Monday, August 24, 2020

Jejak Kyushu DAY 04 - 01 NAGASAKI

Hari ke 4 di bumi Fukuoka dan Pulau Kyushu. Hari ni agenda utama aku adalah untuk ke Nagasaki. Memang aku wajib pegi ! 

Besar harapan aku untuk trip ni dapat jejakkan kaki ke sana. Dan aku beli JR Pass semata mata untuk ini. Bangkit awal masak nasi untuk bekalan dan juga untuk sarapan.

Siap masak, aku duduk di bucu katil mengadap tingkap di belah luar.


* sigh.

Dari semalam hujan turun tak berhenti. Kejap lebat kejap renyai renyai. Dan pagi ni keadaan masih berterusan lagi.

Aku pasrah. Sememangnya aku dah bersedia untuk situasi seperti ini. Sebelum datang lagi aku dah check cuaca memang tak berapa menyebelahi.


Tapi hajat aku tetap tak berubah. Aku akan cuba sedaya mampu untuk ke Nagasaki !

Jam terus berganti. Dari pukul 8 pagi menjengah ke 11 pagi. Macamana aku nak menapak ke Hakata Station kalau cuaca berterusan macam ni?

Tak boleh jadi ni.

Kejap aku perhatikan laporan cuaca. Agak agak dan merancang kalau betul tak boleh pegi takkan aku nak habiskan seharian duduk kat bilik macam ni je? Buatnya Makcik Cinderella tu datang. Amokan puaka dia tengok aku masih di bilik. Rengsa agaknya dia tengok aku tak ke mana mana. Mesti dia cas aku pemalas.

Eh ! Kelmarin aku berjalan beribu ribu langkah tau. Aku dah fit nih !

* tayang body depan cermin. 

Pastu loya loya nak muntah.

Dah dekat tengahari aku nekad. Tak boleh jadi kalau macam ni. Aku bersiap dan turun ke lobby. Aku nampak di luar ada yang berjalan dalam keadaan hujan begini tapi berpayung. Aku tanya mamat kat lobby dan dia dengan rela hati bagi aku pinjam payung hotel !

Hah !

Apa lagi............. Ayuh kita melangkah dalam rintik rintik hujan. Menuju Nagasaki.






Rata rata semuanya berpayung. Jadi tak de lah aku tampak macam lelaki separa macho tak berani nak redah hujan.

Dari area hotel aku menapak sampai ke JR Hakata Station.






Nampak macam tak lebat tapi hampir kuyup by the time aku sampai ke station. Masuk ke ticket kaunter dan aku book train tiket ke Nagasaki.

Dari Fukuoka memang tak de Shinkansen ke Nagasaki, tapi ada few train setiap hari.

"Can I get a ticket to Nagasaki. Errrr... 1 pm?"

Aku tanya kaunter sambil refer ke jadual train.

"I am sorry. Due to the bad weather all trains to Nagasaki has been suspended since this morning. The earliest you can get is at 2.00 pm. But all reserved seats are fully booked"

TIDAK......................................... !

* echo

Nak gugur buah pinggang kengerian. 

"Macamana ni uols? I have to go to Nagasaki by today !"

Begitu aku berang. Pastu aku fikir balik, kalau aku pegi Nagasaki kang buatnya tak lepas balik cemana? Esok esok pagi aku punya flight balik ke KLIA !

Ermm, Terkaku kejap aku. Buntu nak buat keputusan. Nasib baik jugak la aku tak keluar pagi tadi, kalau tak sia sia jugak kalau memang tak de train sejak pagi tadi.

Banyak benda aku tanya minah kat ticket kaunter tu dan selepas menimbal balik, aku perjudikan nasib aku demi Nagasaki !!







Sebaik dapat tiket aku terus berlari ke platform. Sampai sampai tengok dah ramai orang beratur tunggu train yang sama. Panjang macam ular.

Aku kena naik train ni jugak tak kisah lah kalau terpaksa berdiri pun. Tapi macamana?

Lalu aku merancang strategy.......................

Perlu ke aku buat sawan dan berguling guling depan pintu sebaik saja train datang dan menyelinap masuk?

Perlu ke aku bertukar menjadi Incredible Hulk dan mengamok supaya aku dapat potong queue?

Aci ke aku santau semua yang beratur ni semua supaya dia orang dengan senang hati bagi aku beratur depan sekali?

Dup Dap Dup Dap.

Penantian satu penyiksaan. Akhirnya train pun sampai. Aku berlegar legar tanpa tujuan. Berada di unreserved coach dan bersiap sedia.

Penumpang lain masih tetap beratur.


Sebaik saja train sampai, pintu di buka dan penumpang sedia ada keluar. Kemudian, geng geng Makcik Cinderella sibuk berkemas kemas dan alihkan kerusi.

Dan dan tu aku dengan selfishnya menari alunan zapin sambil bernyanyi nyanyi.....

"Di renjis renjis di pilis... Di tepungi lah tawar. Hai beras pulut di tabur. Disiramkan air mawar"

Tup tup tau apa jadi?



Aku dah kat dalam train ! Awal awal aku menyelinap masuk dan dapat kerusi yang belum di penuhi.

Hoyeah ! Hoyeah !

Terus buat buat pitam dan berlakon konon konon tidur.

Keji gila aku rasa. Orang lain beratur bagai nak rak, aku sesuka hati jer. Nasib tak kena tangkap ke apa. Di tuduh tak bertamadun bla bla bla...... 

Aku ngaku aku jahat dan berniat jahat tapi ini je cara yang aku ada untuk memastikan aku berjaya sampai ke Nagasaki.



Penumpang dah mula memenuhi setiap ruang dalam train. Memang ramai yang terpaksa berdiri. Dan ramai juga yang tak lepas naik dan terpaksa tunggu next train.

