Thursday, April 27, 2017

EUROPE | ISTANBUL - 04 : Sultanahmet - Old City of Istanbul

Sultanahmet - Old City adalah pusat tumpuan bahagian Eropah di Istanbul yang pernah diperintah oleh Empayar Byzantine.

Ia juga adalah kawasan di Istanbul yang pastinya di kunjungi kerana terletak beberapa tempat tarikan pelancong popular termasuk Masjid Biru, Hagia Sophia, Istana Tokapi dan lain lain lagi.

Kawasan Sultanahmet

Sultanahmet juga turut di kenali sebagai The Historic Areas of Istanbul di mana telah diwartakan juga sebagai UNESCO World Heritage List in 1985. This World Heritage Site di kawasan ini termasuklah the Sarayburnu, the Topkapı Palace, the Hagia Sophia, the Sultan Ahmed Mosque, the Hagia Irene, Zeyrek Mosque, Süleymaniye Mosque, Little Hagia Sophia and the Walls of Constantinople.

Tarikan di kawasan Sultanahmet

Hagia Sophia 

Blue Mosque

Sultanahmet atau dikenali dengan nama Hippodrome satu ketika dulu, pernah menjadi pusat kota dan di ibu negara Byzantine. Walaupun banyak struktur utama hilang, tetapi taman arca dan monumen seawal abad ke-4 masih lagi wujud. Tarikan utamadi  Sultanahmet adalah Saint Sophia (juga dikenali sebagai Hagia Sophia) dan kemudiannya Masjid Biru pulak di tambah sewaktu pemerintahan Uthmaniyyah.

Dengan adanya tarikan di kawasan Sultanahmet ini tidak syak lagi, kawasan ini menjadi tarikan tersendiri dan salah satu tempat yang wajib di lawati sekiranya berada di Istanbul.

Sebenarnya memula aku tak de lah plan nak explore lelebih. Tapi keluar dari Hagia Sophia tu aku nampak sign ni.

Tandanya dekat dan buleh jalan kaki saja !


Bangunan disekitar

So memperjudikan masa yang ada, aku nekad jalan kaki untuk ke Grand Bazaar sana. Dah alang alang sampai kan?

Sambil tu usha bangunan dan kawasan

Yerebatan Sarnici atau Basilica Cistern. The Basilica Cistern, is the largest of several hundred ancient cisterns that lie beneath the city of Istanbul, Turkey. Sistem takungan air ini dibina sejak pada zaman Byzantine dan turut pernah menjadi lokasi penggambaran filem Inferno. Bayaran masuk 20 Lira. Sebab aku kedek dan tak banyak masa aku tak masuk pun.

Banyak hotel dan restoran di kawasan ini

Tapi hari tu orang tak ramai berkeliaran. Macam pelik jugak aku tapi tawakal je lah maybe sebab hari tu hari minggu

Jalanraya memang lengang

Perintah berkurung ke apa ni?

Kedai kedai tak berapa meriah

Konak

Ada sorang dua aku tanya jalan ke arah Grand Bazaar tu dan dia tunjuk jalan yang betul. Cuma aku musykil sebab tak de orang.

Antara bangunan yang ada

Jalan ikut kaki

Jumpa masjid

The Nuruosmaniye Mosque is an Ottoman mosque located in the Çemberlitaş neighbourhood of Fatih district in Istanbul, Turkey

Bangunan masjid

Entrance masjid. Tak sempat nak masuk

Nuruosmaniye Mosque 

Masjid ni terletak bersebelahan dengan Grand Bazaar

Confirm tak bukak. Pintu masuk pun terkunci. Orang pun tak der kat kawasan ni

Grand Bazaar ni adalah antara pasar tertutup yang terbesar dan tertua di dunia yang menempatkan lebih dari 4000 kedai didalamnya. Tak jauh dari sini ada juga Spice Bazaar, adik kepada Grand Bazaar, juga lebih dikunjungi warga lokal.  

Dah tak leh nak buat apa. Tak de rezeki. Then aku tanya orang rupa rupanya hari tu cuti umum so pasar semua tutup ! Patut la orang pun tak der !!

