Friday, April 28, 2017

EUROPE | ISTANBUL - 05 : Topkapı Palace

Selepas kembali ke Sultanahmet Square, aku calling calling member aku semua tu dan kami jejak kasih.

Rupanya dia orang pun dah terkeluar dari group tour tu sebab dia kata mamat tour guide tu lembab !

Ahaks....

Tapi dia orang semua dah keluar dari Blue Mosque menuju ke destinasi seterusnya iaitu Istana Topkapi ataupun Topkapi Palace.

Blue Mosque

Hagia Sophia dari Sultanahmet Square. Ada fountain dan ramai orang melepak di kawasan ni.

Sebab kawasan Sultanahmet Square ni agak besar dan meriah, jadi ada je benda benda yang mengalihkan tumpuan untuk kami bergerak ke Topkapi Palace. Padahal Topkapi Palace ni pun tak de lah jauh mana dari Hagia Sophia tu.

Dugaan dugaan tengok orang ramai lalu lalang

Dugaan makan aiskerim. Aku cukup menyampah orang jual aiskerim yang main nak bagi tak nak bagi tu. Makanan kot, sesuka hati je nak buat main. Aku emo tapi beli jugak. Nak rasa.

Dugaan tengok kawasan persekitaran

Dugaan beli Fridge Magnet

Pastu baru tersedar dari lamunan yang kami dok buang masa dan tak bergerak gerak lagi menuju ke Istana Topkapi tu.

Pastu baru nak pegi

The Fountain of Sultan Ahmed III in Üsküdar is an 18th-century public water fountain built by Ottoman sultan Ahmed III in the Ottoman rococo architecture and situated in the grand square of Üsküdar in Istanbul.

Info mengenai Istana Topkapi di kawasan pintu masuk

Masuk ke compound Topkapi Palace

Ada kawasan garden dengan laluan menuju ke pintu masuk utama

Byzantine, former Orthodox church dating from the 4th century, open as a museum.

Entrance utama ke Istana Topkapi

Istana Topkapi ini asalnya adalah sebuah istana Khalifah Usmaniah yang sudah diubah fungsinya.  

Istana Topkapı (Bahasa Turki: Topkapı Sarayı) atau di dalam Uthmaniyyah Turki: طوپقپو سرايى, Topkapı Sarayı di dalam bahasa Turki bermaksud "Istana Pintu Meriam").

Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, 

Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas kerana pemandangan dari sini dapat melihat kawasan Tanduk Emas, Bosphorus serta Laut Marmara. 

Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5 km dan luas 700,000 m2.

Pokok pokok bagai dalam taman

Bunga bungaan yang di tanam

Selat Bhosporus yang kelihatan

Sampai di pintu masuk utama

Malangnya cubaan kami nak masuk gagal. Sebab tour guide tu dah tak de. Pak guard tu dengan muka macam cel*k* tak bagi kami masuk.

"No ticket? No ticket?"

Tu je la soalan dia. Jenuh aku terangkan yang kami ikut tour Turkish Airlines. Tapi dia tak nak layan. Sudahnya, group aku dan beberapa ahli rombongan yang sama sama SELOWWWW ni, mati kutu depan entrance tak dapat masuk ke dalam.

Boleh je nak masuk tapi kena beli tiket sendiri. Bayaran masuk 30 Lira.

Istana Sultan Uthmaniyyah. Istana ini mempunyai beratus bilik, namun hanya sebahagian sahaja yang boleh dikunjungi pelawat. Selain artifak barangan kegunaan diraja, beberapa artifak penting dunia Islam dipamerkan disini termasuk jubah dan pedang milik Nabi Muhammad SAW.

Isi dalam Topkapi dipenuhi alat kebesaran Turki Usmaniah. Termasuklah kunci dan kelambu kaabah. Memang ketika zaman gemilang, Usmaniah menakluk hampir semua wilayah Arab termasuk Makkah. Satu perkara yang menarik di sini, alunan ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan tanpa henti.  

Tapi sebab aku tak dapat masuk, ambik gambar dari luar je lah.





Lama gak tunggu rombongan kami tu keluar tapi macam tak muncul muncul. Agak agak pasrah. Kami pun blah. 

