Friday, October 25, 2013

Menunggu Sunset di Pantai Redang

Pernah dengar nama Pulau Redang?

Of chos la.. pernah ! Kalau tak pernah tu memang melampau lah.... ( applicable for Malaysian ).

Tapi. Pernah dengar Pantai Redang?

* bunyi cengkerik.

Haaaaaaaaaa.. OK. Tak pe jangan risau, aku pun sebenarnya tak pernah tau pun kewujudan pantai Redang ni. Tapi masa jalan jalan, dok tengok tengok apa yang menarik untuk singgah, maka terjumpa la aku dengan Pantai Redang ni.

Mana letaknya?

Mana lagi kalau bukan Sekinchan Selangor.................. !

* bertenggek atas tembok pose pose duta Sekinchan.

Preview dulu. Sunset di Pantai Redang

Aku ke sini sebab nak tengok sunset je. So lepas jalan jalan tengok sawah padi Sekinchan, sedang elok matahari nak terbenam kami pun menuju ke pantai ni.

Nak cari tak susah, cuma kena pastikan tempatnya.

Kalau dari Pekan Sekinchan. Ada traffic light ke kiri ( kalau dari arah Tanjung Karang ) dan follow je ikut signboard Sekin Hotel and Resort. Masuk jalan tu ke arah jetty nelayan, ada simpang 3 ambik kanan dan terus je sampai la jumpa Jalan Pantai Redang ke kiri terus menuju ke pantai.

Kalau jumpa resort ni dah kira betul la ni 

Teruskan je perjalanan sampai ke hujung maka sampai la di kawasan pantai.


Aku warning awal awal, pantai ni memang tak sesuai untuk mandi manda. Kawasannya agak berteluk sikit, pantai tak cantik, ombak kuat ( time aku pegi hari tu ) dan... pantai ni kira pantai di perkampungan Cina. So kalau nampak semuanya orang Cina jangan la rasa tetiba berada di tempat asing pulak. Memang betul la itu tempatnya yang di namakan Pantai Redang !

Faham?

Now layan kawasan pantainya..............

Ombak yang kuat

Tetiba aku teringat pantai ni macam dekat Fremantle, Perth

Pantai agak kotor

Tapi ada jugak la orang orang melepak menghirup udara segar

Tebing tepi pantai

Menanti matahari jatuh

Banyak motosikal

Ada menara tinjau untuk lihat sunset di Sekin Resort tadi tu. Kena bayar RM1 untuk naik tapi dapat free 1 botol air mineral

Agak menarik jugak kalau kena dengan cuaca

Ada rumah ran di bina di atas pokok tepi pantai. Tak sure untuk apa, maybe tempat tinjau. Tapi ada jugak macam kedai minuman, tempat jualan jajan jajan etc. Tapi mostly penjual semua Chinese

Banyak kerang kerangan

Ada buai jugak.... tapi kalau orang tua naik mahu rabak buai ni

Boleh la feeling feeling naik buai tunggu sunset

Menanti...

Salah satu lagi rumah ran

The lucky red house

So apa lagi?

Tunggu lah. Sampai sunset menjelma......... !



Ku selalu menyakiti dan sering berdusta
Dan membuat kau tinggalkan aku
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya
Melemaskan mu dalam cinta ku

Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu

Kenangan indah ketika kita bersama
Membuat ku terbayangkan kamu
Aku tahu cinta ku tersemat di hati ku
Aku yakin hanya kau untuk ku

Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu

Aku kan menunggu
Hingga kita kan bersama
Kau akan selalu ku cinta

Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu hingga akhir waktu











OK. Sunset yang agak dramatik !

Dah senja. Balik lah ! Tak payah bertenggek lama lama di sini !

16 comments :

  1. ya Allah menggggg tah mana2 pantai la ko terjah ni meng oiiiii hahahaha! sumpah tak penah tau dah mcm pantai2 blkg umah org jer kot ni hahaha! tapi agak scary la tgk ombak dia yg kuat tu...eiii mmg kena duk tempat tinggi la camni!

    ReplyDelete
  2. Kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantau....chewahhhh..

    Yg dok kat bangku tu ko ke meng? Wakakakaka...

    ReplyDelete
  3. like!...syahdu jer layan sunset camneh...tp pantai tu agak sendu la. ingatkan ko g hongkong meng. haha

    ReplyDelete
  4. Wow ada pulak tempat cenggini kat sekincan ye.

    ReplyDelete
  5. TSP : patut aku buh lagu suki low.. sesuai dgn tema..

    ke kau nak siti jugak?

    MKL : yup... banyak karang2 mati...

    Biq : Aku pun kagum ada pantai macam ni kat sekinchan. Tapi memang cina.. kedai kedai semua cina. siap hero ajak gi beli, aku cakap...

    "tak payah la. kedai cina"
    "Kenapa papa kita tak boleh pegi kedai cina ke?"

    terus aku terdiam sepi.

    ReplyDelete
  6. HB : tu apek cas cas akim. hahahah

    AR : Banyak la hong kong. king kong ader ler.

    JR : ada.. pegi la pulak riki kawasan...

    ReplyDelete
  7. dok sekinchan tp aku xpenah pegi pantai redang ni. haha

    ReplyDelete
  8. HH : pegi sekarang !

    petang ni pegi. layan sunset

    ReplyDelete
  9. Google Pantai Redang terus membawa abang ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa... aku tengok dah abam pegi usung drone...

      tahniah bro ada drone ! aku nak beli gak la tapi nanti berebut dgn anak aku pulak

      Delete
  10. Subhanallah cantikk...haritu tak sempat tegok sunset...pergi tgok ptg2 pon cntik ~~ nak share gmbr ye...sy kredit balik ke sini ~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...