Wednesday, April 26, 2017

EUROPE | ISTANBUL - 03 : Hagia Sophia Museum (Ayasofya)

Bergegas keluar dari Masjid Biru, aku ke lokasi seterusnya yang terletak tidak jauh dari bangunan masjid itu sendiri, sebuah gereja pada zaman pemerintahan Byzantine, dan ditukar menjadi masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh setelah beliau menakluk Istanbul (Constantinople pada masa itu).

Tempat yang di maksudkan tak lain dan tak bukan Hagia Sofia.

Hagia Sofia yang kini menjadi muzium dan diwar warkan bakal kembali menjadi masjid

Aya Sophia (B. Greek: Ἁγία Σοφία); Hagia Sophia (bahasa Turki: Ayasofya; bahasa Arab; آيا صوفيا, berasal daripada perkataan Yunani: Ἁγία Σοφία, "Hikmah Suci"; bahasa Latin: Sancta Sophia atau Sancta Sapientia) merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Istanbul, Turki. 

Bangunan ini sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia. 

Pada mulanya, Aya Sophia dibina sebagai sebuah katedral bagi penganut Kristian Ortodoks tetapi kemudian diubahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium bermula pada tahun 1935.

Terletak di Sultanahmet Square tidak jauh dari Blue Mosque

Blue Mosque dari Sultanahmet Square

Aya Sophia asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. 

Aya Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.

Sultanahmet Square

Sebenarnya, dalam tour aku ni tak masuk pakej untuk ke Hagia Sophia. Maybe sebab kengkangan masa jadi schedule tour aku cuma cover Blue Mosque dan Istana Tokapi tapi kalau ambik yang tour schedule lagi panjang tu, termasuk sekali lawatan ke Hagia Sophia ni.

Jadi !

Mana aci aku datang Istanbul tak masuk Hagia Sophia ni. Tempat glamer kot. Jadi tu yang aku bergerak sendiri dan buat itinerary sendiri, cukupkan mana nak pegi dengan masa yang ada.

So.......... ayuh kita masuk ke Hagia Sophia.

Ada orang jual jualan di dataran

Bangku santai dan istirehat untuk pengujung yang datang

Hagia Sophia dengan kubah besar yang cukup popular

Sultanahmet Square

Orang jual FM dan cenderamata. Boleh je beli kat depa ni tapi pepandai la bargain

Mineret Hagia Sophia

Sebab aku dengan agenda sendiri, so aku ikut kaki sendiri je lah.

Masuk kawasan Hagia Sophia dan kena beli tiket

Kalau ikut tour Turkish Airline tu memang entrance fee semua free, tapi kena ikut rombongan ramai ramai lah. So sebab aku pegi sendiri, harga tiket 40 Turkey Lira. (RM 47). Lama jugak la beratur sebab ramai orang. Nak masuk pun security agak ketat kena check berkali kali. 

 Fountain built by Sultan Mahmud I (1730 - 1754) in 1740 is a masterpiece of Ottoman Architecture and one of the largest and most beautiful fountains in Istanbul.

Beberapa Sultan Tombs dipersekitaran kawasan Hagia Sofia

The walls of Hagia Sophia faced the risk of evolving outside both in East-Roman and Ottoman periods because of the weight of its dome.

Tumpang tumpang baca sikit

Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan agama Kristian kemudian dibuang sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model pada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.

Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama. Sultan al Fateh Mohamed

Lukisan mural Kristian pada dinding Hagia Sofia tidak dimusnahkan sebaliknya hanya diplaster. Kini ianya dijadikan muzium dan campuran elemen Kristian dan Islam dapat dilihat disini.

Interior Hagia Sophia

Elemen penting dalam reka bentuk seni bina Hagia Sophia adalah saiz kubahnya yang jauh lebih besar dari gereja-gereja lain. Kubahnya  setinggi 55,60 m. dari paras tanah, 31,87 m. dari utara ke selatan dan 30.87 m. dari Timur ke Barat. 

Arkitek telah menggunakan marmar, batu dan batu bata khas yang ringan tetapi tahan lama. Namun begitu ia telah rosak dalam kejadian gempa bumi pada Mei 7, 558 sebelum pengubahsuaian di buat dengan memasang sistem sokongan melalui pendakap luar.

Calligraphic Panes of Hagia Sophia

Terdapat tiang yang di namakan Wisdom Column. There is a column with a hole in the middle covered by bronze plates at the northwest of the building which was also named as the perspiring column or the wishing column.

