Thursday, October 13, 2016

Jom Makan : Pizza San Francisco, Bukit Jelutong

Biasanya kalau weekend aku akan bawak semua keluar makan.

Tapi kadang kadang mood nak keluar tak de so aku di rumah je la bermalas malasan. Budak budak pun kalau duduk rumah dia orang rengsa. Nanti adalah cubaan menggoda.

Princess cuba dulu.

"Papa kita tak keluar ke?"
"Hmmm"
"Adik macam nak tengok wayang lah"

Aku diam.

"Papa kita gi tengok wayang tak hari ni?"
"Tak de lah. Tak de cerita"

Hampa. Then aku dengar dia orang berdua akan bergossip cari idea.

Datang Hero pulak.

"Papa. Kita tak keluar ke hari ni?"
"Gi mana?"
"Keluar lah. Makan makan ker"
"Abang nak makan apa?"
"Ikut Papa lah"
"Nak makan abang decide lah !"

Tu kalau aku malas nak fikir.

Then sebab dia orang memang nak keluar maka dia orang akan reka cipta la apa je yang terlintas kat kepala mereka.

"Abang nak makan Chicken Chop dengan Creme Brulee lah Papa"

Jeng jeng jeng.

Selera tak agak agak !

Aku kalau tak keluar rumah keje aku adalah menjaga kekacakan diri dengan meniduri diri sendiri. Bangun tidur kena check status terkini.

“Magic mirror, on the wall – who is the kacak-est one of all?"

* bunyi mengaum.

* kadang kadang mengembek

Apa la punya cermin.

"Of chos la bukan kau Meng... cuba lagi lain kali............... !!!"

Jahanam punya cermin !

So sebab kecewa, aku ajak budak budak keluar je.

Sebenarnya aku ni senang je nak di goda oleh budak budak tu. Lama sikit lepas tu otak aku mulalah merangka dan dengan bantuan internet aku akan google google ke mana tempat tuju untuk jamu selera.

Kali ni lokasi kita tuju.......... Pizza San Francisco !

Jauh nya........................................ San Francisco? No ! Bukan SF sana.. Ni SF dekat BJ je !

Salah satu outlet Pizza San Francisco yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.  

Actually masa riki riki aku cari details outlet dia kat Kota Damansara sebab paling dekat dengan rumah tapi tak de. Maybe rasanya dah tutup yang kat sana.

So jumpa kat Bukit Jelutong, terus kami ke sini dengan misi mencari Chicken Chop dan Creme Brulee idaman Hero !

Pizza San Francisco was established in year 2002, introduced as a casual restaurant providing comfortable dining in smart surroundings. 

Our unique menu provides a fusion of flavour, ranging from the recipes of American dishes to traditional Italian cuisines. With our philosophy of “Quality food at affordable prices”, the restaurant has developed a strong reputation for great food and friendly atmosphere for the neighbourhood customers & friends.

The restaurant offering items such as imported steaks, tender salmon, great pasta, unique pizzas, and also our famous drink – lime special. There is a full lunch and dinner menu, plus high tea snacks to satisfy those customers who love to enjoy a relaxing afternoon.

To date, Pizza San Francisco has a total of 4 outlets in Klang Valley, located individually at Bangi, Wangsa Maju, Bukit Jelutong and The Mines. With the spacious and comfortable dining area, it is an ideal place for company function, family gathering and party celebration.

The restaurant is open daily from 11a.m. to 11p.m. for lunch and dinner. (except Bangi outlet from 11:30a.m. to 10p.m.)

Step in today for your ultimate dining experience...

Sebelum sebelum ni tak pernah pulak aku dengar pasal resto ni.

Jadi kami datang dengan expectation yang tinggi lepas aku tengok menu menu dia kat internet. Tak tau kenapa aku tak pernah terserempak dengan atau baca di maan mana perihal resto ni.

Ala ala Chili's dah ni !

Sampai. Parking. Masuk. Dan usha usha setting dalam ni dulu.....

Macam biasa kami sampai je tak de orang.

Bila dah duduk je terus ramai pelanggan datang. Maybe memang time dinner kot. Setting kedai memang bersih dan menawan

Pencahayaan yang terang menaikkan mood lagi untuk menikmati hidangan. Sesuai untuk setting romantik dan juga family gathering

Penyediaan

Dah duduk, kami di beri buku menu dan waiter bersedia untuk mengambil order.

