Tuesday, August 25, 2020

Jejak Kyushu DAY 04 - 02 NAGASAKI

Perhatian semua.... Ingat saya lagi tak????

* tengok semua orangg bertempiaran lari.

Eh, Aku tak de bom atom nak letupkan pun. Tapi nak sambung cerita pasal kota Nagasaki yang pernah musnah satu ketika dulu dek kerana nuclear bomb ni.


Masih lagi di Nagasaki Peace Park sebuah kawasan yang di bangunkan untuk memperingati sejarah pengeboman atom Nagasaki pada 9 Ogos 1945, yang menghancurkan sebahagian besar bandar dan membunuh puluhan ribu penduduk. Kompleks ini terdiri daripada dua taman dan sebuah muzium peringatan.

Park ni terletak di atas kawasan berbukit dan betul betul tengah bandar Nagasaki jugak dan berdekatan dengan jalan utama. Dan nak naik ke atas tu ada tangga dan juga escalator di sediakan.

Masuk park free jer. Naik atas akan jumpa fountain of peace.





Fountain of Peace dibina pada Ogos tahun 1969 sebagai simbolik air yang mengalir dan pengabdian untuk keamanan dunia bagi jiwa jiwa yang telah terkorban akibat serangan bom atom ini yang tetap mengalir.

DI perkarangan air pancut ni boleh nampak sebahagian area bandar Nagasaki.








Turut terdapat plak yang menceritakan suasanya apa yang terjadi ketika itu.

Pada 11:02 pagi, 9 Ogos 1945 bom atom meletup 500 meter di atas tempat ini. Monolit batu hitam menandakan pusat ledakan.

Angin bertiup kencang, sinar panas mencapai beberapa ribu darjah dan radiasi yang dihasilkan oleh letupan itu menghancurkan, membakar, dan membunuh semua dari pandangan mata dan menjadikan seluruh kawasan ini menjadi kawasan runtuhan yang tandus.

Kira-kira satu pertiga dari Kota Nagasaki hancur dan 150,000 orang terbunuh atau cedera dan dikatakan pada masa itu bahawa kawasan ini akan tandus tanpa tumbuh-tumbuhan selama 75 tahun. 

Kini, pusat ledakan ini kekal sebagai taman perdamaian antarabangsa dan simbol aspirasi untuk keharmonian dunia.

Dari arah fountain ada laluan menuju ke Statue of Peace. 

Di kiri kanan ada banyak arca arca sebagai lambang "Peace Symbols Zone" yang disumbangkan oleh banyak negara negara dunia. Ada juga monumen di bina untuk mangsa Korea dan China yang terkorban dalam pengeboman itu.












Dan kemudian ada sebuah dataran di mana Statue of Peace berdiri sebagai simbol keamanan.





Ini lah simbolik keamanan dunia. Bacaan lanjut : Nagasaki_Peace_Park 

Aku tak boleh lama lama sangat di sini. Since tak berapa hujan lagi, aku bergerak meninggalkan kawasan Nagasaki Peace Park ni.



Turun dari kawasan park ni tak jauh juga dari situ adalah Hypocenter Park.


Di sinilah terdapat monolit hitam yang menandakan pusat letupan. Tidak jauh dari situ terdapat tiang yang rosak bekas Katedral Urakami yang musnah dalam letupan itu. 







Ada juga kawasan yang membolehkan pengunjung melihat lapisan tanah di bawah permukaan taman di mana jubin bumbung yang pecah, batu bata dan kepingan kaca masih tinggal dari letupan.





Sebuah Muzium Bom Atom Nagasaki dengan misi untuk memberitahu generasi akan datang mengenai betapa dasyatnya kesan dari peperangan yang berlaku. 






Aku naik atas tapi malas nak masuk muzium tu. Takde masa.

Di sebelah muzium terdapat dewan peringatan bagi mangsa bom atom dengan seni bina moden yang sangat menarik. Dewan ini terletak terutamanya di bawah tanah dan reka bentuknya melibatkan air dan cahaya.

