* hahahah
jgn marah bro. muahaha
well.. the truth is..
ReplyDeleteI AM !
* goyang goyang pinggul
nama pun dh killing field..
ReplyDeletegilek ah..haha
psstt: aku pn setuju ngn danny di atas..lariikk!
berdosa tau bersekongkol menjatuhkan pihak lawan bila pihak lawan lemah, tua dan tidak berdaya saing.
ReplyDeleteitu bukan lawan korang..
ini diah !!
HUARGH............... !!!
* tunjuk fire Ultraman.
Biq. kau mana? sila fire belah sana. aku cover belah sini.
* lari nyorok belakang tong gas
salam perkenalan..
ReplyDeleteenjoy baca ur blog ni..byk info pasal travel..i ade email to ur yahoo asking abt Semarang..Kindly chk ya..tq :)
ok dah reply
ReplyDeleteBaru balik from Siem Reap + Phnom Penh. Killing field and Tuol Sleng Prison tue betul2 menyentuh emosi kot. This is what they faces all this year. Dah la orang negara sendiri juga yang buat.
ReplyDeleteteng tenenengggggggggggg!
ReplyDeletegaban datanggggggggg! *betulkan helmet*
aku suka cambodia, suka sgt! esp siem reap. rasa cam nak kipau jer sorang budak dari sana patu amik basuh bawak balik :D