Wednesday, May 15, 2019

HUA HIN, THAILAND : Budget & Itinerary | 02

bersambung di sini..........

08 BUDGET & EXPENSES

Exchange rate = 13.04
Flight = Air Asia RM 205/pax return
Hotel = G Hua Hin & Centara Grand Resort & Villa, Hua Hin * undisclosed price
Other expenses: (food/transport/entrance fees etc) RM 500 per pax considered selesa dah. But nak murah lagi pun boleh lah catu lah mana mana yang patut.
Shopping harga lain.

Total expenses: RM XXXX

* campak calculator dan menangis di bucu katil.

Anyway aku rasa OK lah. I got what I have paid. 

09 TIPS & RECOMMENDATIONS


"Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?"

Sedikit tips dan recommendations yang boleh aku share.

Hotel.

Kalau nak mencari hotel kena tengok jugak kawasan. Pilihan memang banyak dan kalau ada kenderaan duduk mana mana pun memang tak de masalah. Penginapan banyak pilihan mengikut kemampuan masing masing.

Boleh duduk kat The Barai kalau nak barai poket. Hehehe

Hilton Hua Hin. Antara yang menjadi pilihan awal kami menginap

Sewa Motosikal.

Sewa moto untuk pegi area yang dekat dekat je dulu. Rate dia 200 THB sebijik moto sehari. Kalau dia letak 250 THB korang nego sampai gaduh pun tak pe. Dah luka luka tu pegi kedai lain dan tanya. Demand rate yang sama. Ulang lagi kalau berdarah kepala sampai lah akhirnya masuk spital ! Biasanya dia ambik gambar passport dan kita kena sign surat. Depo 1000 THB sebijik moto. Isi minyak seperti mana time kita ambik. Public transport pun ada tapi aku tak explore cemana nak guna.






Sewa Kereta.

Nak sewa kereta lesen Malaysia di terima. Dia akan ambik gambar passport dan gambar lesen. Lesen Malaysa laku so tak perlu buat IDL. Aku sewa dengan TN Car Rental. Dah deal dari Malaysia lagi tapi dia suruh contact 3 hari sebelum tarikh kejadian. Awal awal sangat dia bolayan. Dapat kereta Mazda 2. Harga sewa 900 THB sehari. Safety deposit 2000 THB. Ada mamat Siam ni datang hantar kat G Hotel dan masa pulang dia pick up di Centara. Urusan agak mudah dan senang. Jangan lupa pulangkan kereta berisi minyak yang sama masa ambik. Isi je minyak paling murah. Jangan diesel sudah lah. Aku sempat isi minyak 300 THB. Ngam ngam untuk aktiviti berpeleseran. 





Memandu di Jalanraya.

Jalanraya di Hua Hin considered cantik walau macam tak rata. Jalanraya OK 3-3 lane dan tak busy mana. Ada expressway dan tak de tol. Cuma dekat tgh bandar Hua Hin jalan 2 lanes. Traffic light agak banyak dan seloww dan ada banyak u-turn. Jalan ke Rajabhakti Park je ada sikit construction. Apa apa pun memandu lah secara berhemah di jalanraya. Keselamatan perlu di jaga.



Makananan Halal

Ada few places boleh dapat makanan halal di sekitar Hua Hin dan Cha Am.