Minbar is at right hand side of the altar in Hagia Sophia and build in the period of Sultan Murad III. It is one of the best marble workmanship of 16th century Ottoman era.

The altar of the Hagia Sophia renovated in the 19th century is a marble example having a polygonal alcove decorated with a decorative figure of the sun and stars covered by a half-domed mesh.

Lampu lampu

Tingkap

Tiles of Hagia Sophia

Mosaics of Hagia Sophia

Tiang tiang bangunan

Doors of Hagia Sophia

Hagia Sophia telah terselamat api yang besar di 859 dan gempa bumi di 869. Kubah telah runtuh selepas gempa bumi pada 989 dan telah dibaiki. Oleh kerana gempa bumi di 1344 dan 1346 sebahagian daripada kubah dan bahagian-bahagian gerbang telah runtuh dan telah dibaiki.

Proses pengubahsuaian yang telah dimulakan oleh Fatih Sultan Mehmed ketika zaman Ottoman telah diteruskan oleh Sultan berikut juga. Pembaikan paling penting yang dijalankan di Hagia Sophia adalah dengan (1839-1861) perintah Sultan Abdülmecid dalam 1847-1849 oleh saudara Swiss Fossati. pembaikan Ini termasuk pengisian retak besar pada kubah dan juga mendapatkan rim kubah dengan melaksanakan bulatan keluli. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian, salah satu jurukhat ini yang paling penting di zamannya, Cadilesker Mustafa İzzet Efendi telah menulis ayat ke-35 quran pada kubah utama.

Hagia Sophia kini menjadi one of the most visited museum in the world disebabkan oleh nilai sejarah serta senibinanya. Ada ura ura untuk menjadikannya sebagai masjid semula, malah time aku pegi hari tu azan berkumandang dari Hagia Sophia ni berselang seli dengan azan yang diperdengarkan dari Masjid Biru yang tak jauh dari situ.

Minerat Hagia Sophia. Minarets are structures designed higher than the main building and constructed for notifying invitation for prayer and for announcements.

Reka bentuk Hagia Sophia dari arah belakang

Hagia Sophia dari arah entrance Istana Tokapi

Aku datang musim dingin so tak de la berpeluh peluh sangat ke hulur ke hilir

Apa yang pasti, Hagia Sophia menarik dan tersendiri. Wajib datang singgah kalau ke Istanbul.

Abis melawat kawasan Hagia Sophia ni, aku ada tujuan lain pulak.

Mana ntah rombongan aku yang tadi tu. Ah biarlah.... pepandai la dia orang membawa diri di tempat orang.



Gücün var mı sevgilim
Derin sularda inci tanesi aramaya
Cesaretin kaldıysa
Hala benle aşktan konuşmaya

Söyle canım sevgilim
Hayat bize oyun oynuyor olabilir mi
Yorgun gibi bir halin var
Duyguların karışık olabilir mi

Sil baştan başlamak gerek bazen
Hayatı sıfırlamak
Sil baştan sevmek gerek bazen
Her şeyi unutmak

Sanki bugün son günmüş gibi
Dolu dolu yaşamak istiyorum ben
Her ne çıkarsa yoluma
Selam verip yürümek istiyorum ben

Sil baştan başlamak gerek bazen
Hayatı sıfırlamak
Sil baştan sevmek gerek bazen
Her şeyi unutmak

Unutmak.. unutmak.. unutmak..

bersambung............

6 comments :

  1. Meng ...

    I really enjoy Hagia Sofia Museum ... almost a day spend kat sini (ala ala fefeeling Raja Raja gitu)

    Kagum dengan keberan Empayar Othamniah ... bagaiamana pentadbiran mereka ... and bagaiaman to ensure menteri menteri mempunyai isteri yang bijaksana ...

    Paling win , minum teh sambil menghadap laut ... memang teruja sangat !!!!!!!!!!!

    Ada satu bilik nih, dia tunjuk peninggalan Rasullulah SAW ... memang terharu dengan alunan bacaan Al Quran dari Qari secara Live ... bergenang air mata melihat peninggalan baginda ...

    Apa apa pun, kalau ke sini, memang tak sah kalau tak menghayati museum ini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa baca komen ni dah agak mesti en ghaz tersilap tempat ni.............

      Delete
  2. Silap fakta ... over excited ... actually TOKAPI PLACE ... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. .............. dan ramalan ku benar belaka.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...