Dalam hati aku mendoakan mereka akan sampai ke destinasi yang nak mereka tuju hari ni !

Tapi dalam hati, aku gelak bangga diri sebab aku berjaya meloloskan diri.

"NAGASAKI ...............Aku datang.!!!!! Lihatlah donia.........................."

Mamat sebelah aku bukan main jaki agaknya sebab aku masuk lebih awal siap siap dah duduk.

"Apa? Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?"

Buat buat migraine.

Ahaks..... Aku layan view di luar tingkap keretapi.






Train bergerak meninggalkan kota Fukuoka menuju Nagasaki. Di luar hujan masih tak berhenti.

Aku cuma berharap aku selamat sampai dan cuaca di Nagasaki menyebelahi. Kalau hujan jugak, mana pulak aku nak merayap dan mana tempat aku nak tuju dengan cuaca yang macam ni?

Perjalanan train memakan masa 2 jam untuk sampai ke Nagasaki. 

Semakin hampir nak tiba, hujan makin lebat aku rasa. Buat aku makin rasa berdebar.



Adui. Jangan la cuaca memburuk. Buatnya aku tersadai kat Nagasaki tak lepas balik nanti cemana? Haru biru jadi macam yang pernah berlaku masa aku terkandas dibadai taufan di Taiwan dulu.

Nauzubillah. Dalam hati terus berdoa.

Dan kerisauan aku menjelma bila mana train stop tak bergerak !!!

"Ayo..yo kadawale, tarak boleh gerak ka? Apa macam ini? Apa sudah jadi? Minyak tarak isi ka? Ayo Paaaaa"



Dekat 20 minit train stall begitu. Cuak seh. Lagi lama nak sampai lagi risau aku di buatnya. Belum fikir nak balik ke Fukuoka lagi nanti ni.

Cho Cho Cho.....

Keretapi bergerak semula. Ada damai dalam hati.

Dan aku dah tak sabar sabar nak jejak kan kaki di bumi Nagasaki nih !





Selamat akhirnya tiba di Nagasaki Station walaupun lewat daripada jadual.

Mula mula aku tuju ke kaunter tiket dan verify jadual perjalanan balik nanti. Katanya semua train OK tapi aku tak berani reserve tiket lagi sebab tak pasti berapa lama aku nak merayap di sini ni.

Aku keluar dari kawasan station dan terus merangka untuk menuju ke destinasi pertama. Cuaca masih mendung di luar.

Aku ambik masa berlegar legar di kawasan sekitar Nagasaki Station.


Nagasaki adalah sebuah bandar pelabuhan yang terletak di pulau Kyushu dan merupakan ibukota Nagasaki Prefecture.

Sebagai salah satu bandar pelabuhan terdekat dengan daratan Asia, Nagasaki telah memainkan peranan penting dalam hubungan perdagangan luar negeri selama berabad-abad dan merupakan yang terpenting dari hanya beberapa pelabuhan yang terbuka untuk bilangan pedagang asing yang terhad semasa tempoh isolation Jepun. 

Dalam lipatan sejarah, Nagasaki menjadi kota kedua setelah Hiroshima dihancurkan oleh bom atom menjelang akhir Perang Dunia II dan sebahagian daripada kota ini musnah kesan dari letusan tersebut.

Dan atas kemusnahan yang pernah berlaku membawa aku ke kota ini selepas kota Hiroshima aku jejaki satu ketika dulu.








Lokasi pertama aku adalah untuk ke Nagasaki Peace Park.

Aku berkira kira cemana nak sampai ke sana. Dan aku ambik streetcar yang menghubungi laluan sekitar bandar ini.







Nagasaki Peace Park terletak beberapa kilometer di utara pusat bandar di Urakami. Laluan ini paling mudah diakses dengan trem 1 atau 3 dalam sepuluh minit dari Stesen JR Nagasaki. Perhentian trem terdekat adalah Peace Park (Heiwa Koen), dalam jarak berjalan kaki yang singkat. 

Untuk lebih cepat aku terpaksa tanya tanya orang untuk tiba di entrance utama.







Berlari lari dengan kepantasan yang luar biasa, akhirnya aku berdiri di hadapan Statue of Peace Park, sebuah patung gangsa yang di bina sebagai simbolik kedamaian dan memperingati sejarah pengeboman atom di kota Nagasaki ini pada 9 Ogos 1945.

After experiencing that nightmarish war,
that blood-curdling carnage,
that unendurable horror,
Who could walk away without praying for peace?
This statue was created as a signpost in the
struggle for global harmony.
Standing ten meters tall,
it conveys the profundity of knowledge and
the beauty of health and virility.
The right hand points to the atomic bomb,
the left hand points to peace,
and the face prays deeply for the victims of war.
Transcending the barriers of race
and evoking the qualities of Buddha and God,
it is a symbol of the greatest determination
ever known in the history of Nagasaki
and the highest hope of all mankind.
— Seibo Kitamura (Spring 1995)


Patung Perdamaian gangsa mempunyai satu lengan kiri memanjang secara mendatar dan lengan kanan yang lain menunjuk ke langit. 

Lengan kiri yang membentang ke cakrawala melambangkan kedamaian dunia, dan  kanan yang lain menunjuk ke arah langit menunjukkan ancaman pemusnahan atom (bahaya senjata nuklear). 

Mata yang tertutup menunjukkan doa untuk ketenangan mangsa mangsa bom Atom.


bersambung.............

4 comments :

  1. Tak aci, masuk dulu...tourist takpe kot..train ke Nagasaki cantik2..

    ReplyDelete
  2. hiroshima sapa doh, sini dop lg... tah bila ah nok sapa huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...