Monday, June 22, 2015

Mitsui Outlet Park, KLIA

Selamat berpuasa di hari ke 5 Ramadhan !

Apa kata kita gi shopping? Dah nak raya ni !!!

Ada dengar pasal shopping outlet baru di buka di Sepang nuh? Boleh jadi option untuk shopping raya.

Aku ada la perasan masa lalu lalang nak ke airport tapi tak sure bila buka. Tup tup satu hari tu member ajak ngulor lepas meeting dan usha ke sini.

Jauh gak tu tapi gigih punya pasal.. sanggup !!

Mitsui Outlet Park, KLIA

Kawasan parking

Kat Jepun berlambak dah outlet ni. Kini di buka di Sepang pulak dekat dengan KLIA

Masa aku pegi tu hari bekerja tapi orang ramai juga. Maybe sebab baru di buka. Parking agak banyak keliling bangunan tapi parking dah start kena bayar. No free free.

So dah sampai, mai la usha ! 

Aku memang tak de plan nak bershopping pun. Just nak tengok tengok jer.

Salah satu entrance masuk

When Luxuries always become affordable.

Dengar perkataan luxury tu cuak jugak. Tapi luxury jadi affordable.. hmmm kena tengok gak ni. Mana la tau ada yang menyangkut.

Ruang lantai dia agak besar. 2 tingkat semuanya dan boleh berpusing berjalan dalam dia.

Masih belum banyak outlet yang di buka. Ada la jugak yang terkenal tapi banyaknya aku tak tau !!!

Cozy jugak la dalam dia. Macam dalam mall biasa biasa

Banyak jugak yang belum di buka

Ruang legar utama

Bumbung

Tak jumpa pun kedai kedai so called luxury.  

Pandang bumbung je la

Dan sambung usha sikit lagi

Selebihnya tengok orang

Dan usha kawasan

Ada jugak mall yang start attract orang sampai beratur. Tapi ni semua beratur sebab nak bayar parking !!!

Antara outlets yang ada dan bakal ada

Macam hampeh jer

Seriously aku rasa macam hampeh !

Tak de apa yang menarik. Tak de outlet yang so called luxury pun. Semuanya macam kedai kedai biasa. Macam pegi Alamanda jer. Takde boutique outlets pun. Ke memang aku yang tak kenal nama butik butik hebat ni?

Hahahah. Tak pe lah. Yang penting, lawatan ni langsung tak membawa aku kepada aktiviti shoppingan. Tak jumpa yang menarik.

So aku buat kesimpulan.... tempat ni adalah biasa biasa jer.

Tak de apa nak gebang.

Untuk details outlets boleh refer sini : Mitsui Outlet Park KLIA

Tapi ada few benda yang aku suka.

Space yang luas. Kedai yang banyak dalam satu bumbung. Aircond OK. Laluan jalan kaki yang luas so tak de la bersesak sesak. Kedai makan dan cafe yang nampak macam banyak. Cuma sepatutnya baru bukak kasik la free parking dulu kan? Ni dah kena bayar pastu mesin tak cukup... panjang orang beratur.

Jadi, kesimpulannya... tak menarik mana. Tak melambangkan factory outlets yang aku bayangkan. Johor Premium Outlet di JB lagi gempak walaupun barang barang di sana rasanya stok stok agak lama.

So recommendation aku boleh pegi nak usha usha kawasan. Maybe boleh la shopping untuk raya. Murah tu aku tak pasti sebab aku pun tak usha harganya sebab aku rasa mostly outlets outlets yang ada di sini boleh di temui di mana mana shopping mall di Malaysia ni.

Tapi aku suka ni.

Pemandangan Fuji dari Lake Kawaguchiko. 

Aku pernah duduk kat lokasi yang sama dulu tapi tak dapat snap gambar jelas macam ni.

Tu je yang buat aku jeles !!!! Apakah bermaksud kena pegi shopping kat Mitsui Outlet di Jepang?

Selamat bershopping raya. Jangan membazir sudah.

