Monday, August 13, 2012

06 - Melengkor Di Angkor - Siem Reap - Halal Food & Shopping

Ini entry makan dah shopping !

Bagi mereka yang mahu ke Cambodia untuk shopping branded stuff. Rasanya menarik jugak sebab kebanyakkan kilang kilang dari jenama terkenal adalah berasal dari Cambodia.

Tengok baju masing masing dari jenama PRL, Levi's dan sebagainya banyak Made in Cambodia.

Dan barang barang ini kalau tak lepas export hanya kerana defect yang minimal di jual secara murah jugak di sini.

Tapi sebelum tu, kalau berkesempatan ke Cambodia especially di Siem Reap sudah tentu yang Muslim ni nak mencari makanan yang halal.

Ayuh! Mari kita saksikan.

Hahahahaha. Ada laksana Majalah 3?

Aku kongsi 2 tempat yang aku jumpa di sana sebagai panduan supaya tak de la yang sampai kebulur.

Di area Old Town sendiri ada beberapa kedai halal.

Salah satunya nama Maharajah.


Restoran ni jual Indian Cuisine lah bagi yang berminat.

Ada beberapa restoran lain jugak yang halal rasanya branch dari Maharajah ni jugak tapi guna nama lain. Satu di Pub Street, satu lagi dekat area Old Night Market. Aku cakap sama sebab tengok menu dia orang terpampang tu sama je dari satu dengan yang lain.

Kalau menginap di area Old Market tu, ada satu masjid di kawasan belakang roundabout kecik tu. Kalau masuk waktu memang ada dengar bunyi Azan pun dari situ.

Kat situ ada satu kedai halal.

Tapi kalau nak pegi jalan kaki agak mencabar sebab jalannya tak berturap. 1 blok je dari Golden Temple Villa tempat aku menginap tempoh hari. Kalau nak senang, ambik je Tuk Tuk bayar USD1 dan bagitau nak pegi ke Mosque atau masjid. Rata rata drebar tu tau lah.

Dan ini kedai dia. Cambodian Muslim Restaurant.

Pintu masuk

Menu untuk hari tu

Aku makan nasik goreng, BW makan Sup Daging dengan Nasi Putih.

Harga untuk kesemua tu dengan air adalah USD11 (RM33). Agak mahal jugak la kalau nak kira sebab semuanya dalam USD. Kedai OK. Rasa pun boleh tahan lah.

Dan ada satu lagi kedai makan yang terletak betul betul dalam pekan Siem Reap tu. Tapi hujung sikit. Kalau tau sungai tepi tu, ikut je ke arah Royal Palace nanti jumpa Angkor Reviera nama satu hotel dan restoran ni terletak betul betul belakang hotel ni dalam lot kedai yang baru di buka.

Macam kita orang hari tu dapat free basikal rental dari hostel so kayuh basikal je. Memula berpusing pusing jugak nak cari tapi nampak orang pakai tudung terus je serbu !

Hahahaha.

Kaget kejap kakak tu. Tanya la. Tapi dia tak tau nak cakap English dia panggil husband dia. Husband dia yang bagi guide dan kami kayuh basikal sampai ke sini.

Nama dia Explorer House. D Halal Restoran. Depan dia ada satu hotel kecik nama Dine Inn kalau tak silap.


Orang biasa, basikal Tua... Orang tak tua....

Kedai dari luar

Suasana dalam kedai

Ada wifi

Kaunter 

Skodeng makcik tengah masak

Siem Reap

Segelas juice tembikai penghilang dahaga letih kayuh basikal

Boleh jugak lepak lepak kat luar

Nasik Goreng Ayam - Sedap

Ayam berempah tu sangat sedap

Harga agak mahal pada kedai pertama tadi sebab dalam USD. Tapi lebih selesa tempatnya dan makanan lebih enak.

Ada few kedai lagi kot rasanya yang halal di Siem Reap ni tapi banyak yang terletak di kawasan luar dari pekan. So kena naik Tuk Tuk sikit. Kalau payah sangat, jumpa je mana mana orang Islam especially pompyuan pakai tudung dan tanya. Dia orang akan bagitau.

