Sunday, May 12, 2013

Edisi Mental : Maritime Cafe, Putrajaya

Hari tu aku pegi makan di Maritime Cafe, Putrajaya.

Tak tau precint berapa nama tempat tu tapi dekat dengan Pullman Hotel. 

Sempat aku snap sana sini. Sapa letak gambar makanan di kira mental kan?

Hahahaha

Tapi kalau tak letak gambar makanan, tidak complete la entry ini. Tak pe lah kira ni entry sakit mental. Lagipun orang mental je yang boleh travel ikut kaki dan ikut suka hati.

An? An? An?

Ini view dari tempat makan

Lagi view yang agak lawa juga

Ini tempat makannya

Tempat ni menarik jugak. Ada watersport activities. Ada jugak tempat sewa boat etc siap dengan facilities lain macam gym, swimming pools dan sebagainya. Tapi timing aku tak sure. Bayaran pun rasanya agak minima.

Tapi kami isi perut dulu dekat Cafe Maritime yang terletak di bangunan yang mengadap dengan tasik Putrajaya ni, view memang agak menawan cuma cuaca berawan sikit.

Ini bukan la kali pertama aku datang sini, sebelum ni pernah jugak. Dah banyak makanan aku try kat sini. Siap ada escargot, tapi tak terasa lagi nak makan. Kang makan makan aku rasa geli geli tekak kena sesungut . Wekk !

Apa apa pun, ni kami order hari ni.

Ice Blended Mocha - RM9.90. Recommended

Mushroom Soup - RM8.90. Boleh lah

Hainanse Chicken Chop - RM15. Sedap !

Semua order benda yang sama !

Jadi tiada variety dalam pemilihan makanan. Anyway based on aku makan sebelum sebelum ni, memang menarik jugak lah tempat ni. Food pun quite good. Cuma kalau datang lunch hour orang ramai memang kena menunggu jugak.

Aku pernah try Kuew Tiaw Goreng dia agak menarik. IG pernah makan lamb chop. Nasik Goreng dia pun not bad. Overall, food dia quite good sini dan price pun agak OK.

Boleh cuba kalau berkesempatan ke sini.

Entry mental yang lama Maritime Putrajaya

OK. Dah abis mental.

p/s Selamat hari ibu kepada semua ibu ibu termasuk ibu pejabat, ibu sawat dan ibu roti !

8 comments :

  1. sepanjang saya duk di putrajaya ni, ni baru tau ade cafe rupe ini di putrajaya. anyway, thanks for the info

    ReplyDelete
  2. hah.. apa lagi. bawak bikini boleh gi berenang renang ke tepian...

    ReplyDelete
  3. pernah dok tepi tasik tu hambek gambo waktu selepas subuh....
    .
    .
    .
    .
    .
    sangat aman...


    cuba lah...
    (dan saya nak jugak la cuba mkn di cafe itu)

    ReplyDelete
  4. Kajian yg ntah hape2...ambik gmbar makanan,penykit mental...huuhuhu....

    xsuka putrajaya..pasal tiap kali pergi mesti sesat cari jalan pulang :p

    ReplyDelete
  5. Anash : Aman jugak. tapi panas ...

    ETK : kalau letak muka pastu buat muncung itik lite2 tu lagi mental kan??

    hahahaha

    ReplyDelete
  6. mushroom soup tu nampak sedap...bak kopi secawannnn..

    ReplyDelete
  7. duk lalu jer sebelum nih, kena singgah jugak nih..

    =)

    thanx..

    ReplyDelete
  8. HB : sedap juga mushroom soup tu sebagai appetizer.

    Ayung : sila cuba tanpa rasa segan silu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...