Saturday, September 28, 2019

GELARE, Citta Mall

Ada penyakit kencing manis? 

Kalau ada. Skip baca entry ni. Kalau tak der... pegi check. Kalau rasa kencing tu ada semut berduet hurung petanda lah tu...

Tapi kalau ada senyuman yang manis dan rasa nak puaskan sweet tooth macam anak anak aku ni, ayuh kita ke Gelare !

Gelare. Ni nama cafe... bukan pusat dangdut. 

Kalau pusat dangdut Papa pegi sorang ! 

Lokasinya terletak di Citta Mall, Ara Damansara. 

Lebih tepat lagi letaknya di Ground Floor sebelah Starbucks. Boleh nampak once masuk ke mall ni.

Apa yang boleh di makan di sini?

Sebelum tu, usha setting dalam cafe dulu.





Konsep dia order di kaunter, bayar dan nanti mereka hantar ke meja.

Usha menu untuk tahu nak order apa.... Biar menu yang berkata kata...








Macam macam manisan yang tak berapa nak elok untuk kesihatan kan? 

Dah decide nak makan yang mana satu? Sila ke kaunter dan buat pesanan termasuk memilih jenis ice cream yang di mahukan.




Dah bayar. Sila kembali ke meja dan tunggu dengan penuh debaran....


Dia datang.... dengan lenggang lenggoknya.......... 

Aku pun tak tau apa benda yang di order. Sedar sedar dah sampai ke meja.

Waffle with ice cream...

Banana Split nampak mengiurkan...

Konon konon nak elak manis teruk, order mineral water.

Makanan manisan macam ni apa lah sangat bezanya di mana mana pun. Tapi bila aku tengok resit terus boleh kena darah tinggi dan sakit jantung sekali. 

Waffle tu ok lagi lah RM 15 tapi Banana Split tu harga nya RM 32 ! Mineral water RM 4 sebotol.

Elok sangat la dengan manisan yang manis ni, kang kena 3 serangkai !

Bersilat kejap aku tengok harga Banana Split tu memula tapi it comes with few flavours ice cream tapi harga memang tak masuk akal.

Boleh beli setandan pisang !

Boleh je lah try tapi tengok dulu harga sebelum order. Mereka ada cawangan lain di IOI City Mall dan juga 1 Mont Kiara.


Nasib makan share share. Dah. Sekali cuba tak terasa nak datang lagi.  

GELARE, Citta Mall
G-16 Ground Floor Citta Mall,
Jalan PJU 1a/48, Pusat Perdagangan Dana 1,
47301 Petaling Jaya,
Selangor
Gelare Malaysia

Produced with fresh milk and cream using top quality ingredients and advanced ice cream manufacturing technology, Geláre ice cream is creamier, thicker and more intensely flavoured.

Founded in 1986 with the opening of its first store in Fremantle, Western Australia, specialising in gourmet ice cream, its product range later expanded to include bake-to-order waffles that become a divine match with its ice cream much-loved by many.

Beyond a place for dessert, Geláre has now grown into a cafe that serves full meals such as premium pastas, sandwiches, salads, freshly brewed coffee and other hot food items – making it the ultimate place for customers to treat themselves.

Itu ayat ayat promosi diri. Gelare, Western Australia konon, ntah ntah klate jer..

Gelare untuk Gelaran !

6 comments :

  1. Sebab takdak kencing maneh kami baca smpai habis! Igtkan masih entry dkt swiss hewhew rupanya mesia. Mmg patut la avoid baca sapa yg ada kencing maneh tu. Stgi takut p cari pulak hahaha. Hamboihhhh rm32 tu knpa? pisang tu mintak monyet amikan fresh ke dari ladang. waduh waduhhh. Harga cekik darah...Tak hbeh2 klate ahahah demo nihhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga pisang mahal mengalahkan musang king kot....

      Delete
  2. bhahaha...kalo rege gini mmg skali je laa mencemar duli ke situ jawabnye..tapi at least..bila org tanye...ko dah penah pi GELARE...at least buleh la jawab dah pi..walaupun yg sebenornye makan pun kongsi2..bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.... skrg ni kalau lalu pun malas nak pandang....... perangkap

      Delete
  3. Replies
    1. tu kata... harga pisang mengalahkan musang king agaknya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...