Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014 : Azam Yang Gagal

Dah abis tahun 2014.

Dah tercapaikah azam dan impian tahun ni?

Esok, kita semua akan melangkah ke tahun baru 2015. Seperti biasa, semakin hampir dengan tahun baru, semakin ramai orang yang mula menyenaraikan azam tahun baru mereka. 

Tapi bagaimana dengan azam tahun ini? Adakah semuanya telah selesai? Seperti kebanyakan orang, mana-mana azam tahun ini yang masih belum selesai pastinya akan dibawa ke tahun hadapan. Perasan tak?


Persoalannya, kenapa azam tahun baru bagi 95% orang di dunia hanya sekadar satu senarai yang tidak bermakna?

Berikut adalah sebab-sebabnya:

1. Kita membuat terlalu banyak azam pada satu-satu masa

Dalam hal ini, memang tidak boleh salahkan sesiapa. Semangat berkobar-kobar dalam diri ketika menyenaraikan azam tahun baru menyebabkan kita menyenaraikan terlalu banyak azam, yang mana kadang-kadang agak mustahil untuk dicapai. Tetapi ketika itu, segalanya tampak mudah dan tidak mustahil kerana semangat untuk berubah kepada yang “lebih baik” mengatasi segalanya. Benar, semua orang pun mahu menjadi lebih baik bukan? Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang kepada keupayaan kita untuk melakukan segala yang disenaraikan.

2. Kita hanya sekadar menulis tetapi tidak bekerja keras untuk benar-benar mencapainya

Berhenti merokok? Mula bersenam? Makan secara sihat? Lebih keseimbangan dalam hidup? Secara dasar, azam-azam ini bunyinya memang bagus jika kita lakukan. Tetapi adakah kita benar-benar mahukan kesemuanya? Atau sekadar menulisnya bagi memenuhi segenap ruang yang ada pada permukaan kertas? Malangnya, semangat berkobar-kobar ketika menyenaraikan azam tahun baru semakin lama semakin layu. Atau mungkin juga kita berasa azam yang ingin dicapai itu tidak sukar yang hanya memerlukan sedikit usaha. Walaupun begitu, azam tetap tidak boleh dicapai tanpa usaha yang sungguh-sungguh.

3. Kita tidak mulakannya dengan segera, sebaliknya berlengah-lengah

Selepas menyenaraikan azam tahun baru, kita sememangnya tidak mahu terus ‘jump’ atau mulakannya serta-merta. Sebaliknya, kita biarkan masa menentukan sama ada kita bersedia atau tidak. Selalunya, kita akan tunggu ‘the perfect moment’ untuk memulakan sesuatu. Betul tak? Dan akhirnya, sampai ke sudah masa itu tidak muncul. Kita pun mula menyalahkan keadaan sekeliling atau masa kerana tidak mengizinkan kita untuk melakukan perkara-perkara yang sepatutnya kita lakukan. Ya, masa yang salah, bukan kita yang salah. Cuba tanya semula diri kita, bilakah ‘the perfect moment’ itu sebenarnya?

4. Kita terikut-ikut. Apa yang orang lain senaraikan, itu juga yang kita nak.

Ini antara perkara yang paling biasa terjadi. Orang lain nak kahwin, kita pun nak kahwin. Orang lain nak beli kereta baru, kita pun nak beli kereta baru. Orang lain nak kumpul RM20 ribu setahun, kita pun nak kumpul RM20 ribu setahun. Kita terlalu sibukkan perihal orang lain sehingga perihal sendiri tidak terjaga. Ya, mungkin bagus jika kita ikut jejak langkah rakan-rakan kita yang mahu menyimpan lebih banyak wang demi masa hadapan. Tetapi lihat semula dan tanyakan pada diri sendiri adakah jumlah yang disasarkan itu realistik dan boleh dicapai. Sekiranya jumlah itu terlalu besar, bukan sahaja kita rasa mustahil, malah pasti sangat sukar untuk kita memulakannya. Jadi, lebih baik untuk tidak terikut-ikut dengan orang lain.