Apa apa pun KFC adalah Halal. So last resort, fingers licking good !

OK. Now aku nak kasi tau few places untuk shopping di Siem Reap.

Actually tak de apa yang menarik sangat untuk di beli di Siem Reap ni kecuali cenderamata dan sebagainya.

Kalau nak beli FM, dekat area Old Market tu boleh bargain murah murah. Biasa dia orang jual 1 ketul 1 USD. Tapi FM ni ada 2 jenis. 1 yang jenis satu kaler dan satu yang jenis berkaler kaler tapi jenis batu lah. Kalau yang 1 kaler boleh dapat USD1 untuk 2 ketul. Kalau yang berkaler tu, kena bargain habis habisan baru boleh dapat 2 ketul untuk USD1. Kalau tak, memang dia pun buat muka ketat jual USD1 seketul.


Di atas tu kawasan Old Market. Banyak cenderamata, painting dan sebagainya. Tapi kalau nak beli baju atau t shirt atau handbeg kokak, pegi ke Central Market. Kat Siem Reap pun ada Central Market, tapi tempat ni siang je bukak. Tersorok sikit dalam bangunan dekat hujung kawasan Pub Street.

Tak pe. Jalan jalan je, kawasan ni pun bukan besar sangat.

Painting memang lawa lawa...

Kawasan sekitar Old Market

Tapi bila malam menjelang, Siem Reap adalah agak happening !

Ada banyak Night Market sebenarnya. Paling besar adalah Angkor Night Market. Ada yang Old iaitu depan Pub Street dan ada yang New iaitu seberang pada sungai. Yang New ni kedai dia agak selesa, tapi harga pun boleh tahan mahal. Aku dapat baju Abercrombie murah kat situ USD4 sehelai ! BW pun beli baju murah gak situ.

Yang lain lain agak mahal.

Kalau nak best bargain, pegi Old Night Market. Dan Night Market ni tempat dia merata. Nampak sign je masuk lah dan usha.

Apa yang penting, bargain selagi boleh. Tapi dia orang di Cambodia ni tak macam di Vietnam. Kau tak nak, blah ! Tak de dia nak pujuk rayu punya.

Gigih hujan hujan ni bershoppingan

Yang ni dekat Pub Street

Yang ni the biggest ! Angkor Night Market. Kedai banyak, bargain kaw kaw

Dan ini adalah gambar gambar barang dan cenderamata yang mereka jual.

Aku capture dengan phone je sebab malam malas nak bawak kamera.

Segala silver dan benda benda berkaitan

Accesories

Baju bajan

Jam jam

Rata rata rupa kedai macam ni je, dengan laluan yang sempit

Bargain selagi boleh. Kalau gagal pegi kedai lain.


Dan satu yang menarik di Siem Reap ni adalah Apsara Dance.

Apsara Dance ni adalah tarian kebudayaan Khmer yang dulu dulunya di tari kan sejak zaman berzaman lagi.

Ada few places yang bagi show free bagi yang berminat. Ada satu di Pub Street. Temple Pub rasanya nama dia, ada sign. Boleh tengok free tapi dinasihatkan order air kalau tak nak malu di keji orang. Ada jugak pusat kebudayaan Angkor sebelah sungai, boleh tengok pukul 8 show dia kalau tak silap.

Macam kita orang tak de la excited nak tengok. Tapi masa merayau rayau tu nampak jugak. So tengok la kejap.

I believe I can fly................

Eh ah eh ah

Vedict aku??

Bosan !

Slow gila. Tak syok. Tak best. Tak de shuffle shuffle.

Ya. Aku kureng skit bab bab kebudayaan ni.

Pass !

Enjoy Siem Reap.

4 comments :

  1. Tasty enough to make you SALIVATE

    *pitamsss

    ReplyDelete
  2. ko expect diorang shuffle ke?? KAHKAHKAHKAH! BENGONG!

    ReplyDelete
  3. aku nak dia buat moonwalking sambil kibas kibas kepak dia tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...