Tuesday, December 3, 2013

Trick Art Museum, iCity

Ini details daripada entry hari tu.

iCity Shah Alam

Kalau sesiapa ke iCity, jangan lupa ada satu tarikan terbaru di sana yang aku rasa sangat menarik untuk di kunjungi. Mungkin ini first di Malaysia. Aku pernah dengar tempat macam ni ada di Jeju Island, Korea Selatan tapi masa berkunjung ke Jeju dulu tak de masa nak masuk muzium muzium ni.

Jadi, kunjungan ke iCity memang tak dilepaskan lah peluang yang ada untuk masuk ke muzium ni.


Lokasinya terletak dalam iCity Park dekat row kedai kedai belah attraction games tu. Unit paling hujung sekali maka nanti bertemu la dengan tempat ni.

Bayaran masuk? RM10 satu kepala. Budak budak RM 5. Budak kecik tak kena lah. Lagipun nasib tak kena kalau tak rugi je sebab Anak Dara aku tu ketakutan dalam ni.

Gambar gambar di sini di lukis dari posisi tertentu yang boleh mencipta ilusi optik. Kalau kena caranya memang boleh nampak macam real.

Muzium Trick Art ni mempamerkan 5 tema lukisan 3D termasuk Masterpieces, Egyptian, Marine Life, Animal Kingdom dan Modern Classic. 

Di buka dari jam 11 pagi sampai ke malam.

Moh masuk la tengok apa yang ada.

Hero baru nak mengambik tempat

Masuk masuk akan bertemu dengan lukisan lukisan masterpiece dulu.

Sebab masuk masuk je ruang rumah kedai ni agak sempit dan orang agak ramai, jadi bertempek tempek la manusia dalam ni. Nak ambik gambar pun susah. Kang baru nak snap, ada yang lari sana, jalan sini. Bising tu tak payah nak cerita lah.

Lagi lagi kalau orang macam aku ni kalau nak ambik gambar kena aim lama sikit. So either aku yang kacau orang nanti or orang yang kacau aku. Sudahnya malas lah !

Lukisan lukisan ni di sekitar dinding, dan ada gambar kecik di setiap lukisan ini untuk memberi idea cemana nak beraksi. Boleh je nak tiru dan kalau ada idea yang lebih menarik belasah je lah. 

Cuma sebab orang ramai, aku rasa kat level bawak ni agak senak sikit.

Tangkap la kasut tu 

And then lepas tu di floor yang sama baru la ada area Egyption.

Macam biasa nak mengambik gambar adalah rengsa sebab orang ramai. Aku ambik mana yang ada je, lagipun Hero dah tak sabar sabar nak naik ke atas.

Sini ada part yang meniti atas titi, tolak pintu Firaun etc. 

Posing macam Firaun sambil makan anggur tak perlu kan ilusi optik, semua orang boleh buat dengan syaratnya buat kat rumah !

Nak tumbuk atau nak terajang?

Bila naik atas tu baru la clear sikit. Orang tetap ramai tapi ruang atas tu kiranya penuh ruang lantai dan agak luas. Lukisan pun terbahagi kepada beberapa division tersendiri so boleh la usha mana yang tak de orang dulu. Tapi nak kena beraksi dengan cepat dan pantas lah.

Actually gambar ni terbalik. Kiranya Hero meniarap je tu

Part part animal ni Anak Dara dah menjerit jerit takut.

Pastu mula la tak nak berjalan. Satu hal pulak nak pujuk dia. Nak suruh dia jadi pelakon tambahan pun dia tak mahu. Sudahnya, layan layan macam tu je lah.

Nasib Hero sedia menjadi pelakon.

Bagi la makan zirafah. Nampak gambar kecik kat sebelah sebagai idea

Haaaa. Anak Dara aku terus meraung !

Matador anyone?

Berani kau kapak kan pokok ni?

Gajah gajah

Dan seterusnya layan je gambar gambar di bahagian bahagian lain.

Kiranya banyak jugak la koleksi yang ada. Aku pun tak ambik semua sebab ramai yang menunggu. Pastu bila beraksi kang jadi tatapan umum je. Nak buat keji keji dan aksi bongok bongok pun segan.

Meow

"Hey Jerung, let's fist fight !!"

Actually ada buaya kat depan ni. So duduk atas pelampung tu dan buat muka ketakutan

Berebut duit RM100 dengan octopus

Ruang pameran dan lukisan yang ada

Ini part yang tak ramai orang tapi lukisan dekat dekat kalau nak fully capture the art tu mau la makan space jugak nak kena berdiri jauh jauh

Any idea?

Sediakan payung sebelum hujan !

Nak curi buah? 

Atau tadah duit?

Atas bersedia untuk di lembing kan? Over jugak aksi anak aku ni.

Jemput minum

Belayar di samudera ( posisinya bergambar sebelah awek tu )

Spidermeng !!!

Ilusi optik

"Help !!!"

Posing je la ikut suka hati...

Pendek kata tempat ni memang menarik !

Panjang pun kata tempat ni menarik !

Cuma mungkin, kalau boleh pihak pengurusan limitkan orang yang masuk untuk certain certain time tu beberapa orang je then selagi yang tu tak keluar yang lain jangan masuk. Buat macam kat boutique LV ke Coach tu ke kan? Hahahaha.

Apa apa pun, sila lah berkunjung ke sini jika ke iCity. So much fun and very entertaining.

6 comments :

  1. Ada sipermeng.....bila nak post ala-ala supermeng...anak teruna dah besar....karate kid...memang teruja dengan tempat itu...

    ReplyDelete
  2. Aku yg dekat ni pon x sampai2 hahahahaa....bila tah nak gi pon xtau...

    ReplyDelete
  3. aiseh kena bawak anak sedara dtg ni...tapi jenuh nak membayar hahaha!

    ReplyDelete
  4. MKL : Tak de lak supermeng. kalau ada aku dah terlebih poyo-sing kat situ.

    HB : kau ni dah kenapa? Cepat pegi !!! org dari ceruk rantau kampung mana pun dah sampai situ...

    Biq : hmmm tu la kalau ramai ramai kena fikir banyak kali tu...

    or kena sign agreement.. sorang satu ride..

    hahahaha

    ReplyDelete
  5. NanaD : tu je la model yang ada.. kalau x pandai pun aku sebat jugak ler...

    yang penting model percuma..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...