Wednesday, September 21, 2011

Phuket Trip - 1 - Patong & Phuket

Sawadikappp !!!

Ini adalah entry basi. Hiks

Ya lah. Busy. Nak buat cemana. Tapi janji tetap di kota. Setiap perjalanan hamba, akan hamba ceritakan untuk menjadi tatapan sejagat. Mana yang boleh di contohi dan di ambil pedoman. Silakan. Mana yang elok dan terlebih seksi. Jauhkan. 

Kalau seksi lebih lebih tu, bagi sikit kat abang.

Hiks.

Okey.

Trip aku ke Phuket ni adalah tak de plan sebenarnya.


Tapi aku memang teringin nak ke Phuket. Dah lama. So aku check la jadual travel aku dengan tiket mencari kot lah ada yang murah tapi flight ke Phuket ni biasanya mahal lah. Tup tup pada satu hari yang hening, aku check Air Asia dan kebetulan aku nak satu trip bersempena dengan hari jadi abang ni. Saja la nak membawa dirit yang duka nestapa ni.

Dan aku temui, tiket ke Phuket dengan harga RM155 return.

Berbaloi baloi jugak la kan? At least masa untuk berjalan dah tiba.

Asalnya aku nak ajak OR sekali sebab trip aku ni bersempena dengan birthday dia jugak. Tapi dia biasalah. Malas nak ikut aku berjalan, so akhirnya aku pergi je la sorang sorang. Tak de hal la tu.

Kebetulan pulak. SKJB tetiba kata dia nak ikut.

So aku ada geng. Apa lagi, seperti yang di rancangkan, dan masanya pun dah tiba aku bersedia untuk berangkat meninggalkan LCCT menuju ke pulau peranginan tersohor di negara Thailand ini.

Adik aku yang hantar ke LCCT. Macam biasalah. Tu kan kerja dia sebagai driver aku. Dia drop aku kat LCCT, aku tukar duit kejap then terus boarding.

Perjalanan mengambil masa satu jam. 

Masalahnya, cuaca kurang baik. Berkabus sepanjang perjalanan. 



Tapi makan tetap makan.

Lapar lah.

Nasik Beryani tak de. Nasik lemak pun tak de. Jadi aku belasah Nasik Goreng. Ada sate dan kangkung. Tak berapa inzal. Tapi sebab aku lapar, aku bedal je. Janji kenyang. Dah fikir, nanti aku sampai Phuket tu, susah pulak nak carik makanan.

Penerbangan smooth je la sampai lah memasuki ruang udara Thailand dah start berkabus. Beberapa kali pesawat bergegar.

Dari ruang udara sebelum mendarat, nampak la Phi Phi Island ni. Tempat yang telah menjadi kunjungan aku dan GBS masa kami ke Krabi dulu.

* Sigh.

Berpeluh peluh bila kenangkan trip Krabi dulu tu. Jauh okeh drive sampai 12 jam. Tapi tu lah kenangan terindah masa travel dulu tu.

So skip Phi Phi. Abang dah pose pose tunjuk lurah di sanah dulu. Sekarang ni masa untuk ke Phuket pulak.


Dek kerana cuaca yang kurang baik. Pesawat terpaksa berlegar legar di udara beberapa pusingan. Jenuh la aku menengok di bawah nampak pulau pulau dan teluk serta tanah Krabi tu sendiri. 

Tak sangka aku pernah drive dengan GBS sejauh ini.

Dan dari atas ni jugak kelihatan juga batu batu yang menghiasi Teluk Phang Nga yang begitu famous dengan James Bond island dia tu. Tempat yang dah masuk dalam itinery aku untuk di kunjungi dalam trip ke Phuket kali ni.


Pulau dia nampak macam kasut kan?

Banyak pulak tu. Cool jugak la permandangan cuma cuaca tak berapa baik. Mendung dan hujan so pesawat berpusing pusing dua tiga kali sebelum mendapat kebenaran untuk mendarat.

Akhirnya, delayed satu jam pesawat akhirnya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.

Yey !


Selepas keluar dari pesawat dan melepasi urusan Imigration dan sebagainya, benda pertama yang aku buat adalah?

Cari port untuk merokok.

Kurang nikotin dalam badan membuatkan tubuh rasa kurang bermaya karin. Sebab aku sorang so tak kisah la aku pun tak de benda nak rush.

Pusing pusing luar airport tu, hisap rokok dan melepak sekejap.


Sebenarnya aku kena tunggu SKJB !

Dia naik flight pukul 4 petang dan aku naik jam 1 tengahari. Sebab dia beli tiket flight lewat pada aku, so flight penuh. Cuma ada yang pukul 4 je. So kami dah plan akan bertemu sua di Phuket ni saja.

