Saturday, December 6, 2014

Jom Makan : ROA by Jovian Mandagie @ Shah Alam

Korang kenal Jovian Mandagie ni?

Kenal kot. Dia je tak kenal korang? Kan? Apa?? Teman sepermainan?

Aku sendiri.. nama Jovian Mandagie ni tak pernah masuk dalam otak aku sehinggalah masa dia nak kawin hari tu dengan kakak Dafie baru la aku tau. Terfikir jugak.. orang apa dia ni nama ala ala macam sabun basuh tu?

Rupanya beliau  adalah orang Manado ! Mungkin berasal dari sana kot. Aku tak berapa tahu details. Tapi atas sebab ini la... beliau yang terkenal dengan butik baju baju kawin kini bertukar selera kepada business resto.

ROA by Jovian !!

ROA stands for ......

errrr.. aku pun tak tau ! Rogol Orang Asli?

Resto dia terletak di Seksyen 7 Shah Alam.. tapi bukan belah KFC tu.. ni belah Petronas. Kena jalan depan sikit kalau dari Federal Highway. 

Aku ke sini sebab nak celebrate birthdaty MH hari tu. Hanya aku dengan BW jer dan MH lah. Pegi pick up dia then kami datang makan kat sini.

Ayuh tengok menu dan makanan !

Ini lah dia Jovian Mandagie berselindung di balik frying pan.. Malu malu ler pulak. Aku tak cam lak muka dia. Kalau terserempak tepi jalan pun.. aku tak perasan.

Buku menu nya.....

Ada breakfast, lunch dan dinner..Macam tak variety sangat menu dia

Lampu atas meja. Kedai dia agak cozy lah

ID pun cantik

Ni meja meja kosong

Ayuh kita pusing pusing kedai tengok suasana dan susun aturnya.,.

* berpeluh ketiak nak snap gambar ni sebab segan...

Lampu lampa

Kayu kayan

Tampal tampalan. Rekod rekod lama kot

Hiasan dinding

Table setting

OK. Dah abis pusing pusing. Duduk balik dan tunggu makanan tiba. Tak pasti ada free wifi ke tak. Tak check lak hari tu.

Ini ashtray. Siap ada nama dan logo lagi.... 

Makanan dah tiba. Selamat berkudapa.... kudapa ke kudapan? Ke kudaku lari gagah berani?

Mango juice. OK.. ni memang dapat pengiktirafan tertinggi sebab jus buah dia ni sedap. Siap ada mangga betul lagi.. bukan jenis mangga cordial atau tipu tipu. Harga dalam RM 7 segelas.

Nasi Goreng apa benda ntah. Sebab aku cakap makanan dia tak berapa variety sangat.. jadi kami semua order benda yang sama.

Jadi... potensi untuk gambar berulang adalah tinggi ! Set Nasi Goreng dengan harga RM 10.90

Macam tak percaya je kedai ala ala fine dining tapi harga makanan semurah tu?

Ya...

Tambahan lagi, kami order 2 set ayam ni.


Ayam Woku

Ayam Rabe Rica

Sebenarnya ayam Rabe Rica tu dah ada sekali dalam set nasik goreng di atas. Tapi sebab tak check bebetul so order benda yang sama. 

OK. Ini pendapat personal aku okey.

Memula air juice mangga sampai... dan dah di sedut.. tekak rasa riang bukan kepalang. Itu tandanya air tu fresh dan segar bugar.

Then  Nasi Goreng sampai... dah makan sesuap. Pastu aku tanya MH.

"Apsal nasik dia keras? Apa dia letak dalam ni"

Tak de orang jawab. Okey.. aku sangka dia letak sayur ke apa dalam tu rasa macam keriuk keriuk bawang goreng pun ada. 

Tapi last sekali.. kami berjaya mengesan.. benda keras tu adalah kerak nasi ! Motip la goreng nasik dengan kerak nasik? Ke memang stylenya orang Minado makan macam tu? Kerak kerak baru di goreng nasi?

Rasa nasi goreng tu pun agak hampeh sebenarnya............. Nasib baik ada telur goreng dan ayam penambah selera.

Then lauk lauk ayam tu pulak.

Ni lauk lauk ayam yang terlebih order tadi. Satu mangkuk kecik tu RM 7.50 ada 2 size. Kami memang ambik yang kecik.

Ayam kaler putih merah tu OK la. Sama macam kat nasi goreng tadi tu. 

Tapi ayam Woku kaler hijau tu... BW yang makan dulu.

"Eh... macam nak basi"

Aku pun tak nak kalah. Cium jer.

"Dia pakai special herba kot.. tu yang bau macam ni"

Wah.. Nampak tak permainan masterchef yang pegang sudip setahun sekali? Cubaan membijakkan diri. Hahahaha.

Aku ni jangan di tanya bab bab makanan nak basi ke apa. Aku tak reti...  

Apa apa pun aku masih cuba berfikiran positif.

Pastu MH rasa...

"Ya lah.. macam basi "

Jeng Jeng Jeng......................

Makaseh Jovian Mandagie sebab hidang ayam yang hampir nak basi

Tak cukup kat situ... Ada satu hal lagi.

Kan kami order 1 pinggan nasik putih extra nak makan dengan ayam ayam tu.. so order la sepinggan nasik..