Lagipun dalam jadual kami, lunch akan disediakan sebentar lagi so tak de banyak masa dan kami kena balik ke retoran yang telah ditunjukkan awal tadi untuk makan tengahari di sana.

Balik ikut laluan kami datang

Hagia Sophia dari arah belakang

Fountain of Sultan Ahmed

Usha usha kawasan

Nampak lagi orang berjual

Singgah lagi dan beli beli

Macam macam souvenir ada

Baju baju pun borong sekali

Balik ikut laluan asal kami datang

Bangunan muzium tapi tak dan nak pegi dah

Lalu lagi sekali harung je

Bangunan bangunan sekitar Blue Mosque

Masa nak gerak ni dengan azan zuhur berkumandang. Since azan dan mula didengarkan dari Hagia Sephia, jadi muazin azan secara bergiilir gilir line by line antara azan di Blue Mosque dan Hagia Sephia. Masing masing ikut giliran.

Bunyi macam bergema tapi cukup mengasyikkan.

Pastikan laluan yang betul seperti yang dah di bagitau

Kawasan banyak restoran dan cafe cafe

Dan sampai di restoran yang di maksudkan

Dalam resto

Tu tour guide yang bawak kami. Rupanya dia orang keluar Istana Topkapi tadi ikut laluan lain sebab tu la tak jumpa

Salad

Bread

Main dish

Desserts

Dan semuanya tu percuma !!!

* terima kasih Turkish Airlines.....

Lepas makan tengahari, team yang jadual sampai pukul 3 kena balik ke airport untuk chase flight masing masing. Tu termasuk la aku. Dan team yang jadual lawatan sampai pukul 6 petang, akan pegi masuk ke Hagia Sophia lepas makan tengahari tu.

Dan oleh sebab aku ada agenda tersendiri, aku mintak keluar dari geng rombongan untuk balik ke airport naik kenderaan yang di sediakan.

Siap kena sign surat lagi takut mereka salah dipertanggungjawabkan.

Tak pe.. Kami ada agenda tepi. Pandai pandai la kami balik ke airport nanti !!!



İlk görüşte tutulmayı
Sen öğrettin inan bana
Şimdi sensiz korkuları
Yaşıyorum yana yana

Ya sesini duyacağım
Ya elini tutacağım
Kaderimsin kaderimsin
Sana tutkun kalacağım

Ya sesini duyacağım
Ya elini tutacağım
Alın yazım kaderimsin
Mümkünü yok kurtulmanın

Hiç bir zaman inanmazdım
Ne gönlüme ne de aşka
Beni benden alıp gittin
Arıyorum yana yana

Ya sesini duyacağım
Ya elini tutacağım
Kaderimsin kaderimsin
Sana tutkun kalacağım

bersambung............

12 comments :

  1. cantik..last aku gi asyik hujan jer......

    ReplyDelete
  2. dgn ini akak berjanji
    akan marathonkan diri
    membaca semua entry
    yang tertinggal jauh naw...

    jangan kecam akak
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la saya rasa macam kemurungan jiwa. rupanya peminat no wadud saya cuti membaca.

      hi kak anash.. semoga happy selalu !

      Delete
  3. Fuh.. mcm tu skali punya mknn free

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann? terima kasih turkish airlines............. !

      Delete
  4. baru balik last week, entrance fee topkapi palace adalah 40lira dan harem adalah 25 lira, pasrah jer lah beli museum pass yg berharga 85 lira telah kehabisan di seluruh istanbul, kalau tak boleh cover banyak tempat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. kalau beli pass tu murah skit kan? tak pe lah sekali sekala... kdg kdg tak semuanya mudah kita dapat. ada hikmah lah tu mcm tu.

      Delete
  5. Meng ....

    Sayang Meng tak masuk dalam Tokapi Palace nih (ker memang dah pernah masuk dolu dolu?) As for me, memang asyik sangat ... Dia provide guide and I sewa Audio guide sama ... itulah, masuk pagi, petang baru kuar ...tak terasa pun sebab memang ralit and leka !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa rugi... tapi anggap tak de rezeki lah. next time buleh datang dan jejak ke sini lagi.

      lama nya en ghaz duduk dlm sampai sehari.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...