Masa menunggu tu mula la datang ulat ulat nak ajak naik teksi dia orang. 

Serabut dan rimas. Dan dia orang ni bukan reti kalau di tolak. Duduk la berdiri depan kita ni dengan harapan kita berubah fikiran. Masalahnya aku tengah tunggu orang.

"No no. I am waiting for my friend"
"Friend? OK !"

OK lah konon. Tapi duduk la pandang kita ni tengok atas bawah. Rasa tak sedap ler pulak di pandang pandang sebegitu.

Beberapa kali aku terpaksa tukar port. Dari depan airport, ke tepi airport, akhirnya aku dapat port yang cantik. Dekat dengan orang tunggu teksi bermeter !

Ya. Transport dari airport ke Patong di mana hotel aku dah book di sana.

Ada banyak kawasan di Phuket ni yang menjadi tumpuan pelancong. Tapi Patong merupakan pusat pelancongan lah kira dah jadi town khusus untuk pelancong ke sini. Banyak hotel dan jugak kemudahan pelancongan disediakan.

Dan transport pulak ada banyak cara dari airport ni.

Kita boleh charter satu van. Harga dia dalam THB 60 per trip (RM60).

Boleh jugak kita berhimpit himpit naik van pengangkut tu. Tapi mini van ni akan angkut orang lain jugak. Apa yang tak syok, kita terpaksa tunggu orang lain jugak dan kalau hotel kita jauh, kena la tawaf dulu hantar ke hotel yang jadi penginapan penumpang lain. Harga dia THB15 (RM15) seorang.

Dan yang paling senang adalah Meter Taxi.

Ada port dia tepi airport tu. Aku dah usha dah. Ramai je especially Mat Salleh dia orang dah faham sangat dan rengsa dengan ulat ulat semua. So mereka terus tuju ke mari. Sini kira teksi yang proper lah. Harga dari airport ke Patong adalah THB45 (RM45).



Seperti biasa, teksi dia ada yang baru dan ada yang buruk. Rata rata kereta Toyota menjadi pilihan penduduk pulau Phuket ini.

Aku rengsa menunggu SKJB tak kunjung tiba.

Mungkin cuaca yang agak tak baik jadi flight dia pun sama delayed. Bayangkan aku sampai jam 2 petang dan aku tunggu dia sampai pukul 6 petang ! Waktu di Thailand adalah sejam lewat dari KL.

Rengsa la menunggu. Abis phamplet aku baca. Abis orang aku tengok. Abis rokok aku hisap. Betul betul buang masa berjam jam tengok orang di airport ni. Tapi nak buat cemana? Kalau aku sorang memang aku dah blah dah, tapi SKJB dah pesan suruh aku tunggu dia kat airport sebab dia tak berapa reti nak survive bila travel sorang sorang macam ni. Lagi pon pompuan nak tinggal kan nangis tepi airpot kang pulak.

Fine. Abang kan baik hati !

Menunggu dan terus menunggu. Akhirnya.

"Hello. U kat mana?"

Hah ! Lega. Dia called jugak. Dah sampai. Aku tunggu dia di luar airport dan nampak dia keluar berlenggang kangkung. 

Tak lama aku terus brief dia apa plan aku, carik teksi etc. Dia ikut kan saja dan kami ambik teksi untuk bawa ke hotel penginapan di Patong Beach !

Yang kelakarnya, driver teksi tu.

"What is your name?"

Aku tanya dia.

"Larn"
"What?"
"Larn !"

Dia tunjuk kad dia. Aku baca. Oh nama dia Mr Run !

Agak banyak cakap lah dia, tapi baik jugak. Aku dok gelak dia cakap English style Thai macam tu. Si SKJB sibuk dok mengutuk dia. Keji gila.

Dok la borak layan Mr Run ni.

"If u want to go sighseeing, with me no ekpensip. I take care you everything"

Take care lah.

Dia dok pujuk pujuk aku bila aku cerita kat dia plan aku sepanjang masa di Phuket ni. Layan kan je lah. 

Dan aku pun ada tanya dia pasal trip aku nak ke Phang Nga Bay tu dan dia suka hati je bawak aku ke agent pelancongan yang terletak on the way ke Patong Beach. Dia kata agent ni kawan dia. So tak pe lah, kami ikut je plus nak dapatkan tiket ke FantaSea sekali.


Minah ni kerja kat Agent pelancongan tu.

