Wednesday, November 2, 2016

Driving on New Zealand Roads : 20 Tips & Tatacara Pemanduan

Masih belum boleh keluar entry New Zealand ni sebab memang akan ambik banyak masa.

Tapi sebelum tu aku nak kongsi 20 tips dan tatacara pemanduan yang boleh di ambil kira sekiranya ingin memandu di negara Kiwi ni. 

Memang driving di New Zealand especially di South Island agak best tapi cabarannya tetap ada. 

Moga moga boleh bagi panduan dan gambaran. Aku share based on perjalanan aku sewaktu di sana dulu, dan kalau terkurang sesiapa yang lebih arif boleh tokok tambah.

Bak mai tambah kopi secawan !

Sambil sambil tu layan view yang kelihatan kalau memandu di South Island New Zealand.


01 : Lesen Malaysia baru yang ada translation english translation dan bukan lamminate   boleh digunakan untuk memandu di sini. Kalau gambar kat lesen tu zaman muda, baik la di perbaharui. Tak de la polis NZ muskil yang memandu tu orang ke cekodok basi !

02 :  Sewa lah kereta yang selayaknya dengan bajet. Jangan feeling feeling nak sewa kereta mahal walhal tak perlu pun. Tak baik nak menunjuk nunjuk.Tapi kalau ramai boleh la tong tong share mana yang perlu. Cari Rental Car yang establish. Kalau boleh ambik insurance bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini. 

03 : Driving di New Zealand adalah sama belah kanan macam di Malaysia.

04 : Di NZ jalan raya tak de tol. Sila jerit hooorey !

05 : Tapi minyak agak mahal. Di sana guna RON 91. Harga minyak berubah-ubah setiap hari dan tak sama harga untuk setiap jenama/stesen dan lokasi. Pepandai la. Dan tak payah la kemut dan berkira sangat. Isi minyak boleh pakai cash atau credit card.

06 :  Sewa GPS sekiranya perlu. Rasanya memang perlu. Tapi cari la yang up to date sikit. Jangan sewa Garmin zaman lampau. Nanti lembab buat hilang kesabaran jer. Lagi senang pakai Waze, tapi make sure kena sentiasa ada internet line.

07 : Patuhi Had Laju. Ini penting. Polis di sana sangat strict, nampak laju je... haa saman menunggu. Silap silap terbang NZD 150. Banyak tu boleh joli katak banyak tu. Berhati hati jugak kalau melintasi roundabout dan jangan lupa bagi pejalan kaki lalu dulu walaupun mereka orang Maori yang tak cun mana. Pakai seat beat tu wajib untuk pemandu dan juga penumpang ( walaupun duduk belaknag)

08 : Hadlaju paling laju adalah 100 km/j. Sila alert dengan hadlaju sebenar. Kalau dia tulis 20 km/j. Ikut je. Tak pe la kalau itik sekati lagi laju pada korang, yang penting ikut peraturan. Biasanya kalau masuk pekan automatik hadlaju sekitar 50 km/j. Maka bawak la dengan berhemah. ( sila lambai ratu pada penduduk kampung kalau ada)

09 : Check cuaca sebelum memulakan perjalanan. Cuaca boleh berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.  

10 : Dapatkan rehat yang cukup sekiranya memandu. Kondisi jalan agak OK, tapi jalan lurus kadang kadang buat kita hilang fokus ! Lagi lagi kalau perjalanan yang jauh. Kalau jalan cerun ke apa, hati hati jugak sebab tak de divider. Silap silap jatuh gaung ! 

11 : Hati hati jugak sewaktu parking. Sediakan duit syiling. Parking kat bandar besar agak mahal dan cekik darah !

12 : Jangan risau, kambing lembu dan sewaktu dengannya duduk dalam territory dia je. Tak de lepas main sampai ke jalan. Kalau ada selalu yang kena langgar pun arnab.

13 : Hati hati dengan angin lintang. Kadang kadang boleh tersasar kalau tengah memandu. Lagi lagi kalau bawah campervan/motorhome sewaktu winter atau cuaca buruk. Kena bawak slow slow la lagi lagi kalau berselisih dengan lori trelar. Lori dia orang lain macam besarnya.

14. Mostly kalau perjalanan interstate tak banyak kereta, jadi... blast muzik kuat kuat dan melalak macam orang gila pun tak de orang yang marah. So bawak la koleksi lagu lagu sendiri.

15 : Toilet break. Biasanya kat town town atau pekan kecil ada toilet awam. Tapi kalau di perjalanan tu toilet yang tak de air. So sediakan air dalam kereta untuk istijak ! Yang penting rancang perjalanan sebaik nya. Berak siap siap, pakai pampers kalau perlu.