Tunggup jap. Usha dulu buku menunya........................

Pizza SF. Tak tau kenapa nama dia San Francisco. Kenapa tak Seattle atau maybe Pizza Hitalia? Buku menu menarik. Gambar gambar buat selera jadi lebih teruja !

Pilihan Soup & Bread Main Menu. Ada pilihan steak, chicken, seafood dan aneka pasta. Of chos ada pelbagai jenis jenis pizza !

Desserts memang buat Hero lagi teruja sebab ada Creme Brulee kat sini !

Minuman cold and fresh !

Dah order tu lepak lepak jap menunggu.

Masa tu pelanggan dah ramai. Waiter dah makin sibuk. Waiter dia bangsa asing. Ada sikit communication problem but sikit je lah. 

Pelanggan lain ramai dan suasana agak riuh sikit. Dah hilang rasa relaks dan tenang !

Air minuman sampai dulu Carrot untuk OR. Lemonade untuk aku. Air kosong untuk Princess dan Chocolate untuk Hero

Selera di buka dengan hidangan Mushroom Soup. Size besar jugak. Makan ramai ramai tapi tak abis !  Rasa biasa biasa jer

Tak de salad tapi Nachos Cheese sebagai appetizer. Buleh tahan nachos di sini !

Aglio Olio untuk aku ! Rupa tak lawa. Rasanya pun tak sedap mana.

Ni pasta apa benda ntah Princess nak. Dia teruja tengok gambar. Bila makanan sampai nampak banyak sayur terus tak mau. Dia makan udang je. Udang goreng tu rasa sedap jugak tapi pasta tu biasa biasa jer.

Creamy Carbonara untuk Hero. Konon masa kat rumah nak makan Chicken Chop. Macam biasa Hero memang tak mengecewakan aku bab makan. Abis dia kerjakan sorang sorang !

Paling last sampai. Steak apa benda ntah. OR punya. Macam biasa dia makan tak abis. Aku nak ngecek pun tak buleh sebab aku awal awal rejek bab bab daging daging ni.

Aku makan setakat ni jer..... 

Ada saki baki yang dah tak boleh pegi lagi dah !

Dah penyeri malam itu. Desserts yang menjadi pujaan Hero setiap waktu !

Creme Brulee. Hero aku makan sorang sorang abis ni.

Kami order 2, satu lagi aku, OR dengan Princess share.

Not bad Creme Brulee dia walaupun tak sesedap di Italiannies tapi dengan harga RM 6.90 each agak berbaloi juga !

Habuan makan malam yang agak tak berhabisan

So overall, bagi aku makanan di sini biasa biasa jer. Memang tak leh nak lawan Chili's lagi ! 

Ambiance OK. Service pun OK.

Creme Brulee is a plus point lah. Yang lain lain tu kira buleh la.

Kos makanan tu semua RM 186. Macam agak mahal sikit.

Boleh la cuba kalau nak cuba ! Mereka ada outlet di merata rata Lembah Klang juga.

Pizza San Francisco
No.1, Jalan Pelapik, B U8/B,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam.
Tel: 016- 2621053

Hours: Open today · 12–10 PM

FB : PSFMY
Website & Menu :  Pizza San Francisco - Menu

More Locations: Bangi | The Mines |Wangsa Maju | KL Festival City

6 comments :

  1. tak prasan ade creme brulee kat sini .. aku biasa pi makan time lunch .. sbb ade promo under RM10 *sengkek tapi nak makan fefeeling hitaly*

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh siang siang creme brulee dia promotion. harga rm 2.99 jer kalau tak silap.

      confirm buleh melantak dgn rakus. tak payah nak feeling2 dah. i is mampu !

      Delete
  2. dulu2 selalu makan SFP ni kat bangi tuh, bolognaise dia sedap + bread butter pudding tahap foodgasm (1st time pergi)
    2nd time pergi, terus kecewa..langsung 3-4 tahun dah tak datang sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti tukang masak original dah lari.. di ganti dgn tukang masak amatur.

      Delete
  3. Ingatkan menu pizza je, macam-macam-macam ropa eh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...