Baik dia. Dia islam okeh. Siap dok cerita pasal bulan puasa dan hari raya. Jenuh la dia dok cerita kat aku pasal pakej pakej pelancongan yang dia ada. Tapi sebab aku dah aim mana aku nak pegi, apa aku nak buat, jadi dia pun fokus pada apa yang aku nak je.

Bosan melayan dia, aku blah duduk luar. Aku biarkan SKJB je melayan.

Dan akhirnya, kami dapat la paket trip satu hari ke Phang Nga Bay dan tiket masuk Phuket FantaSEA dengan kos sebanyak RM360 seorang. Tak tau nak cakap mahal ke murah, kami beli je lah. Lagipun duit aku ada kat SKJB. Aku dah suruh dia tukarkan siap siap. Memula kami tukar RM800 je sorang. Agak agak cukup la tu.

Lepas abiskan masa kat travel agent ni dok layan dia sambil gelak gelak kami bergerak semula.

Mr Run bawa kami terus ke Patong Beach yang jaraknya lebih kurang 45 minit perjalanan dari airport.

Dan kami terus check in hotel kami yang aku dah book siap siap. SilverResortel Phatong.

Apa yang best, hotel ni dekat dengan beach. Hotel kat Patong ni banyak tapi Patong ni dah macam town. So nak dapat hotel yang dekat dengan beach payah jugak melainkan yang mahal mahal. Tapi hotel ni kira jalan kaki tak sampai 5 minit dan harga dia pun agak murah. 2 hari penginapan adalah RM140. Okeh lah tu kan? Ada 2 katil dan kelengkapan bilik yang lengkap.

Tengok bilik pun, puas hati !


Sampai sampai di bilik dah petang.

SKJB kata dia nak berehat. Kepenatan.

Aku pulak tak sabar sabar nak ke pantai sebab aku nak ambik gambar sunset. Dia naik lepak bilik, aku keluar semula dan terus bergegas ke pantai melalaui deretan kedai kedai di sepanjang jalan di Patong Beach ini.


May be cuaca memang mendung dan berhujan. Sunset tak ada petang tu. 

Ini je yang aku dapat.

Jadi lah. Dengan harapan esok aku ada masa untuk ambik gambar Sunset di Patong Beach yang terkemuka ini.



Balik ke hotel SKJB dah siap siap.

Aku pun ambik masa mandi dan bersiap sama sebab kami ada program merayau di kawasan Patong Beach malam ini.

Apa apa pun, kami makan dulu !

Masa jalan ke pantai tadi, aku terserempak dengan kedai India ni. Waiter dia tu macam tau je aku ni orang Malaysia. Dia dok panggil panggil ajak makan di situ. Jadi kami pun lepas tu terus menuju ke situ untuk makan malam. Malas nak cari jauh jauh. 

Kedai dia agak cosy lah. Dan makanan dia nampak inzal. Sebelah meja kami ada 3 budak Malaysia jugak. Tu pun aku perasan lepas dengar dia orang berborak. 




Tu makanan yang kami order.

Nasik beryani dengan kari ayam. Pastu nan dengan chicken apa benda ntah. Dengan air mangga dua gelas. Agak masin sikit makanan dia dan agak mahal. Semua semua tu dalam RM75 !

Tapi kami tak kisah sangat lah, belasah je, janji perut kenyang sebab masing masing kelaparan.

Tengah makan tu lah ada budak cute tu. Dia datang jual key chain. Kesian pulak tengok. Ingat nak beli tapi key chain dia semua gambar anjing. Koser lah.

Tapi kesian la tengok dia. Waiter tu kata mak dia ada kedai kat area tu lah dan hari hari budak kecik ni balik sekolah jual key chain tu tepi tepi jalan kat pelancong yang ada.

Lepas kenyang makan, kami mula bergerak.

Perut dah terboroi so kena jalan slow slow menyusuri jalan utama di Patong Beach tu.

Tujuan kami adalah ke Hard Rock Cafe. Macam biasalah, kalau ada HRC kena lawati. Beli tak beli tu belakang kira. Janji dah jejakkan kaki.

Agak jauh jugak la HRC tu dari tempat penginapan kami. 

Tapi sepanjang jalan tu ada banyak kedai. Macam macam di jual.


Jual topi?

Ya. Macam macam topi ada. Berbagai bentuk dan warna.


Kedai seafood !

Tak tau la segar ke tidak. Tapi memang merata rata la tepi jalan tu. Dan kedai kedai seafood dia orang  ni jenis yang kelas kelas belaka. Bukan macam warung warung korok tu. Kalau tengok harga macam tak de lah mahal sangat tapi tak tahu lah. Aku pun tak de rasa nak mencuba.


