Monday, November 26, 2018

KEMBARA BALKAN - TURKEY | 05 ISTANBUL : Ronda Ronda Ikut Suka

Pagi hari ke 2 di Istanbul.

Bangkit pagi pagi aku memilih untuk bangun terus. Dah last day, simpan tidur tu untuk perjalanan pulang ke tanahair nanti. Bukan datang ke sini hari hari jadi aku abiskan masa yang tersisa ni untuk menikmati suasana pagi di kota Istanbul ni lagi !

Bersiap siap dan turun ke Galata Bridge

Nak melayan suasana pagi di sini

Big Burn.. Istanbul

Di atas jambatan Galata. Aktiviti memancing masih sedang rancak berlangsung

Aku lebih excited nak usha matahari terbit di Selat Bosphorus ni

Usha usha jer

Masih ramai yang berkumpul pagi ni di sini

Ada tangkapan berhasil diperolehi

Matahari sudah mula untuk memunculkan diri di Selat Bosphorus. Menanti untuk menikmati............













Hah ! Siapa kau ni?

Dia suruh aku ambik gambar dia. Aku layankan saja....

Ramai je yang memandang aku atas bawah. Maybe pelik sebab iras wajah tak sama macam orang tempatan. Pastu nampak pagi pagi buta aku bawak kamera mesti dia orang syak aku pelancong. 

Tapi aku pun tak berapa nak melayan sangat so aku buat hal aku je. Janji aku tak kacau orang.




Selesai melihat aktiviti manusia di atas Galata Bridge aku ke arah sisi tebing selat dan di situ juga ada kumpulan kumpulan yang menjalankan aktiviti yang sama.

Lokasi yang sedikit lain, mana tau ada rezeki lebih di sini !




Sambil sambil tu aku nikmati keindahan pagi di sekitar Golden Horn dan Selat Bosphorus ini.




Sesungguhnya Istanbul sememangnya cantik dan menarik hati. Tak puas rasanya menikmati keindahan pagi di sini. Pagi pagi kurang orang dan lebih mendamaikan.

Selesai melihat aktiviti manusia di kawasan sekitar Galata Bridge, aku merayap ikut suka kaki. Tak de arah tujuan pun tapi rasa nak berjalan jalan since hari masih awal dan aku ada free time pagi hari ni.










































Memang tak de arah tujuan. Jalan je ikut kaki tapi aku pastikan aku berpatah balik ke hotel penginapan. Pagi pagi hari memang kurang nampak orang. Masih masih tengah tidur kot. Cuma banyak kucing je yang berkeliaran.

Kucing kucing di Istanbul ni kadang kadang cas cas menyombong juga.

Jalan pagi pagi di Istanbul dan akhirnya balik ke hotel untuk bersarapan....









Selesai bersarapan, balik ke hotel, mandi dan bersiap siap.

Aku nak check out awal sebab nak gi ronda ronda lagi sebelum ke airport untuk ambik penerbangan pulang lewat tengahari nanti....

bersambung......................

6 comments :

  1. kucing banyak yg lawa wlpun deme sombong..
    ada kapal nama 'budo' hehe
    bersihnya ikan tu
    bersih juga jalan / lorong


    puashati kan berjalan pepagi tak de sesak orang ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. rasa bebas dan aman tak banyak orang dan tak banyak kereta.
      tapi kedai pun masih tak di buka. x meriah.

      Delete
  2. Comel, gebu gebas jer kucing kat sana....kalau aku kesana, harus leka je main dengan kucing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau kena tambah sehari di istanbul semata mata aktiviti beramah tamah dgn kucing jalanan....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...