Wednesday, October 23, 2013

Jom Makan : Satay Hut, Tanjung Karang

Jom !

Masih lagi di negeri Selangor, kali ni aku nak bawak makan lagi tapi kali ni ke Tanjung Karang, Selangor.

Apa ada di sana??

Mesti tu soalan bermain di minda masyarakat kan?

Tak de apa sangat sebenarnya, tapi kalau kebetulan berada di kawasan segitiga suasa Kuala Selangor, Sekinchan mahupun Tanjung Karang ni, sudi sudikan la kiranya singgah untuk menikmati satay yang sangat popular di sini. Satay Hut !

Actually tu lah nama kedai nya.

Aku tau kedai ni, sebab masa on the way balik dari Pangkor dulu lalu jalan lama ni, masa time lalu kat sini, Hero pegi baca papan tanda tu, dia sebut.


"Satay Hut"

As Hut tu bunyi dia macam Hood. Tu yang buat aku tergelak tu.

Bila balik aku riki riki, rupanya orang kata satay di sini sedap !!

Orang kata ! So aku pun nak rasa la sendiri, betul ke macam apa yang orang kata tu. Aku mudah dengki kalau orang makan sedap dan aku tak dapat makan. Jelesi bebeh. Jadi kena pegi riki Martin !!

Gigih nak merasai satay tersedap di Tanjung Karang ni. Dengan harapan dapat menemui sate terbaik yang pernah aku lantak-i.

Meh.

"Adik ! Kejappp.. papa belum ambik gambo lagi !" Hahaha. Kesian anak aku tu. Baru nak makan popia.

Actually popia ni OR dah goreng siap siap buat bekal dalam perjalanan. Kot la lapor lama sangat nak sampai ke Tanjung Karang nuh !

Apa ni?? Kad kawin. Ada jemputan kawin minggu berikutnya  

Sign Satay Hut tepi jalan

OK. Dari LATAR terus ke Kuala Selangor. Kalau dah lepas Kuala Selangor, nanti jalan terus sampai ke Tanjung Karang. Dekat pekan Tanjung Karang tu sebelum hospital adalah Satay Hut ni. Kalau dari Kuala Selangor kena u turn lah kat hospital tu.. Eh, tak leh u turn, masuk kanan dulu then u turn sebelum masuk wad emergency dekat hospital Tanjung Karang tu.

Pepandai ler... asal sampai. Apa apa pun kena berhati hati, kang accident silap haribulan masuk emergency room terus.

Kiranya kalau nampak sign tu memang dah sampai lah.

Senang cakap, kalau dari Kuala Selangor kedai ni belah kanan. Sebelum hospital Tanjung Karang.

Kalau dah sampai, menjerit la dengan riang tanda gembira !!!! Lagi kuat lagi bagus. Effek tepuk tepuk dada 3 kali tanda bangga dan riak adalah sangat perlu.

Jangan lupa tu.

Ni ruang kedai nya....

Ada kolam ikan. Besar bagak ikan ikan dia...

Ada toilet dan surau. Boleh tumpang kencing mahupun berak !

Waktu kami sampai, tak de la ramai sangat orang. Tapi ramai jugak la kot lepas lepas tu. Time tu dalam pukul 5 petang lagi. Memang saja singgah untuk jamah satay di sini. Mana la tau kot sedap.

Sampai je duduk dan lambai lambaikan tangan kepada pelanggan lain tanda kita adalah mesra alam. Kalau orang buat bolayan... baru kita order. Kalau orang bagi feedback, teruskan melambai dengan mesra.

OK. Satay dia cuma ada satay ayam sahaja.

Dan satay dia ada 2 size. Besar dan kecik. Sebab tak leh nak imagine besar tu besar mana, aku order je la yang besar 5, yang kecik 10. Tup tup sampai terbalik !

Kecik 5, besar 10. Belasah je la makan.

Ini satay size besar. Besar betul la....

Yang belah sini size kecik....

Beza tak satay besar dengan satay kecik? Kami order nasik impit sekali...

Ini satay kecik dan kuah kacang

Mee Bandung

OR order Mee Bandung... dia nak makan. Nampak macam sedap, tapi bila dia makan dia tak suka sebab kuah dia berkacang. Last sekali aku jamah sikit then Hero makan sikit. Mee dia putus putus.. tak leh nak slurrpppp panjang panjang.. Rasa.. so so jer lah. Harga RM6 satu.

Tapi cuba tengok ni. Anak anak aku terus histeria bila tengok ABC dia !!!




Leleh tak? Hahahah saja buh gambar banyak banyak kasik tangkap leleh...

Hahaha. Macam banyak sebenarnya. Susah budak budak tu nak makan. Harga nya RM3.50.

Aku jamah sikit je sebab manis sangat, aku tak minat.

