Wednesday, July 1, 2015

Jom Makan : Santai Restaurant & Cafe, TTDI KL

Pasti semuanya suka macam the idea of lepak lepak santai dan makan makan sambil bersantai. No?

Santai maksudnya kalau makan tak dikacau dan boleh duduk makan ikut pace sendiri tanpa di perhati. Di tempat yang bersuasana nyaman dan aman dan damai serta tenang macam duduk sorang diri !

Kalau nak sunyi sepi macam tu makan je la dalam jamban ye dok?

Meh kita makan makan santai di Santai Cafe.

Santai Cafe ni tak la asing bagi aku sebab aku dulu dulu macam pelanggan setia dok pegi makan kat sini. Tapi dah lama tak terpegi sebab kadang kadang masa tak mengizinkan dan jadual sebagai artis antarabangsa ni memang padat dengan aktiviti aktiviti seperti tidur dan bermalas malasan !

Tapi hari tu keluar, kami pegi makan tengahari di sini.

Jarang jugak aku makan tengahari kat luar sebenarnya tapi kali ni.. moh la kita !

Santai Cafe dan Resto ini terletak di TTDI

Ni resto dia, satu deret dengan kedai kedai di Persiaran Zaaba di Taman Tun Dr Ismail.

Kedai ni menyediakan makanan siang sampai ke malam. Tapi rasanya malam tutup awal jugak lah. Kena check. Dan makanan yang di sediakan adalah makanan Melayu dan goreng gorengan.

Kedai dia agak cozy tapi kadang kadang pack dengan manusia. Tengok nasib lah

Duduk dan check menu !

Menu

At one time dulu aku gila makan Nasi Goreng Santai kat sini.

Minuman yang di order. Jus Cinta untuk aku dan Milo Suam untuk Hero. Dia tak leh minum ais sebab nanti semput !

Boleh memilih duduk di dalam atas di luar

Ni bahagian dalam. Resto adalah bersih !

Apa aku suka sejak dulu Santai ni adalah servis dia pantas !

Dan tak di lupa.. makanan dia based on aku datang dulu dulu memang sedap. Now checkidaut makanan dia setelah sekian lama aku tak datang berkunjung ke sini.

Kami order untuk makan tengahari.

Sup Ekor.. Bukan untuk aku jadi aku tak tau apa rasanya.. OR kata sedap juga

Daging Goreng Kunyit adalah terbaik ! Aku yang tak makan daging tapi kalau macam ni rupa dia.. aku tak boleh miss ! Sedap. garing dan rangup ! Yang penting tak de bau 'lembu'

Tomyam Campur... Tak abis sebab banyak sangat order lauk sebenarnya tapi certainly not bad !

Telur Bungkus idaman ramai

Menu tengahari kami. Eh sabar ! Ada lagi yang belum sampai

Kailan ikan masin

Udang masak paprik. Sedap tapi sebab dia sampai lambat so perut dah tak de space...

Ini pinggan anak aku. Kalau licin macam ni.. sure dia kata sedap

Tapi bak kata dia selalu.

"Abang semua sedap kalau Papa bawak.. Mana ada abang kata tak sedap"

Tu lah.. Makan memang dia punya forte !

Dan bagi aku, rasa di Santai memang masih sedap. Masih enak seperti dulu. Kos makanan dalam RM 70 termasuk Princess nak dessert itu ini. Makannya tidak juga.

Apa apa pun, one of the best resto and cafe di TTDI bagi yang mencari seleraa masakan Melayu. Rasanya Santai ni ada few outlets di tempat lain. Kena check lah !

Dan jangan terkejut kalau lepak kat Santai ni akan selalu terserempak dengan artis. Seingat aku ada few jugak artis aku jumpa kat sini. Rasanya kat row tu ada syarikat rakaman so banyak la artis melepak lepek di situ. 

Antara aku pernah jumpa adalah Zahid AF dengan Nita OIAM awek dia dulu kat kedai runcit sebelah. 

And as usual... aku tak tegur pung............. 

Kesian Zahid. Serba salah dia. Kalau dia tegur aku kang aku buat bodo dia yang malu. Kalau dia tak tegur aku, mesti dia takut aku tuduh dia artis yang sombong !

Hehehe. Salah kan aku ! Aku memang macam tu.... terkadang terlebih bolayan. Aku selalu buat salah dan lupa diri. 

“Setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan. Namun sebaik-baik orang adalah mereka yang dalam kehidupannya selalu berusaha memperbaiki diri.”



Orang bisa saja buat salah
Orang bisa saja lupa diri
Dan orang itu aku

Orang punya rasa penyesalan
Orang juga mampu ‘tuk berubah
Dan orang itu aku

Aku tak bisa berhenti cintaimu
Jangan minta untuk melupakanmu
Bisa saja ini terjadi padamu
Dan ku akan memaafkanmu

Orang pasti punya sisa cinta
Orang bisa saja memaafkan
Ku harap itu kau

Sedih la pulak lagu dia ni. Tak de pulak dia nyanyi lagu nasyid. Tak pe layan buat santai santai. Bebulan puasa ni jangan berduka lara croft ! Tak elok.

Aku harap entry makan makan macam ni tak menganggu iman readers di bulan puasa. Kalau terganggu sila bagitau, aku tak post entry yang boleh merembeskan saliva seperti ini.

10 comments :

  1. Terima kasih Uncle Meng,
    Kita orang minat yang 'atas' Restoran Santai tu.
    Tau la mana nak tuju kut ada yang balik pencen nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo nak gi teakwando ke? buleh je tu.. tapi kat malaysia ni berlambak2 kot..

      Delete
  2. Makan restoran santai kt rawang...rasanya biasa2 jer..xlah sedap mana.ialah tukang masak lain2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.. ada dgr dia ada cawangan di tempat lain. kat tesco ampang ada satu kot..

      ni maybe kedai original dia. sedap la sikit. kat lain tu maybe tukang masak tak berapa bertauliah.

      Delete
  3. Menarik info ini... maybe satu hari boleh singgah sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah. dipersilakan.

      kalau jumpa artis jangan lupa tegur

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...