Ya. Tepi tepi jalan pun ada orang jual air cocktail campur campur ni. Aku dok ralit menengok dia buat cocktail ni main campur campur ikut suka dia. Pantas pulak tu. Dan yang paling penting.... ramai yang beli especially Mat Salleh lah.


Tak lupa lilin lilin perlbagai bentuk dan warna.

Aku memula ingat sabun tapi macam lawa sangat. Benda benda macam ni memang aku tak suka beli sebab berat ! Lagipun macam bersepah sangat tak tau nak pilih yang macamana.

Usha usha garing je lah.


Seafood lagi.

Tengok la lobster dia tu. Memukau pandangan. 

Tapi sebab perut dan kenyang so pandang sepi je lah.


Bikini pelbagai bentuk dan rupa.

Kedai kedai sepanjang jalan tu ada lah jual baju baju segala benda ada. Peliknya yang menjual tu mostly bukan orang Thailand pun, tapi semua muka muka Myanmar dan India. Macam berada di India pulak rasanya cuma sini terlebih seksi sikit keadaan dia.

Dan yang lain lain ni, kedai seafood, tuk tuk, kedai pan cake serta warung cocktail yang kami temui sepanjang perjalanan menuju ke Hard Rock Cafe tu. Yang menari tu adalah persembahan di salah sebuah kedai seafood terbuka di Patong Beach.

Nak kata orang memang ramai lah. Pelancong memang merata. Sebab tu lah Phuket di panggil syurga pelancongan.







Dan.................

Akhirnya kami sampai juga di Hard Rock Cafe Phuket.

Hard Rock Cafe dia ni terletak bersebelahan dengan hotel Courtyard by Marriot. Macam biasalah, tempat ni tak berapa happening sangat tak macam di kawasan sepanjang jalan yang kami lalui menuju ke mari. 

Tapi di HRC itself tu adalah band dan persembahan.

Kami masuk kedai souvenir. Nak beli baju tapi tengok tak de design menarik. Mahal lak tu. Tak tau nak beli apa. Aku ni short glass HRC berlambak dari dulu kumpul, ada je dalam kotak so dah malas nak kumpul. Just pegi ambik ambik gambar dan usha usha apa yang best je.



Dari situ, kami berpatah balik tapi bukan ikut jalan tadi. Jalan awal tadi tepi pantai dan kali ni kami ikut belah dalam tapi berpatah menuju ke hotel kami jugak lah.

Masih banyak kedai di tepi tepi jalan. Masih ramai orang ke hulu ke hilir. Macam macam jualan sepanjang jalan. Aku nak carik short sebab aku lupa bawak short. Jugak nak cari FM untuk kawan kawan. Harga FM  berlainan dari satu kedai ke kedai yang lain lah. Rata rata letak RM10 sekeping. 

Keji la mahal macam tu.

Last sekali jumpa jugak RM4 sekeping. Aku borong terus 10 ketul !

Penat berjalan, singgah beli buah dulu.


SKJB tu lawak.

Mulut dia bising je pok pek pok pek. Pastu kalau beli barang mesti nak menawar. Beli buah pun nak tawar. Ntah apa apa je tapi sebab dia kelakar so aku dok bantai gelak je lah. Makcik jual buah ni pun dok gelak gelak. Tengah kami beli buah, tetiba ada macam majlis perbandaran usha. Makcik ni terus tolak gerai dia ni menyorok. Dan kami berdua pun ikut sama pegi tempat gelap sebab mangga kami dia tak abis potong lagi.

Mati la membeli belah dalam gelap dengan cara tersembunyi.

Pastu makcik ni nak tolak gerai dia balik semula ke tepi jalan, dia mintak kita orang tolong sebab jalan tu berpasir. Berat.

Dah macam buat part time lak aku kat sini.

Tapi makcik ni best. Dia bagi tembikai sebagai hadiah. Hahahaha.

Dan kami merayap lagi. Kali ni jumpa jalan yang menjadi syurga hiburan malam di Phuket ni. Jalan Bangla !

Memang jalan ni ada banyak pub dan semua hiburan hiburan lah. Kalau malam minggu, jalan ni memang di tutup. Orang memang ramai gila gila.

Dan kat sini permandangan memang menarik ! Tak percaya?

Sila usha.










Menarik kan?

Masalahnya dah tak boleh nak beza mana satu pompuan tulen mana satu pondan. Tapi dia orang ni memang mencari makan dengan cara macam ni lah.

Boleh je nak masuk usha usha, mak mak ayam dia orang pun berbuih mulut la memujuk.

Kami abiskan masa malam di situ tengok orang dan memerhatikan sekeliling. Gambaran sebenar pulau Phuket kini di depan mata.

Asyik..................... !

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...