5. Kita tidak bersedia untuk gagal ketika cuba untuk mencapainya

Antara persoalan yang selalu bermain di fikiran sebelum kita mula untuk melakukan sesuatu ialah, “Bagaimana kalau aku gagal? Apa yang patut aku buat selepas itu?”. Takut pada kegagalan itu sememangnya lumrah manusia yang tak dapat kita elakkan. Selagi minda kita terperangkap dengan persoalan sebegini, selagi itulah kita akan rasa takut untuk mencuba sesuatu kerana kita tidak bersedia untuk gagal. Dan akhirnya, kita tetap akan gagal kerana langsung tidak mencuba. Jadi dari sini, mungkin sesetengah kita merasakan, “Kalau aku buat pun aku gagal, lebih baik aku tak payah buat terus. Sama je.” Maka sebab itulah 95% orang di dunia ini tidak bersusah payah untuk mencapai azam yang sudah dicatat.

6. Kita berhenti sebelum sampai ke garisan penamat

Berbeza pula untuk hal ini. Kita dah cuba tetapi berhenti di pertengahan jalan. Kenapa agaknya? Adakah kerana ia membosankan? Adakah kerana kita berputus asa? Mungkin juga. Ia bergantung kepada tahap ketahanan seseorang sebenarnya. Mungkin kita dah cuba sedaya upaya tetapi masih tidak membuahkan hasil. Mungkin juga kita berhenti percaya bahawa kita mampu melakukannya selepas beberapa percubaaan yang gagal. Oleh itu, kita membuat keputusan untuk berhenti di tengah jalan. Rugi kan? Tetapi sekurang-kurangnya, individu dalam kategori ini masih berani untuk mencuba, lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

7. Kita tidak ada motivasi atau komitmen

Kita selalu mempunyai azam yang tidak membawa apa-apa makna dan cuba menjadikannya satu kenyataan. Masalahnya, azam yang kekurangan asas makna dan kaitan peribadi inilah yang akan menghabiskan tenaga kita. Pada awalnya, pasti kita ada sedikit motivasi yang membawa kita untuk memulakan sesuatu. Namun begitu, motivasi itu tidak pernah kekal. Apa yang kita perlukan sebenarnya ialah sesuatu yang lebih asas, lebih utama dan lebih penting kepada kita. Itulah satu-satunya cara untuk mendapatkan ‘booster’ yang akan menolak kita ke hadapan, memberi keyakinan di dalam diri kita dan memastikan motivasi dan komitmen yang berterusan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Jadi, adakah perlu untuk seseorang mempunyai azam tahun baru? Ia semua bergantung kepada diri kita sendiri. Sama ada kita mahu mencapainya atau tidak, segalanya terletak dalam genggaman tangan kita. Apa-apa pun, selamat maju jaya!

Sumber : Harian Blogger

Bagi aku sendiri tahun 2014 tak de la apa apa yang membanggakan. Aku memang jarang set azam azam ni sebab aku tau capability diri aku yang hangat hangat tahik ayam ni.

So aku jalani hidup seperti adanya. Ada yang mendatang aku tempuh sewajarnya. Redha. Pasrah. Tabah dan bersyukur.

Apa apa pun, hari ni hari terakhir 2014. Alhamdulillah. Kita masih di sini.



Lenaku di buai bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah di bingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepadamu oh kekasih

Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki sepenuhnya nirwanaku

Oh Pedihnya Terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora sindiran asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas
Namun kerana tulusmu
Masih mampu ku berdiri
Demi Naluri yang sama
Kita masih di sini

Inginku buktikan keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki sepenuhnya nirwanaku
Demi kasih dan cinta ku
Aku masih di sini

Lirik oleh Azam Dungun. Azam jugak la...

Tuesday, December 30, 2014

Jom Tonton : Movie Di Bulan Disember

Layan movie di bulan Disember 2014.