Seterusnya aku kembali ke station tram, ambik streetcar untuk menuju ke lokasi berikutnya iaitu Meganebashi Bridge.





Malangnya aku salah naik tram.  Patut naik no 4 tapi ternaik no 1. Bergelut dengan budak budak sekolah dalam tu. Bila sedar salah naik train terus je aku turun dihentian dan menapak jalan kaki ke lokasi sebenar.

Jadi bongok kejap masa tu tak tau arah mana nak tuju.



Berpandukan laluan sungai, aku tuju ke arah Meganebashi Bridge atau dikenali sebagai Spectacles Bridge.


 




Dekat 20 minit menapak, akhirnya aku berjaya sampai.




Meganebashi Bridge adalah jambatan batu yang merentangi Sungai Nakashima di pusat bandar Nagasaki . Jambatan, yang mendapat namanya disebabkan ianya mirip dengan sepasang cermin mata  adalah daya tarikan pelancongan yang popular di Nagasaki ni.

Jambatan ini dibina pada tahun 1634, dan pembinaannya diawasi oleh monks dari Kuil Kofukuji yang terletak tidak jauh dari situ. Jambatan itu, bersama dengan banyak yang lain di sepanjang sungai, rosak teruk akibat banjir pada tahun 1982, tetapi sejak itu telah diperbaiki dan kini menjadi harta budaya setempat.






Lepak di area ni layan view dengan suasana yang menenangkan. Aku kan bawak bekalan. Aku duduk makan nasi goreng kat situ.

Ada pulak makcik dengan anak dia lalu ikut laluan sungai belah bawah pastu tak tau cemana nak naik semula ke atas.







Pastu hujan turun. Terpaksa aku melarikan diri. 

Katanya kalau malam view sini lagi spectacular tapi kang basah kuyup aku. Tapi aku ada bawak payung hotel yang aku pinjam tadi tu.


Beredar dari situ, aku ke area Dejima.- Former district reserved pedagang Belanda satu ketika dulu.

Jalan kaki sebab rasa macam dekat tapi boleh tahan terpongeng sebab kena ikut laluan naik turun bukit.




Dejima adalah sebuah pulau buatan di pelabuhan Nagasaki yang dibangun pada tahun 1636 untuk memisahkan penduduk Portugis dari penduduk Jepun dan mengawal kegiatan dakwah mereka.

Beberapa tahun kemudian, selepas Portugis diusir dari Jepun, dan Stesen Perdagangan Belanda, yang sebelumnya terletak di Hirado , dipindahkan ke Dejima. Kini struktur sejarah Dejima masih ada atau telah dibina semula di kawasan itu, termasuk pelbagai kediaman, gudang, tembok dan gerbang. 






Tapi time tu jugak tempat ni dah tutup jadi tak sempat nak usha ke dalam. Hujan pun makin lebat turun. Aku ada few plans lagi nak tuju tapi since hujan, dan hari pun dah nak gelap, aku patah balik je lah ke Nagasaki Station.

Ambik train depan area Dejima ni je.





Sampai kat Nagasaki Station, ambik tiket then trus ada train nak bergerak balik ke Fukuoka.





Kali ni train agak kosong tak ramai penumpang.

Lewat malam hampir kul 10 lebih jugak aku sampai semula di Hakata Station. Balik hotel dan jamu diri sendiri makan mee goreng.


Kemas barang siap siap sebelum tidur sebab esok pagi pagi aku kena ke airport untuk ambik flight balik ke tanahair !

Alhamdulillah, berjaya juga aku jejakkan kaki ke Nagasaki hari ni walaupun tak lama dan tak banyak tempat aku boleh explore. Maybe akan datang boleh pegi lagi !

bersambung................

2 comments :

  1. apa keje makcik & anak dia tu ujan2 jln kat sungai? banjir kang naya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...