Friday, August 9, 2019

RASTA @ TTDI

Ambik feel orang muda muda nak gi lepak dan cuba cuba menjadi sebahagian daripada golongan.....

IH dengan BW ajak keluar minum minum, tak tau nak ke port mana maka kami tuju ke Rasta, TTDI.


Dulu dulu zaman aku keje IBM, Rasta ni memang hype lah lagi lagi masa kat port Caltex lama tu. Now mereka berpindah ke kawasan baru still di TTDI jugak tapi kat belakang sikit arah ke Sungai Penchala.

Baru tak baru rasanya dah lama jugak la kot. Aku je yang kurang mengikuti perkembangan zaman.


Challenge pertama adalah nak cari tempat parking. Actually ada area free parking di situ tapi sebab orang ramai, nak masuk pun payah. Beratur kereta. Last sekali kami pun park tepi jalan jer.

Dah park, jangan lupa kunci kereta kang nak seronok seronok, kereta kena kepak dek penyamun.

Pastu berjalan lah berpimpinan melangkah ke gerbang kehidupan yang lebih jitu !

Ahaks...



Sebenarnya Rasta ni pun tak jauh beza macam medan selera yang lain jugak, cuma medan selera ini menjadi tumpuan lepak minum kebanyakkan orang Melayu dan jugak muda mudi di kawasan ini. 

Ada banyak gerai dalam medan selera ini dan pelbagai jenis menu dari masakan kampung, western hinggalah ke masakan Thai dan Indonesia.  Masuk sahaja medan selera ini ada akan di datangi wakil-wakil gerai yang memberikan menu-menu meraka.

They have all kinds of food. 

From ayam penyek to ayam gepuk, to pastas and western grill, to goreng goreng and snacks like tahu bakar, and famous cheese burger truck from Penang.

See? Macam tu lah ! Datang tempat orang have have kena cakap omputih ! Baru sekufu.

Usha menu dan order lah mengikut citarasa dan selera masing masing.










Ada banyak gak gerai gerai tak tau nak pilih yang mana satu idaman kalbu. 

Lagi haru, dah pilih tu, gerai lak tak bukak. Contohnya Isabella ni... Ni pun misi kunjungan kami ke sini, nak usha gerai Nabila Huda. ( walaupun tak berapa kenal )....

Isabella adalah..........

Macam biasa lah, pengunjung akan betambah ramai jika malam minggu. 

Port medan selera Rasta ni agak besar dan ada kedai kedai yang menjual pakaian, buku-buku dan juga boleh cuci kereta. Tapi kedai kedai ni biasanya tutup lebih awal. Jadi datang makan je lah. Sambil sambil tu kalau nasib baik ada orang nyanyi busking busking.


Ni suara tak leh order. Kalau sedap... layan. Kalau hazab.... tadah je lah. Tapi biasanya yang datang menyanyi mesti lah suara sedap. Kalau suara katak puru dah lama kena baling bijik mangga dengan akak jual jus.

Dah datang, dah usha gerai gerai pastu tak tau nak order apa... !

Masalah negara...

Sudahnya.......................

 



Benda wajib order. Air. Kang tekak nak bergossip riang.

  
Gelas besar untuk pastikan tekak tak cedera kerja lebih masa.

Aku makan Grilled Chicken Chop. High taste sangat kan. Macam la kat tempat lain tak der.

IH makan Nasi Goreng. Selera langsung tak mencabar.

BW minum Lai Chee Kang suam...   ( menjaga suara takut tengah gossip pitching lari )

Sembang sembang borak borak tak pedulikan orang kiri kanan. Kadang kadang berlawan dengan suara abang buskers nak lawan sapa paling kuat.

Lama tak bersua, kami banyak cerita !

Kalau ada live bola mesti lagi riuh rendah tempat ni. Port jugak ni selain daripada orang pi lepak mamak.

Ada toilet di sediakan untuk selingan. Boleh lari jap tepi tepi untuk hisap rokok kalau nak merokok.


Tak de lah menarik mana tempatnya. Tapi port berkumpul kalau nak melepak dengan kawan kawan dan seisi keluarga untuk sesi makan makan dan bergossip riang.

Di buka jam 5 petang hingga 1 pagi.

RASTA @ TTDI
Lot 3052 Jalan Datuk Sulaiman.
Kg Sg. Penchala
Kuala Lumpur, Malaysia
rastaTTDIKL

Boleh lah sekali sekala datang !

4 comments :

  1. Salam & Hi,
    May I have your email atau apa-apa contact info untuk sy reach? I have something untuk bertanya, and to be specific, untuk minta tolong. Saya harap awak dapat respond pada saya through my email, nabilah.career@gmail.com.

    Thank you so much in advance! Semoga urusan awak dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  2. dekat 10 tahun doh x sapa rasta ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...