Sepanjang bulan Disember aku tengok few movies gak lah. Ketagihkan selalu je nak tengok kalau ada movie best best.

Movie pertama aku tengok adalah..

Gone Girl !

Gone Girl

Tak tau cemana aku boleh tertengok cerita ni. Maybe sebab rating yang bagus kot. So tak de keje pegi lah usha.

Pening sebenarnya cerita ni sebab tak tau nak expect cemana. Ada buku dia dan aku pun memang jenis tak baca buku. Main pegi tengok jer.

Kisah dia mengenai sepasang suami isteri yang menyambut hari ulangtahun ke berapa ntah. Tup tup pagi tu suami dia keluar rumah dan balik tengok isteri dia tak der. Suami dia suspect wife dia kena culik or hilang. So dia pun berkerjasama dengan polis dan orang ramai untuk mencari wife dia ni.

Tapi sebenarnya wife dia memalsukan kehilangan dia dengan meninggalkan bukti bukti yang boleh mensabitkan husband dia ni sebab wife dia nak lari dari husband dia ni.

Pening la jugak cerita ni. Kejap aku ingat laki dia jahat. Pastu aku fikir bini dia yang jahat. Sampai nak last baru tau yang sebenarnya.......

Ehem ehem yang jahat. Psycho gila. Ending dia akan buat kita terfikir.....

"Apa harrrrrrrrr.........."

Tak leh bagitau ending cemana. Kalau nak tau gi tengok sendiri. Tapi cerita dia menarik lah.

Cuma lepas tengok movie ni orang yang belum kawin akan fikir balik patutkah dia kawin? Dan kalau orang dah kawin pastinya akan mempunyai fikiran yang sama yang sentiasa berlegar legar di fikiran dam minda.

"When I think of my wife, I always think of the back of her head. I picture cracking her lovely skull, unspooling her brain, trying to get answers. The primal questions of a marriage: What are you thinking? How are you feeling? What have we done to each other? What will we do?"

Aku bagi 7.5/10. Dah abis kot kat wayang. Cari DVD/Stream je lah or tunggu ASTRO kot ada. Ada orang kata Ben Affleck bogel dalam cerita ni. Ada ke? Aku tak perasan pulak.

Sebelum tu gi makan kat PapaRich.

On diet dua dua. So makan benda ni jer.... pastu balik rumah lapar !! Jilat periuk.

Movie ke 2. 

Salah satu movie yang aku tunggu tunggu dan aku memang tak missed trilogy prequel ni dari episode pertama lagi.

The Hobbit !


Hmm. Tajuk pun pasal the battle of the five armies. So expect perang dari mula sampai abis. Jalan cerita tak de la epic sangat. 

Layan je lah. At least ini penamat prequel Lord of the Ring.

Aku kasik 8.5/10. Aku lebih suka yang episode no 2 tahun lepas. The Desolation of Smaug.

Kalau belum abis, sila gi tonton di pawagam !!


Aku layan Hobbit ni tengok Full Frame 3D.

Spec dibekalkan untuk 3D movie. Aku sebenarnya tak berapa gemar tengok movie 3D sebab akan menyebabkan pening. Tapi cerita ni terkecuali sebab nak real. Pening jugak la.

Masa tengok The Hobbit ni makan ayam penyet. Makan dengan rakus dan pantas !

Movie ke 3.

Ha......... Night at The Museum - Secret of the Tomb.

Ni tak leh gi tengok berdua. Kang ada yang jaki. So kerah semua belaka si kecik kecik untuk menonton sama.



Overall aku tak berapa enjoy sangat this movie. Sama je macam yang dulu.

Maybe sebab mengantuk. Budak budak je layan tu pun Princess bosan jugak, 3-4 kali ajak balik.

Apa apa pun... sapa nak menonton boleh la layan. Aku kasik 7/10.

Selamat menonton....

