Salah satu destinasi yang memang tidak dinafikan mempunyai tarikan tersendiri di Kuala Terengganu ni adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai tidak jauh dari bandar Kuala Terengganu.
Terkenal sebagai masjid terapung pertaam di Terengganu
Dikenali sebagai 'Masjid Terapung' dan senibinanya gabungan pengaruh moden dan 'Moor'. Ia kelihatan unik dan cantik pada malam hari.
Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar terapung, memberikan ia sudut unik. Ia terletak di sungai Terengganu dan salah satu senibina moden hasil salah seorang putera DiRaja Terengganu. Masjid putih berkilauan turut menjadi ikon baru dalam senibina Islam di negara ini. Malah, pembinaan masjid ini turut memuatkan ciri setempat dengan penggunaan batu marmar, seramik dan bomanit.
Masjid ini terletak di sebuah kawasan rekreasi di Kuala Ibai.
Gerbang masuk ke kawasan rekreasi Kual Ibai
Taman rekreasi tepi laut
Muara sungai Ibai
Buleh lepak lepak makan khepok dengan air nyor
Pemandangan laut
Santai petang
Taman rekreasi Kuala Ibai
Pondok istirehat
Arah seberang
Menjelang senja
Masjid yang menjadi mercu tanda kawasan
Pembinaan masjid ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Masjid ini dinamakan sempena ibunya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.
Mengejar mentari senja...
Di saatku berlari
Mengejar mentari
Terlupa masa
Engkau menanti
Sekeras hatiku
Walaupun perit
Kau yang mengharap kasih
Ku mengendahkan
Menyisir airmata
Menghapus lara
Kau ikat pada janji
Akulah yang satu
Rela merintih dari terpisah
Patah ranting dicermin usia
Ku tersedar kesilapanku
Menyusur arusnya
Dunia yang fana
Kekaburan
Kau kekasihku
(Kau kasihku yang setia)
Kilauanmu bak mutiara
Tak terpamir
Dibingkai kaca
Walau hujan berkurun
(Walaupun hujan berkurun)
Didanau kasih bergelora
Takkan tawar
Lautan cintaku
Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut China Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu.
Masjid ini terletak di Teluk Ibai, hanya 4 KM dari pusat bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai Terengganu ke arah Marang. Kalau dari Kuantan pastinya akan bertemu dengan masjid ini dahulu sebelum tiba di kawasan bandar KT
Masjid Tengku Tengah Zaharah.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.
Aku lepak santai petang tu kat situ. Borak borak dengan sepupu sepapat jap. Pastu masuk maghrib terus ke masjid.
Jom usha masjid dari arah dalam.
Masjid teraping ni pada waktu malam
Laluan yang di bina dari arah parking ke dewan solat utama dan masjid
Senibina bangunan masjid
Menarik
Tempat wuduk
Bahagian dalam masjid
Pintu masuk masjid berkonsepkan kaca hijau dengan panel kayu berwarna coklat gelap bergabung dengan dinding batu berwarna putih memberikan satu rasa keharmonian.
Dewan solat utama
Mimbar
Ruang atas untuk jemaah wanita
Ruang di lantai utama
Bagi aku masjid ni belah luar dia memang cantik. Landskap dan binaan dia memang unik dan tersendiri. Malangnya belah dalam biasa biasa je.
Tapi dah nama masjid apa guna nak bercantik cantik sangat kalau tak de orang datang solat dan mengimarahkannya?
Betul tak? Janji bersih dan terjaga !
Layan sikit lagi gambar di Masjid Tengku Tengah Zaharah.
OK. Dah abis.
Lepas solat balik rumah untuk makan !
bersambung.....
Masjid yg plg senang & selesa klu nk singgah. Tp setiap kali singgah mesti ada yg approach ckp motor rosak n perlukan duit sikit. Kelakor lak, org berlainan tp skrip hampir sama je...
ReplyDeleteya ker.. tak pernah pulop... cuma ada sorang pakcik hari tu mari dtg dekat dekat. tengok atas bawah...
Deletemcm pelik je tgk aku kot
Bokali sbb aku naik keto plet kl kot...
Deletepatut pung. pelikkang
Deletelawa sejid tepi laut..hehe Baguih mu Meng iktikaf sejid sampai malam..
ReplyDeletealang alang doh ada di situ... ork ork la lama sikit
Deletekuala Iba selalu di hati.
ReplyDeletealhamdulillah....
Delete