Friday, March 20, 2020

Mr STEAK HOUSE, Seksyen 13, Shah Alam

Ada satu hari bukan di hari raya....

Anak dara aku di landa kemalasan luar biasa untuk siapkan kerja kerja Kumon dia, jadi aku pun memberi kata motivasi berupa misi-mengisi perut sendiri. Kalau dia siapkan kerja kumon dia, esok gi makan dia boleh pilih tempat dan pilih nak makan apa.

Hah.

Ber-eskobar-kobarlah semangat dia siapkan kerja Kumon dia dan permintaan dia adalah...

"Adik nak makan tempat yang ada spaghetti dengan roti yang cicah dengan mushroom soup. Tu jer. Err dengan air masak"

Mudah kan permintaan?

Maka. Dengan kuasa sakti yang Papa ada, terima lah..........................................


Kedai pilihan Papa, Mr Steak House.!!!!

Mr Steak House beroperasi di Laman Seri Business Shah Alam, Selangor. Restoran kami menyediakan sajian makanan barat yang terbaik dan pasti menepati selera anda. 

Kami mula beroperasi dari jam 12.00 tengah hari sehingga lewat jam 12.00 malam dan dibuka pada setiap hari.



Berlokasi di Seksyen 13 Shah Alam. 

Memula ingat nak gi kat Laman Grill tapi sebab aku tak de lah lapar sangat time tu, so nak try yang ni je dulu.

Usha setting resto nya..









Tempat dia selesa dan open air concept. Nice environent dan bersih serta selesa.

Tapi elok kami sampai hujan pun turun dengan lebat.  Nasib baik jugak tak de pelanggan lain time tu jadi aci je ubah ubah tempat sebab tempias.

"Abang Cowboy... sila hadirkan menu........................ !"

Abang cowboy datang bawak menu naik kuda. Eh..... 

Pekerja dia sebenarnya busy lap lap meja.

Usha menu.





Bagi anak aku tu pilih dulu apa dia nak makan. Konon nak mushroom soup lah, air masak lah. Tengok menu terus buntang mata....

Order je lah apa apa pun !

Dah order kena lah tunggu hidangan disediakan.



Since tak de pelanggan masa kami order jadi tak de lah tunggu lama. Tapi kalau tengok jumlah meja yang banyak aku suspect kalau malam ke atau time time tertentu sure ramai orang. Lagipun tempat ni pernah masuk JJCM sure ramai yang nak mencuba termasuk lah aku !

Masa kami makan tu baru la ramai pelanggan lain datang.

Jadi makanan kami sampai tak ambik lama pun masa menunggu.

Minuman tiba dulu

Seafood Aglio Olio 

Spaghetti Carbonara

Cheesy wedges. Ni lah godaan mata anak aku yang meranapkan mushroom soup untuk dihidang ke meja.

Chicken Chop. Makanan ruji aku lah. 

Nom Nom Nom.. makan dulu di temani hujan yang turun mencurah curah di bumi Shah Alam ni.


Selesai menghabiskan hidangan.

Overall, food biasa biasa je. Tapi harga pun tak de lah mahal mana pun. Lebih kurang standard Polperro je kot tapi rasanya Polperro Steak House sedap lagi.

Tak de lah nak recommend beriya dan tak de lah nak reject terus. Maybe ada makanan lain yang menarik yang kami tak cuba.

So dipersilakan mencuba !




Alhamdulillah mengenyangkan.... 

Dah selesai makan, hujan pun dah berhenti. Maka kami beredar dari sini. Tak pasti ada rasa nak datang lagi ke tak lain kali. Tengok selera tekak...... 

Mr STEAK HOUSE
G 07, No. 7 Persiaran Sukan,
Laman Seri Business,
Seksyen 13
40100 Shah Alam, 
Selangor

Tel : 013-340 1628
Dibuka setiap hari 12 pm - 12 am


Selamat mencuba ! 

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...