Dalam nasi ada bulu ketiak Rapunzel !... ke bulu hidung???. tapi sangat annoying lak

Habuan malam tu. Nasi yang di tinggalkan dek kerana bulu hidung Rapunzel tu

Frankly, Aku tak de la nak memburuk burukkan perniagaan orang. Kalau bagus, aku akan support. Kalau tak bagus.. aku bagi hint ... apa apa pun keputusan adalah hak milik individu. 

Agak kecewa jugak lah sebenarnya. Tapi masa aku nak gi toilet, ternampak lak ni.

Lauk pauk.

Mostly lauk pauknya ada terhidang kat dalam resto. Tak pasti waktu masak tu pukul berapa. Maybe pagi. Maybe siang.. or bila.. tapi time aku makan tu malam.. so kebarangkalian lauk ayam nak basi tu  ada. 

So Jovian Mandagie.. who ever you are... please buat sesuatu untuk restoran ni. Kedai ni baru di buka rasanya.. jadi untuk memastikan kelangsungan business.. benda benda macam ni kena di ambik pedulik.

Or maybe... Jovian just should focus on what he does best. Bukan masak masak lah.
  
Kedai dia di lot tepi

ROA.

Sesapa yang nak pegi mencuba.. silakan. Aku suka ambience resto ni.. tapi bab lain tu aku sendiri pun berbelah bahagi nak recommend ke tidak. 

Tapi sentiasa ada peluang untuk mereka mengubah apa yang tak baik dan menjadikannya lebih baik.

Hopefully banyak improvement untuk restoran ni.

Roa by Jovian Mandagie
1A, Jalan Kristal K/7K, Section 7, Shah Alam

17 comments :

  1. Erk... Br lalu depan kedai ni td...

    ReplyDelete
  2. aku pun dah try makan sini masa baru bukak hari tu,pergi sebab ramai gebang kat IG cakap resto ni best,sekali aku try hampa keciwa,maybe tak kena dengan selera aku kot

    ReplyDelete
  3. Kena bagitau kawan aku ni, dia hantar pie kat sana. Bak kata ko, demi improvement kan. Someone has to point this out.

    ReplyDelete
  4. erk....selalu tgk promote dlm i.g.
    kata fine dining, takkan la hidang ayam basi..
    dah nak bukak chain kat bangsar katanya ROA ni

    ReplyDelete
  5. Aiyooo nasi kerak ok lg..tang basi n bulu ketiak rapunzel tu yg xleh tolerate...karut sungguh meniaga mcm ni...huh.

    ReplyDelete
  6. ker makanan orang Menado memang macam tu eh? tak pernah rasa masakan menado...selalu makan bubur menado jer (ambik nama jerlah).

    ReplyDelete
  7. Ni komen kedua yg mrs nampak orang kurang berpuas hati dengan makanan dia...

    Sayang...restoran dah meletop deconya

    ReplyDelete
  8. Meng ...

    Lari dari topic jap ...

    Cite Myanmmar dah habis ker? Atau you kena ugut dengan serial killer Mynammar katanya ada kat Penang????

    ReplyDelete
  9. erkkk..baru nak try..tak jadik le..uhuu

    ReplyDelete
  10. Iskh... gila ah ado bulu-buluan ni. Potong selera betul. Aku kalo makan nasik goreng yang keras-keras macam tu memang tak berapa gemar, lekat celah gigi!

    ReplyDelete
  11. Amir : apa lagi.. pegi la singgah.. order baju penganin satuh..

    hahahaha



    CC : kau makan apa time tuh?


    BK : betul tu.. aku x try lak dessert hari tu.. mcm tak nampak dessert pung.


    Dz : nak ada chain dah? hmmmm nanti dia bukak kat bangsar aku nak pi check lagi..

    kot menu masih sama...

    ReplyDelete
  12. DJ : tu la.. aku rasa rapunzel tak puas hati baju pengantin dia tak lawa terus dia lanting2 kan bulu hidung dia.. ahaks..


    Nasa : aku tau mariam menado jer... hiks.


    MrsS : betul..

    aku pegi dgn expectation yang tinggi menggunung..

    tapi hampa...

    ReplyDelete
  13. MKL : sah sah la bukan. tu JM tu. kalau aku kena berselindung di sebalik kawah gulai baru orang tak nampak...



    Ghaz : yang slash org kat penang tu dah kena tangkap... apa masalah mereka ntah.

    citer myanmar belum abis.. memang dah susun weekdays jer.. ahad memamg lopong sebab x de content. hahaha


    Miss : eh.. jangan tak jadi..

    kau pegi sekarang !!!


    Ali : Sudah tiba masanya untuk bertukar kepada colgate?

    try merah tu.. sebab model dia fazura.

    ya aw awwww

    ReplyDelete
  14. aku makan cakalang bakar,kuah asam, ayam macam sambal lada pastu sapi goreng pun lada tahap pedas pastu ada sambal roa sos

    ReplyDelete
  15. Apsal aku yg selalu gi seksyen 7 xtau ada resto ni? Iskkk

    ReplyDelete
  16. CC : banyak nya... penuh meja. x pe la kot ada org lain pegi cuba dah banyak improvement kot.


    HB : kau kenapa menjadi warga shah alam yang tak prihatin?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...