34 comments :

  1. baru jejak kaki kat outlet ni hari sabtu aritu .. harga tak semurah kat JPO ... kedai2 pun tak brape happening... tapi orang tetap ramai walaupun di bulan pose

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan; lagi nak raya maybe ramai yg pegi. terpedaya dgn iklan

      Delete
  2. sabtu lepas baru plan nak gi usharia jugak tapi tak jadi....sebab nak shopping raya nak cari baju raya kt situ mesti baju yang tak berapa nak raya jer kan...so tunggu nanti2 lah bila kedai dah buka seme.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tunggu bebila kurang org skit nanti baru pegi laaa

      Delete
  3. Aku dah pergi hari tu sebab terpengaruh dengan dengan kawan aku.Sekali pergi hampeh takde yg menarik.Meng nak gi Jepun rupanya dan sila shopping kat sana nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok eh. tak de plan pun nak gi jepun buat masa ni.. nanti2 la

      Delete
  4. pernah lalu....kat konar dari roundabout...nampak perkataan mitsui ingatkan kilang....sekali outlet...
    ada shuttle dari klia atau klia2 ker? kalau tersadai kat airport nunggu flight blh gak pegi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pASTI tapi komen kat bawah kata ada dari klia 2 . so maybe ada la tu kot

      Delete
  5. ada free shuttle kat luar klia2 tu ke mitsui

    ReplyDelete
  6. part luxury tade sgt meng...cuma Bally and Aigner jer la kot kalau nk masuk kategori. tp tempat ni in a way cam shopping mall biasa with all year round sales vs. mall2 lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu agip... boleh compete dgn sogo... tiap2 hari ada sales

      Delete
  7. baik g IOI City Mall kan Bang Meng..tp bolela kot klu nak g usha2 kawasan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.................... org tetap ramai dua dua tempat pun

      Delete
  8. Alasan Meng nak gi Jepun lagi ler tuh !!!

    Hahahahahhaaaaa

    ReplyDelete
  9. baru berangan nak pegiii....tak jadi lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh DJ. kau kena pegi. wajib !! host abadi JJCM kan?

      Delete
  10. Tapi bang meng, ade kedai Jovian kan kat situ.. 30% off.. Macam tergedik2 je nak pi sabtu ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jovian tak sesuai dgn kita kita ni. uols je la pegi... selamat bershopping !

      Delete
  11. T.kasih bang..
    Dah boleh out list la mall ni..

    ReplyDelete
  12. Bini aku dah berkira nak datang sini hujung minggu ni. Nanti aku suruh bini aku baca entri ko meng, selamat aku tak yah nak drive jauh2 bulan pose ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ergh... kalau terpaksa menunggu bosan nanti. dah la tak leh berasap.. good luck bro ! hahahaa

      Delete
  13. hahhaha...informative juga penulisan ni...terus rasa malas nak pegi...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey ! jangan terasa demotivated.. sila pegi !!

      meriahkan majlis

      Delete
  14. lepas dah baca review ni mmg x minat nk jejak kaki ke sana..rasanya Alamanda lagi meriah....nampak suram je kedai2 tu..mulanya bila dgr Luxury takut gak nak terjah al-maklumlah duit x berapa tebal..

    Nasib baik pegi tapi x best..dah le ngulor ye...hikss...jika x lagi berlama lah kat sana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya btol. alamanda lagi ok... dah la sini jauh. tapi kalau alang2 ke klia dan lama nak tunggu org tak salah la nak singgah sebenatar..

      rasanya makan kat sini lebih murah daripada makan di klia2 kot

      Delete
  15. Betapa bengap nye aku bila kawan cakap nak gi Mitsui cari tali kasut...terus aku cakap kaya tu nak ke Jepang semata tali kasut. Ciskek betul rupanya mall baru buka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gila terror la tu tau mitsui tu dari jepun...

      kalau aku langsung tak tau... dulu ingatkan kilang biskut

      Delete
  16. Hari tu mula-mula bukak pegi mcm boring jugak. Tapi lepas semua outlet bukak mcm nice je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarkah?

      good. boleh aku repeat dan usha kawasan lagi lepas ni.

      Trimas !

      Delete
  17. macam pergi Alamanda jer >>>>> kihkihkihhh..kelako ayat tu..haha dulu2 masa Alamanda baru bukak..weolss rasa cam best giler alamanda tu sbb 1st soping complex kat Putrajaya..tp skrg dah ade IOI City Mall, Alamanda tu dah cam xde ape...ahahah.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah yang lbaru akan jadi lama. yang elok akan jadi buruk.

      eh. alamanda happening lagi kah now? dah lama tak gi menjarah ke sana

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...