Sambung pasal semalam.
Kan aku cakap ada orang teringin nak makan buah L... Buah yang di maksudkan adalah buah LULIAN !
Apa bukan?
Ya lah. Durian. Since berada di SS2 lagi, port tu memang ada je orang jual durian walau bukan musim, jadi kami pun singgah untuk berbuffet.
Konon nak buffet tapi aku sendiri nak makan setengah bijik pun rasa macam tak mampu. Tak sekufu sangat dengan raja buah ni. Jadi teman dia orang je la makan.
Memang aku bukan penggemar tegar durian, makan pun setakat nak hidupkan roh je, jadi buffet durian adalah out of list.
Sebenarnya, ni geng geng buffet durian yang dulunya belakang balai polis SS2 tu. Memang dia orang ni pelopor buffet durian, tapi sekarang dia orang dah berpindah ke lokasi baru iaitu depan Mc D. Masih kat area SS2 tu jugak.
Katanya owner dah ambik tapak tu semula. Nak buat funfair agaknya. Hahaha.
Harga buffet durian pun tak de lah murah sangat, lagi lagi kalau jenis tak makan banyak. Sudahnya IH dengan BW beli bijik bijik je. Cukup la sekadar makan yang itu.
Adik pekerja ni melayan dengan ramah dan mesra. Abis semua durian dia suruh cuba
Siap kasi manggis
Setelah pemilihan di buat.. akhirnya.. tangan masing masing lekat bau durian di malam hari
Tengok isinya memang mengiurkan.
Sebijik Musang King dan sebijik lagi Musang Queen.. ( tak tau tajuk durian tu ).. berjaya kami belasah.
Berjaya mengeluarkan angin sendawa tahap epic !
Lepak kat situ sampai jauh malam. Kedai pun dah nak tutup. Buffet durian disediakan dari siang ke malam. Kalau mencari dan mengidam, boleh je datang !
Ada cendol durian !
Raja durian. Raja cendol. Semua nak raja.
Dan peristiwa makan durian ni tak habis di situ. Balik rumah kantoi bau durian. Last sekali esoknya aku datang dan buat kemunculan sebab anak anak aku nak makan cendol durian.
Princess aku boleh tahan hantu durian. Boleh je dia makan banyak banyak.
Jadi, ke SS2 berkunjung lagi..........................
Beli beberapa bijik durian dan bagi mereka makan. Aku jamah jugak lah lagi.
Cendol durian. Harga RM 28 sebekas. Ada 2 ulas Musang King. Kalau bukan Musang King harga belas belas jer. Yang viral tu lagi mahal tapi isinya lebih dari 2 ketul kot.
Cendol biasa pun RM 7 sebekas. Hipster sungguh.
Cendol mamak baru berapa jer. Hero aku tu pelik skit, kalau cendol ke ABC ke apa... semua sampah sarap dia tak nak. Baik aku beli ais kepal je.
Verdict aku, kalau nak try Cendol durian Musang King ni... OK Boleh je. Tak de sapa yang larang. Tapi lagi jimat beli cendol kosong dan beli Musang King sebijik. Dapat lebih isi durian dan boleh makan tanpa rasa bersalah. Sebab aku beli 2 cendol durian Musang King je dah RM 28 x 2 = RM 56. Musang King sebijik harga leh dapat RM 58. Cendol beli asing !
Laici laici tu semua tak payah. Wayang je. Laici bagi laluan kepada lulian !
So misi orang teringin makan durian dan cendol durian dipenuhi.
Aku tetap setia dengan mangga dan ciku sebagai buah kegemaran sejak dulu dan kini............ Anggur dengan pisang pun OK. Tembikai pun not bad. Kira semua buah lah aku suka. Patut tukar nick jadi Tarzan Malaya !
#tarzannimakanbelachantau
Murah plk musang king sebijik rm58 weh. Leh try nih. Haha lamanyaaa tak mkn luliannnnn
ReplyDeleteaku rasa pun murah. hari tu kat LPT dia bantai rm 80 sekilo.. penipu betul
Deleteperghhhhh..padunya isi durian ituuu..bhahahah
ReplyDeletebaru la berbaloi mahai mahai kan...
Deletemesti abam Meng minat lagu durian ciku buah rambutan... bla bla bla
ReplyDeletelagu favourite time lapar... hahaha
Deleteaku rasa seumur hidup aku ni belum pernah rasa musang king...
ReplyDeletesungguh? tak pe.. sama je dgn durian lain. hype je lebih. mcm mangga harumanis.. mahal ge bedil
Delete