01. Cha Chak Bang Nara - Sebelah TH Beach Hotel opposite Asira Boutique Hotel. Kami tapau je. Not bad lah makanan dia. Harga berpatutan.
02. Mooz Hua Hin Halal Restaurant - Dekat area Roti Teh Tarik Muslim Food tu jugak. Kedai dia agak high end. Pricey skit tapi sedap. Kami pegi masa last day lunch kat sini. 
03. Depan Railway Station Hua Hin - Ada 2 gerai makanan tapi kami pegi malam tutup pulak.
04. Dekat Hua Hin Night Market - Hujung ke arah station keretapi. Makanan sedap. Kami tapau jer.
05. Roti Teh Tarik. Tamarind Market - Ada gerai jual roti dan teh tarik.
06. Tan Roti Martaba - 41/16 Hua Hin Soi 70. Yang ni kami tak try.
07. Halal Hua Hin Beach Seafood & Thai Restaurant. Ni in between Centara dengan Hilton hotel dekat Hua Hin Beach. Kami tak sempat try jugak.
08. Mura Mura - Dalam The Venezia. Dekat payung banyak banyak tu.
09. Halal Bang Nan dengan Kedai Abang Mana - Sebelah Swiss Sheep Farm tapi kami tak try pung.
10. Ameena Restaurant, Cha Am - Sebelah Makro jalan ke Cha Am Beach. Makanan dia sedap. Tomyam dia meletop kebaboooo !













Banyak options tu. Nak dengan tak nak je. Insha Allah tak lapar. Makanan pun sedap sedap. Jangan kat sana korang jadi obese sudah. Susah nak sewa crane nak angkut balik ke airport.

7 Eleven & Supermarket.

Memang bersepah. Selang beberapa kedai pun mesti ada 7e. Setakat nak beli air dan jajan tu OK lah. Family Mart pun banyak.



Public Toilet

Toilet dia bersih dan FOC. Ada yang berpaip ada yang tak de. Ikut nasib ah.


Toilet di Camel Republic


Masalah suka berak merata rata? Kini tiada lagi. Public toilet kan ada !

Beaches

Ada 3 beaches utama. Hua Hin Beach yang paling popular untuk aktiviti watersport dan mandi manda. Takiab Beach lebih secluded area dan Cha Am Beach lebih lively dan banyak khemah khemah. Nak bekhemah? Berkhemah sama Si Nopal? Tapi kalau stay di penginapan by the beach, pantai dia lebih lawa dan terpelihara.








10 VERDICTS

Last but not least. Aku rasa Hua Hin adalah destinasi terbaik untuk di lawati pagi penggemar yang mencari kesesuain berikut.

Murah. Transport yang mudah. Hotel banyak pilihan ikut kemampuan.

Theme Park yang Insta friendly bagi kaki kaki selfie


Theme park fees yang tak de lah mahal mana. Kira affordable.

Banyak sesi bagi makan biri biri. Sesuai untuk kids.


Tarikan sesuai untuk honeymooners nak beromantika di Hua Hin


Kerana nilai sejarah nya.

Pantai pantai.


Shopping !


Family oriented destination


Got halal, will travel? Takde masalah di Hua Hin ni.

Dengan itu.. Book tiket sekarang ke Hua Hin. Dan jangan lupa... kalau nak berkhemah, berkhemah lah sama si Nopal ! Si Nopal... Anaknya Bahenol.

Bahenol Bahenol Bahenol.......................


Thank you Hua Hin.

Trip review ni based on reference dan pengalaman aku semasa ke sana. Jangan cakap aku temberang kalau korang tak rasa apa yang aku rasa. Selera manusia kan tak sama? Tak gitu...?



Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Duh’ aduh aduh aduh aduh sayang
Aduh aduh silap besar abang
Aduh aduh kalau kau temberang

Bilang pada ku, Apa kau mahu,
Mahu diriku, Dekat dekat tapi engkau malu
Katakan saja, Ku yang kau punya
Janji bahagia, Jangan biar tunggu lama-lama

Kerna ku mahu kau selamanya untukku
Katakan engkau mahu

Hadir dirimu dalam hidupku
Biar selalu malam - malam ku impikan kamu

Duh’ aduh aduh aduh aduh abang
Aduh aduh aduh aduh jangan
Aduh aduh engkau temberang

Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)
Aku tahu kau suka kerna aku juga sama
(Jangan kau temberang)

Jangan kau temberang
Jangan kau temberang

Selesai. Moga bermanfaat.

2 comments :

  1. Ramainya yg menghantar pemergian pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib tak marhaban.....

      excited sebab jarang ada flight kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...