Tuesday, December 17, 2013

Jom Makan : Tony Roma's, Setia City Mall | Frozen

Dalam banyak banyak kedai western kat KL ni, aku belum pernah makan kat Tony Roma's.

Kampung tak aku?

Salah ayat tu sebenarnya... rephrase..

Banyak lagi kedai kedai western yang aku belum try di KL ni. Salah satunya adalah Tony Roma's.

Memang kampung kan aku?

Hahaha. Sebenarnya dah lama berkeinginan tapi sebab aku fikir situ banyak steak dan benda benda berdaging so aku malas nak pegi. Aku ni kalau tengok daging ni hanya mampu memandang sepi jer lah.

Tapi aku dengar jugak orang cakap steak apa benda tu sedap di sini.

Jadi. Berkesempatan merayau baru baru ni aku ajak la semua makan di Tony Roma's ni. Kami makan di Setia City Mall.

Tony Roma's Buku Menu

Fiesta Platter - RM 148. Pengsan

Mocktails. Ni special meal sempena Christmas kot. Aku order Miami, Hero ambik Zesty Apple dan OR ambik Cranberry Fizz.

Suasana dalam kedai,. Aku agak hampa sebab kat sini tak de smoking table !

Dinding

Budak budak menconteng sementara tunggu makanan sampai

Ini bukan makanan. Ini  Princess mengamuk nak beli tadi. Lampu Suluh !!! Apa motip dia ntah. Sebab nak beli adalah warna pink ! Bila suluh keluar gambar kasut.... * Papa picit kepala 

Kids Menu

Appetizer - Roma Sampler - RM 39.90

Minuman. Bread tu FOC

Flatbread - Hero suka ni, dia kata sedap

Shrimp Pasta. Aku punya

Ribs - OR punya

Macam biasalah kalau kat luar aku suruh je OR makan daging sebab kalau kat rumah dan aku ada memang tak de chance la nak masak daging sebab aku tak makan ! Tapi dia makan tak pernah abis pun dan aku pulak tak reti nak mengecek daging daging ni. Hero suka laaa makan daging, dan aku selalu marah dia tak bagi dia makan banyak daging merah ni.

So verdictnya...

Hmmm. Bagi aku biasa je. Banyak lagi kedai kedai lain yang sedap kot cuma Tony Roma's ni brand dah established. Expectation aku pun tinggi sikit tapi agak hampa kecewa jugak.

Ribs tu OR kata kat Kokopelli lagi sedap. Pasta tu pun aku rasa dekat Bubba Gump lebih menarik.

Apa apa pun, dah try sekali. Tak de terasa nak mencuba lagi. Tak tau la kot kalau ada orang nak belanja aku boleh la try menu lain.

Cost makanan semua RM264.70.

Agak mahal dan macam tak berbaloi.

Sorry Tony... cuba lagi !

Acara makan makan kat luar ni selepas pegi tengok wayang sebenarnya.

Budak budak dah lama bagitau nak tengok cerita Frozen. Aku ni pun paksa rela la. Pagi sabtu tu Hero dah bising bising ajak keluar nak tengok wayang. 

Princess siap dok menyanyi...

"Bebaskan.. Bebaskan...."

Bahana tengok iklan kat TV la tu.

Aku book tiket online dah pegi la usha semua.


Tengok yang versi Melayu punya ada suara Marsha dengan Liyana Jasmay. 

Aku dah plan, kalau tak best aku nak tidur je. Awal awal tu aku nak tergelak jugak sebab cakap Melayu. Tapi... lama lama layan gak la cerita ni. Hahahaha. Sebab Disney kot so kartun dia nampak berjenis sikit lah. Paling best masa dia bina istana ice tu, fuh.. terus aku terkesima nak tengok.

Terus tak jadi tidur dalam panggung wayang.

Apa apa pun........ budak budak suka cerita ni, so aku rasa OK lah jugak. OR pun suka citer citer magic ni. Hero siap ajak nak tengok sekali lagi. Princess aku cakap.

"Papa. Adik onok la engok wayang" ( adik seronok lah tengok wayang )

Haaaa... Padan la lepas ni dia mengaruk nak ajak tengok wayang memanjang.

So, promosi free ni. sila pegi tonton !

Sebenarnya aku nak tengok cerita The Hunger Games - Catching Fire tu, tapi tak de orang nak teman.

Stress.



Bebaskan bebaskan
Tak dapatku pendam lagi
Bebaskan bebaskan
Mulakan hidup baru

Salju putih menutupi malam
Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya

Jangan sampai mereka tahu
Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku

Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

9 comments :

  1. lawaknya lagu bebaskan tu! hahaha tak pernah tahu pun ada versi malaysia. tapi agak ok. not bad.

    ReplyDelete
  2. aku rasa ok jer steak kat sini cumanya ye, ada tempat yg lagi sedap la kot...

    ReplyDelete
  3. ohhh makanan org2 kaya ni...x mampooo nak makan kat sini...

    ReplyDelete
  4. Skali-skala boleh le nak makan kat sini... tapi gambo abg meng yang menaikkan selera...

    ReplyDelete
  5. haha. meng aku pun x pnah sampai sini.

    btw. shud go watch catching fire tuh...terbaek beb.

    ReplyDelete
  6. SM : aku pun dengar budak budak tu dok nyanyi.. bila tgk kat tv baru la perasan lagu tu rupanya...

    Biq : Agaknya la kan mak esah.. sebab aku ni x gemar makan steak. so pandang sepi je.. sapa belanja aku untung la sebab aku tak ambik meal mahai2 tu...

    HB :.. mampu kot. kau pegi order air je pastu ambik feel...

    hahahaha

    ReplyDelete
  7. AP : sekali sekala makan kat tempat mcm ni ok la. kalau sekali dua kala.. memang merana jadi nya....

    gambar pakai iphong je pong...

    Agip : nanti pegi la.. ajak paris hilton berdating. hahaha..

    aku dah tengok hunger game tu. nanti aku update.....

    ReplyDelete
  8. lorr..kau salah pilih menu tu...datang Tony Roma's jangan makan benda lain selain Beef Ribs atau Lamb Ribs...Pasta dia yg sedap Pesto apa ntah namanya. Tu je yg sedap.

    Aku suka beef ribs dia pastu bila aku try lamb ribs dia, pehhhh..paling sedap aku pernah rasa...

    aku yakin kau salah pilih menu je.. :D

    ReplyDelete
  9. Fanta...

    aku tak rasa beef dan lamb apa semua tu sebab aku x makan... so ikut kata org la. OR aku kata tak sedap..

    tekak masing masing...

    nanti kalau aku terbuka hati nak makan beef aku try menu ko nih.

    thenfksss

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...