Monday, December 29, 2014

Jejak Myanmar - 20 - Yangon : Bye Bye Myanmar

Dek kerana sakit perut dan nak terberry berry. Aku berry kat airport !

Haa... bukan senang aku nak berak di tempat awam. Tapi ni kira dah darurat lah ni. 

Masuk boarding room dengan kelegaan. Senyum lebar.

Malangnya flight delay pulak.

Flight yang dari KL sepatutnya sampai pagi tu tapi delayed sebab cuaca buruk. So terpaksa la menunggu.

Nok Air.... Kelas kau nok !

Flight Air Asia.. tapi yang ni ke Bangkok

Myanmar Airlines...

Penantian adalah satu penyiksaan. Hahah. Lama jugak la menunggu. Berkali kali aku pusing kedai kedai kat Duty Free tu tapi tak beli apa apa pun. Tak tau nak beli apa plus mahal gila.

Masa ni lah datang penyesalan tak beli FM kat Scott Market hari tu. Isk. Dah aku kekurangan FM di Myanmar ni. Kat airport harga mahal nak mampssss.

Then... flight dari KL sampai.. lepas buang orang.. baru la kami di persilakan masuk.

Dah tak sabar nak balik Malaysia nih.

Sebab dapat seat tepi tingkap.. aku layan view je la...

Yangon dari udara

Bago River dan Yangon City

Lembah dan lurah

Bye bye Yangon

Lepas take off tu.. pilot bagi amaran cuaca kurang baik. Nampak awan tebal bakal di tempuh

Kapal terbang dah masuk dalam awan tebal. Ada sekali tu aku perasan sayap kapal terbang kena sambar kilat !!! Gila terkejut sekejap. Tapi tak de apa apa lah....

Pastu perjalanan dah smooth. Tapi.. aku perasan.. kapal terbang melencong sampai ke Selatan Thai dan balik ke KL ikut Kelantan !!!

Belah timur semenanjung.... punya la jauh berpusing dek kerana cuaca tak bagus

Dah nampak KLIA2. Landing time........

View sebelum landing. The Avani Sepang Goldcoast Resort. Ni baru betul dari Bagan Myanmar ke Bagan Lalang.

Pastu pusing lagi sampai ke PD. Nampak Thistle Hotel PD

Ni tak pasti apa.. Politeknik PD kot

Selat Melaka

Port Dickson

Punya la berpusing pusing tunggu queue agaknya.. akhirnya masa untuk landing

Landing time.....

KLIA 2

Dah selamat tiba....

OR tunggu kat airport dengan budak budak. Memula nak ajak dia orang jalan jalan dalam KLIA2 tu.. tapi sebab aku yang keluar dulu so malas nak parking kereta dah.

Dia orang pick up then kami singah makan Mc D kat Petronas KLIA.....

Then balik rumah dengan jayanya... penat jugak la tapi aku puas hati. Bagi aku Myanmar ni satu negara yang perlu di explore. Banyak tempat menarik ... dan orang nya baik baik juga.. 

Trip Myanmar ni menjadi satu lagi kenangan perjalanan yang tak akan dilupakan..............  Kalau perlu repeat Myanmar, aku akan cuba ke Mandalay dan Inle Lake pulak. Insya Allah.

Terima kasih Myanmar, aku pasti akan selalu teringatkan bumi mu. Semoga kita bersama lagi.



Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Ingatkah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu

TAMAT.

Saturday, December 27, 2014

Jom Makan : Wong Solo, Shah Alam

Kita makan dulu.

Suka kan ayam penyet? Rindukan ayam penyet? Apa ....bapak ayam? 

Hah... banyak kedai Ayam Penyet di Malaysia ni.. tapi salah satu kegemaran aku adalah di Wong Solo. 

Ini bukan la trip kali pertama. Sebelum ni memang pernah pegi.. tapi aku Wong Solo ni.. kat Shah Alam ni je la yang aku pernah pegi.

Hari tu keinginan memuncak nak makan ayam penyet, sewaktu cuaca hujan renyai renyai kami keluar rumah dengan misi................. men-skodeng peha peha yang sexy !