Baki 2 batang size besar

Makan satay lebih kurang.. tinggal 2 batang yang besar ni tak abis. 

Rasa tebal sangat dengan isi ayam semata mata so kurang jugak la.. Better order yang satay kecik jer.

Lepas makan jangan lupa bayar. Bayar di kaunter tu

Ni harga untuk satay dan ketupat... ( tetiba ada maaf zahir dan batin )

Kerja kerja pembakaran secara terbuka...

Satay satay menunggu giliran untuk di bakar

Ini lah kedainya...

Untuk tempahan boleh la hubungi......

So. Mesti nak tau, adalah berbaloi baloi gi makan Satay Hut ni??

Hmm. Bagi aku lah, kalau kebetulan ada di sana, boleh je singgah gi makan. Kalau semata mata nak pegi makan, tak payah lah. Lain la kalau gigih macam aku. Tapi aku memang saja saja nak gi berjalan, sambil sambil tu boleh gi tempat lain pulak. Kiranya ni tempat pertama kami singgah hari tu. 

Satay dia OK jugak la kalau yang size kecik tu. Yang besar tu macam kenyal sangat dengan daging ayam semata. Rempah dia pun rasa biasa biasa je. Kuah dia pun tak de la marvelous mana. So overall, bagi aku biasa je. Bukan la satay tersedap yang aku pernah makan setakat ni. Tidak jugak aku kategorikan top 5.

* sorry.

Anyway, tak salah kan mencuba untuk kelainan. Ada jugak goreng gorengan di jual. Nampak macam ramai orang order. Maybe sedap ler kot.

Sapa sapa nak feel feel jadi Sundal Bolong hirup kuah satay.... boleh try !! Yang lain lain pun sila mencuba !!!

Choba kau choba.....

14 comments :

  1. bila nak mkn satay pak ein?? siap bakar spesel utk ko sekeluarga ha nok...aku nk blk nx week! yeahoooooo!

    ReplyDelete
  2. Muhammad, sundal bolong tu hantu Indon yang belakang berlubang tu... Meng, thanks for information.

    ReplyDelete
  3. aritu dah dua tiga malam ade kawan kat ig duk post gambar makan satey hut ni skali dgn abc dia. pffft! abc dia mantap! satey dia agak mahal. aku suka makan satey urat ketin kat bangi tu. sedap!

    ReplyDelete
  4. satay ayam jek dorang jual?? mcm x berbaloi jek kalau nak gi...tgk ABC tu mmg menggelupur la org yg ada kencing manis lepas makan hahahahaha....

    ReplyDelete
  5. ABC tu cam sedap jek..nnt la kalau kalau ada orang ajak makan kenduri area situ..leh singgah gak ngan TL.Ciku suka makan popia..popia yang best kat secret recipe alamanda tu..haha..berbaloi tak makan popia secret recipe..hihi..memang cantik dan sedap..ada udang dalam tu.Nak buat sendiri..balutan gulungan ciku tak kemas lak.hoho.

    ReplyDelete
  6. MKL : sundal bolong adalah hantu indon yang keje nya hirup kuah satey...

    Biq : Nyum nyum nyum... bila la nak rasa satay pak ein ni..

    nak kena pi taiping la nanti...

    tungggu............

    AP : sama sama.. sila pegi try test cuba

    ReplyDelete
  7. HF : apa nama satay bangi tu?? aku nak try satay willy tak terchoba choba lagi...

    HB : tu la. aku terkejut jugak bila dia kata ayam sahaja...

    so ayam je la kot....

    ABC memang boleh buat terpotong kaki kalau kencing manis...

    Ciku : blom cuba lagi popia SR... nanti la aku cuba...

    balutan gulungan.... menarik ayat tu

    ReplyDelete
  8. satey tu namanya urat ketin. skali dgn kedai sup urat ketin kat bangi sekyen 7. satey willy tu bagi aku dah tak sedap dah pegi aritu. kualiti dah drop dah

    ReplyDelete
  9. HF : aku belum try Willy tu. nak kena try jugak nanti..

    urat ketin tu.. hmm aku x suka kot

    ReplyDelete
  10. Satay ayam je ada. Boleh la thn..Pernah try ABC dia.. Nk mkn pon takot.. Byk Sgt warnanya.. Hehe.. Sdp plak bunyi urat keting tu.. Nk cari lah

    ReplyDelete
  11. US : rasanya dia jual satay ayam saja.. satay lain tak der....

    ReplyDelete
  12. Sundal tu...wanita yang mati dirogol seperti pelacur. Bolong tu org jawa ckp 'berlubang'...mean...hantu wanita yang depannya cantik tp belakang badannya berlubang...hirup kuah sate...keluar balik ikut belakang...

    ReplyDelete
  13. Azazt : Ya.. terima kasih kerana menerangkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...