Memang bukan rezeki aku lah. Tapi aku dah sampai kat pintu Grand Bazaar Istanbul ni. Cuma tak dapat nak masuk dan jenguk kat dalam jer.

Tapi ada gak la orang jual jual tepi jalan

Dan satu dua kedai yang bukak

Dahaga jugak aku jadinya. So beli air delima

Buah delima memang banyak di jual di Turkey ni

Atik Ali Pasha Mosque

Çemberlitaş Hamamı | Historical Turkish Bath

Sebab dah tak de arah tujuan nak pegi, akhirnya aku balik semula ke Sultanahmet Square. Tapi kali ni aku ikut laluan Divan Yolu Street. Jalan yang agak sibuk dengan peniaga permaidani, bar paip dan kedai-kedai kopi Turki.

Kedai kedai cenderamata

FM.. kena pandai bargain

Cenderamata

Jalan utama

Cafe cafe

Dan layan je la gambar gambar di sekitar Sultanahmet di Istanbul ni......

























Sememangnya kawasan Sultanahmet ni menjadi pilihan utama untuk yang mencari penginapan sekiranya berkunjung ke Istanbul. Yang bagusnya kawasan Sultanahmet ni boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain meskipun perkhidmatan tram juga tersedia.

Penat jugak la aku menapak tapinya... So balik semula ke Sultanahmet Square call member aku, tanya dia orang rupa rupanya dia orang dengan geng geng rombongan tu baru je keluar dari Blue Mosque !!

Aiyooo.. aku dah abis khatam Sultanahmet dah. Ni la kalau buat trip rombongan Cik Kiah beramai ramai ni. Macam geng geng dari mainland pun ada, kena follow tourist guide yang bawak bendera.

Tapi just nice timing dia orang, sebab tour tu lepas Blue Mosque akan terus ke Istana Tokapi. Memang dia tak masuk Hagia Sophia. So aku buleh selit dan join balik tour ni bersama sama ahli jemaah tercinta.............

* lap peluh di muka



Sevgilim bizi böyle ayrı koyan
Kadere boyun eğdik bile bile yenildik
Kırıcıydık üstelik sevgimize alışkanlık diye diye
Arıyorum geçip giden zamanda

Kayboluverdin bir anda
Şimdi ne olduk seninle biz
Biliyorum döneceksin bir anda
Dün gece gördüm rüyamda çok özlüyorum seni

Ben zaten senden gelen her kederi her çileyi
Kabullendim sen gittiğin günden beri
Bazen duyarsan sitemli sözlerimi bağışla
Çünkü çok özlüyorum seni

Sevgilim bizi böyle ayrı koyan
Kadere boyun eğdik bile bile yenildik
Kırıcıydık üstelik sevgimize alışkanlık diye diye
Arıyorum geçip giden zamanda

Kayboluverdin bir anda
Şimdi ne olduk seninle biz
Biliyorum döneceksin bir anda
Dün gece gördüm rüyamda çok özlüyorum seni

Ben zaten senden gelen her kederi her çileyi
Kabullendim sen gittiğin günden beri
Bazen duyarsan sitemli sözlerimi bağışla
Çünkü çok özlüyorum seni

bersambung..............

6 comments :

  1. Laju berjalan Meng, siap khatam Sultanahmet. Cuba kalau kt Malaysia wat macam ni tiap hari mesti boleh kurus.(+_+)

    ReplyDelete
    Replies
    1. well... kalau kat malaysia sure dah tak heran... ( esok esok buleh pegi )...

      * sambung tidur

      Delete
  2. Murah x FM kat area Sultanahmet tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. astaga.. baru ambe ingat. ambe ada benda nok bui.

      nanti eh..

      muroh gok la... dok macam di denmark mahal rupe bedil

      Delete
  3. ...pernah pergi Grand Bazaar last year...mmg besar kawasan tu...mcm2 brg ada jual.Jln2 sampai sesat, cari jln keluar tak jumpa...naseb baik peniaga2 di sini peramah dan sedia membantu..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...