Ke Shah Alam kita. Ni hospital baru Shah Alam.. macam dah lama jer tak siap siap. Kesian warga Shah Alam...

Sebenarnya gambar di atas tu sebab nak cari parking ! Ada open space kat lot kedai di Seksyen 7 tu

Ini la Wong Solo Shah Alam  kaler hijau. Ada parking kat depan kedai, tapi macam biasa la.. penuh !

Ni pintu masuk kedai.... pekerja dia pun ramai dari seberang. Check waktu operasi tu

Orang agak ramai.. Sepanjang aku datang sini tak pernah la orang tak ramai...  Maybe ramai orang sebab memang sedap la kot.

Buku menu.. check dulu

Pelbagai aneka menu disediakan. Oder saja

Ini adalah belon anak aku...

Orang memang ramai. Nak dapat tempat duduk agak bercinta lah. Ikut nasib. Kalau tak terpaksa la tunggu orang bangun dan cepat cepat pegi ambik seat tu. Kalau agak agak ada orang lain, sila buat pengsan tepi meja.. Nescaya dapat seat tu tanpa ragu ragu.

Tak ayam penyet la kalau tak de sambal....

Walaupun orang agak ramai, tapi servis dia tak de la slow mana. Kira OK la... tunggu kejap je then minuman sampai dulu.... Aku nak order Jus Avocado tapi dah kehabisan. Last sekali minum Es Buah saja

Duduk, tongkat dagu. Usha usha orang kiri kanan...jadi tukang tiup belon then makanan pun tiba.

Tuan tuan dan puan puan, ladies and gentlemen, tukang batu dan tukang simen, kapten Marvel dan Superman...

Dipersilakan................ 

Cumi Goreng

Ayam Bakar Penyet. Seksi tak peha dia?

Sayur kangkung

Udang masak petai

Sambal ikan bilis. OK aku hitaly yang exotic makan tempe.

Menu menu hebat dan tampak menyelerakan

Nasi putih di lupa jangan Peha ayam yang seksi masih kelihatan. Sangat memukau bila bersalut cili....

Nasi Goreng untuk Hero

Verdict..... makanan sedap dan menyelerakan.

Tetapi !!

Pedasnya tahap boleh cirit birit depan kedai ! 

Pedas gila. Rasanya paling pedas sambal ikan bilis tu.. Sambal ayam penyet dah confirm la pedas. Bagi warga Italy macam aku yang tak berapa makan pedas ni memang silap silap boleh meraung dengan kepedasannya. Nasik Goreng tu pun pedas. Hero makan sikit dan sebab pedas dia tak mahu dah. Anak bujang aku macam papa dia jugak feel feel omputih walhal kulit berkarat..

Last sekali Hero pun makan nasi putih juga. Princess je tak makan alasan pening kepala ! Ada ada je dia tu kalau tak nak makan.

Apa apa pun Alhamdulillah. Kenyang. Sedap dan harga agak berpatutan jugak lah. 

Semua sekali makan dekat RM 90.

Ke tak berapa berpatutan?

Mahal sikit sebab kami ambik ala carte kot. Kalau set Nasi dengan Ayam Penyet standard tu.. harga dia cuma sekitar RM10 - RM !5 sahaja.

Cashier

Highly recommended.. cuma kena banyak bersabar sikit sebab kadang kadang ramai orang.

Restoran Wong Solo
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam, Malaysia

Ayuh ber reggae sambil meratah peha sexy di Wong Solo. Happy weekend dan berhati hati di musim hujan nih.



Bengawan Solo, riwayat mu ini
Sedari dulu, jadi perhatian dewi Sari

Music kemarau, tak berapa airmu
Di musim hujan air meluap sampai jauh

Mata airmu dari Solo,
Terkurung gunung seribu
Air mengalir sampai jauh
Akhirnya ke laut

Itu perahu, riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu
Naik itu perahu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...