Friday, July 29, 2016

Jom Makan : Al Rawsha Restaurant, Seksyen 7, Shah Alam

Masa bulan puasa hari tu, aku memang mengelak untuk berbuka di luar. Baik jemputan ke rumah orang mahupun jemputan dari clients dan vendor ke hotel hotel mewah.

Dah tua tua ni, lebih senang berbuka di rumah je then boleh terus buat apa yang patut jer.

Tapi ada jugak la sempat berbuka di luar 2 kali masa keluar cari kelengkapan raya.

Salah satu tempat yang menjadi pilihan adalah di Al Rawsha Restaurant di Shah Alam yang terkenal dengan makanan Arabnya.

Jadi................

Let's kita imbau kembali kunjungan aku ke sini !

* pasang muzik iringan ala padang pasir sambil heret budak budak yang merangkak kelaparan

Restaurant Al Rawsha yang terletak di Section 7 Shah Alam boleh guna waze jer.

Sebab time tu bulan puasa aku memang expect orang akan ramai kalau gi berbuka di mana mana pun di luar. Jadi aku dah call siap siap untuk booking meja. 

Masa bulan Ramadhan tempoh hari,. Al Rawsha ni ada menyediakan buffet Ramadhan juga tapi memandangkan agak rugi kalau aku sekeluarga berbuffet ni jadi kami settle down dengan ala carte saja !

Sampai di Shah Alam pun dengan bantuan Waze. Waktu pun dah hampir hampir nak berbuka !

Di sambut dengan pahlawan berbaju besi ! Parking jumpa jugak la walau terpaksa berpusing pusing mencari

Nasib baik dah booking. Orang memang ramai tapi meja kami sudah siap sedia menanti.

Yang tak bestnya time duduk tu dan tunggu nak order makanan !

Since orang memang ramai, waiter dia memang tak menang tangan.

Bila panggil je.

"Wait Sir.. 5 minutes"

Dia punya 5 minutes tu berkali kali dah sampai dekat nak berbuka puasa dah. Sudahnya azan berkumandang dan kami berbuka dengan kurma je dulu.

Orang yang turut sama datang untuk berbuka puasa di sini

Lama jugak la terpaksa menanti

Akhirnya buku menu datang dan baru la boleh nak order

Nasib baik menunggu tak lama then satu persatu makanan pun tiba

Chicken Mandy untuk Hero. Hero makan tak abis walaupun sebelum tu muka letih macam merangkak je masuk kedai kelaparan.

Nasi didatangkan dengan kuah dan sambal. Tak de la kering sangat

Lamb Mandy untuk OR. Dia kata sedap dan dia makan abis !

Air muncul mengambil tempat. Satu jug tembikai untuk aku dengan OR

Budak budak request air masing masing. Tak cukup lepas tu Hero order Milo etc. Tau je la kalau nak order semula tu makan masa nak tunggu dia ambik order.

Ini makanan Princess. Dia kata nak nasi goreng dengan ayam. Pelik la anak aku ni gi kedai Arab mintak nasi goreng. Nasib baik dia tertipu dengan kaler kuning tu.

So dia makan dengan lahapnya walaupun sebenarnya tak puasa ! Ada je alasan dia nak berbuka.

So semua orang dah dapat makanan masing masing !

Tengok kiri kanan orang lan pun sedang menikmati hidangan ala Arab di restaurant ni.

So apa makanan aku? Aku puasa tau !

Sepi

Oi !! Aku punya makanan mana? Lapar ni !!!!! Awas !

Pelik sangat ke benda yang aku order sampai tak kunjung tiba agak lama. Abis makanan orang aku paw sikit sikit. Dah teguk berapa banyak air dah. Siap keluar melayan perasaan dan hisap rokok dulu tunaikan permintaan nikotin dalam badan.

Smoking area kat luar

Sambil jamu jamu mata

Nak gi solat orang dah start ramai dan kena beratur.

Masuk balik ke dalam tengok makanan masih belum sampai. Ini boleh mengundang amarah tahap baling kerusi ke arah pihak lawan.

Berkali kali panggil waiter dia bertanya... Lama jugak la, akhirnya.......

Kau tiba jua ! Aku order grilled chicken je pun.

Bulan puasa kena lah bersabar... Ada rezeki cuma lambat sikit. So makan ayam grill dengan roti.

Verdict ?

Sedap dan menyelerakan. One of the best Arabian Food in town ! Boleh datang dan cuba sendiri.

5 perkara yang aku boleh simpulkan pasal Al Rawsha ni.

1. Makanan sedap.
2. Harga berpatutan.
3. Pekerja ramai tapi expect service slow jugak kalau ramai orang.
4. Parking mencukupi.
5. Ambiance kedai menarik dan tak stuffy.

Dan harga pun tak de la mahal mana. Aku lupa berapa tapi rasanya dalam RM 120 jer.


Dah makan jangan lupa bayar !