16 : Sediakan kudapan dan minuman siap siap untuk hilang mengantuk sewaktu pemanduan.

17 : Biasanya kalau jumpa view lawa boleh je berhenti tepi jalan. Tapi kena hati hati jugak. Biasanya di setiap highway kalau port tu memang lawa akan ada look out point yang tersendiri so cari je penanda kaler cokelat tu dan berhenti la di tempat yang betul. Ambik masa menghirup udara nyaman dan menikmati pemandangan cantik sambil poyosing tanpa batasan. Memandu tak boleh stress, kena campur campur dengan keseronokkan ! Baru la dua ronok !

18 : Lagi pasal kondidi jalan. Although jalan dia orang selalunya lurus, tapi kalau bengkok tu memang tajam gila selekoh. So slow down dan jangan cuba cuba nak drift. Kang terhumban tak de orang sedar. Jalan dah la sunyi sepi.

19 : Kurang lampu jalan, so kena hati hati memandu di kala malam. Yang penting jangan berlagak di negara orang. Tak payah nak tunjuk poyo kat kambing biri biri di sana dan drive membabi buta. Dia orang tak heran doh.

20 : Paling penting..... drebar kena kental dan tegar ! Bayangkan drive dengan view memukau kiri kanan, jangan la alpa dek keindahan akhirnya maut menimpa. Rehat dan tidur secukupnya untuk mengelakkan terlelap semasa memandu. Yang co pilot pulak jangan membuta ! Kalau buleh tukar turn.

Obviously, driving di jalan raya di NZ agak mudah. Lelaki, perempuan, Cik Pon pun boleh.

Apa yang penting, berhati hati di jalan raya. Amalan hidup kita. Dan mulakan perjalanan dengan doa supaya dihidari dari segala marabahaya yang merosakkan keseluruhan perjalanan.

Hati hati memandu..................



I hitched a ride with a vending machine repair man
He says he's been down this road more than twice
He was high on intellectualism
I've never been there but the brochure looks nice
Jump in, let's go
Lay back, enjoy the show
Everybody gets high, everybody gets low,
These are the days when anything goes

Everyday is a winding road
I get a little bit closer
Everyday is a faded sign
I get a little bit closer to feeling fine

He's got a daughter he calls Easter
She was born on a Tuesday night
I'm just wondering why I feel so all alone
Why I'm a stranger in my own life
Jump in, let's go
Lay back, enjoy the show
Everybody gets high, everybody gets low
These are the days when anything goes

I've been swimming in a sea of anarchy
I've been living on coffee and nicotine
I've been wondering if all the things I've seen
Were ever real, were ever really happening

18 comments :

  1. Nice Meng, apa kata mu wat entry detail mcmana nk sewa kereta, isi minyak, bayar parking etc. Bnyk yg bole dipelajari dr depa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bayar parking pun nak kena buat entry...

      tak cukup bahan nak cukup satu entry. hak lain lain sama je la... buleh google kat lain pun banyak ada kot

      Delete
  2. pakai pampers kalau perlu? *pengsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. so jangan lupa bawak extra. Cari yang ada getah pinggang yang elastik supaya dapat memberi keselesaan buat pemakainya.

      Haks

      Delete
  3. mmg syok driving kat NZ. rindu nak jejak lagi

    ReplyDelete
  4. Harus NZ masuk wishlist....wishlist jer ler dulu kannn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe... berangan dulu.... nanti tup tup tetiba dah boleh pegi.

      Delete
  5. Best memandu di NZ...tak terkira nikmatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmat pemandangan je la.... nikmat nak cari kedai makan tepi jalan kurang. nak cari tolet pun... tak senang

      Delete
  6. Replies
    1. kalau rindu................. Air Asia X kan ada......

      Delete
  7. smartnya pic ko.....ruginya x amik pic macam ni masa ke nz dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. x per nanti buleh pegi lagi dan ambik macam ni.

      anyway terima kasih

      Delete
  8. hahahaha teringat betapa jakunnya tgk kamben muka hitam tu, asal nampak jer kompem benti tepi jalan amik gambar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kambing2 di NZ ni pemalu.... sombong dan tak mahu bertegur sapa. cas cas dah glamer seantero dunia.

      Delete
  9. Replies
    1. bila ada lesen dan dah sampai sana.

      jangan lupa sewa kereta.. Cukup semua syarat... then off u go. Berhati2 memandu Cik Salmah..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...