Wednesday, August 7, 2013

Setia City Mall : Shopping Raya - Part 2

Setelah gagal dalam misiku kuza acara shopping sesi pertama di Subang Parade dan Kompleks PKNS tempoh hari, maka misi ke 2 telah di lakukan.

Kali ni, destinasi shoppingan adalah berubah. Mana lagi kalau bukan di Setia City Mall.


Aku rasa aku suka mall ni sebab macam tak ramai orang, tapi...............

Ramai jugak la sebenarnya kot, dah nama pun raya. Toilet awam pun penuh !

Cari parking satu hal. Kami pegi pun dah kat Asar. Macam biasa, parking tinggal yang tingkat atas sekali. Nasib la parking kat SCM ni OK dan entrance masuk ke mall pun senang. Tak perlu nak jalan jauh jauh.

Masuk mall tengok orang adalah macam ulat !

Semua last minit macam aku kah?

Ketupat rendang... sila nikmati penat memasak malam ke pagi...

Padini. Penuh !

H&M.. Nak beratur je panjang macam apa jerrr

Feel feel raya di SCM

Van bergerak Zakat pun ada. Selesaikan apa yang perlu

Budak budak lah yang paling bosan. Hero puasa. Jalan pun tak daya je.

"Lama lagi ke Papa?"
"Sabar lah"
"Hero dah penat ni"
"Sikit lagi. Papa tak jumpa cari baju adik lagi"

Bergayut la dia berjalan tak larat.

Kalau dok fitting si adik, si abang buat muka bosan. Dah la kebanyakkan kedai tak de kerusi nak menunggu.

Menyorok celah baju

Bagi membeli jiwa raga mereka. Belikan donut. Padahal bukan boleh makan pun. Kena tunggu berbuka dulu.

Dua tiga kali lalu depan gerai aiskerim ni betul betul dugaan kuat buat Hero


Krispy Kreme

Si Adik tak puasa, dah boleh makan dulu

Acara sampingan adalah gi main kat tempat mainan ni. Beli jiwa lagi sebab dua dua dah merajuk. Lepas tu sambung shopping lagi

Nak jadi hal, Si kecik aku ni pun boleh tahan la, asyik asyik hilang. Dah la orang ramai. 

Ada sekali masa kat Uniqlo, aku tengah fitting baju Hero. Pastu tak muat, suruh OR pegi lari cari yang besar sikit. Aku nampak OR keluar, then Anak Dara aku ikut. 

Tup tup OR balik semula tanpa Anak Dara !

Sudah !

Mana budak kecik cinonet ni?

Satu Uniqlo aku cari. Malas nak report lagi. Tengah tengok tengok last sekali nampak benda bergerak celah celah baju.

Aku intai.

Tengok tengok !

Nampak tak kaki

Sedang elok je dia duduk belakang baju

 

Aku sergah. Elok je dia keluar sengeh sengeh. Tak de rasa bersalah langsung !

"Adik buat apa dalam tu?"
"Adik tak wat pe pe pun"

Jawapan standard dia. Nak marah pun tak guna.

Fuh. Ni baru dua orang, kalau lagi ramai lagi pening kepala. Belum kira sorang merajuk tak nak berjalan sebab penat, sorang lagi merajuk sebab tak dapat makan donut.

Tapi akhirnya misi berjaya. Masing masing dah dapat bahagian masing masing,. Aku pun lega dan tenang hati. Kalau tak, tak boleh nak tidur malam baju budak budak belum siap.

Aku?

Rasanya tahun ni tak beli apa apa pun, baik baju melayu mahupun baju baju lain. Kesan kesan penuaan. Dah tua tua tak de rasa excited nak beli beli untuk diri sendiri. Pakai je lah mana mana yang ada. 



Semua dah settle. Dah boleh raya ! YAHOOOOO.



Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya
  

7 comments :

  1. hahaha...anak2 ko suke bebenor nyorok celah baju....tah2 ikut peel bapaknya masa kecik kot heheheh..

    ReplyDelete
  2. errrmm.. shopping raya memang crowded.. so sebab tu saya shopping sebelum Ramadhan, tak adelah sesak sangat ngn orang ramai..

    ReplyDelete
  3. last week sy g Paradigm...tekezut sebab legang jee...syok la try2 baju kat h&m,uniqlo dll..hehe

    Selamat hari raya!

    ReplyDelete
  4. HB : aku dulu suka nyorok dlm bra mak aku... hahahahhah

    L : kena last minit sebab tunggu dpt gaji... huhuhuhu...

    JG : selamat hari raya to mung and family....

    PBP : aku belum pernah sampai paradigm mall tu, lalu je la selalu... mcm tak tau mana satu entrance nak masuk....

    SELAMAT PULANG KE KAMPUNG SEMUA !!!!

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya boss, Maaf Zahir & Batin dan selamat balik kampung!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...