Pastu menunggu orang clear skit kat surau untuk tumpang solat. Memang bulan puasa orang ramai, kalau tak puasa pun aku rasa ramai jugak sebab Al Rawsha ni memang terkenal dengan makanan dan keenakkannya.

Jadi !

Sila datang dan terjah. Rasakan sendiri keenakkan makanannya di sini !

Alamat dan infomasi

Sedikit info pasal Al Rawsha ni.

We welcome you into our restaurant “ Al-Rawsha” in Kuala Lumpur, our restaurant is named after the famous legendary rock in Beirut Lebanon

The cliff overlooking the rock is famous for its resturants, which serves exquisite Lebanese cuisines, it’s with that in mind we are serving you irresistible Middle Eastern cuisines and treating you from noon till the early morning.

We give you a taste of Beirut dining and we are sure that you will find the food here most exquisitely Lebanese.

The photo on the back cover of the menu shows the rock in middle of the sea, it is 60 meter in hight.

A large hole in the front of the tunnel cuts through the rock, its even lage enough to allow boats to pass through.

In the absence of any documents or other reference about Rawsha rock, the only possible information one can obtain is the memories of the people who knows the Rawsha, Seha Wa’afia.


Al Rawsha Restaurant (Lebanese Restaurant)
2, Jalan Platinum G 7/G,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor,
Malaysia

Phone: +60 3-5524 3584
Hours: Open  · 11AM–12AM

Website : Al Rawsha KL

Cawangan utama mereka adalah di Kg Pandan. Boleh juga ke sana !

Recommended untuk kegembiraan perut dan kenikmatan selera ! Possiblity untuk bertambah boyak berganda ganda....  



Mafesh haga tegi keda
Ehda habebi keda
wa argaa zay zman
Ya ebni Esmaani hatdlaani
Takhod eani kman

Mafesh haga tegi keda
Ehda habebi keda
wa argaa zay zman
Ya ebni Esmaani hatdlaani
Takhod eani kman

Habebi arab
Bos wa bos bos
Zaalan ezal ezal nos nos
Lahsan habaed abaed ah wa nos
Wa hatebaa enta aked khasran

Habebi arab
Bos wa bos bos
Zaalan ezal ezal nos nos
Lahsan habaed abaed ah wa nos
Wa hatebaa enta aked khasran

Mafesh haga tegi keda
Ehda habebi keda
wa argaa zay zman
Ya ebni Esmaani hatdlaani
Takhod eani kman

Lieh dah kol dah
Akhadt ala keda
Enta mabtzhaash malam
Teabt yana yana lyaly hayranah
Ehda baa wa kfaya haram

Habebi arab
Bos wa bos bos
Zaalan ezal ezal nos nos
Lahsan habaed abaed ah wa nos
Wa hatebaa enta aked khasran

De haga moteaba
Ekmeni tayba
Msthmlak wa baali kter
Habebi shof ana sabart kam sana
khadt waeat maaya kbeer

De haga moteaba
Ekmeni tayba
Msthmlak wa baali kter
Habebi shof ana sabart kam sana
khadt waeat maaya kbeer

Habebi arab
Bos wa bos bos
Zaalan ezal ezal nos nos
Lahsan habaed abaed ah wa nos
Wa hatebaa enta aked khasran

Mafesh haga tegi keda
Ehda habebi keda
wa argaa zay zman
Ya ebni Esmaani hatdlaani
Takhod eani kman

Mafesh haga tegi keda
Ehda habebi keda
wa argaa zay zman
Ya ebni Esmaani hatdlaani
Takhod eani kman

Mafesh haga tegi keda
Ehda habebi keda
wa argaa zay zman
Ya ebni Esmaani hatdlaani
Takhod eani kman

10 comments :

  1. Dok kkabo mari sini, jalang kaki jah umoh ambe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owoh.. kalu dok buleh makang free.

      Delete
    2. Tu ah takdok rezeki mung, tp rawsha ni mmg best arabic restaurant penah aku raser. Cuma kdg2 sesetengah menu kena sabar skit nunggu. Sbb tu kena order roti + hummus dulu buat alas perut. Haha

      Delete
    3. kalu umoh dekat... gi oder dulu pahtu kelik mari pulop....

      hahahaa... sedap sungguh makane sining

      Delete
  2. Replies
    1. tu lah. menunggu je lama boleh mencabar kesabaran

      Delete
  3. Itulah ... mula mula ingat kat Kampung Pandan ... sebab pernah ternampak bila lalu nak balik kampung (kita kan membesar kat Kampung Pandan)

    Tapi tak pernah pergi lagi ....

    Nampak macam sedap ... cuma makanan arab nih tak ler terliur sangat hahahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. org malaysia memang buru makanan arab ni... dan kedai kedai mcm ni berlambak2 dah kat malaysia ni.. banyak pilihan.

      Delete
  4. Replies
    1. mampu makan la.. tengok apa yang di order...

      agak berpatutan dengan rasa dan suasana

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...