Tuesday, September 29, 2015

Jom Makan : Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine, D'Pulze Cyberjaya

Aku sebenarnya personally kurang gemar dengan makanan Chinese Muslim. Bukan saja saja tak suka tapi based on beberapa kunjungan aku ke restoran restoran serupa ni, aku rasa makanan jenis ni agak tasteless. 

Bagi aku lah. Orang lain mungkin ramai yang suka.

Tapi satu hari yang panas berdenting dan perut berkeroncong tak berapa merdu, abis meeting member member ajak makan di Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine.


Redha dan rela. Aku follow jer lah.


Kami makan di outlet D Pulze Cyberjaya

Urusan parking memarking semua tak susah sebab ada ample parking dalam mall tu.

Mall tu pun baru dan aku sendiri pun belum abis explore lagi. Next time je la bila bila bermasa. Buat kali ni nak isi perut dulu.

Resto dia agak besar dan banyak meja. Boleh menampung banyak pelanggan pada satu satu masa.

Usha dulu menu menu nya.

Sajian ikan ikanan

Lauk pauk

Ada soft shell crab !

Urusan order orderan bukan aku yang lakukan, jadi aku berserah je lah. Moga moga makanan mereka sedap or at least boleh di makan.

Tapi kalau tengok orang yang ramai, macam menarik jugak la kot. 

Pekerja pun agak ramai dan bermanis muka, jadi menunggu tidak la lama. Tiada juga kebosanan melanda !

Ini set makanan untuk kami berempat.

Buttered chicken

Chicken yang di butter kan

Tomyam untuk kuah kuah sikit

Ceduk sesuka mungkin

Sotong masak pedas

Telur dadar

Kangkung belacan

Nasi putih di lupa jangan

Gambar air lupa nak snappy. Dah teguk abis abisan sebab dahaga kasih dan sayang !

Okey. Aku agak teruja nak rasa butter Chicken tu dan nampaknya tak mengecewakan !

Walaupun tak sesedap butter chicken kat QThai tapi aku rasa not bad. Tomyam pun OK walaupun tewas jugak di tangan QThai tu. Yang lain lain kiranya sesedap rasa.

Alhamdulullah. Kenyang.

Not bad lah. Terus aku berubah pandangan pasal Chinese Cuisine ni. Maybe ada kedai kedai yang aku rasa boleh di terima dari segi kesedapan dan rasanya contohnya Restoran Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine ni.

Yang menariknya... boleh order ikan segar dari akuarium. Pilih je mana yang nak. Tapi hari tu kami tak makan ikan dan tak berkesempatan nak try soft shell crab dia.

Nama saya ikan. Saya cantik. Sila pilih saya untuk hidangan

Homst Recipe Chinese Muslim Cuisine

Kesimpulannya, aku rasa aku bakal repeat tempat ni.

Maybe try di outlet lain dan ajak OR dan budak budak. Hero aku mesti makan penuh gaya kalau nampak butter chicken tu.

Pricewise aku rasa OK lagi. Lauk pauk dia ada 2 sizes, Regular dan Large. Kedai bersih. Service pantas dan makanan above average !

Recommended !

Boleh refer website mereka : HOMST Restaurant - Chinese Muslim Cuisine

16 comments :

  1. Dalam banyak2 menu tu.... Telur dadar tetap diorder..... Sedap ke ....???

    ReplyDelete
  2. Meng;

    Terliurrrrrr .... I lak jenis yang amat suka akan Chinese Foods nih !!!! Arrrgghhh!!!

    Kalau kat sini, Butter Chicken tuh ala ala Indian Food- curry curry gitu !!!

    Memang terliur !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Malaysia ni dah banyak choice for Chiinese Muslim restaurant ni. Yang jenis pure dari china pun ada. siap tarik tarik lagi..

      Dulu kat Chicago ada kedai arab yang makan buffet tu.. ya ampun kalau gi situ duduk berjam jam belasah makan... hehehe

      Delete
  3. Ooo dh buka eh homst kt dpulze.leh la terjah...nyum2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila terjah !!!

      Buat liputan secara langsung utk Siri JJCM kau tu

      Delete
  4. Q Thai mmang tak pernah mengecewakan, Yomyam, Butter Chicken and Udang Butter dia.. Tapi yang dekat Kelana Jaya tu dah tutup... Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. hari tu ada org bagitau dah tutup.

      Tapi cawangan kat lain ada lagi kan? Boleh gi usha lagi

      Delete
  5. Ad no phone untuk book x ? Nak berbuka puasa kat situ nanti

    ReplyDelete
  6. Tapi dalam banyak banyak tak syok sebab ada shark fin soup hm ignorant 😔

    ReplyDelete
  7. Hehe sila singgah juga di Homst recipe Putrajaya ayer@8 . B2-LG-01

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...